Hari ini aku cuma hendak ceritakan satu projek yang aku dapat 2 hari yang lepas. Ceritanya bermula begini, pada hari Khamis, aku telah pergi ke LCC Airasia untuk ambil kawan aku. Si Supardi. Dia datang dari Sabah dan mahu pergi ke Pahang. Jadi, beliau akan tinggal dirumah aku dalam 2-3 hari ini. Jadi, selepas aku ambil Supardi dari airport, aku teruslah memecut selaju 120-140 km/j dengan menggunakan kereta Vios abah aku tu. Dalam 30 minit lebih, aku selamat sampai ke Banting dan aku singgah sebentar di Kedai Lao Mao dan pada keesokannya, selepas solat Jumaat. Aku pergi lagi ke Lao Mao..
Kedai Lao Mao ni, adalah satu kedai yang menjadi port aku untuk melepak dan membaca komik seperti Detektif conan, Hajime Kindaici, One Piece, Naruto, Wira Tunggal dan macam-macam lagu la komik yang ada kat situ. Seingat aku, aku mengenali kedai ini sejak aku berumur darjah 6. Ini bermakna.. lebih 10 tahun aku sudah menghabiskan ribuan ringgit di kedai buku ini. Mana taknya, 1 komik dicaj sebanyak RM0.50-Rm1.00. Bayangkan dalam 10 tahun. Berapa aku boleh kumpul? Kebiasannya, paling cikai pun aku mesti baca 1 komik atau majalah. Waa, banyak tu..
Dan sekonyong-konyong sedang aku seronok mengulangkaji komik SlamDunk, aku mendapat satu panggilan dari satu nombor yang memang aku tak kenal. Sebenarnya, nombor itu telah 2-3 kali menghubungi aku sejak jam 2 petang. Tapi aku wat dek je. Dan aku dengan takut-takut menjawab panggilan telefon itu. Fuh, minah ni speaking plak. Tergigit lidah aku dibuatnya. Cakap punye laju. Sampai aku tak dapat tangkap apa yang dia cuba bagitau. Setelah berulang-ulang kali aku dengan minah tu berborak sambil bergelak-gelak dalam kedai Lao Mao tu, barulah aku tahu sebenarnya aku telah terpilih menjadi salah seorang peserta untuk Projek Terbaru Youthsays iaitu YouthSays Real Voices Project!

Apa itu YouthSays Real Voices Project? Seramai 50 orang peserta akan dibayar untuk menulis 15 chapter selama 5 minggu untuk projek ini diwebsite rasmi projek tersebut berdasarkan tugasan yang diberikan. Jadi, pada setiap minggu aku dikehendaki untuk menulis pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Asignment akan diberikan dan aku dikehendaki menulis artikel atau berblogging mengikut tugasan dan pandauan yang diberikan.
Berapa banyak projek ini diperuntukkan? sebanyak RM30000 akan dibahagikan kepada 50 orang peserta. Tetapi setiap peserta cuma akan dapat sebanyak RM500 untuk menulis 15 chapter tersebut. Setiap minggu 10 orang peserta akan diberikan hadiah bonus sebanyak RM100 . Aku tak pasti apa kriteria yang diperlukan untuk melayakkan aku menang hadiah bonus itu. So, simply aku dah kira. RM5000 akan diperuntukkan untuk bayar hadiah bonus dan bakinya adalah untuk 50 orang peserta itu. Waa, terkejut beb! Bila aku baca email yang diberikan oleh pihak Youthsays, ternyata aku tidak bermimpi pada petang Jumaat itu.
Sudah tentu ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk melayakkan aku kekal mendapat apa yang aku tulis diatas dan aku tidak rasa itu satu perkara yang sukar. Jika aku mampu update setiap hari hampir 5-10 blog. Aku yakin aku boleh spend masa dalam setengah jam untuk Youthsays punya projek.
Ini chapter pertama : Hidup ini memang palat
Korang boleh pergi sana dan komenlah apa yang aku tulis. Mungkin agak pelik dan agak mengarut bagi sesetengah orang. Tapi aku tulis itu dibawah minda 3/4 sedar. Jadi baca sahajalah. Chapter kedua akan aku tulis esok setelah mendapat panduan dari Youthsays. Jadi nantikan sahaja update seterusnya dari aku tentang projek YouthSays Real Voices Project.
Ps: Benda yang aku bengang, setting wordpress adalah sangat terhad. Agak sukar untuk aku menulis tugasan tersebut. Tetapi itu bukan satu masalah besar. Janji aku memenuhi apa yang tugasan itu hendak.
Popularity: 7% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« I Got 6th Payment from TNX | Frienster Got Hacked? Try Our Social.com! »

























P/s titan : anda di TAG
Anyway, congratulation bro!
titan ko org banting ker..kedai lao mao dulu mase sekolah men aku lepak jugak..
skang dah lama x pegi sana..
patut cam kenal tajuk ko>hidup ini memang palat..
jom exchange link..
aku add ko nyer..
richie - smpt ke ko nak join benda ni?bkn para peserta dah ken pilih ke?
mana ada hujan naik ke langit??? melainkan melalui proses pemejalwapan..
hujan mana boleh naik balik melalui pemejalwapan…hahhaaa…air hujan tu boleh la..ekekeke..takpun guna mesin doremon..hi hi hi
apapun. TItan memang beruntung dapat projek nih. Tak ramai IM yg dapat benda ni..