Bagaimana untuk menghubungi Titan? | EarnCent.com





Post hari ini ringkas sahaja kerana aku ingin memperkenalkan satu website yang menyediakan perkhidmatan email forwarding web pages profiles. Senang cerita, aku menggunakan perkhidmatan Yougler untuk menjadi borang contact untuk korang menghubungi aku.

Nampak macam rumit bukan? Dan jika korang ada plugin untuk buat borang contact korang sendiri, korang mungkin tak memerlukan website Yougler ini. Tak apa. Aku memang suka website-website begini dan ianya adalah percuma. Bukan kene bayar pun untuk mencuba sesebuah perkhidmatan.

Jika korang jenis malas nak buat borang contact diblog korang atau korang sendiri tak ada blog. Korang boleh gunakan Yougler untuk jadikan ia sebagai satu cara untuk membantu orang lain menghubungi korang. Ianya mudah sahaja. Aku register dengan mengambil masa tak sampai 1 minit sahaja.

Macam mana nak guna kalau kita dah register Yougler? Ianya mudah sahaja.

1. Daftar Yougler dulu.
2. Korang akan dapat satu link seperti ini : http://yougler.com/titaniumhijau
3. titaniumhijau itu adalah username aku.
4. kalau username korang memey. Ianya jadi http://youghler.com/memey
5. Itu sahaja dan bolehlah sebar-sebarkan kat kawan-kawan korang.
6. Atau buat sahaja ruang contact seperti aku lakukan diblog ini.

Sebenarnya, Yougler juga ada menawarkan perkhidmatan yang lain. Tapi aku cuma suka perkhidmatan email forwarding ini sahaja. Bagi aku ianya membantu aku sebab aku malas nak install plugin buat form yang macam kebiasaanya orang lain atau blogger buat. Itu sahaja. Jika korang rajin, korang install ajela plugin tu. Aku tak berapa rajin..

So, tak payah susah-susah buat borang contact. Guna Yougler sudah memadai dan membantu korang. Jika ada orang menghubungi korang melalui Yougler, korang akan dapat email di inbox email korang. Jika korang register Yougler guna Gmail, korang akan dapat email forwarding tersebut ke akaun Gmail korang. Email yang aku terima sangat pantas. Tidak ada delay. Jadi, aku mencadangkan Yougler bagi sesiapa yang berminat. Tak suka tak apa. Korang leh wat cara korang. Aku tak kesah..

Ps: Yougler is the best email forwarding service i ever found. Huh. Lupa, korang boleh hubungi aku melalui ruang contact di sini. Nak tanya apa-apa pun boleh. Janji jangan yang pelik-pelik.







Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 13 comments. Apa plak komen korang?
riku - 10 Nov 08 at 00:52:34
oh. Jadi sekarang, bolehlah contact titan dengan mudah.

Lagu tuh. Mana nak download??
appleblogger - 10 Nov 08 at 03:17:48
nice. Leh cuba gak nih.. :D
rina - 10 Nov 08 at 07:31:55
setakat ni. Lum lagi rasa nak kacau-kacau titan. So, u are safe now. hihi.. :)
debtrunner - 10 Nov 08 at 14:14:30
Yougler? ingatkan menda tadi. Pertama kali aku mendengar.. :D
videono - 10 Nov 08 at 18:01:48
tak penah dengar. Nantilah cuba.

Macam best jugak nih. So, sekarang takdelah susah sangat nak contact titan yek..
emme - 11 Nov 08 at 15:06:02
Ni dapat duit tak ni kalau join? :)
tini - 11 Nov 08 at 16:12:31
tak kesahla. yougler ke younger ke. Janji dah takde masalah nak contact titan pasni. :D
farahaznil - 03 Dec 08 at 06:12:44
eh..takkan benda ni pun affilate..hahhaa.. mcm mn nak sebut benda ni sebenarnya..

youg-ler atau pun you-gler??
abdfatah - 03 Dec 08 at 07:16:05
yogurt gler laa bacanya… daftar dan contact titan banyak2… tanya soalan apa yang patut nak tanya….
farahaznil - 03 Dec 08 at 09:43:21
hohhoo..dah lama aku tak minum yougut..hi hi hi hi hi hi
akazuma - 03 Dec 08 at 12:49:34
Yougler la. Ni mende yogurt nih. Lain tau yougler dengan susu masam nih. Haha..ada je bende korang nak wat cerita yek.. :D
farahaznil - 03 Dec 08 at 14:34:23
hahhaa…yougler ni dtng dr uganda kot..ekekekekeke
tini - 03 Dec 08 at 14:43:20
Mana farahaznil tahu yougler ni dari Uganda?


Get cash from your website. Sign up as affiliate.



-----------------------------
The Best site and articles : New Adsense Alternative | Melayu Boleh | Berrybunch | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------