Hari ini aku nak bagitau dan kongsikan satu lagi program yang berikan aku sedikit pulangan melalui blog. Aku kira sudah ramai orang tahu tentang program ini. Tapi aku nak juga tulis kerana ada segelintir yang mungkin masih tidak tahu tentang program ini dan bagaimana hendak buat duit dari blog masing-masing.
Aku tahu ramai penulis blog lokal yang berjaya meraih pulangan dari program sebegini. Jadi, apa yang korang kene tahu tentang Buat duit dengan ReviewMe ini?
Program Reviewme memberikan kita peluang untuk buat duit melalui setiap post yang kita buat di blog masing-masing. Kita dibayar apabila membuat artikel seperti mana yang diperlukan oleh advertiser dari ReviewMe. Ramai Advertiser berminat untuk mengupah kita untuk menulis artikel tentang pendapat kita untuk sesebuah produk, website atau bergantung pada niche tertentu. Mungkin mereka malas atau tak ada masa untuk menulis, jadi melalui program ReviewMe inilah mereka mencari blogger yang mampu menolong mereka mengikut kriteria dan syarat tersendiri. Haa, itulah ReviewMe.
Adakah kita perlu membayar untuk menyertai ReviewMe? Tidak, ianya percuma dan korang boleh buat duit dengan blog korang. Cuma korang kene patuhi beberapa syarat mudah sahaja iaitu:
1. Mesti submit blog yang ada trafik yang bagus.
2. Blog yang mempunyai PR dan alexa rank yang tinggi digalakkan.
3. Digalakkan ada akaun paypal.
4. Setiap akaun boleh submit 6 blog sahaja.
5. Campaign atau job akan ditawarkan mengikut kategori dan tag blog korang.
6. Bayaran reviewme akan dikumpulkan dan dibayar setiap awal bulan.
7. Jangan submit blog jika blog anda masih baru dibuat.
8. Hanya blog yang telah diluluskan sahaja akan dibawa masuk ke bahagian marketplace.
9. Kebiasanya, nilai 1 review antara $5-$20 dan ke atas.
10. Blog wajib dalam bahasa english.
Itu sahaja. Nak tengok bukti bayaran? Nah..bayaran bulan lepas. Sikit aje..

Jadi, jika ada antara korang yang berminat. Leh la daftar kat website ReviewMe dan mula buat satu dollar pertama dengan blog korang. >> Daftar Reviewme
Ps: Esok, aku cite bab lain plak. Lapar. Aku nak makan pisang goreng plak..
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related Content
« Edisi Siasat: Buat Duit dengan Blogstarz | Komisen Ke 10 dari Text Link Ads »
















Hehe, tak jugak. Kene tengok apa yg advertiser nak. Diorang akan cek dulu baru diorang luluskan. Kekadang, ada gak review aku kene reject. Bengang gak kekadang. Haha..
Haha. Antara cara nak improve bahasa inggeris
Dia sibuk stadi. Tapi sempat lagi komen sana sini. hehe
Nak lebih, kene keje lebih la..
huhuu..pc aku mmg terbuka..time blajar..tu blajar le..takkan nak gadai masa dpn lak..benda ni lps spm..atau bila2 leh buat..
Bila nak wat akaun paypal nih???