Ok. Seperti yang aku rancang semalam. Aku akan tulis sesuatu hari ini. Aku rasa entry ini akam memasuki search engine google dan yahoo dalam masa 1 minggu ini. Ok. Apa yang aku nak cerita hari ini adalah tentang apa itu BlogStarz. Aku rasa 1-2 minggu ini cerita Blogstartz sangat panas dan ramai gak blogger yang menulis tentang pandangan diorang tentang Blogstarz.
Ada yang kutuk, ada gak yang tak berapa faham, ada gak yang bengang, ada juga yang menyokong. Yang menghina pun ada. Yang kutuk sana sini pun ada dan tak kurang juga yang tak puas hati. Rileks, kita cuma nak berbincang apa yang Blogstarz mampu berikan pada orang-orang yang hendak buat duit melalui Blogstarz ni. Jadi, mari kita bercerita..
Apa itu Blogstarz?
Pada pandangan aku, Blogstarz sama sahaja seperti Blogspot atau Blogdrive. Yang berbeza adalah, Blogstarz adalah versi berbayar. Blogspot dan Blogdrive pula versi percuma.
Apakah perbezaan ketara Blogstarz dengan penyedia blog yang lain?
Blogstarz menawarkan program buat duit yang CONFIRM dapat duit. Blogspot atau penyedia blog percuma langsung TIDAK menawarkan program buat duit. Malah, Blogstarz merupakan penyedia blog versi berbayar. Sudah pasti banyak tawaran dan servis yang menarik disediakan oleh mereka.
Adakah Blogstarz Scam, Fraud atau Menipu?
Sila rujuk pada website ini : Blogstarz Scam?
Berapakah yang perlu kita bayar untuk menyertai Blogstarz?
Ada beberapa pakej yang boleh korang pilih. Pakej termurah adalah RM99 sahaja.
Bagaimana kita boleh buat duit dengan Blogstartz?
Blogstarz memberikan kita 3 cara untuk buat duit iaitu Perkongsian Clickshare dan Sistem Reverse Charge. Kalau jual produk kat blog blogstarz tu, aku rasa semua blog atau website, itu bukan apa yang ditawarkan oleh Blostarz, itu kita jual sendiri. Beza besar tu. Dan kita juga boleh buat duit dengan menjadi rakan kongsi perniagaan Blogstarz seperti By2Automatch. Malah, ada gak peluang dapat duit dengan cari blogger untuk join Blogstarz ni. Sila rujuk sini : Arkib Blogstarz
—————-
Dipendekkan cerita, serba serbi memang Blogstarz ni SANGAT BAGUS dari pandangan mata aku dari banyak aspek. Dan mungkin seperti yang diwar-warkan akan membuka minda orang yang langsung tak tahu pasal internet, akan tahu pasal internet dan mula berminat untuk menulis blog. Malah, mungkin ini peluang mereka memasarkan produk mereka. Pelbagai kemungkinan kita boleh fikirkan. So, korang leh fikir apa yang bagus pada Blogstarz ni dari segi kebaikan.
—————-
Keraguan Tentang Program Blogstarz ClickShare
Terdapat beberapa keraguan dan tanda tanya timbul apabila ramai yang mempersoalkan tentang perihal Clickshare yang ditawarkan oleh Blogstarz. Sila lihat gambar dibawah :
Ini keraguan aku dan member lain tentang program Clickshare.
Blogstarz menawarkan RM0.10 sehingga RM1.00 jika kita klik mana-mana adsense pada blog anda di Blogstarz. Jadi, korang leh klik mana-mana iklan adsense di blog korang. Tapi maksimum adalah RM200 sahaja. Aku tak tahu bagaimana untuk mengetahui berapa banyak klik yang diperlukan untuk mencapai Rm200 itu. Tapi aku rasa, mesti banyak kali kene klik untuk capai RM200. Kalau paling cikai, 1 klik dapat bagi kita RM0.10. Ini bermakna mungkin 2000 kali kene klik iklan adsense baru mencapai RM200..fuh. Penat nak klik tu. Tapi aku yakin tak ramai orang klik sebanyak tu. Mungkin ada iklan adsense yg bernilai RM1 atau RM0.50. Itu bergantung pada pihak Blogstarz menentukan harga bagi setiap klik di iklan adsense yang dilakukan oleh ahli mereka. Ok.
Apakah keraguan disini? Keraguan pertama. Kalau nak dapat duit dari Blogstarz, mesti kene klik iklan adsense diorang. NO Ads Click, No money. Itu yang aku faham. Tapi dalam 2-3 hari ini, aku dapat lihat ada iklan dari Blogstarz sendiri dan juga iklan Adbrite. Mungkin kerana ramai yang komen sana sini, diorang menambah iklan dari company yang berbeza dan menggunakan sistem rotator bagi memaparkan iklan-iklan tersebut. Jadi, agaknya, berapakah yang Blogstarz akan bayar untuk 1 iklan klik untuk iklan BLogstarz dan Adbrite? Itu aku tak tau. Takde kenyataan lagi kat website Blogstarz. Yang adsense ni pun aku rujuk dari blog lain.
Keraguan kedua timbul ialah sistem Clickshare itu sendiri. Kita semua maklum, Google Adsense tidak membenarkan kita klik iklan Adsense kita sendiri dan tidak membenarkan kita menggalakan dan menyuruh orang lain klik adsense kita. TOS Adsense dan policy adsense sendiri menyatakan kita tak boleh klik iklan Adsense sendiri. Ada satu kotak chat yg tulis. Kita kene click iklan setiap 5 minit sekali. Aii, biar betul. Dalam hal Blogstarz, aku tidak tahu pihak Blogstarz ada klik iklan sendiri atau tak. Itu kene tanya diorang. Tapi mereka menggalakan ahli-ahli Blogstarz untuk klik iklan adsense. Jika tidak, mereka tidak ada peluang untuk buat duit dengan Blogstarz. Macam aku cakap, No ads click, no money.
Aku yakin tidak ramai pengguna baru atau blogger yang baru tahu menyertai Blogstarz tahu tentang TOS Google. Yang tahu pun, mungkin buat tak kisah sahaja. Jadi, ini yang membuatkan ramai orang ragu-ragu dan tak berminat untuk menyertai Blogstarz. Masalah haram atau halal. Aku tak tahu. Baik tanye pada mereka yang lebih pakar. Jadi, itu terpulang pada pandangan masing-masing. Semua benda mempunyai risiko tersendiri.
Keraguan ketiga timbul pada masalah bayaran. Ok. tadi aku kata sehari kita mampu capai RM200 kan? Modal kita untuk sertai adalah seminimum RM99 sahaja. Jadi, korang dah balik modal dan dapat untung selama 1 bulan sahaja. Hebat bukan? Tapi, dari apa yang aku tahu, bayaran akan dibuat hanya untuk 2 bulan sekali. Jadi, andai katalah, kita dapat jana RM200 sehari. Dalam 30 hari, kita mempunyai potensi untuk capai RM6000!! Wow! Sangat lumayan. Pendapatan adsense aku sendiri tidak sehebat itu. Itu baru satu bulan? Kita dibayar 2 bulan sekali. Jika kita bernasib baik, kita akan dapat capai RM12000 selama 2 bulan! Wow lagi!! Lumayan bukan? Dan jika ada 1000 orang yang berjaya capai level tersebut dalam 2 bulan. Blogstarz kene bayar 12 000 000.00. Erk..berapa tu? 12 juta ringgit malaysia!
Wow! Satu kira-kira yang mengiurkan..Ini hanya kira-kira mudah. Ok. Cincailah. 500 orang berjaya capai. Sekurang-kurangnya RM6 juta diperlukan untuk bayar member Blogstarz. Wow, mesti keuntungan Blogstarz lebih dari jumlah itu jika mereka mampu bayar ahli mereka kan? Tapi biasanya, kira-kira aku ini mesti lari punye. Sebabnya? tak semua orang akan berjaya dapat RM200 sehari. Confirm. Mungkin ada yang RM10 je sehari, mungkin ada yang RM15 je sehari..ada yang RM1 je sehari..kalau ada yg tak klik hari ni, diorang tak dapat apa-apala kan? So, tak semua berlaku seperti yang aku kira tadi. Tapi aku rasa, banyak gak yang diorang kene bayar kat ahli diorang setiap 2 bulan. Mesti diorang tahu camana nak bayar member diorang kan? Mesti ada jalan penyelesaian. Ini cuma kira-kira mentah dari aku sahaja. So, inilah hasil rambang yang korang akan dapat hasil klik iklan adsense, blogstarz ads dan adbrite atau iklan private mereka yang aku tidak tahu.
Keraguan keempat timbul dipihak advertiser. Mungkin ada advertiser yang membeli ruang pengiklan di Google dan Adbrite akan mengalami kerugian. Ini kerana visitor yang datang adalah bertujuan untuk mendapatkan komisen hasil klik di Blogstarz. Jika korang ditempat Advertiser, apakah pandangan korang? korang suka diperlakukan begitu atau korang jenis tak kesah? Mungkin ada advertiser tak kesah dan beranggapan mungkin 10% daripada visitor yg click iklan itu akan berminat dengan iklan mereka. Tapi bukankah itu tidak adil? Adbrite dan Adsense mempunyai hak untuk mengantung akaun Blogstarz kalau mereka tahu hal tersebut atau ada yang gatal tangan membuat laporan. Jadi, apa pendapat korang sebagai advertiser? Aku sendiri pernah menggunakan banyak PPC untuk beriklan. Jadi aku tahu perasaan advertiser Google dan Adbrite.
Keraguan kelima. Rata-rata yang menyertai Blogstarz tertarik hendak buat duit mudah melalui sistem Clickshare. Jika ada yang menyertai blogstar hanya untuk tujuan blogging sahaja. Itu mengarut namanya. Dinasihatkan, kalau nak tulis tentang diri korang. Baik daftar blogspot dan tulislah apa yang korang nak. Blogstarz bagus untuk mereka-meraka yang hendak buat duit dan mahu buat duit. Jadi, ini perbezaan yang ketara. Blogstarz khas untuk mereka yang hendak buat duit. Dan cara buat duit yang sangat popular adalah clickshare iaitu klik iklan yang ada diblog Blogstarz masing-masing.
—————
Itu sahaja. Aku rasa dah cukup panjang aku mengulas dan menulis keraguan tentang Blogstarz. Dari Clickshare sahaja aku rasa ramai yang boleh bercerita berjela-jela. Kalau clickshare itu tidak diperkenalkan. Adakah korang rasa Blogstarz akan wujud? Adakah Blogstarz mampu menarik perhatian orang lain untuk menulis blog? Banyak persoalan timbul dan aku hormati pandangan korang masing-masing. Jadi, ruangan komen sentiasa terbuka. Silalah beri komen dan hujah anda. Ingat, ini hanya pendapat sahaja. Dan penerangan di website Blogstarz sangat sedikit. Tidak terlalu perinci yang diterangkan tentang Clickshare. Ada banyak lagi point. Tapi cukuplah 5 keraguan sahaja. Aku cuma ragu aje. Mungkin ada kenyataan aku salah. JIka salah, sila beritahu yang betul. Boleh? Jika salah, aku akan wat counter post untuk entri ini. Takde hal punya..
Ps: Jadi, inilah antara cara buat duit dengan Blogstarz. Mudah bukan?
Popularity: 11% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« I Got Payment From Lemonadehere.com | Edisi Siasat: Buat Duit dengan ReviewMe »

























klik iklan adsense? Biar betul blogstarz nih. Ada sape-sape dah join? TItan, ko tak join kan?
Afzai, ridzuan.. yes.. saya datang.. kenapa?
satu yang pasti, aku benci idea blogging semata-mata sekadar untuk make money online.
kita orang tak konpius. Cuma tahap keraguan meningkat bila ramai yg dok cakap pasal klik iklan kat blog sendiri. Aku sendiri baca kat banyak chatbox yg depa suruh kita klik sendiri. Itu yg menjadi persoalan. Jadi, kalau tak klik iklan sendiri. Bagaimana diorang nak dapat profit dari clickshare? Leh cerita sedikit tak pasal clickshare yang u faham?
Bahagian FAQ? Maaf. Tapi tak jelas. Aku dah email blogstarz. Tunggu penjelasan diorang sahaja. Ofis blogstarz? Tak semua orang ada masa untuk pergi ke ofis blogstarz. Sebab tu aku email sahaja. Tapi, Masih belum ada jawapan dari pihak mereka. Sebab kalau benda ni bagus, aku juga akan sertai Blogstarz.
Artikel? Insya-Allah. Akan ada lagi banyak artikel sebegini pada masa hadapan. Takde masalah kalau nak bawak hit ke blogstarz. Win-win situation maa dari segi trafik..
Ps: Sistem blogstarz dah bagus. Tapi part clickshare tu tak diterangkan secara terperinci dan membuatkan orang ragu-ragu. Better wat penerangan yg terperinci kt website rasmi. INi mungkin lebih membantu dan mengurangkan anggapan yg kurang enak..
takkan lah developer dia tak pentingkan first visitor impression ke setiap blog.
remember, blog appearance & arrangements juga penting kalau nak blogging sambil make money online.
kalau buat adsense, bukankah ads plcaments jadi perkara paling asas nak bjy?
huhu. lagi real guna blogspot. haha.
Blogstarz ni mungkin bagus untuk para newbie. tapi kesian lah kan.
Ehm..pasal design blog dan placement. Aku tak tau. Tapi aku perasan semua pakai theme atau template yg sama. Lebih kurang aje. Mungkin akan ada perubahan nanti. Diorang wat pelan-pelan. kot.
Sebab tu aku harap, penerangan tentang clickshare tu diberitahu kat FAQ atau website diorang. Biar terang dan clear. Takdelah orang tertanye2. Aku sendiri pegi cek blog-blog orang yg dah join. Mostly tak tulis apa-apa dan banyak yg promosi iklan kat ruang classified. Promote produk tu dan ini..
Dah macam e-bay+blog pun ada. Benda bagus. Tapi part clickshare tu je kalau boleh diterangkan terperinci. Takkan kene klik iklan sendiri baru leh generate income kan? Walaupun ini salah satu cara, tapi inilah cara yg diwar-warkan untuk dapat income tetap setiap bulan..
titan, yes.. sama2 kita bawa hit dan traffic.
Tapi yg blogstarz ni, menggalakkan kita klik iklan adsense dan iklan2 yg lain. Google tu company besar. Hampir setiap bulan, beribu cek dihantar ke seluruh dunia dan negara kita antara salah sebuah negara yg menjana income yang sangat tinggi dari adsense ni berbanding negara lain. Malah, ada member aku yg bergantung sepenuhnya dr adsense ni walaupun aku sendiri marah kat dia suruh tambah income lain..klu google stop terima kita, apa akan jadi pada diorang??
so, aku tak naklah disebabkan kemunculan blogstarz ni akan wat google tak suka negara kita. Macam2 hal boleh berlaku. Antaranya cam clickbank dengan payloadz. Nasib baik clickbank dah open semula. Azoogles pun tak terima dah registration dr negara kita. Begitu juga dengan program2 lain. Rugi woo bagi pemain program2 luar nih..
Blostarz takde suruh klik ads. Memang takde satu perkataan pun yg aku jumpa kat site blogstarz. Tapi apa makna clickshare bagi engkau? Cuba explain? Macam mana clickshare tu bergerak dan memberi pulangan kepada blogger2 di blogstarz? Mungkin ko leh explain dan bagi ramai orang faham tentang Clickshare. Boleh?
Ps: Nak tanye, bila dah register. Kita sendiri leh letak iklan adsense, bidvertiser or adbrite kat blog kita tu ke? Aku tanye ni sebab aku nampak ada iklan bidvertiser plak kat salah sorang blog kepunyaan blogstarz nih..
Pss: Blogstarez. Ko ada blog? Bagi aku link blog ko kat sini. Kalau dah joib blogstarz, mesti ada blog kan?
Kampungboy, hehe. Aku memang minat baca novel. Mungkin tempias dr situ kot..
1) ads by PPC (Pay per Click) , adsense, adbrite dan advertiser
2) Ads by PPI (Pay per Impression), Ads by blogstarz
bagaimana BlogStarz mengawal aktiviti Blogger.
1) system click protector, nak jaga click ratio supaya tidak melampau, ini cara blogstarz mengalak aktiviti click ads sendiri oleh blogger. Setiap hari ianya di kawal rapi oleh IM blogstarz.
2) Ads akan di rotate, bukan terhad kepada PPC sahaja, ada juga PPI dan PPS. Maksudnya target bukan sahaja untuk menghasilkan klik dan traffic, ianya juga ada missi untuk penjenamaan produk dan penjualan produk.
3) pembahagian clickshare bergantung kepada jenis blogger,20% di bahagi sama rata kepada semua blogger, 20% lagi di bahagi sama rata kpd semua associate, 20% di bahagi sama rata kepada manager dan 20% lagi di bahagi sama rata kpd presiden. Maksudnya keuntungan keseluruhan PPC, PPI, PPS blogstarz, 80% adalah untuk blogger.
blogstarz tak blh sekat perangai blogger mereka… huhuhu..
Ai..ngaku gak blogstarz mengalak aktiviti klik ads sendiri. Hehe. Terbukti sudaa..
merah betul katak puru tu…hehe
Tapi ini juga membuktikan bahawa diorang akan klik iklan sendiri setiap hari untuk dapatkan income dengan blogstarz. Menggalak ke, mengelak ke..ramai yg klik iklan sendiri dan tak mengetahui tos google adsense..
betul tak? cam titan tanya, tunjukkan blog ko. kita orang nak tengok blog yg ko wat dengan blogstarz ni. boleh?
Tapi terpulanglah pada blogstarz. mesti diorang tahu cara nak kelengtong google tuh..
http://blogstarz.my/forum
aku cuma meningkatkan income aku sahaja, aku suka blogging, tetapi kalau setakat tulis blog “saya makan biskut” , “kekasih tinggalkan saya” buat aku nak muntah, dan x dapat duit.. lebih2 lagi blog justkhai.com tuh.. nak muntah aku baca… poyo.. (apsal mamat ni berlagak sgt aa?? hebat sgt ke dia??)
apa2 pun.. nak join join.. xnak join sudah.. aku cuma blogger yang mencari sesuap income melalui internet..
hohoh so jangan muntah ek baca blog aku heheheh
weih.. ko tak jawab2 lagi kan.. biarlah..
huhu.. blog topo cerita pasal “baju raya” , tapi bukan baju raya biasa.. baju raya ubuntu dan linux.. superb.. mmg caya lah…
ada pro contra gak benda alah ni
Ape kate,Titan tanye google adsense je pasal blogstarz ni.
Bagi link,bagi TOS die. Dan sume2 kat google adsense.
Dari satu negara kena banned. baik satu website jer kena..
Ok ker? hehe..
Lagipun, kalau leh faham tulisan aku diatas dan gambar diatas dan tunjuk jelas kan?
So, terpulang pada google la. Diorang wat dek. Blogstarz teruskan ajelah program diorang.
Ok tak ok. Itu aku tak sure. Cadangan aku, Blogstarz tak guna adsense kat site diorang. Gunakan aje blogstarz punye iklan sendiri. Lambat laun, google mesti tahu punya..
Inikan pulak yang sudah terang lagi bersuluh..
Tapi idea diorg memang ade.
lg 1 yg aku tak paham..adsense dia tu..leh letak mana2 ke?nuffnang ke..n etc la..hmm..aku dah keliru dah ni..kesimpulan dia..titan join dan percama dgn program ni x?hehe
Join percuma? Takde plak sesapa contact aku pasal nak bagi akaun percuma. Mana bleh. Rugila diorang wei..
Topo. Cuba korang search untuk keyword ” buat duit dengan blogstarz”
Siapa yang ranking pertama sekarang?
cuba taip “blogstarz” tengok sapa ranking pertama, kedua dan ketiga?? mmg bukan aku… hehehe..
aku leh di ranking ke-4 je..
p/s: bro titan.. tq pasal vcc tuh… ade paper nanti pakcik kontek bro ye..
Secara logik kat search engine, tuan punya website akan no.1. Kalau blog lain, aiseh. Camanala leh kene potong..
Blog ni ranking belas-belas kalau guna keyword blogstarz. Muka surat ke 2 kalau kat google.
Uncle G. Tak gaduh. Borak dan perbincangan sahaja. Kalau nak gaduh, baik gaduh bertumbuk bertendang. Itu baru gaduh. Hoho.. just bincang. Blogstarz gak yg untung. Dapat trafik percuma dari sini.
Uncle G. Terima kasih sebab guna servis tu. Sama-sama gak..
So, takde apa nak kata ke Karl Iskandar? Mana tau boleh explain sikit pasal clickshare tu..
ntah mcm mana dia buat.. harap mukhlis77 boleh share la… kalau anda terbaca disini la..
haha. Tak tau dia baca ke tak post nih. Tapi aku rasa Karl Iskandar dah sampai ke blog ini. Hehe
Baru je perasan kat mybloglog tadi.
Selamat datang Karl Iskandar.
kempen berterusan buat duit dengan blogstarz…
adeh lari topik plak.. hoho seriusly aku tak tau apa2 berkenaan blogstarz ini.. hoho
chuckiedd, itu aku tak tau. Tapi diorang leh kekal lama jika tahu bagaimana hendak mengatasi masalah clickshare..
topo. Ko tau kan YM aku. Takpun, hubungi aku menggunakan borang contact diatas tu..
Takpe. Alexa rank? blog aku masih kalahkan blogstarz kalau dari segi alexa rank. Aku tak perlu risau. Haha..
So, lepas baca kat macam2 blog. Baru faham dan tentang clickshare dan komisen lain tu. Terpulang pada pendapat korang. Ok ke tak..
click dan share daaaa… lepas klik dapat share laaa
pakcik pun nak rank top 100,000 jugak laa dengan makcik aleeza… hahahaha
nah hambik sini punya rencana blogstarz
“Apabila seseorang mula mendaftar sebagai ahli berbayar di BLOGSTARZ maka dia akan bernaung dibawah BLOGSTARZ dan mendapat menafaat daripadanya.Ahli-ahli yang mempunyai laman yang berbayar ini memperolehi satu akaun blog.Dengan pelbagai kelebihan lain setelah anda mendaftar sebagai VIP.
Clickshare
Pengunjung laman blog ini perlu click setiap iklan yang ada(terutamanya ads by g00gle) sebanyak lebih 20kali dan biarkan selama 5minit.
Kemudian close selepas 5 minit, dan ulangi langkah tadi. Maksimum hanya 50 klik bagi setiap kali.
Setiap klik yang dibuat, g00gle akan membayar kepada blogstarz setiap bulan mengikut jumlah klik yang dibuat oleh ahli2 atau sesiapa sahaja yang masuk ke sini dan hasil pendapatan blogstarz akan diagihkan-agihkan kepada ahlinya mengikut pakej masing-masing.
Jadi sekiranya anda merupakan ahli berdaftar(VIP), anda layak mendapat manfaat ini.
Hanya KLIK iklan(terutamanya g00gle) yang ada dilaman blog anda sendiri.”
Aku quote dari -http://gjenny84.blogstarz.my/?View=3620&action2=read
Nilaikan sendiri…
antoo fighter. KO memang owner site antoofighter to ker atau ko memang peminat setia filem tu sampai ko promote antoo fighter nih? Aku nak tengok filem ni. Tapi kat banting takde wayang la.
PakcikQue, bende ni dah terang. Sampai diorang dah tak balas email aku lagi dah bila aku tanya macam-macam. Aii..
cencorot. Satu lagi bukti kukuh. Apa diorang nak cakap sekarang..
tak tau laa apa kata pakcik google…
dibangunkan rakyat tempatan…
pernah gak skali kluar kt newspaper..
mula2 baca xpaham gak aku pe benda gaknye ni…
huhuhuh……
farah. Hang tak perlu pening-pening. Gi makan banyak-banyak. Tdo banyak-banyak. haha
humbleandmodest. bukan sekali dua keluar paper. banyak kali dah. Takpe. Ko baca je apa yang aku tulis tu. Aku rasa ko leh faham.
sudah memahami dengan jelas sekali..
heheh….
tapi panjang sangat…
berpinar2 mata aku…
hhohoh~
setiap ciptaan manusia ada kebaikan dan keburukannya…
heheh…..
iskandar dot me
Camne diorang control aktiviti click supaye tak melampau? Aku pening jgak kalau dah semua klik boleh ke unclick kan balik?
Nih nak bagi nasihat… yang saya tahu.. asas perniagaan Islam mesti ada akad jual-beli. Maknanya mesti ada “barang” yang dijual dan dibeli. Jadi tolonglah selidik betul2 kalau ada skim2 yang kata ‘tak perlu jual barang’… Niaga apa tu? Ragu yang amatlah saya kalau dengar klausa tu. Anda bagaimana?
Fikir-fikirkan…
blogstarz bukan perniagaan…
sbenarnya awk promosi perniagaan awak kt diorg jer…2 bisnes awk sndri…kalo ad la…
duit yg awak byar kt blogstarz tu bukan beli brang….diorg kasi awk tools(program SMS & laen2) nk promo bisnes awk jer…
awak thu x skang ni x yah jual pn leh dpat duet…promo jer…contoh affiliate program cam Clickbank…dh beribu org kutip duet kt sni…ni contoh jer…
jgn fikir sume benda dlam dunia ni bisnes….servis dan bisnes 2 x sma…
cam awk naik teksi dan bas la…
ada akad ker?
betul lyralia. Income mereka biasanya banyak base pada affiliate atau downline yang diorang bawak. Tak ramai yg dapat duit dari income yg dari blog tu..
die amik yg 2rat lebey nyer..pas die masuk die nyesal…coz die sbnrnye xphm ape2…tp die tertrik nk msuk coz pakcik yg bg ktrgn 2 sgt meyakinkan,,,,…cian dier…skg nie die ngan sengkek…die kte nk truskan gak ngan blog 2…
clickshare tu memang agak meragukan, takut nanti google marah jer coz diorang kena bayar lebih pulak kat blogstarz tapi diorang kena bambu dengan adveriser..
kalau betul menarik dan ada masa depan yang cerah nak jugak aku join..
aku tengok semua blog yang ada kat blogstarz macam hamper jer page dia.. info pun semua sama jer..