Archive for November 2008


Secara keseluruhan, hampir semua kesemua Pemenang New Earncent Contest sudah menerima habuan masing-masing di akaun Maybank dan CIMB korang. Kecuali Topo dan Farah. Mereka punya sebab-sebab tersendiri. So, topo, kau sudah buat keputusan atau belum? Kepada farah, cepat-cepatlah buat akaun bank ye. Ini status terkini..

1. Rajakamil - Complete and Paid
2. Farahaznil - Not Complete
3. Abdfatah - Complete and Paid
4. Topo - Not Complete
5. Merahkatak - Complete and Paid
6. akazuma - Complete and Paid
7. Appleblogger - Complete and Paid
8. Shuxx - Complete and Paid
9. Debtrunner - Complete and Paid
10. videono - Complete and Paid

Mungkin ada sesetengah dari korang yang dapat lebihan imbuhan dari aku. Nasiblah sesiapa yang dapat tu yek. Senyap-senyap ajelah. Ada sebab aku bagi lebih. Haha. Dan tak lupa, korang akan dapat link download untuk hadiah-hadiah yang masih berbaki. Jangan risau dan aku akan cuba siapkan secepat mungkin dan harap streamyx tak wat hal lagi..

Dan berita baik dari TNX. Aku telah dapat bayaran terakhir dari mereka semalam. Walaupun tidak banyak seperti yang aku duga. Tetapi ini sudah menggembirakan aku. Sekurang-kurangnya, ada gak merasa duit dihujung bulan nih. Hehe..

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Jadi, selain daripada TNX, aku galakkan korang cuba 4 program yang membayar aku dengan baik setiap bulan. Kesemuanya lebih kurang sahaja caranya.

1. Text Link Ads
2. Backlinks
3. Linkadage
4. Teliad

Itu sahajalah untuk hari ini. Aku sebenarnya masih lagi penat. Tetapi aku gagahkan juga diri ini untuk membuat bayaran untuk contest yang lepas dan juga siapkan link download untuk korang. Malah, aku sempat juga untuk update beberapa blog dan semak beberapa akaun program aku yang lain. Projek yang masih tergendalah kekal tergendala. Semoga aku pulih dengan cepat. Waa…

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content


streamyx. Oh!

Tak perlu aku salahkan sesiapa. tapi dalam 2-3 hari ini, sesungguhnya aku sangat sibuk. Jadi, faham-faham ajelah. Streamyx memang buat hal dan akhirnya ianya menjadi lebih stabil hari ini. Sambungan ke internet tidak lagi putus-putus seperti semalam. Akhirnya aku boleh sambung buat kerja seperti biasa.

Aku telah membuat beberapa post di blog Helmi sebelum bulan November berakhir. Tatapilah beberapa entri ini dan berikanlah komen korang disana. Boleh bukan? Satu artikel tentang TNX dan satu lagi artikel terbaru tentang Backlinks. Both in english.

Aku juga sudah update beberapa chapter di Projek Youthsays Real Voices. Jika korang mahu tahu serba sedikit tentang kehidupan aku. Leh la baca disana dan jangan lupa berikan ulasan atau komen tentang artikel yang aku buat tu. Nak kutuk pun boleh. Aku tak filter punya. Sebab aku tak ada hak untuk filter. Haha. Aku juga berjaya memenangi rewards untuk 10 orang yang bertuah pada minggu pertama untuk Projek Youthsays ini. RM100 Pertama! Aku harap aku akan berjaya juga pada minggu kedua. Ini beberapa chapter untuk minggu kedua :

- Impian dan Masa Depan
- Kenapa saya suka kawan saya
- Perkataan-perkataan yang merosakkan bangsa
- Kenapa saya suka keluarga saya

Kerja-kerja update diblog-blog yang lain sudah hampir siap dan aku sewajarnya tidur ketika ini. Sangat penat. Tapi aku akan habiskan dulu pembacaan komik ini dulu. Ini akan membantu untuk mata ini lelap dengan kadar yang segera. Sesungguhnya, aku sangat penat. Penat jalan kaki menemani adik perempuan aku mencari rumah sewa di Sentol. Oklah, sewa bulanan RM150++. Pendek cite, semua lengkaplah. Hari isnin nanti dia akan mulakan praktikalnya di Titiwangsa. Aku lupa nama syarikatnya tadi.

Ps: Secara jujur, aku masih pening. Pening sebab berjalan kaki agaknya. Ternyata, badan ini tidak sehebat ketika aku masih muda dulu. Oh!

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content




Aku cuma hendak bagitau sahaja beberapa perkara. Sejak semalam, streamyx aku mengalami masalah macam biasa. Ini adalah masalah biasa tiap-tiap bulan. Sekali dalam sebulan, internet aku akan down. Selepas itu, line akan ok macam biasa sehinggalah ianya bermasalah sekali lagi setiap bulan. Bagi aku, masalah ini normal sejak aku menggunakan streamyx ini.

Aku akan mula buat bayaran untuk pemenang New Earncent Contest bermula malam ini. Peringatan kepada sesiapa yang tersenarai dalam contest itu, bolehlah hantar tiket kepada aku dengan kadar yang segera.

Kepada sesiapa yang berminat hendak buat duit melalui Pay Per Lead TERBARU. Cuba PPL International terbaru iaitu Downline Builder Direct. Jika korang failed pasal viral dan cara nak cari downline. PPL ini mungkin dapat membantu korang. Bukan sahaja leh tahu macam mana nak cari downline, korang juga boleh dapat peluang buat duit. 1 downline = 1 dollar. Tinggi bukan? Daftar di sini sekarang!

Aku juga dengar pagerank sudah update. Benar atau tidak, aku tak pasti. Tetapi ada beberapa orang yang sudah cerita dekat blog masing-masing seperti Hanep dengan Taukey. Jadi, bolehlah semak nilai pagerank blog masing-masing di sini.

Cukuplah aku update. Kepada sesiapa yang belum dapatkan ebook terbaru Shuth iaitu Panduan Menjual Produk Fizikal. Boleh dapatkan di sini. Namun jika korang suka cari duit melalui affiliate program, pelajari dari Ammar melalui produk terbaru beliau iaitu Affiliate+ di sini.

Ps: Ada beberapa perkara gembira. Tapi aku tak nak bagitau lagi. Nantilah aku cite. Sekarang, biarlah rahsia ek! :)

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content


Semalam, aku telah beli satu lagi buah tangan dari Shuth. Aku rasa korang kenal siapa Shuth kan? Shuth antara salah seorang IM lokal yang memang dikenali ramai dan mempunyai sebuah forum yang sangat popular iaitu Wangcyber.com. Aku kira ramai yang sudah tahu tentang forum Wangcyber bukan? Jadi, dipendekkan cerita, aku beli satu lagi panduan atau ebook yang aku rasa sangat sesuai untuk sesiapa yang berminat untuk menjual barangan fizikal melalui online.

Jika korang menghadapi masalah atau buntu untuk mengetahui bagaimana hendak menjual produk fizikal melalui online. Ini antara panduan terbaik yang aku pernah baca setakat ini dan yang paling menarik, ianya dalam bahasa melayu dan aku yakin ianya adalah pengalaman shuth sendiri. Jadi, ini bukan panduan murahan. Panduan ini membantu aku memahami beberapa perkara yang selama ni aku kurang mahir. Maklumlah, aku jarang jual barangan fizikal melalui online. Tetapi aku sangat berminat untuk menjual sesuatu. Mungkin ini projek tahun depan. Biarlah rahsia dulu ye..

Selain itu, korang juga akan tahu..

- Beberapa Sumber Untuk Mencari Produk dan Pembekal
- Tips-tips mencari produk yang sesuai dan terlaris di pasaran
- Tips membungkus dan menghantar produk
- Tips memilih syarikat kurier
- Sedikit Tips untuk promosi
- Belajar dan memahami tentang pesaing anda
- Dan rahsia-rahsia lain..

Secara jujur. Ini antara ebook terbaik yang aku baca dan beli sejak kebelakangan ini. Ianya diterangkan dengan teliti dan diadun dengan pengalaman shuth sendiri. Jadi, ini bukan ebook tangkap muat atau transalation dari mana-mana ebook bahasa english. Ianya sesuai digunakan untuk market Malaysia. Untuk market luar negara, aku kurang pasti. Dan yang paling menarik, harga panduan ini sangat murah!

Dapatkan segera di sini :) : Panduan Menjual Produk Fizikal

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content




OK. Keputusan yang ditunggu telah terima. Aku telah jumlahkan kesemua point yang ada. Ada point yang terpaksa aku tolak dan ada point yang aku tambah berdasarkan keadaan. Komen-komen yang aku rasa mengarut dan , aku deduct pointnya. Dan aku rasa korang mungkin sudah boleh agak siapa pemenangnya. Jadi, ini senarai pemenang untuk New Earncent Contest yang dilancarkan pada 6 Oktober yang lalu.

1. Rajakamil - 501 point
2. Farahaznil - 409 point
3. Abdfatah - 392 point
4. Topo - 334 point
5. Merahkatak - 253 point
6. akazuma - 201 point
7. Appleblogger - 162 point
8. Shuxx - 158 point
9. Debtrunner - 148 point
10. videono - 145 point

Keputusan adalah muktamad. Korang tak suka tak apa dengan keputusan ini. Tapi inilah result rasmi yang dapat aku keluarkan setelah menyakitkan kepala aku untuk menyemak secara manual. Mungkin ada yang terlepas dan mungkin tidak. Tapi ini sahajalah result yang dapat aku keluarkan. Jika tidak sama seperti dugaan korang. Aku mintak maaf kerana keputusan ini muktamad.

Jika mahu buat bantahan, sila hantar email bantahan beserta deposit hangus RM100 ribu. Tanpa deposit, aku takkan wat semakan semula. So, janganlah gatal-gatal nak wat bantahan pula. Tak berbaloi rasanya kan? Kepada semua pemenang, leh hantarkan tiket ke email aku dengan butiran dibawah.

——————-
Nama :
Username :
Akaun bank dan no akaun :
no hp :
email :
Pemenang no :
Contest : New Earncent Contest 2008
——————-

Sila emailkan ke titan1[at]earncent.com

Hadiah wang tunai dan hadiah lain akan dihantar ke alamat email korang semua setelah aku menerima tiket-tiket korang. Aku akan cuba sedaya upaya untuk hantar hadiah itu sebelum bulan Disember.

Ps: Harap maklum! :D

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content


-----------------------------
The Best site and articles : 6 Tips How to bring crazy traffic to your website

-----------------------------