Hari ini aku cuma nak bincang satu permasalah tentang Matched. Aku kira korang sudah tahu ramai blogger dan orang kita yang masih gagal untuk mendapatkan iklan advertiser di Matched. Sesungguhnya agak sukar bukan? Aku sendiri kadang-kadang mati kutu hendak membuat artikel yang mampu melepasi tahap ISA program Matched ini. Tapi aku akui ramai juga yang berjaya melepasi tempoh-tempoh getir ketika artikel kita masih dalam siasatan.
Akhirnya, aku berjaya mendapat 18 link approved. Malah ada member yang telah capai 22 link approved. Aku juga pernah capai tahap tu. Tapi 3 link aku telah ditolak tanpa sebarang penjelasan. Aku tak kesah, biarlah. Benda dah jadi..
Sekarang, aku nak bagi korang satu tips untuk mengelakkan daripada korang tak dibayar oleh Matched walaupun link korang dah approved. Pengalaman aku sejak 3 bulan ini. Banyak link aku yang dah approved tapi masih tidak dibayar. Sebenarnya masalah ini bergantung kepada kedua-dua pihak. Publisher dan Matched. Seeloknya, selepas korang letak code matched ke blog korang, pastikan blog korang mudah dicapai dan tidak ada masalah loading yang lembap. AKu kira korang sendiri perasan blog aku juga sangat lembab bukan? Aku sudah mengurangkan code2 sampah dan banner yang tidak aku perlukan. Jadi aku rasa sudah sedikit laju bukan? Betul tak? Kalau korang rasa masih lebih lambat berbanding dulu, aku tak tahulah nak kata apa.
Berbalik kepada persoalan diatas. Pihak Matched telah memberi amaran bahawa setiap hari spider diorang akan crawl ke blog-blog kita yang ada code matched tersebut. Andai kata spider tu gagal mengesan code korang. Maknanya sudah 1 kali blog korang gagal dikesan. Jika lebih dari 8 kali atau 8 hari code korang gagal dikesan, link itu takkan dibayar. Di sini, aku sudah faham mengapa aku tidak dibayar sepenuhnya. Oleh sebab itu, dalam tempoh 2-3 hari yang lepas, aku sudah buat pengubahsuaian besar-besaran ke semua blog yang ada code matched, code TLA, code TNX dan code yang berkaitan demi mengelakkan crash berlaku atau kegagalan untuk sebarang spider gagal mengesan code2 tersebut.
Ini bayaran kedua yang aku dapat dalam bulan Oktober. Aku sendiri masih tak faham kenapa aku dapat dua kali bayaran dan aku dah berjaya mendapat makluman dari pihak Matched. Diorang akan semak. Bila aku dapat reply nanti, aku share dengan korang.

Quickpost this image to Myspace, Digg, Facebook, and others!Ok. Itu sahaja tips dari aku pasal Matched. Untuk meluluskan link korang, korang cuma perlu buat artikel tentang insurance, debt, money, online tips, dating online, software, games dan sebagainya. Tapi pastikan artikel korang tu bagus. Jangan cincai aje. Setakat ini, aku tidak menghadapi banyak masalah lagi. Cuma ada 7 link lagi yang perlu aku usaha untuk diluluskan.
Ps: Itu sahaja untuk kali ini. Jika mahu cari artikel tentang Program Matched. Sila search dibahagian atas dengan menggunakan keyword ” matched”. Korang akan jumpa banyak artikel yang berkaitan Matched dan leh tahu macam-macam pasal Matched.
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« I have problem.. | Pening Lalat »




















lama tak lepak sini. Macam2 dapat yek. Ni yang jelesss ni..
Ehm..saya punye ada yg dah approved dan ada yg belum. Income ciput je tiap2 bulan. Tapi kira bolehla..
Titan punye banyak gila. Tu yang geram giler nih.
chuckiesd, mungkin. Tapi better ko masuk forum diorang. Lagi banyak info ada dalam tu.
appleblogger, manada hari-hari dari matched. Sebulan sekali je. BUlan ni je dapat 2 kali. Tak tau nape..
geram. geram.
find it here: http://tinyurl.com/58nsa3
wpun dia tutup nanti, tapi utk program lain blh pakai lagi.
Just rewrite PLR article & post dalam niche blog. Haha.
apa2 pon aku belum lagi cuba mnde nie…
hana, hana yang mana nih ye? Bunyi je lebih kurang. Tapi aku bukan penyokong tegar manchester. Aku sokong selangor dan pahang sahaja..
mazuki, theme ni mungkin problem. Macam ada kekurangan sesuatu. Masalahnya, aku dah suka pakai theme ni melainkan aku dapat jumpa theme yang lebih kurang macam theme ni dan background putih. Of course kene laju masa loading. Setakat ni, yang lawa takde. Tapi kalau nak laju untuk loading, aku dah jumpa..
farahaznil, lambat sangat ke farah? Aku rasa dah paling pantas dalam sejarah sejak aku menulis blog dr tahun lepas. Berbanding dulu, loading sekarang antara paling laju.
aku pun baru dapat 5 pound. itu pun sebab salah seorang dari affiliate telah di approve kut linknya.
link aku dari 3 bulan lepas tak pernah diapprovekan,,so aku akan try buat macam ko cakap tu.
thanks for the tips
Mungkin semua downline aku masih tak ada yang link diorang diluluskan..
norhafidz, i believe you can do that. I thought you better with this. Weird..
chuckiesd, cuba lagi. Ni bukan masalah trafik. Kalau artikel ko tu memenuhi syarat yang diorang nak. Memang lepas punya.
fatah, aku dah try. Serupa je. Kalau takde iklan langsung. Memang laju. Tapi bagi aku lebih kurang je dengan kelajuan sekarang walaupun ada atau tanpa banner.
muskilah betul aku dengan mende ni…
blog jenis macam mana yang dia approve ni..??
eii titan nak tnya skit…kalau blog yg baru direka (baru daftar) dengan tittle ex : finance…then post.. bla..bla..bla
agak2 nak ke matched.co tu nak approve?
atau dia mengira di sudut trafik blog itu jugak. contoh blog diatas baru created (x der trafic lagi)..dia approve ker?
farahaznil, ye? Bagusla..
izzat, betul. Jangan cepat putus asa yek!
lut, blog mana-mana pun boleh. Janji artikel tu mengandungi niche atau keyword yang diorang nak. Tak semestinya blog pasal finance aje lepas. blog earncent pun lepas gak apa..
Ada satu blog aku tu cite pasal martial arts. Tapi bila aku wat artikel pasal hutang. 5 artikel lepas tanpa sebarang masalah. Tapi 5 artikel tu approved lepas 1 bulan rasanya. Hehe
Trafik? tak juga. Bergantung pada artikel tersebut dan kalau leh, jangan submit pakai blog baru. Better kalau blog yang dah lebih 1 bulan dan ada banyak post.
Congrats bro!