TAG - 21 Soalan Tentang Buat Duit dan Blog | EarnCent.com






Ini kali pertama aku buat Tag game dan tag ini berunsurkan pada IM dan blogger-blogger tanah air. Tak ada unsur prokvokasi ataupun menjatuhkan maruah sesiapa. Ini cuma permainan dan menenangkan jiwa sahaja.

Nama Tag : 21 Soalan Tentang Buat Duit dan Blog

———————-

1. Bilakah anda mula berminat untuk buat duit?
Jawapan: Sejak 5 tahun yang lepas ketika kali pertama menjual prepaid.

2. Duit atau Awek?
Jawapan: Kedua-duanya sekali.

3. Anda ada blog? Apa dia URL blog anda?
Jawapan: Ada. http://earncent.com/blog

4. Apakah program pertama yang anda sertai di internet?
Jawapan: Hyip. Aku tak ingat apa nama Hyip tu. Dulu. Sekarang aku tak sentuh dah..

5. Anda pernah berjaya buat duit dari blog?
Jawpan: Pernah. Korang pun tau kan? kan?

6. Bilakah anda berjaya membuat jualan pertama?
Jawapan: Tahun 2007. Aku berjaya menjual E-book sendiri iaitu Panduan Mylot. Sales melebih RM2000 sahaja. Tapi aku gunakan duit tu untuk support study aku kat UMS.

7. Program buat duit manakah yang memberikan anda pulangan yang lumayan?
Jawapan: Tak ada program tertentu. Tapi aku rasa Google Adsense antara yang lumayan.

8. Anda mempunyai produk sendiri? Nyatakan.
Jawapan: Ada. Panduan Mylot, Panduan RajaPayloadz, Panduan Rahsia Titan, Panduan VCC dan Tunemoney dan produk yang bakal keluar, Panduan XXX (nama dirahsiakan..)

9. Berapakah jumlah keuntungan tertinggi yang anda dapat dari produk anda?
Jawapan: RM4000 keatas hasil jualan Ebook RajaPayloadz.

10. Adakah anda pernah rugi dan gagal untuk menjual produk anda? Kenapa?
Jawapan: Pernah. Kurang promosi dan masa pelancaran sangat tidak sesuai.

11. Google Adsense, Program Affiliate atau Produk sendiri?
Jawapan: Ketiga-tiganya.

12. Titan atau Irfan Khairi?
Jawapan: Titan.

13. Siapakah mentor anda?
Jawapan: Diri sendiri.

14. Berapakah target anda untuk bulan ini?
Jawapan: RM4000. Belum capai lagi..(Nak beli ‘barang’ baik punye..)

15. Adakah anda tahu cara promosi yang bagus? Beritahu 1 sahaja.
Jawapan: Blog marketing. Ini antara cara promosi yang aku mahir.

16. Adakah anda seorang penipu?
Jawapan: Aku pernah menipu. Jadi, aku seorang penipu. Tapi aku jujur pada Dia.

17. Anda tahu menggunakan teknik blackhat?
Jawapan: Tahu. Kenapa?

18. Apakah cita-cita atau impian anda?
Jawapan: Hidup dan mati dengan cara yang bersederhana.

19. Adakah anda hampir berputus asa? Mengapa?
Jawapan: Pernah. Putus cinta. Masa tu, makan tak lena, tidur tak kenyang. Nak tulis blog pun malas. Nak gi kuliah pun rasa cam tak best. Serba serbi tak kena.

20. Jadi, bagaimana anda bangkit semula selepas hampir berputus asa?
Jawapan: Berusaha bersungguh-sungguh dan tidak lupa untuk cari Cinta Baru.

21. Adakah anda boleh buat duit sekarang? Sila jawab Ya atau tidak sahaja.
Jawapan: Ya!

———————-

Sila kenakan HANYA 6 orang sahaja untuk Tag ni. Ok. Ini 6 orang yang bertuah untuk jadi mangsa aku.

1. AfzaiAfandi
2. Din beramboi
3. Raja Kamil
4. Emme
5. Cyza
6. Topo

Syarat lain. Kalau boleh, sila buat trackback ke blog ini. Itu sahaja. Nak jawab atau tidak tag ini. Aku tak marah. Terpulang pada korang. Ini kali pertama aku buat TAG game. Tak tahu best ke tak perasaan bila orang lain menjawab tag kita. Jadi, jawab sahaja tag ini..

Tujuan Tag:

Untuk mengenal pasti potensi diri sendiri. Mempromosikan diri dan produk anda. Muhasabah diri sendiri dan mengetahui kelemahan dan kekuatan diri masing-masing.







Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 32 comments. Apa plak komen korang?
syuxx - 18 Oct 08 at 00:55:59
wow, dah earning sampai ribu-ribu tiap bulan.
lorh, tak sangka pulak aku orang putus cinta sampai makan tak lena, tidur tak kenyang. Nak tulis blog pun malas.

takpa bro, sapa tahu nanti boleh sampai taraf jutawan! :)
appleblogger - 18 Oct 08 at 01:25:29
ehm..tahniah sebab dah capai income yang agak stabil. Even kaki tangan kerajaan pun tak dapat income sebanyak tu. :)

Waa, tak sangka penah putus cinta rupanya. Ingatkan si bujang lapok..
rina - 18 Oct 08 at 02:26:04
waa. lama aku tak datang sini, macam-macam dah jadi. Sampai titan pun wat tag sendiri. huhu..
nuaeman - 18 Oct 08 at 03:59:16
Lega.. kali ni nama aku tak tersenarai.. hehe..
ijamidayu - 18 Oct 08 at 07:54:33
Tahniah Atas tag 21 soalan anda.. :)

Apa pun perkongsian yg menarik dengan kami. Leh menaja pembelajaran sendiri sehingga ums, sgt bagus. Teruskan usaha anda
|rShah|r - 18 Oct 08 at 10:36:39
Good Job Titan..

You Are Real Guru!
abdfatah - 18 Oct 08 at 10:47:58
ini kes putus cinta laaa nih terus kejar duit usd online…
abdfatah - 18 Oct 08 at 10:50:47
panduan mylot tu camner? boleh buat tempahan ke???
topo - 18 Oct 08 at 13:44:32
rata-rata org yang kena tag ni sume IM yang berjaya.. adeh macam mana nama aku boleh sesat kat sini plak ni.. hohooh
|rShah|r - 18 Oct 08 at 17:47:11
Ko bakal usahawan berjaya topo…Hehe.
sbab tu tersenarai
samdaddycool - 18 Oct 08 at 20:50:37
…. wah,mari kita lihat siapa yang kena….
merahkatak - 18 Oct 08 at 23:31:20
hehe. aku pun tidak kene sam. Ehm, teruskan usaha untuk mencari cinta baru yek. :)
riku - 19 Oct 08 at 01:04:12
ehm. baru je balik dari satu tempat dan baru je leh online. Tak sangka titan ye. Macam-macam dah jadi.

Apapun. tahniah dari saya :)

Ps: Nak cari cinta baru? Ehm..siapalah yang bertuah agaknya ye yang dapat titan nih..
Din Beramboi - 19 Oct 08 at 01:40:17
Huhu..aku pun kena gak? Ermm, xpe aku buat nanti. Dah byk tag yg aku kena sebelum ni tp aku tak buat pun…tp yg ni aku akan buat la ea.

Nanti aku blk Mid Valley aku buat, skang ada reunion jap.. :D
riku - 19 Oct 08 at 02:03:24
Hehe, buat aje dinberamboi. Ramai gak nak tahu apa response din untuk tag nih. 21 soalan nih mencabar dalam beberapa aspek nih..
zool - 19 Oct 08 at 05:51:22
Ko kata ada dapat dari google adsense.. Tak nampak pun kat sini.. Mesti ko ada blog lain ni
rajakamil - 19 Oct 08 at 06:30:52
soalan #12 tu tak leh blah :P
ihateher - 19 Oct 08 at 06:51:56
betul tu rajakamil. Hehe, tapi kan, kalaulah saya, saya pun tulis diri saya lah. Hehe :)

Apapun. 21 soalan ini menarik. Banyak gak tahu info yang best-best.
PakciQue - 19 Oct 08 at 12:31:38
Angkat diri sendiri…

Err..blackchat tu mende eh..?
SweetladyNad - 19 Oct 08 at 12:33:01
Titan memang xdapat melupan kisah cinta lepasnya dan blom lagi berjaya mencari cinta baru nya..
so sape nak isi borang..
free of charge agaknya..
huhu..
reddebt - 19 Oct 08 at 16:17:23
21 satu soalan. Em, macam best aje benda nih yek. Apapun, titan memang best. Blog ni banyak sumbang pelbagai artikel yang menarik hati.
Afzai Afandi - 20 Oct 08 at 02:36:08
ingat kan dah habis dah tag mengetag ni..ada lagi rupanya. ada kelapangan aku try jawab. Thanks ingat kat aku :)
rina - 20 Oct 08 at 03:18:54
ehm, nasib baik tak kene tag. Hehe, so sesapa yang kene. Leh la jawab. Tag ni pun nampak lain dari yg biasa orang wat..
mohea - 20 Oct 08 at 05:00:29
Salam… ha… yang ni insyaAllah aku boleh jawab. :)
topo - 20 Oct 08 at 19:18:39
hoho sekarang ni ada 2 tag yg macam agak susah utk aku nak jawab.. tag ni dengan tag cinta dari lochoe.. adeh.. nak kena simpan dulu kot tag2 ni sume.. tunggu bila aku dah bersedia nanti.. hahha
abdfatah - 23 Oct 08 at 09:59:32
banyak jugak tag kena kat topo nih… mesti ramai yang tertunggu2 topo punya jawapan…
farahaznil - 23 Oct 08 at 13:07:33
soalan lg 1 yg hangat yg no 16 tu..haha
rafhz - 28 Oct 08 at 13:36:48
jujur pada si DIA… haha.. aku kenal org tu.. haha… pergh… sweetladynaDD… u sihat?
rajakamil - 29 Oct 08 at 19:08:20
aku dah reply titan….
topo - 03 Nov 08 at 11:50:34
hohoh aku baru belajar pasal blackhat seo semalam.. aku dalam proses nak setelkan semua tag yang ada,,, nak carik mangsa je sekarang ni.. hohohoho
[…] aku jawab.. hohoho sementara ada kesempatan ni aku akan menjawab satu tag yang dihadiahkan oleh en TITAN kali pertama aku buat tag yang ada berbaur IM ni.. hoho aku pon macam tak percaya je kena tag ni.. […]




-----------------------------
The Best site and articles : New Alternative How to hack Friendster Private Photos | Melayu Boleh

-----------------------------