Hari ini aku nak kongsikan dengan korang satu lagi cara yang bagus untuk korang buat duit. Tapi kali ini tak memerlukan blog. Bagus bukan? Aku tahu ada sesetengah korang akan fikir, asyik-asyik kene ada blog kalau nak buat duit. Tapi cara ini, tak pakai blog. Cuma kali ini korang cuma perlu pandai mengarang. Jika korang boleh mengarang dalam bahasa english. Program ini sesuai untuk korang.
Nama program tersebut adalah Bukisa. Bukisa masih dalam peringkat beta dan ketika aku menyertai program ini, tidak ramai yang menyertai dan menghantar artikel masing-masing. Jadi, sementara masih awal lagi, baik kita sertai mereka seawal mungkin.
Caranya cukup senang. Korang cuma perlu buat artikel yang korang suka dan hantarkan ke Bukisa. Diorang akan semak dan approved. Biasanya, sekejap aja diorang approved. Artikel pertama aku, tak sampai 5 minit dah approved. Artikel kedua menyusul beberapa minit selepas itu. So, korang pun boleh buat. Pepandailah kopi dan pasir artikel korang dan susun ayat yang best-best. Dah siap, hantar. Ok. Itu cara nak buat duit dari program Bukisa ini. Mudah bukan?
Tapi bagaimana pulak Bukisa bayar kita? Kita dibayar melalui bilangan imression atau hits. Makin ramai orang melawat artikel kita di Bukisa, makin banyaklah kita dapat kan? Setiap hari, korang leh tengok berapa sen korang dapat. Semalam ini aku cuma bejaya kumpul $0.08 sahaja. Oklah tu. Untuk permulaan. Berapa nilai atau harga yang diorang bayar?
Setiap 1000 impression. Korang dibayar berdasarkan nilai Bukisa Index. JIka nilai bukisa korang adalah 4.00, Korang akan dapat $4.00 usd untuk 1000 impression, Nilai Bukisa Index aku sekarang adalah 4.20. Jadi, aku akan dapat $4.20 untuk 1000 hits atau impression. Jadi, korang sudah fahamkan bagaimana kita dibayar dari Bukisa dan bagaimana kita dibayar? Oh ya, Bukisa bayar kita melalui Paypal dan Cheque.
Ini contoh 2 artikel yang berjaya diluluskan oleh pihak Bukisa. Ni pun aku karang dan hentam saja apa-apa yang patut. Korang pun boleh apa..
1. How to bring Crazy Traffic to your Website?
2. 11 Tips that can HELP you STOP Smoking Forever
Selain itu, korang juga akan dibayar melalui video. Jika korang upload video dan ada orang tengok video tu. Korang juga akan dibayar dengan cara yang sama seperti artikel tadi. Tak lama lagi, diorang terima untuk Gambar pulak. Modus operandi lebih kurang sahaja. Cuma untuk mula-mula ini, diorang cuma terima artikel dan video sahaja.
Nak Daftar Bukisa? >> Daftar Program Bukisa
Pendaftaran adalah percuma dan minimum payout adalah $50 usd. Nampak memang tinggi. Tapi tak salah kalau kita mencuba program sebegini bukan? Ini lebih afdal dari kita meminta-minta tanpa usaha.
Ps: Aku belum dapat apa-apa bayaran sebab aku baru sahaja sertai program ini beberapa hari yang lalu. Jadi, nak cuba atau tak. Terpulang pada pertimbangan korang.
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Edisi Siasat: Buat Duit dengan Infolinks | Rahsia Mengenali Diri Titan Melalui Tarikh Lahir »

























wei TITAN…berapa byk program da ko join..larat plak tu…
Kalau aku..mau pitam dok depan PC lama2..
p/s: satu lagi sikap buruk manusia..byk sgt alasan..kan..?
sambil tu boleh improve grammar & writing skill aku.
aku dah join under link bro! Bukisa ni macam advertising web jugak lah kn? Bezanya, kita perlu tarik trafik supaya orang baca artikel kita. SEO skill kena ada jugak lah ni. Plus catchy title lagi.
Kalau dah tulis, submit ke DIGG! mmg boleh tahan trafik dapat nanti. Hehe.
p/s: bro, bila nak update pasal contest?
aku rasa benda ni depends on berapa byk orang yang view artikel yang kena publish tu.
satu yang aku perasaan, bukisa ni jarang approve kalau content yang copy & paste dari plr articles.
Kalau tulis sendiri dekat box dia tu, terus kena approve. huhu
klik ni:
http://www.bukisa.com/people/syuxx
jadikan membaca amalan kita :p
ok la aku nak tanya gak.. nak register paypal mmg takpayah ada kad debit/kad kredit..?? tolong la aku pada siapa yang tau tue..plzzz
So, benda tu memang wajib.
tapi debit card kat maybank ada tak..? aku cadang nak sambar satu.. agak2 ko bape hari siap ar debit card tue..?
kan byk ilmu bole dpt dgn info yang diberi oleh otai2 IM kat cni..
2rajakamil: sebab tu la aku segan coz nanti banyak bertanya korang macam malas nak layan aku je nanti.. huhu.. sekarang aku dah join survey yang dapt income tue je.. step by step blh la aku belajar yang lain plak nanti..
Mostly mastercard debit card, boleh verified paypal. Tapi tak boleh withdraw paypal. Tapi ada gak kad yang dah tak leh pakai. Contoh yang leh pakai..nextG debit card. Maybank tak support lagi.
AL-rajhi debit kad. Tak support dah untuk verification. Tapi support untuk withdrawal.
Tunemoney. Support unutk verification dan withdrawal.
Public bank debit card. Support untuk verification dan withdrawal.
Semua jenis kad kredit visa. Support verification dan withdrawal.
vcc dan vmi. Ini cuma untuk proses pengaktifan sahaja. Tak leh guna untuk keluarkan duit paypal.
Ehm, eon bank, hong leong bank dan affin bank debit card. Aku dengar benda2 ni semua support untuk verification dengan syarat ada logo visa.
Betul atau tak statemnt aku ni. Aku tak dapat kata 100%. So, mungkin ada gak salahnya.
Jadi, adakah ini membantu engkau cycro??
Aku sampai sekarang tak verify lagi akaun paypal aku…kenapa erh..padahal aku ade je debit card PB..
Cycro. Takdehal. Ada soalan, tanye je. Tak aku jawab, orang lain leh tolong jawabkan. Ramai yang terer-terer kat sini.
Tapi nampak cam AC dengan triond aje kan? Cuma bayaran dia tinggi sket.
akaun paypal = email yang kita gunakan untuk register..