KUALA LUMPUR 13 Okt. – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit.
Serbuan tersebut dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang setelah syarikat-syarikat terbabit disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.
Mengikut maklumat daripada laman web, secara umumnya syarikat-syarikat tersebut menetapkan bayaran minimum RM1,000 sebagai deposit untuk pendeposit menyertai bidang perniagaan seperti pengiklanan, pelancongan dan perkhidmatan.
BNM dalam satu kenyataan di sini memberitahu, syarikat terlibat ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd.
Buluhmas yang beribu pejabat di Tanjung Karang, Selangor dalam laman webnya mendakwa ia memiliki 700,000 ahli sebagai pembayar deposit di seluruh negara.
Kaedah perniagaannya menggunakan promoter untuk mengiklankan aktiviti syarikat dengan menampal pelekat yang tertera logo syarikat atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pendeposit.
Sekitar pukul 9.30 malam ini, laman web Buluhmas masih boleh dilayari yang menunjukkan sejak April lalu ia telah menerima hampir 250,000 pengunjung.
Sementara itu, Jazmeen dalam laman webnya mendakwa dengan permulaan modal sebanyak RM1,000, pendeposit mampu mendapat pulangan 120 peratus dalam tempoh 12 bulan pertama dan jumlah itu terus bertambah pada tahun-tahun berikutnya.
BNM dalam kenyataannya menambah, tindakan ke atas keempat-empat syarikat itu diambil setelah Unit Penyiasatan Khas BNM menjalankan siasatan terhadap aktiviti syarikat berkenaan.
“Kesemua penganjur skim pelaburan itu akan ditahan selepas BNM merekodkan kenyataan mereka kerana disyaki mengambil deposit secara haram dan menjalankan aktiviti penggubahan wang haram,” jelas kenyataan itu.
Seorang jurucakap BNM ketika dihubungi memberitahu, jumlah sebenar ahli terlibat dan nilai deposit yang dikumpulkan oleh keempat-empat syarikat itu hanya akan diketahui apabila kes mereka dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh terdekat.
Aktiviti syarikat-syarikat itu disiasat mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang melarang mana-mana individu yang tidak mempunyai lesen daripada menerima dan mengambil deposit.
Katanya, jika sabit kesalahan pegawai dan pemilik syarikat-syarikat terlibat boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjara untuk tempoh 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
Syarikat-syarikat itu juga disiasat di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) yang melarang mana-mana individu daripada terlibat atau cuba untuk membabitkan diri atau bersubahat melakukan kegiatan penggubahan wang haram.
Jika disabitkan kesalahan, mereka yang didakwa boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Menurut kenyataan BNM, skim pelaburan yang dianjurkan oleh keempat-empat syarikat yang diserbu hari ini menyatakan kononnya ia berasaskan perdagangan mata wang, pasaran hadapan komoditi, pelaburan luar persisiran dan saham-saham lain. (Buluhmas ada kaitan ke dengan ni semua? Ni aku tak faham..)
Dakwaan itu, kata BNM, hanya rekaan semata-mata.
“Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan skim yang ditawarkan melalui Internet, panggilan telefon atau seminar yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak dilesenkan oleh BNM,’’ jelas kenyataan itu.
Orang ramai boleh mengetahui senarai syarikat dan institusi berlesen yang menerima deposit dengan melawat laman web BNM di www.bnm.gov.my.
—————————
Ok. Itu yang aku copy dan paste dari Utusan Malaysia Online. Aku ada banyak nak cakap. Tapi aku malas aje. Kalau nak cakap, beribu orang kat Malaysia nih ambil deposit tanpa lesen. Beribu orang gak yang berniaga tanpa lesen. Beratus ribu gak orang yang makan gaji buta. Tapi, korang jawab sendirilah persoalan ni semua. Yang aku pasti korang mesti ada banyak soalan dan jawapan dalam kepala otak korang sekarang. Berapa ribu company yang masih belum ada lesen dengan BNM? Ini aku tak pasti. Tapi aku yakin mesti ada.
Yang aku pelik. Kenapalah nampak sangat diorang memperincikan artikel diatas dengan syarikat Buluhmas? Lagi 3 syarikat, tak diterangkan seperti yang diorang cite pasal Buluhmas. Terlalu ketara bukan??
Popularity: 10% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Edisi Siasat: Rutin Harian Titan | Edisi Siasat: Buat Duit dengan Infolinks »
















Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd.
3 company tak diterangkan secara details Eastana Farm. Ini kali pertama aku dengar menatang nih..
naik sikit nak ke puncak, mesti dahan yang kau pegang dah dipatahkan orang.
banyak lagi yg scam dkat luar ni. takda tindakan langsung pun. hurmm
Seperti yang diduga, BM kene ambush oleh BNM. So, tunggu 90 hari la gamaknya untuk kes siasatan.
Tadi aku tengok kat site buluhmas.com, diorang dah update cite nih. Fuh, siap update kat site utama lagitu..
Aku pun ada gak buat ulasan tentang perkara ni: http://www.rohaizad.com/2008/10/13/buluhmas-jazmeen-noradz-dan-eastana-diserbu-bank-negara-malaysia/
Aku baca sekali imbas aje. Macam nak kenekan buluhmas aje..
siasatan belum habis lagi… kena tunggu siasatan lebih lanjut….
Tapi, kalau dah samapi BNM yg siasat…memang boleh bungkus lah..
Apa2 pun..kita tunggu dan lihat sje..
http://blog.joerzoe.com
kita tunggu la, kes masih dalam siasatan.
Sykt Noradz tu aku biasa dengar, byk kali kuar surat khabar (owner dia la). Tak silap aku owner dia penerbit filem terbaru Saiful Apek…
lagi satu, BM di highlight lebih sebab paling banyak ahli… 700,000 banyak tu. Kalau darab dengan rm10 pun dan rm7,000,000
macam iklan tengok motor aje….
ada tujuan kenapa lesen diperlukan. bila takdak lesen, kita ni yang dah melabur tak da hak perlindungan kalau sang penerima duit cabut lari (atau lain2 yg melanggar undang2). nak saman balik pun tak gune.
kenape mesti buruk sangka sampai ada yg mengatakan buluhmas di sabotaj? dan kenapa mesti timbul syak wasangka mengatakan ada orang cube menjatuhkan perniagaan orang kite sendiri?
dari sudut positif, secara tak langsung, buluhmas dan lain2 syarikat tu dah dapat PUBLISITI secara besar-besaran, FREE pulak tu ! kalu kate sok depa semua tak bersalah, tak ke MASYUUUUUUUKKKKKK.
Pasal buluhmas nih din, memanglah ketara. Dah aku tulis buluhmas kat title dan lagi 3 company tu aku tak tau apa-apa. Kang aku cakap, korang hentam aku plak sebab cakap benda yang aku tak tau..
Rizq. Cakap ko tu betul gak. Tengok ajelah. Yang aku pasti Noradz dah lepas. Buluhmas dan 2 company lagi aku tak sure macam mana keadaannya.
Dan misalnya, jika benarlah yang dikatakan tak ada lesen, jika 4 company ni apply lesen untuk ambil deposit. Adakah BNM akan luluskan??
adoii…ramai yang masuk kaum Melayu kita…
harap2 lepaslah BuluhMas..
jangan jadi macam Mercantile Point atau Jai Network sudahlah…
bertahun beb baru masuk court..
Apapun, hope 4 company ni leh survive. Kalau takleh survive. Tak tahula camana nasib orang yang dah join..
Bebykkan berdoa supaya peguam yg dilantik BM dapat menjalankan tugas mereka dgn baik,,kalu tidak duit korang,,paham-paham sudah,.Saya sbg org luar juga doakan begitu ,Tapi salute to BM 700000 ahli,,patutla pulangan lumayan,,700000 x RM10.00 = 7juta,,msk dlm ASB 7juta X 7% = RM490ribu setahun,sebulan RM40ribu,,kayo,kayo,,,=) itu kalu ASB
bukan calang2 ahli boleh kumpul sedemikian rupa….
CARI 2 KAKI
LEVEL BIL PESERTA
LEVEL 1 2
2 4
3 8
4 16
5 32
6 64
7 128
8 256
9 512
10 1024
11 2048
12 4096
13 8192
14 16384
15 32768
16 65536
17 131072
18 262144
19 524288
20 1048576
21 2097152
22 4194304
23 8388608
24 1677216
25 33554432
PADA LEVEL YANG KE 25 ANDA telah habis rakyat malaysia yang nak masuk maka sistem pun runtuh , maka meloponglah yang masuk kemudian
ada lagi dahsyat invest sampai ratusan K.
kalau tengok keadaan sekarang, memang melopong la.
aku baru je smangat cark orang..
papehal,kalau BNM luluskan BM,msti mantap gile ea?
Cik farahaznil baca ke tak blog titan nih??
U-Usaha
I- Iltizam
T-Tawakkal
Salurkan duit dan rezeki kita dijalan yang betul, Itu tandanya orang2 yang bersyukur..
Kalau betul nak berniaga, perlu ada usaha..kalau nak labur duit pas tu duduk diam2 dapat untung..CONFIRM kena Tipu..kenapa masih ramai yang tak paham?? Tu yang aku tak paham tu..tapi sebagai advisor kerja aku advise kan org je..kalau tak paham lantak koranglah..kerja aku sbg advisor dah selesai
Betul. Jangan salahkan dan tuduh orang lain tak tentu pasal.
Its really interesting. Apapun. Tunggu ajelah. Kepada yang dah give up. Go on pada benda yang lebih penting.
Kepada yang labur banyak-banyak tu. Doa ajelah banyak-banyak ye..
Ehm. kesian gak dengan apa yang dah jadi. So, usahalah bersungguh-sungguh. Rezeki ada dimana-mana.
Tadi baru borak dengan lebih 10 orang pasal buluhmas. Tapi by yahoo mesenggerlah. Semua merungut dan tak puas hati. Aku cuma mampu cakap apa yang patut.
Di ulangi. Aku takde kaitan dengan orang atasan yek. Aku cuma seorang blogger yang cuma menulis artikel tentang buluhmas sahaja. Keuntungan atau kerugian yang aku terima dari buluhmas tidak akan mencacatkan perjalanan hidup aku dan juga blog ini.
Harap maklum.
Ps: Aku pun bengang gak ni..
<a href= http:/
org melayu nak ubah cara idup…….tak kan bangsa lain jer yang maju…….pikir lah……sampai biler kita nak mundur begini??????????????
fening dibuat nyer…