Open Case: Buat Duit dengan Contest | EarnCent.com



Antara puluhan bayaran yang aku dapat sejak awal bulan Oktober ini. Aku hendak bercerita tentang satu lagi cara untuk membantu kita menjana wang dari internet. Sebenarnya, ada pelbagai cara untuk buat dari internet ni. Ada pelbagai program yang boleh dicuba dan disiasat. Malah, banyak program yang berjaya membayar kita sehingga sekarang seperti Awsurveys, Google Adsense, Backlinks, TNX, Reviewme, Widgetbucks dan lain-lain lagi.

Ok. Cara yang aku hendak cerita kali ini adalah berkait rapat dengan tajuk entri ini. CONTEST. Dalam bahasa melayu adalah pertandingan atau peraduan yang menawarkan hadiah. Tak kiralah hadiah itu adalah sebungkus Burger atau Tetikus berwarna pink, 4 bijik cawan ataupun duit Paypal, janji hadiah itu mampu menarik pemain-pemain seperti aku.

Aku yakin korang dah banyak tengok ramai blogger lokal termasuk aku menyertai dan memenangi pertandingan yang ditawarkan. Tak kurang juga ramai blogger termasuk aku yang menganjurkan pertandingan seperti yang aku lancarkan 2-3 hari yang lepas. Jadi apa kaitannya? Ya, kita boleh buat duit dan menang hadiah yang menarik melalui pertandingan sebegini.

Kekangan? Terlalu ramai pemain yang hebat? Kurang keyakinan untuk menang? Persetankan tu semua. Jika korang tak cuba, mana korang tahu? Itu tandanya korang dah mengalah sejak awal lagi. Aku tak kata orang yang tak join tu bersalah. Cuma tolong jangan cakap bahawa menyertai pertandingan sebegini TIDAK boleh buat duit atau menang hadiah. Itu TIPU namanya. Sebab aku sendiri telah membuktikannya dengan memenangi Webmasters.bz Contest walaupun hanya untuk tempat ke 3. Ok apa, dapat 25 dollar sahaja dan peluang untuk beriklan di forum Webmasters.bz dan Engkayblog.com. Aku juga dapat hosting secara percuma di TheHosted.com selama 12 bulan. Ok what..



Malah, aku juga pernah menang review dan mendapat hadiah berupa 2 Gigabyte Pendrive dari Rajakamil. Aku yakin korang masih ingat aku pernah menang review contest yang dianjurkan oleh Ammar Zahar bukan? Aku dapat RM100 dan e-book Koleksi Grafik V2 dari beliau. Dan banyak lagi contest yang telah aku menang sejak 3-4 tahun yang lepas. Takkan aku nak list semua kat sini plak..

Aku tahu korang juga mungkin pernah menang contest. Lagi-lagi kalau pemenang-pemang contest yang aku anjurkan di blog ini. Jadi, jika korang rasa hendak dapat sesebuah hadiah atau wang tunai. Pertandingan-pertandingan seperti ini wajarlah disertai. Jika hendak menang, tunjukkan usaha mahu menang dan jangan mudah mengaku kalah. Aku juga sedang menyertai banyak contest ketika ini termasuklah contest encik Russell Brunson ni. Kalau menang, aku wat contest baru 4 bulan berturut-turut. Hehe..

Kesimpulannya, apa yang aku tunjuk ni bukan untuk bermegah-megah. Aku cuma telah berjaya membuktikan satu lagi cara untuk buat duit dari internet dan aku akan terus membuktikan lagi banyak program pada masa akan datang. Untuk sekarang sahaja, ada lebih dari 30 program yang masih dalam status edisi siasat dan menunggu masa ke status open case. Hope semuanya berjalan dengan lancar.

Ps: Masalah ulcer masih dalam status tak terkawal. Mata kiri pulak aku terpaksa aku tutup. Sakit sangat. Tak leh bukak selalu Jadi, aku menulis dengan hanya menggunakan mata kanan sahaja. Arghhhh…







Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 56 comments. Apa plak komen korang?
cyza - 10 Oct 08 at 00:46:45
ish….ko pun nampak gaya dpt bolot contest kat blog aku… hehe
titan - 10 Oct 08 at 01:16:32
selagi boleh cuba. Cuba aje. Menang memang nombor satu. Penyertaan, itu yang utama..

Apapun, all the best untuk semua peserta New Earncent Contest 2008. Penyertaan agak menggalakan. :)
debtrunner - 10 Oct 08 at 02:30:45
patutla. ko pun kira terer menang contest titan. Farah pun terer gak apa..
merahkatak - 10 Oct 08 at 03:01:02
hehe. dapat duit lagi mamat nih..
nuaeman - 10 Oct 08 at 03:11:51
aha.. hari ni ada orang bakal dapat duit dari contest kat blog aku.. :D
yazidyahaya - 10 Oct 08 at 04:35:27
dasyat la ko titan..hehehe..aku pun ada wat contest kat blog aku..jo takanak join ke??

http://www.juniorim.com
farahaznil - 10 Oct 08 at 05:39:43
bbetul tu titan..hahaha..persetankan tu semua!!hi hi hi..debtrunner..aku teror ke??mana ada..biasa je..haizzz
topo - 10 Oct 08 at 07:01:54
hohoho ni la cara utama aku buat duit kt internet ni selain nuffnang.. hohohoho
abdfatah - 10 Oct 08 at 12:56:59
hahahaa…. begitulah caranya kalo nak menang. kena tunjukkan kesungguhan… tak menang pun dapat usd pilihan yang lain pulak selain dari ilmu yang boleh dijengkautkan di sini…

satu point lagi…
merahkatak - 10 Oct 08 at 13:18:28
Hehe. Semua orang suka nampaknya. Apapun. Aku yakin ramai yang akan try menang contest titan tuh..
farahaznil - 10 Oct 08 at 14:18:10
uish..takut aku dgr si merah ckp..tergugat ni..hahahaha..

topo..mmg betul tu.ni je la peluang kita nak buat duit dekat internet..kalo tak..nak ikut program yg titan buat tu..kalau kena kat aku..tunggu janggut kuar pun tak dpt2 lagi agaknya..haha..tp ko bukan terror gak ke topo psl suma2 ni??hi hi hi

fatah..tunjuk..jangan tak tunjuk..kasi up kita punya point..satu lagi..satu lagi..persetankan itu semua..hahaha

p/s-aku rasa si titan ni byk tgk drama indon kat tv la..hahha
topo - 10 Oct 08 at 15:23:37
mana ada aku terror.. hoho dah lama dah aku tak menang pape ni.. hohoh dah sangap dah ni..

sekarang aku tgah fokus pada 2 contest.. hohoho
merahkatak - 10 Oct 08 at 15:30:24
Tergugat apanya cik farah oii..

tita memang layan drama-drama camtu. Dah besar pun layan cite camni ek..
topo - 10 Oct 08 at 15:35:34
hohoho persaingan dah semakin sengit sekarang ye…
merahkatak - 10 Oct 08 at 15:54:16
Dah nama pun contest, mesti ada persaingan topo. Saje mahu panaskan bangku-bangku top commentator kat contest titan nih. Hehe..
abdfatah - 10 Oct 08 at 16:06:14
nak tengok aje laa buat masa nih… kumpul point mana yang ada aje..
KampungBoy - 10 Oct 08 at 18:12:23
Wa…pandai betoi Titan kumpul harta dalam Internet ini yerk….Bagus2.
appleblogger - 10 Oct 08 at 19:31:43
hehe. kumpul la harta sementara masih muda nih. Kang dah tua. Susah plak nanti..
kento - 10 Oct 08 at 19:38:04
hoho bagus info ni.
klau bab contest nih, contest grafik design je la yg aku bleh arap nk menang hehe… :D nnti kena try lain plak
appleblogger - 10 Oct 08 at 20:20:24
kira terer gak tu kento. Contest design kan banyak sekarang. Dan mesti ramai yang nak pakai service design nanti bila u menang contest sebegini..
farahaznil - 10 Oct 08 at 23:51:18
topo - apa lg 1 contest tu??hahaha..takmo bg tau ke??

merah - eh ko tak rasa ke??hahaha..tp aku terasa tergugat sikit ni..hi hi hi

fatah - ko nak tgk je ke..nak join skali??hahaha..

KG.Boy - hahahaha..titan mmg pandai…gunung kinabalu telah diterjahnya..apatah lg dunia perniagaan di internet..cewah…

kento -hahaha..klu grafik design contest yg dibuat..confirm ko yg 1st.. aku takat tgk je lah..mn reti bab2 design nih..huhhuu
Raja Kamil - 11 Oct 08 at 02:04:33
weh seronotnye dapat duit dengan pertandingan. kan best kalo ramai lagi yang offer contest2 yang kreatif.
Afzai Afandi - 11 Oct 08 at 02:20:10
ngko boleh dikatakan antara blogger yang betul2 merebut peluang memperoleh $$$ tak kiralah apa jua bentuk hadiahnya.
KampungBoy - 11 Oct 08 at 02:58:32
Tuah tanah blog nie. Bila nak bwat open house Raya. Kongsila…harta yang saudara kumpul daripada menang banyak contest dulu. Hehe….
farahaznil - 11 Oct 08 at 03:18:04
afzai - duit..sape xnak..hahaha..eh ko pun ada buat contest gak ke??

kg.boy - haah..betul tu..duit dah byk ni..berkepok2..bila mau buat open house titan..haha
abdfatah - 11 Oct 08 at 03:18:44
hohoho… kumpul banyak2 harta tu lepas tu buat perisytiharan kepada LHDN… cukai dah bayau belum nih???
syuxx - 11 Oct 08 at 03:40:39
yang penting bagi aku dalam buat contest ni adalah peluang untuk jalinkan ikatan persahabatan dgn para blogger yg lain.

melalui contest lah jalan yang paling mudah.
farahaznil - 11 Oct 08 at 04:29:45
fatah - bukan tu je…zakat harta jgn lupa..hi hi hi..tp kan org bisnes man skrng ni..nak cr jln mudah utk xbyr cukai..dgn buat harta..betol x?beli tu..beli ni..pastu buat hutang..pekerja plak tak dpt bonus di hujung thn..ni aku geram ni..hahaha..kesian dekat pekerja swasta..huhhuu

syuxx - takmo eratkan lg ke hubungan antara kita org ni dgn ko sndr buat contest lg 1 bln dpn..hahaha..amacam??
samdaddycool - 11 Oct 08 at 10:36:33
.. best.. aku pun dah beberapa kali merasa menang contest online..

dan yg best , tak perlu pandai html, java script, affiliate marketing, GA, blogging etc utk buat duit melalui contest dlm internet… (esp comment contest)…

p/s- aku harap keputusan lawak kambing akan diumumkan dlm sehari dua ni…’

stay tune!
farahaznil - 11 Oct 08 at 10:55:01
hahhaa…lawak kambing tak dapek den nak join sngt..huhu..pocah kepalo otak aku nak pikir lawaknya..tak tercapai dek di akalku..hi hi hi

p/s - yelah..sam kan dah menang no 1 contest aku dan ramadhan..poyo lah dia..hi hi hi hi
samdaddycool - 11 Oct 08 at 11:39:31
.. POYO?? ko jeles!
farahaznil - 11 Oct 08 at 11:55:42
haha..jeles ke??tp takleh nk jeles la..dah terbukti ko hebat…cewah
Rafhz - 11 Oct 08 at 12:12:40
ape gaduh2 nie ha… dah2 x yah gaduh2… byk lagi contest korang leh join… weh titan pesal ngan MATA KO TITAN? nape x leh bukak? bukan ke mo mmg pakai mata kanan ntuk membaca? mushkil aku nie…
farahaznil - 11 Oct 08 at 12:17:11
mata kiri dia buat apa lak rafh?hi hi
abdfatah - 11 Oct 08 at 14:11:52
hahahaa… sam menang lagi. teruskan usaha untuk menang contest dengan jayanya… yang penting penyertaan…

lama gak duk tunggu keputusan lawak kambing nih…
Din Beramboi - 11 Oct 08 at 17:09:13
Haah…baru aku teringat tentang lawak kambing tu..hehe. Lama dah…sabo2.

Sape nak join contest, kat blog aku pun ada gak contest..eh sory, terpromote lak..hehe.
merahkatak - 11 Oct 08 at 19:34:57
aku dah pening baca komen korang nih. Macam2 topik dah kuar. Haha..
abdfatah - 11 Oct 08 at 23:14:13
tajuknya adalah menang dan dapat duit dengan contest… contest memang cool kalo dapat duit… dan menang hadiah lumayan dalam blog encik titan…
farahaznil - 12 Oct 08 at 01:38:36
wah…emncanak2 contest di buat skrng ni..huhhuu
Afzai Afandi - 13 Oct 08 at 01:27:52
Farah: insyaallah contest kat blog dalam bulan depan kot selepas contest Titan ni
Raja Kamil - 13 Oct 08 at 01:57:16
Nantikan eBook dari aku “Rahsia Buat Duit Dengan Contest” .

hahahaha, best wo ! Aku baru nak try menang contest !
abdfatah - 13 Oct 08 at 05:46:50
wahahaa… mesti gempak ebook raja kamil vs ebook raja titan nih…
Raja Kamil - 13 Oct 08 at 06:18:13
erk…tak lah fatah, ebook aku dn ebook titan, best lagi ebook titan :D
farahaznil - 13 Oct 08 at 08:30:20
hohhoo..kalau dah buat afzai..gi tau..cewah..hi hi hi

mmg aku nmpk sngt2 pun raja kamil mmg bersungguh2 nak menang contest kali ni..haha..xtdo mlm ke weh..asik bg komen je..tak ckp kaki aku dibuatnya
abdfatah - 14 Oct 08 at 00:31:20
farah bila nak buat contest… kalo ada contest di blog farah best jugak kan kan kan… mesti femes sakan blog farah lepas nih…
Raja Kamil - 14 Oct 08 at 00:38:21
@farahaznil alah farah, ayik kau je menang :D

@ abdfatah farah tu ada dah ura2 nak buat contest. Erm, farah jadi tak ?
PakciQue - 14 Oct 08 at 04:16:05
Kalau orang kata kita poyo sebab kita join pertandingan yang pada hemat mereka menawarkan hadiah yang tak seberapa..apa pedulik kan..dia nak bgi ke kita hadiah tu kalo kita tak join…

Aku dari zaman sekolah lagi suka masuk pertandingan yang “free”..

kalao setakat pertandingan teka kacang tu..memang aku takkan masuk lah..yg tu memang buang karan je..

kalau teka silang kata ke..cari gambar tersembunyi ke..ha..yg ni aku suka..

kalo pertandingan/peraduan yang perlu kumpul bukti pembelian..bergantung pada bentuk bukti pembelian tu…

apa yang penting..cuba..tak cuba tak tau…
abdfatah - 14 Oct 08 at 08:28:34
teka silangkata tu yang best… boleh try jugak nih masyukkan dalam task ngan gambor tersembunyik…
farahaznil - 14 Oct 08 at 10:37:45
pakcikque - penah menang tak contest yg join tu??haha

raja kamil..wah nak saing aku la ni..hi hi hi..saingan diterima..jgn gusar..aku yg tgh gusar ni..hahhaa

lg 1..bila plak aku nak buat contest ni..klu buat..tak tahu nak kasi korang apa..hohhoo..tunggu aku dpt hasil yg lumayan..dah ada duit..br buat contest..ok??

p/s - klu nak aku buat contest..apa kata korang kasi aku menang contest kali ni.amacam??deal??hahhaa
PakciQue - 15 Oct 08 at 03:25:11
farahaznil: aku cuma pernah menang pertandingan kat skolah je..dapat kamus mini… yang jenis menang hadiah ribu2 tu..xde lagi la..cuma baru2 ni aku menang complimntary movie pass…

p/s; camne erh nak kalah RK ni..
akazuma - 15 Oct 08 at 04:09:47
At least pernah menang sesuatu la. PakcikQue. Kitaorang memang dah lama lepak blog ni. Banyak kali gak menang contest. Nombor berapa tu, tak kiralah. Janji menang sesuatu.

So, sesape pun leh. Janji ada niat nak menang. hehe..ceramah plak. :)
paan - 15 Oct 08 at 05:55:04
sungguh banyak contest yang berlansung bulan nie.hehehe.tak terkejar aku dibuatnya.
abdfatah - 15 Oct 08 at 07:59:52
yang pentingnya adalah penyertaan untuk memeriahkan blog titan yang sedia meriah ini… cam hari raya pulak laaa…
farahaznil - 15 Oct 08 at 09:20:32
Pakcikque - relax la..tandingan mcm ni senang je..biar dia kayuh dulu..nnt kita kayuh la kemudian..no hal lah..yg penting strategi..hi hi hi…complimntary movie pass?? contest dr mana tu??internet ke luar?

akazuma - sekali sekala tak nak menang je…dia kena lebih sikit..hi hi hi..br org ckp tak tangkap muat..cewah..tp dgn menyertai pun dah memadai..meriah gak kan..hahhaa

paan - contest apa lg?yg aku tau ni je…ada lg ke?kat mn tu?hahhaa

fatah - hang pun pencabar aku no 1 ni..huhhuu
rajakamil - 30 Oct 08 at 00:07:41
farah, I’m begin now, see ya at #1 place
abang peraduan - 14 Jan 09 at 05:21:10
aloha kawan2.. kepada semua yang gilakan peraduan2 atau contest2 boleh update peraduan2 terkini di http://my.peraduan.com! semoga berjaya


Get cash from your website. Sign up as affiliate.



-----------------------------
The Best site and articles : New Adsense Alternative | Melayu Boleh | Berrybunch | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------