TAG - Berapa Duit Raya Titan? | EarnCent.com








Hari ini, aku sibuk dengan kerja-kerja mengupdate blog-blog samada untuk adsense, untuk bidvertiser, TNX, TLA dan untuk beberapa program lagi. Aku harap program-program mampu menjana passive income untuk aku setiap bulan. Dapat 200-300usd sebulan pun dah cukup bagi aku. Malah, perkhidmatan yang aku tawarkan seperti membuat blog untuk adsense, video blog, tv series, menginstall forum SMF dan Vbulletin, khidmat vcc dan sebagainya menjadi pendapatan utama aku sejak 3 bulan lepas. Alhamdulillah, selama 3 bulan itu pendapatan aku meningkat walaupun masih maintain 4 angka pendapatan setiap bulan. Setiap bulan meningkat. Janji lepas bayar apa-apa yang patut.

Oklah. Sebab aku nak lepak sikit hari ini. Aku jawab TAG yang telah dikenakan oleh Nuaeman. Mamat ni memang keje dia menembak aku je kalau dapat TAG. Dengarnya, Nuaeman kene tembak dari Senapang. Oleh kerana sekarang masih musim beraya dan TAG ini berkaitan dengan Hari Raya. Aku dengan senang hati menjawabnya.

1. Berapa pasang baju raya aku tahun ni dan apa pulak warnanya?

Tahun ini. Aku cuma ada sepasang sahaja. Itupun aku beli sehari sebelum raya. Mak aku dah bising suruh beli satu. Kalau tak, aku tak dapat duit raya ketika sessi mintak maaf dikalangan keluarga. Aii..dengan anak sendiri pun nak main ugut-mengugut ke. Kaler. Maroon.

2.Apakah Makanan Tradisional Raya Kegemaran aku?

Aku takde kegemaran yang Khas. Semua aku bantai. Kenapa? Setiap makanan ada keistimewaannya dan aku akan rugi kerana tidak mencubanya. Hidup hanya sekali maa. Dan raya tahun ini, buat kali pertamanya mak aku masak nasi lemak sambal sotong. Aku makan nasi sikit je. Sotong 3 pinggan!

3. Apakah biskut Raya kegemaran aku

Kuih siput. Sakit tangan aku menenyah masa wat kuih siput.

4.Berapa banyak duit Raya aku dapat tahun ni dan Berapa pulak aku spend?

Duit raya yang setakat terkumpul sehingga hari ini adalah RM412.50. Dan aku sudah spend lebih dari RM1000++. Tak apa. Rezeki anak-anak buah. Teringin ada anak sendiri..

5. Aktiviti Malam Raya Aku?

Kalau dulu, main meriam tanah dan meriam tin. Aku ada sponsor tetap kabaid setiap tahun. Aku tak main mercun. Mercun kan dah diharamkan. Bunga api pun aku tak main. Tapi malam raya, aku berjaya wat service membuat satu blog untuk mamat pakistan. Dia bayar aku RM500. Fuhh..itulah aktiviti malam raya aku. Dihabiskan untuk membuat 1 blog untuk mamat pakistan. Harga tu tak termasuk hosting dan domain. Sebabnya mamat tu dah ada. Tapi dia malas nak setup blog dan aku juga menyediakan content untuk blognya selama 1 bulan dan wajib tulis 1-3 artikel setiap bulan diblognya. Jadi, takde aktiviti merbahaya seperti tahun-tahun yang lepas.

6. Mangsa Tag Hari Raya ini jatuh kepada 10 orang..

1. Munirah - Budak ni dulu penakut masa aku jadi ketua kelas 6 kenanga
2. Diya - Budak petit..
3. Farah - Budak SPM..
4. NR-Yummie - Mak Budak..
5. RajaKamil - Bapak Budak A
6. Topo - Budak Univeristi A
7. AppleBlogger - Budak Epal..
8. Cyza - Bapak Budak B
9. JuniorIM - Budak Universiti B
10. Taukey - Budak Sarawak..

Hehe, jangan marah aa. Nak jawab atau tidak, itu terpulang pada budi bicara korang. Aku yakin korang suka nak jawab. Kepada yang tak kena Tag. Korang terselamat untuk sessi kali ni. Apapun. Selamat Hari Raya. Siapa nak duit raya. Sila datang rumah aku minggu depan. Mak aku wat rumah terbuka untuk budak sekolah. Untuk save budget, korang datang masa tu la ek..

Ps:Kalau korang perasan, aku akan masukkan muka baru untuk Tag-tag yang akan datang. Tak adalah orang yang sama je yang jawab..

Iklan Semasa : Buat duit dengan Awsurveys | Dapatkan 100 USd dari Russell Brunson








Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 55 comments. Apa plak komen korang?
topo - 08 Oct 08 at 10:13:59
adeh.. kene tag la plak.. hoho brapa duit raya topo aaa???
yazidyahaya - 08 Oct 08 at 11:02:15
heehehe..aku pun kene tag ke??takpe la..janji ok..hehehe..ok…sekarang.aku lak nak taq korang..kepada nama yang berada di blog aku seperti:
1.Merah katak
2.akazuma
3. adbfatah
4. fino
5. samdaddycool
6. kodin
7. debtrunner
8. pakar clickbank
9. Dikmal
10. Ajak bicara

jawab-jawab la iye..

asalmualaikum…
syuxx - 08 Oct 08 at 11:13:45
buat blog dapat RM500? fuyoo. best tu.
dia buat blog pasal apa?
debtrunner - 08 Oct 08 at 11:53:15
waa. duit raya yang dapat, lebih kurang dari yang dispend..

tapi kira banyak gak ko dapat duit raya yek. sape bagi??
taukey - 08 Oct 08 at 12:54:30
alamak aku kena tag lagi. tapi aku tak sambut raya. cemaner ni? takkan nak berlakon. he he he he
ComeyLady.. - 08 Oct 08 at 14:26:46
Titan… Brape kali xposa..?
Brape kali ponteng trawih..
Em.. Mane kueh siput untuk saya..
cyza - 08 Oct 08 at 15:24:44
Ayo….kena tag ka…
Nanti la mau jawap…
Cyza Sector » October Fast Update - 1 - 08 Oct 08 at 16:23:21
[…] Discovered a tag from Titan… I’m going to response later but not going to continue the […]
ihateher - 08 Oct 08 at 16:44:21
banyak tu duit raya. tanak share sikit ker?
yazidyahaya - 08 Oct 08 at 17:46:49
padan ngan muka mu titan..heheheh..ko pun tag aku..heheh..teruk la ko..

http://www.juniorim.com
topo - 08 Oct 08 at 19:13:05
mane la aku nak carik sampai 10 org tag ni.. adeh… banyak gile.. sape la yg cipta tag ni…
merahkatak - 08 Oct 08 at 19:55:43
hehe. aku kene tag dengan ajid plak. Tengoklah. Aku tak rajin jawab tag nih. titan dr dulu tag aku. tak penah aku balas. Hehe..
Munirah Abd - 09 Oct 08 at 00:47:33
wooo fitnah wooo..aku xtakot pun… :P
ko kan kechik je… wei penolong ko dah ngandung anak sulung…hehehhehe..ko bila lagi nak produce???
NR YuMmiE - 09 Oct 08 at 02:08:15
NR YuMmiE kena ‘tawan’ lagi ngan Titan…tak pe.. Orang dah jual, kita beli je lah… tungguuuu…
Din Beramboi - 09 Oct 08 at 02:48:01
Hoho…main tag raya lak. Nasib baik tak kena..haha
[…] Terkini TAG - Berapa Duit Raya Titan? | EarnCent.com on Hello Kitty for Birthday Girl !MamaFaMi on Untuk Ayah BondaLiza Penang on Untuk Ayah BondaNR […]
samdaddycool - 09 Oct 08 at 03:47:27
…aik.. yazidyahya.. lom apa2 aku dah kena tag…
sebelum sempat abis baca post titan, nama aku dah ada kat dlm blog ko… sungguh tak raya haji langsung… takpe.. nanti aku merajinkan diri… :) ,

p/s- patutnya, tag raya ni disertakan trnsfer fund ‘angpow’ paypal…
samdaddycool - 09 Oct 08 at 04:24:36
apsal aku bg komen tak keluar?
diya - 09 Oct 08 at 05:29:17
heh. budak petit? apakah?

p/s-insya Allah, next entri diya jwb tag raya titan ;)
diya - 09 Oct 08 at 05:37:54
titan mmg sgt rajin. kaya dgn buat blog je titan ni. tahniah tau :) moga murah rezeki slalu ;)
yazidyahaya - 09 Oct 08 at 11:16:46
kat aku ko tak nak cakap camtu ke diya??sedih aku..hhehehe
SweetladyNad - 09 Oct 08 at 13:38:26
A ah. Titan kecik je dulu..
Heran aku camana leh jadi besa panjang cam skang..
Xsangka aku. Minum susu banyak agaknya.
Anak sulung Titan mesti cam dia gak time dajah 6 tu.
Bleh la comel. Mesti nakal nih..
^_^
titan - 09 Oct 08 at 14:03:04
topo, aku rasa ko lagi banyak duit raya kan? kan?

yazid. cepat gak ko jawab ek!

syuxx. Blog pelanggan adalah rahsia.

debtrunner. Kalau nak duit, kene usaha.

taukey. Takkanlah takde singgit dua duit raya tahun ni ko dapat..

comeylady, antah. Tak kira..

cyza, hang wajib jawab aa..

munirah. Hang memang terbukti penakut. dulu la..

NR-Yummie. Mane leh kene tawan. Nanti ada orang marah..

Din, hang sibuk sangat rasanya. Tu aku tak attack hang. Malas kaco orang darah muda ni..

diya, kita tunggu..

yazid, ler. Jeles plak dia..

Sweetladynad, aah. Sangat comel. Nakal tu dah pasti. Like father like son lah..
kento - 09 Oct 08 at 15:58:26
fuyyo! alhamdulillah, murah rejeki tul kamu ini ye. haha! keep it up! :wink:
[…] adeh di saat orang sedang sedang bergembira menyambut hari raya.. hoho ye la dapat makan kuih raya yang sedap sedap.. dapat baju raya yang cantik-cantik… dapat duit raya banyak-banyak… tapi apa yang topo dapat?? tag raya je.. adeh.. ni dah tag kedua pasal raya yg aku dah dapat tapi nasib baik la soalan lain… bersemangat la jugak aku nak buat… lupa plak.. tag ini disedekahkan oleh en Titan.. […]
topo - 09 Oct 08 at 19:48:50
udah ku balas tag raya kamu dengan jayanya.. bila nak kasik duit raya plak ni?? hohohoho
farahaznil - 09 Oct 08 at 23:15:55
apa mksd petit tu??
nuaeman - 10 Oct 08 at 04:37:58
ramai betul yang kene TAg ngan Titan kali ni.. oklah tu ada keje dalam bulan raye nih
topo - 10 Oct 08 at 07:05:06
petit tu rendang… dalam bahasa yg lebih sopan.. hohoohoho
farahaznil - 10 Oct 08 at 10:02:54
hahhaa..ini semua disebabkan kau nuaeman!!..hi hi hi..kerja di bulan raya..

petit tu bahasa org mana lak??sabah ke??hr tu ckp bukak puasa kata lain dia sungkai kan??
topo - 10 Oct 08 at 15:17:24
ye sungkai.. hohoh aku pon baru tau taun ni sungkai tu..

Titan ko tengok la sendri post aku jawab tag ni berapa duit raya yang aku dapat..
abdfatah - 10 Oct 08 at 16:34:33
duit raya titan sentiasa ada… kalo banyak kuar… banyak pulak yang masyuknya… kalo bukan awal bulan dapat akhir bulan… paling banyk pun tiap2 bulan mesti dpat… takder laa kering tengah bulan…
merahkatak - 10 Oct 08 at 17:13:26
petit tu kecik, small, tak besar..

sungkai tu, berbuka..

Main teka je korang nih ek..
farahaznil - 11 Oct 08 at 00:10:54
maknanya si diya ni katik ke orgnya??hi hi hi
appleblogger - 11 Oct 08 at 05:14:26
ai farah. berniat untuk mengejek nampak. jeles ke dengan diya nih?
Rafhz - 11 Oct 08 at 12:18:24
mmg la dia jeles… dah jumpe challenge dia.. haha…
farahaznil - 11 Oct 08 at 12:26:20
ye ke??mana ada jeles…dah mmg perangai mcm tu..alah gurau2 tak boleh ke??
Tag Backlinks Hari Raya AidilFitri 2008 - 11 Oct 08 at 13:21:21
[…] earncent berapa duit raya titan […]
abdfatah - 11 Oct 08 at 14:07:43
lepas nih boleh serbu pi beraya rumah titan reramai untuk dapatkan duit rayaaaa…
farahaznil - 11 Oct 08 at 14:11:39
titan kayo..ahahahaha..dgr je kita ckp tu..awal2..dia dah tutup pintu rmh..
abdfatah - 11 Oct 08 at 14:17:42
takper lepas nih titan boleh buat gath hari raya kat umah dia… kan kan kan kan…

jemputan bersejarah kat rumah titan… dermawan internet malaysia….
farahaznil - 11 Oct 08 at 16:26:37
hihihhihi..dia tak kasi msk..kita kasi jual nama dia kaw2 punya..amacam??deal?
[…] got some tag game from titan. I know he really great guys. Thanks for setup this blog for me and i will start to […]
abdfatah - 11 Oct 08 at 23:18:45
kita tungg aje laa jemputan open house dari encik titan suatu hari nanti… syaratnya bawak DUIT RAYA untuk titan …. hahahahaa…
farahaznil - 12 Oct 08 at 01:19:32
eh…asal lak kita yg kena bwk..mn boleh..haha
diya - 12 Oct 08 at 04:45:06
hehehe. senyum je diya baca komen2 kat ats ni. memang sempoi korang sume yek :D

p/s-titan ni mmg nak kena :P
merahkatak - 12 Oct 08 at 05:03:52
Haha..korang ni kalau merepek, memang no.1 ye.

Diya? kenapa dengan titan? nak kena apa nih??
farahaznil - 12 Oct 08 at 11:32:27
ni mst ada scandal diantara diya dgn titan ni..fewit…tah2 dia dah gi raya rmh titan dulu..haha
Raja Kamil - 12 Oct 08 at 18:17:50
dah balas….dah..dah jangan main2 tag ni….tang nak tag balik kat orang mesti fail :(
abdfatah - 13 Oct 08 at 05:51:54
buat tag backlinks aje… tarik trafik sikit2 tak yah tag untuk orang lain pun takper… hohohooo…

buat senarai tag pun okey jugak laaa
abdfatah - 14 Oct 08 at 05:04:51
kalo ramai yang tag farah mesti femes sakan blog farah lepas nih…
farahaznil - 14 Oct 08 at 10:33:05
femes ke??aku tgk mcm sama je..huhhuu
rajakamil - 30 Oct 08 at 00:13:37
hurm…..fatah, nantikan tag dri aku lah….huhuhuhu
rajakamil - 30 Oct 08 at 00:15:02
alah….farah, femes ar kau nanti :), macam fatah cakap, kena tag nanti adalah idea nak update blog
farahaznil - 31 Oct 08 at 12:45:52
kalau aku tag org..xde makna nyer yg nak menjawab nyer..huhhu..tp truskan lah perjuangan tag men tag org ni..hahhaa




-----------------------------
The Best site and articles : New Alternative How to hack Friendster Private Photos | Melayu Boleh
Cheap Concert Tickets
Our Print Company in Chicago offers various print options at low prices.
Professional Adult Web Design Company Creates Adult Websites.
-----------------------------