Hari ini hari ahad. Hari ini penuh dengan kunjungan raya baik dari makcik-makcik dan pakcikku. Malah, kawan-kawan adik aku dan akak aku datang beraya. Kengkawan aku semalam je datang. Hari ni masih tak nampak batang hidung. Biarlah. Lagipun, dah tak larat nak layan bebudak nih. Datang terus tanya pasal duit raya. Aii, makanlah ketupat ke rendang ke dulu. Sopanlah sikit budak oii..

Aku cuma nak share satu lagi bukti bayaran yang aku dapat dari satu program yang menjadi ujikaji aku bulan lepas. Aku rasa korang pernah dengan Program Linkadage kan? Ya, aku sudah dapat buat duit dari program ini. Biarpun ciput aje bayaran yang aku dapat. Tapi selagi link itu kekal setiap bulan. Aku akan dapat bayaran setiap bulan. Linkadage bertindak sama dengan Backlinks. Malah, aku dapat kesan ianya dari company yang sama. Cuma mungkin pengendali website yang berlainan. Aku perasan kerana bayaran yang aku terima dari Linkadage dan Backlinks dari alamat email yang sama..

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Ok. Itu bayaran yang aku dapat dari hasil jualan beberapa text link di beberapa blog aku. Blog tersebut tidak cumalah PR0. Tapi korang kalau ada blog yang ada pagerank yang lebih baik, akan dapat income yang lebih bagus. Malah, korang sendiri boleh tentukan berapa harga untuk text link yang advertiser hendak beli awal-awal lagi ketika setup code kat blog korang.

Modus operandi sangat sama dengan Backlinks. Yang berbeza, mereka menerima blog dari PR0. Bagus bukan? Aku rasa program ini mahu menarik lebih ramai orang untuk menggunakan servis mereka. Jadi, jika korang ada blog yang ada PR yang lebih bagus. Leh join Linkadage. JIka ada PR yang lebih tinggi, ini akan menambahkan income korang dengan Linkadage.

Jadi, jika berminak nak tambah pendapatan dengan Linkadage. Join Linkadage sekarang!

Ps: Akhirnya, berjaya jugak aku membuktikan bahawa program ini membayar ahlinya.







Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 23 comments. Apa plak komen korang?
videono - 05 Oct 08 at 08:13:14
tahniah. berjaya juga ujikaji tu yek. Tak sangka plak ye. Cepat plak dibayar..
syuxx - 05 Oct 08 at 09:37:24
backlink aku dah dapat satu advertisers.
tapi gila lah, apasal dia keluar iklan pasal poker stuff? aku tengok dekat filter dia dah uncheck benda tu.

hoho. haram lah pulak earning aku kat situ. huhu
videono - 05 Oct 08 at 11:16:07
yeke syuxx? Kira oklah tu. Backlinks dan linkadage satu company rupanya..
taukey - 05 Oct 08 at 11:17:51
hehehe. aku dah tak guna backlink sekarang. nanti nanti la aku usaha buat link ads ni. tak berani lagi. ilmu aku blm sampai tahap gaban part part macam ni
merahkatak - 05 Oct 08 at 17:31:46
hoho..banyak tul duit raya ko yek. Apapun, good luck. Aku sibuk dengan sesuatu ni..
Afzai Afandi - 06 Oct 08 at 04:30:51
bnayak betul lubang pengiklanan ko dapat Titan… good info
merahkatak - 06 Oct 08 at 09:28:12
memang banyak lubang afzai. Tu pasal banyak gak duit dalam poket titan nih. Hehe.

Sedikit sebanyak. Aku rasa berbaloi spend masa kat sini baca celoteh titan nih..
aflife - 07 Oct 08 at 07:52:45
cam susah aje..
akazuma - 07 Oct 08 at 08:37:26
aflife, kalau senang. ramai orang dah kaya dengan linkadage nih..
ihateher - 08 Oct 08 at 16:59:04
Nampak gaya cam tak mudah aje. Tapi tak rugi untuk cuba kan?
merahkatak - 08 Oct 08 at 20:18:45
aflife, aku rasa ni mudah je. lagi susah kalau backlinks atau TLA.

akazuma, betul, betul, betul!

ihateher, aah. cubalah..
farahaznil - 10 Oct 08 at 05:53:20
nasib baiklah aku takde hosting sendiri..kalau ada..dah lama aku buh menatang ni..hi hi hi
topo - 10 Oct 08 at 15:27:39
jap aku nak tanya.. ko nye PR kena drop sebab join yang mana satu program??
abdfatah - 10 Oct 08 at 16:39:16
boleh mencubanya jika mahu.. jika taknak tengok aje laa dulu…
Raja Kamil - 11 Oct 08 at 02:22:51
nak tgk je dulu.. ish pasal ada kena mengena dgn poker ni aku jadik was-was lak.

tang ni kena jaga sket
abdfatah - 13 Oct 08 at 05:56:04
tengok aje laa mana yang patut… kena buat edisi siasat sepenuhnya…
rajakamil - 30 Oct 08 at 00:37:41
erm, adeh risau gak…syubhah lah kalau terlibat dgn promot2 sistem yhudi ni.

Poker lah, banking (sebab promot sistem riba)

Rujuk pasl adsense dekat
farahaznil - 30 Oct 08 at 01:07:30
abis tu korang join ke tak ni?huhhu
akazuma - 30 Oct 08 at 01:26:02
Ler..kalau nak ikutkan. Adsense pun ada kaitan dengan riba, poker, banking dan sebagainya. Malaysia pun jana pendapatan dari judi dan kasino jugak. Pendapatan hasil jual arak dan rokok pun termasuk jugak..

Kalau nak cite. Macam2 ada perkara yang syubhah. Cuma dari korang aje.. :)
farahaznil - 30 Oct 08 at 01:29:10
insuran atau saam slain dr bank islam pun haram gak klu di ikutkan..huhhuu
akazuma - 30 Oct 08 at 01:39:09
Farah. rasanya, bank islam pun pun mesti ada tempias dari bank negara. So, duit semua still campur..
[…] 1. Edisi Siasat - Buat Duit dengan Linkadage [klik sini] 2. Open Case - Buat Duit dengan Linkadage [klik sini] Jadi, jangan buang masa dan sertai Linkadage sekarang : Linkadage Ada orang bertanya, kalau join […]
[…] baca, boleh aja gi ke 2 artikel dibawah ini: 1. Edisi Siasat: Buat Duit dengan Linkadage 2. Open Case: Buat Duit dengan Linkadage Dipendekkan cerita, aku mendaftar program Linkadage ini pada 4 oktober 2008 dan mendapat jualan […]


Get cash from your website. Sign up as affiliate.


PanelPlace - No more missing out on surveys!

-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Melayu Boleh | DenaiHati Contest | Saya Suka Wangcyber | Who is RajaKamil? | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------