2008 September | EarnCent.com - Part 2


Archive for September 2008


Oleh sebab aku mengetahui bahawa berkemungkinan post-post diblog ini mungkin akan hilang. Jadi, aku takkan buat post berunsurkan duit ataupun promosi baikpun review. Semua ditangguhkan sehinggalah pihak Netkl sudah confirm sesuatu dengan aku. Jadi, semua post lepas ini adalah cerita dongeng atau bualan biasa sahaja. Harap korang semua terhibur.

Aku kene tag lagi. Kali ni dengan Nuaeman plak. Selalu aku yang tembak dia. Hari ni, dia balas balik dengan bom atom plak. Takpe. Takpe. Aku jawab gak la sebab aku tanak blog ni kosong..

5 tabiat buruk dizaman persekolahan..

1. Pakai seluar dua lapis. Aku rasa korang pun mesti cam aku kan? Asal ada kelas PJ (pendidikan jasmani), mesti aku pakai seluar dua lapis. Disebabkan aku dulu kurus dan kecik. Jadi, bila pakai seluar dua lapis. (seluar kaler ungu-biru tu + seluar sukan), dengan automatiknya nampak kaki aku cam dah gemok. Buruk tul kan perangai aku? Dan aku terbawak-bawak sampailah ke darjah enam..

2. Main dalam kelas. Benda ni aku rasa semua orang pun wat gak. Lagi-lagi kalau korang ni lelaki sejati. Lelaki tak sejati aje main dengan perempuan. Haha, kalau budak2 kelas aku tahu ada budak cakap dengan perempuan, nahas la budak laki tu. Aku antara samseng sekolah yang menduduki 10 tempat terbaik dalam peperiksaan setiap tahun. Tak percaya? Lantak korang la..

3. Playboy sekolah. Masa darjah satu hingga 5. AKu sangatlah baik. Skema tahap sikat rambut belah tepi. Masa tu, semua orang ghairah sikat rambut belah tengah dan tiru gaya artis. Lantak koranglah. Aku still macho dan hensem dengan sikat belah tepi. Awek pun ramai ngorat apa. Dan secara jujur, aku bukan playboy. Itu cuma gelaran tak rasmi aku kerana aku mendapat surat dalam meja aku dan ramai budak nak belanja aku makan. Kalau takat aiskim dan tempe goreng. Memang aku suka..

4. Gila kuasa. Masa aku darjah 6. Aku dilantikmenjadi Ketua kelas. Ini memang pangkat paling besar. Kuasa aku cuma rendah dengan guru kelas aja dan yang bestnya, guru kelas aku ada 2 orang. Kelas lain, semua ada seorang aje. Apa kelassss. Time ni, aku mula mengenal erti tak puas hati, geram, nak belasah orang, tension dan seriau dengan perangai anak-anak buah aku. Baru aku tahu, kelas aku dinobatkan kelas paling bising sepanjang tahun rupanya dan ketua kelasnya adalah aku. KEtika ini aku mulai menggilai kuasa yang aku dapat. Akhirnya, budak-budak benci. Termasuklah budak perempuan yang 90% menyokong aku masa pilihan raya diawal kelas dulu. Mana taknya, aku reject diorang bila diorang melamar aku. Aku baru berumur 12 tahun. Apa barang ajak kawin. Sunat pun belum masa tu. Gila apa..

5. Pau budak-budak. Dulu. Kiranya setiap kelas, mesti ada heronya. Dan hero-hero ni, akan mewakili dan menunjukkan kekuatan sesebuah kelas atau rumah sukan. Jadi, aku antara hero-hero tersebut. Sebabnya, diorang takut dengan aku kerana 3 perkara. Aku wakil sekolah dalam sukan badminton, bola tampar dan catur. Aku juga dari darjah satu hingga darjah 5 memegang rekod Top 10 terbaik dalam peperiksaan dan juga samseng dikalangan budak-budak. Depan cikgu memang aku nampak baik. Tapi, belakang cikgu, nahaslah sesiapa yang cuba bermain api atau berdusta denganku. Tapi semua komrad aku, setia dan aku sayang diorang. Teringat main galah panjang dan teng-teng. Sonok tak ingat dunia. Jap, pau budak tu perangai buruk ke??



Cuba teka, aku yang mana satu??


3 Subjek Kesukaan dan kenapa

1. Metematik. Mengapa? Aku ranking pertama dalam sekolah. Aku sebenarnya dikelas 6 kenanga. Ranking kelas ini adalah kelas kedua berbanding kelas elit. Apa yang aku tak dapat nak kata, cikgu kelas matematik kelas elit tu pelik kenapa setiap kali gerak gempur, aku berjaya memintas budak2 kelas elit tu. 100/100. Itu markah aku setiap gerak gempur matematik. Jarang sekali aku dapat 90 ke bawah..

2. Bahasa Melayu. Dah bapak aku Cikgu Bahasa Melayu. Takkan anak tak leh dapat A. Secara jujur. Bapak aku tak ajar apa benda pun. Semua aku usaha sendiri dan yang paling bangga, aku orang pertama dalam kelas dipuji keran aku sorang je berjaya membuat surat rasmi dengan tepat. Yang lain semua kertas dipulangkan. Korang ni tak reti ke malas belajar haa??

3. Pendidikan Jasmani. Aku suka main bola. Hajat di hati nak wakil sekolah main bola sepak. Siap beli kasut bola lagi tu. Tapi apakan daya, aku cuma mampu wakil dalam catur, badminton dan bola tampar. Aku rasa tak ramai yang wakil banyak sukan kecuali beberapa orang je termasuk aku.

3 Subjek yang aku tak suka dan Kenapa

Bahasa English. Subjek lain. Semua aku suka.

Ini sahaja satu-satuya subjek yang aku benci sejak darjah 1 hingga tingkatan 5. Tak pernah aku dapat A. Tapi berkat dari tak pandai benda ni. Aku sudah tahu serba sedikit dunia internet ini. Tanpa english, aku takkan berjaya buat duit dari internet ini.

Menarik pada aku

1. budak perempuan kata aku cute masa sekolah dulu
2. budak perempuan kata aku sedikit hansome dari semua pengawas kat Sri Langat
3. cikgu kata, awak pandai!
4. cikgu kata, dari mana awak belajar main badminton?
5. Aku pandai melukis masa sekolah dulu. Tapi sekarang, failed..
6. Aku lari dengan laju kalau main kejar-kejar. Tapi aku tak terpilih dalam team olahraga sekolah.

Aku paling suka

Aku palng suka buat apa yang aku suka dan makan apa yang aku suka. Aku benci tomato!

Aku tak boleh hidup tanpa…

Tanpa mak dan abah aku. Siapalah aku..

Siapa aku hubungi setiap malam sebelum tidur

Rahsia. Korang nak tahu buat apa? Pi main jauh-jauh..

Kepada Siapa aku nak sebarkan TAG ni

Afzai, Emme, Juniorim, Diya, Richie dan Cyza.

Semuanya aku rasa yang aku jarang tembak. Kalau korang nak jawab. Jawab. Tanak, takpe. Aku tak marah..

Ps: Ada beberapa tag, review berbayar, review contest dan review promosi yang tertangguh. Bila la agaknya Netkl recover post aku tu yek. Harap-harap post ini pun tidak hilang. Semua tag ini aku jawab berdasarkan ketika aku masih darjah satu hingga enam..

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku takde apa nak cerita. Aku rasa ramai pengunjung dan pembaca setia blog ini tahu bahawa Netkl ada masalah beberapa hari yang lepas. Korang tahu kan? Ke korang pura-pura tak tahu? Dan seperti mana yang korang lihat. Entri yang aku buat dalam 1 minggu yang lepas semuanya hilang. Bukan sahaja di blog ini, tetapi beberapa blog yang dibawah hosting aku di Netkl mengalami sindrom yang sama. Mostly hilang dan aku harap pihak Netkl berjaya memulihkan semula dengan secepat mungkin.

Secara jujur, aku telah hilang dalam 200-300usd hanya dengan kehilangan entri-entri diblog-blog aku. Dan aku tahu agak sukar untuk mendapatkan semulanya. Takkan aku nak email setiap program yang melibatkan blog dan entri aku tersebut? Banyak gak orang beli link dan advertisement. So far, aku tak ralat sangat benda ni. Janji setiap entri itu kembali dan aku tidak akan buat bising. Itu sahaja yang aku harapkan. 200-300usd tu bukan untuk bulan ini sahaja, ianya juga bakal menjejaskan reputasi aku di program2 yang aku sertai. Dah submit link, diorang periksa, takde plak. Tak pasal-pasal diorang kata aku scammer.

Dan akibat dari hal ini, beberapa program seperti Backlinks, sponsoredreviews,TLA dan macam-macam lagi terjejas. Pendapatan memang terjejas, apatah lagi kalau trafik. So, aku tak dapat kata apa-apa. Mungkin bukan rezeki aku. Tapi aku harap, Netkl dapat buat sesuatu walaupun aku tahu benda ini kita dan Netkl tak minta ianya terjadi.

Ok. Salah satu site yang aku baru buat untuk salah sorang member aku iaitu Tivitune. Aku diupah untuk buat website ini dan diberi kepercayaan untuk buat update setiap series dan juga promosi. Berapa upahnya? haha, rahsia. Jika korang mahu aku buat website seperti Tivitune ini. Sila hubungi aku di titan1[at]earncent.com. Harga leh runding berdasarkan kemampuan korang. Tapi jangan tekan aku sudahla. Aku pun nak hidup gak..

Aku tahu ramai gak yang senasib dengan aku sebab kitaorang dok dalam bumbung Netkl. So, sabar sajalah yek. Harap semua entri dan data itu akan data kembali. Ada jugak yang aku dengar sampai hilang database dan mysql. Uih..kalau camtu. Memang gila aahh. Aku dah hantar ticket. So, hope dapat penjelasan dan jawapan yang memuaskan hati. Selama ini memang aku sangat puas hati dengan perkhidmatan dan support yang diberikan oleh Netkl. So, aku harap diorang dapat setelkan masalah ini.

Entri ini aku tidak tahu sama ada ianya akan hilang atau tak. Harap2 tak ilang jika Netkl berjaya recover data 1 minggu yang hilang tu. Kalau tak, memang aku akuinya ianya menjejaskan pendapatan aku. Bukan sikit. Banyak. Tapi aku harap sangat diorang berjaya recover. Walaupun ini kenyataan yang pahit. Tapi aku harap sangat..

Ok. Itu sahaja dari aku. Korang nak komen. Komenlah. Aku tahu korang nak komen sangat kan? Nak tengok gambar aku masa muda? Gi cari kat sini : Hot but Simple

Ps: Takde lagu hari ini. aku malas nak upload lagu baru.

Update: Post ini telah hilang selepas Netkl update. Jadi, aku copy paste semula dari arkib simpanan aku. Semua komen asal dah hilang. So, korang kene komen semula. Haha..

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content




Lupakan pasal anugerah sekejap. Ini post update untuk Awsurveys. Seperti tajuk diatas, aku telah menerima bayaran Komisen Ke 4 dari Program Awsurveys ini. Agak lambat untuk capai nilai minimum sebab ada masalah teknikal. Jadi aku cuma mampu menerima bayaran ini pada hujung bulan macam ini. Tak apalah, janji depa bayar dan aku menerima bayarannya hari ini.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Korang kene klik gambo tu untuk tengok dengan jelas. Itu bukti bayaran ke 4 yang aku dapat dari program Awsurveys ini. Bukan tipu punya. Aku takkan tunjuk kalau itu bukan bukti bayaran yang aku dapat sendiri. Aku bukan seorang penipu. Jadi, terpulang untuk percaya atau tidak tentang program Awsurveys ini.

Jika korang belum lagi sertai program survey ini. Korang masih ada masa lagi. Masa terlalu panjang dan korang masih leh jana wang dari program ini. Cuma perlu jawab soalan survey dan promosikan pada rakan seperjuangan anda. Itu sahaja.

Leh daftar kat sini: Daftar Awsurveys

Ps: Walaupun aku dapat duit hari ini. Aku tak ada feel happy langsung. Huh, aku terlalu pening dan kecewa agaknya. Dah 2 hari aku tak lalu nak makan. Aku sangat lapar sebenarnya. Cuma feel nak makan je takde. Jadi, takde lagi gambar-gambar yang menyelerakan pada hari ini untuk korang..

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content


Beberapa hari yang lepas, Afzai telah membuat kejutan kecil buat blog ini. Buat kali pertamanya blog ini mendapat reward atau anugerah iaitu Anugerah Blog Paling Best. Haha, bangga gak tu siot. Tapi kegembiraan itu tidak lama sebab otak aku masih serabut. Nak mandi pun malas. So, cantik tak gambar anugerah dibawah ini? Kiut kan? kan?



Sebenarnya, anugerah ini juga merupakan satu lagi tag yang aku kene panjangkan. Cis. Ini anugerah ke tag game? Tak apalah, untuk tidak mengecewakan orang lain. Aku juga akan memberi anugerah kepada beberapa buah blog yang aku rasa sesuai dengan nilai anugerah ini. OK. Ni rule dia..

1. Bagi just kat orang yang korang rase GILA-GILA / BEST
2. Bagi kat 4 orang sahaja.
3. Link orang yang terima award ni
4. Sesiapa dapat Award ni DiWAJIBkan buat POSTING sebab dia dapat award ni kat blog dia
5. Beritahu orang yang dapat award ini kt blog dia ok !!

Ini je 4 blog yang aku rasa cam sesuai untuk benda ni.

1. Mael
2. Diya
3. Nuaeman
4. Taukey

Cukuplah sebab aku sendiri feel yang 4 blog ni ada something yang aku leh dapat wat aku belajar sesuatu. Tak kiralah dari segi buat duit ka, motivasi ka, gila-gila ka. Janji aku dapat sesuatu. So, kepada 4 orang yang berjaya menerima Anugerah Blog Paling Best dari pemerhatian aku. Korang kene jawab Tag ni ler. Tanak jawab pun tak apa. Aku tak kesah..

Ps: Aku dah tulis benda ni semalam. Jadi tarikhnya aku setkan semalam walaupun aku post hari ini. Lantaklah, aku punye blog kan? kan?

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member


















  • Voice your opinion on Australia\'s largest Consumer Review Site

-----------------------------
The Best site and articles : New Adsense Alternative | Melayu Boleh | Berrybunch | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------