Hari ini aku cuma hendak ulas tentang Majalah IM ke 7 yang diterbitkan oleh Team Flarebiz. Rasanya jarang dah aku wat review tentang majalah IM. Mungkin kekangan masa dan banyak artikel serta promosi yang perlu diutamakan. Apapun, aku tetap support majalah sulung yang berjaya membuka mata ramai blogger, newbie dan rakyat Malaysia tentang internet, perniagaan internet dan program-program buat duit di internet. Tidak salah aku katakan, majalah ini bagus untuk bacaan wajib anda setiap bulan. Itupun kalau Team Flarebiz berjaya buat tiap-tiap bulan tanpa masalah.



Ok. Aku dah baca majalah keluaran terbaru ini. Secara jujur, ini antara yang terbaik dari keluaran yang lepas-lepas. Latarbelakang muka surat yang putih membuatkan orang yang rabun seperti aku mudah membaca. Saiz font pun agak memuaskan. Gunakan fungsi preview 66.7% atau 75% ketika membaca menggunaka adobe reader dan aku rasa keluaran ini paling santai sekali berbanding 6 lagi majalah yang lepas.

Dari segi design, satu lagi ucapan tahniah untuk MysticMind kerana cover untuk Majalah IM 7 ini sangat santai dan simple. Gambar Alang itu saja dah mampu menarik minat orang untuk muat turun majalah ini. Alang, sehat dan mantap. Haha, jangan marah Alang. Secara jujurnya lagi, kehadiran Alang dan temu bual alang yang dimuatkan dalam majalah ini antara temubual yang best. Straight to da point la orang melayu cakap. Jadi, memang kene sangatlah untuk jadi Cover Majalah IM 7 ini. Tak kenal siapa Alang? Korang gi baca dulu majalah ini dan tahu apa yang Alang wat leh dapat duit ribu-ribu setiap bulan. Dan aku yakin, pemilihan untuk cover dan temubual bersama Internet Marketer Lokal bukan dipilih secara rambang atau menggunakan random.com. Ianya pasti dibuat dari pemilihan yang tepat dan melalui proses pilihan raya antara Team Flarebiz dan krew diorang. Tul Ke Labanon??

Ok. Dari segi isi kandungan. Semua artikel memang best.Mudah difahami dan penggunaan bahasa melayu yang bagus. Tapi cuma ada 3 saja artikel yang membuatkan aku membaca setiap huruf dalam artikel tersebut. Artikel tersebut ialah..

1. Who says Internet Marketer Don’t Go Anywhare oleh Galadriel
2. Interview bersama Alang
3. Bagaimana Untuk Mengelakkan dari Terpedaya dengan Perkhidmatan Sms oleh Irwan Dahnil

Kalau korang tak baca. Gi baca sekarang. Jangan banyak cakap. Aku malas nak ulas 3 artikel tu. Mungkin korang akan dapat sesuatu seperti mana yang aku dapat sebab pemahaman kita berbeza. Tapi ada point yang bagus dari 3 artikel itu. Artikel lain, semua bagus-bagus. Cuma kekadang, ada gak artikel yang aku rasa meleret-leret. Straight to the point ajelah. Kekadang, ada gak aku skip baca sebab aku rasa isinya aku dah biasa dengar dan aku sendiri biasa tulis. So, mungkin memberikan point-point penting itu lebih afdal daripada membuat artikel yang panjang-panjang. Aku tak kata artikel tu tak bagus. Cuma ada yang meleret aje. Apapun, aku ucap tahniah sebab bukan senang nak tulis artikel macam tu. Aku sendiri yang menulis setiap hari rasa kesusahannya.

Satu lagi pujian untuk Ubi, kartunis yang berjaya menarik minat aku dalam edisi kali ini. Kartunnya yang bersahaja itu memang menjadi igauan gadis-gadis di Banting ini. Haha, serius. Semua karya ulungnya itu memang aku minat dan aku baca sepenuh hati. Serius, jika Ubi bijak mengeksploitasi bakatnya, beliau sendiri leh jutawan setanding dengan Irfan Khairi. Ubi, apa kata hang buat komik online bersiri. BUat satu komik dulu. Tengok response. Keluarkan setiap 2 minggu sekali atau sebulan sekali. Insya-Allah, aku yakin ramai yang nak sponsor iklan dan tak mustahil ada syarikat yang nak beli komik hang nanti.

Apa yang aku nak komplen. Mungkin sama cam dulu. Cuba pilih 1 tarikh rasmi untuk keluarkan Majalah IM ini. Jadi, kita orang tahu tentang majalah tu dan tidaklah tertunggu-tunggu setiap bulan. Mungkin lambat kerana kekangan lain seperti ada penulis yang lambat hantar artikel, masalah sponsor, masalah design dan sebagainya. Aku tak rasa ini menjadi masalah jika korang letakkan sekatan seperti itu. Tapi ianya akan menjadi satu senjata utama jika korang dapat buat. Jadi, aku harap ianya akan bertambah efektif dengan penambahan krew-krew Majalah IM.

Haa, cukuplah. Itu aje aku nak komplen dan review. Kalau Team Flarebiz dan krewnya tak suka. Aku tak kesah sebab ini pendapat dari aku dan Team Earncent. Jadi, apa yang bagus, korang teruskan. Apa yang kurang, perbaikkan. Yang buruk, buang ajela ek. Secara jujurnya lagi, aku nampak peningkatan demi peningkan disetiap keluaran. Jika dulu majalah ni nampak warna warni, tapi kini setiap bulan aku nampak motifnya. Dulu, kekadang aku out gak la. Tak faham apa yang nak disampaikan. Tapi sekarang, aku cakap betul-betul, majalah ini sedang berada dalam landasan yang betul..

Lum download lagi? GI muatturun kat sini : Majalah IM 7

Credit gambar: MajalahIM.com

Ps: Itu sahaja ulasan yang aku rasa agak panjang dan macam merepek dari aku. Seriusnya, aku tak sangka berjaya mengulas sepanjang ini walaupun ada gak isi yang berterabur tanpa disokong oleh bukti kukuh.

Pss: Ulasan ini juga dibuat untuk menyertai Pertandingan Review Terbaik MajalahIM#7. Ah, menang atau tak aku tak kisah. Janji aku dah wat ulasan..







Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content

This post has 17 comments. Apa plak komen korang?
Labanon - 28 Sep 08 at 06:51:37
Terima kasih di atas review bernas ini. Segala kritikan sedang diperbaiki oleh kami ho ho ho!

Banyak lagi yang hendak diperbetulkan. Lagi2 time raya ni.. mood raya sehh :D
merahkatak - 28 Sep 08 at 07:20:19
tu dia. labanon dah datang. HEhe, apapun. aku dah donload. Nampaknya memang majalah ni semakin mantap. :)
Afzai Afandi - 28 Sep 08 at 09:25:25
off topik ekk..

Salam E’dul Fitri, maaf zahir batin. Jumpa lagi after Raya.
merahkatak - 28 Sep 08 at 11:46:43
Erk. betul juga. Selamat hari raya kepada korang semua dan juga titan!
JutawanBlog - 28 Sep 08 at 12:48:53
Majalah IM memang rocks.. :D banyak informasi untuk newbie dan boleh dijadikan panduan untuk Pro Blogger
|rShahir - 28 Sep 08 at 18:25:53
Aku kembali……lama xsinggah blog titan…sibuk ngan projek belambak.. Hoho..tapi aku rasa aku masih ada hutang ngan titan…hoho… nanti aku bayar titan.. janji tetap janji…
|rShahir - 28 Sep 08 at 18:26:59
Bile IM nak keluar di pasaran??hehe!!!
nasrun - 28 Sep 08 at 19:19:54
Memang Titan otai bab review2 ni..

IrShahir - Nak buat cam magazine ker? Wah.. Banyak kos die tu..
|rShahir - 28 Sep 08 at 19:43:28
Hurm..bukan ape…aku rasa perlu…. banyak perlu didedahkan pada rakyat malaysia….barulah boleh sahut rakyat malaysia minda kelas pertama…Hehhe..

Kos…Hehe..kena cari sponser tu?..tapi aku rasa banyak keuntungan leh dapat.. selain banyak membantu rakyat malaysia.
farahaznil - 29 Sep 08 at 00:01:39
hahhaa..review ni berbyr kan??
|rShahir - 29 Sep 08 at 00:42:05
aku pown nak try wat review gak…. tapi bile ada si farah ni..ish! memang tipis nak menang…. dia punya ayat..dah la power panjang lak tu…terbeliak mata nak baca….adui….
fino - 29 Sep 08 at 10:09:17
dah baca dan donload. Memang best!
farahaznil - 29 Sep 08 at 12:26:01
ko perli aku ke sahe??hahhaa..sedih ni..baik ko mintak maap cpt..lusa dah nak raya ni..hi hi hi
[…] Abooain, Syed Ikhwan, Alang, Zhafran, Amirol, Catzer, Irwan Dahnill, Sifu Lan, Matzis, Shahraduan, Titanium Hijau, Farid, Sabri Saifulsham, Smartusaha dan ramai […]
merahkatak - 30 Sep 08 at 13:27:49
sahe ke shahir farah oii? hang salah nama ke??
farahaznil - 02 Oct 08 at 10:13:45
shahir ni si sahe lah kan???aku salah ke??huhhuu
abdfatah - 13 Oct 08 at 23:57:19
nak buat reviews jugak laa lepas nih. Boleh buat duit dengan reviews nih… nak menang jugak laaa…




-----------------------------
The Best site and articles : 6 Tips How to bring crazy traffic to your website

-----------------------------