Gambar Titan Masa Sekolah Rendah.. | EarnCent.com

Oleh sebab aku mengetahui bahawa berkemungkinan post-post diblog ini mungkin akan hilang. Jadi, aku takkan buat post berunsurkan duit ataupun promosi baikpun review. Semua ditangguhkan sehinggalah pihak Netkl sudah confirm sesuatu dengan aku. Jadi, semua post lepas ini adalah cerita dongeng atau bualan biasa sahaja. Harap korang semua terhibur.

Aku kene tag lagi. Kali ni dengan Nuaeman plak. Selalu aku yang tembak dia. Hari ni, dia balas balik dengan bom atom plak. Takpe. Takpe. Aku jawab gak la sebab aku tanak blog ni kosong..

5 tabiat buruk dizaman persekolahan..

1. Pakai seluar dua lapis. Aku rasa korang pun mesti cam aku kan? Asal ada kelas PJ (pendidikan jasmani), mesti aku pakai seluar dua lapis. Disebabkan aku dulu kurus dan kecik. Jadi, bila pakai seluar dua lapis. (seluar kaler ungu-biru tu + seluar sukan), dengan automatiknya nampak kaki aku cam dah gemok. Buruk tul kan perangai aku? Dan aku terbawak-bawak sampailah ke darjah enam..

2. Main dalam kelas. Benda ni aku rasa semua orang pun wat gak. Lagi-lagi kalau korang ni lelaki sejati. Lelaki tak sejati aje main dengan perempuan. Haha, kalau budak2 kelas aku tahu ada budak cakap dengan perempuan, nahas la budak laki tu. Aku antara samseng sekolah yang menduduki 10 tempat terbaik dalam peperiksaan setiap tahun. Tak percaya? Lantak korang la..

3. Playboy sekolah. Masa darjah satu hingga 5. AKu sangatlah baik. Skema tahap sikat rambut belah tepi. Masa tu, semua orang ghairah sikat rambut belah tengah dan tiru gaya artis. Lantak koranglah. Aku still macho dan hensem dengan sikat belah tepi. Awek pun ramai ngorat apa. Dan secara jujur, aku bukan playboy. Itu cuma gelaran tak rasmi aku kerana aku mendapat surat dalam meja aku dan ramai budak nak belanja aku makan. Kalau takat aiskim dan tempe goreng. Memang aku suka..

4. Gila kuasa. Masa aku darjah 6. Aku dilantikmenjadi Ketua kelas. Ini memang pangkat paling besar. Kuasa aku cuma rendah dengan guru kelas aja dan yang bestnya, guru kelas aku ada 2 orang. Kelas lain, semua ada seorang aje. Apa kelassss. Time ni, aku mula mengenal erti tak puas hati, geram, nak belasah orang, tension dan seriau dengan perangai anak-anak buah aku. Baru aku tahu, kelas aku dinobatkan kelas paling bising sepanjang tahun rupanya dan ketua kelasnya adalah aku. KEtika ini aku mulai menggilai kuasa yang aku dapat. Akhirnya, budak-budak benci. Termasuklah budak perempuan yang 90% menyokong aku masa pilihan raya diawal kelas dulu. Mana taknya, aku reject diorang bila diorang melamar aku. Aku baru berumur 12 tahun. Apa barang ajak kawin. Sunat pun belum masa tu. Gila apa..

5. Pau budak-budak. Dulu. Kiranya setiap kelas, mesti ada heronya. Dan hero-hero ni, akan mewakili dan menunjukkan kekuatan sesebuah kelas atau rumah sukan. Jadi, aku antara hero-hero tersebut. Sebabnya, diorang takut dengan aku kerana 3 perkara. Aku wakil sekolah dalam sukan badminton, bola tampar dan catur. Aku juga dari darjah satu hingga darjah 5 memegang rekod Top 10 terbaik dalam peperiksaan dan juga samseng dikalangan budak-budak. Depan cikgu memang aku nampak baik. Tapi, belakang cikgu, nahaslah sesiapa yang cuba bermain api atau berdusta denganku. Tapi semua komrad aku, setia dan aku sayang diorang. Teringat main galah panjang dan teng-teng. Sonok tak ingat dunia. Jap, pau budak tu perangai buruk ke??



Cuba teka, aku yang mana satu??


3 Subjek Kesukaan dan kenapa

1. Metematik. Mengapa? Aku ranking pertama dalam sekolah. Aku sebenarnya dikelas 6 kenanga. Ranking kelas ini adalah kelas kedua berbanding kelas elit. Apa yang aku tak dapat nak kata, cikgu kelas matematik kelas elit tu pelik kenapa setiap kali gerak gempur, aku berjaya memintas budak2 kelas elit tu. 100/100. Itu markah aku setiap gerak gempur matematik. Jarang sekali aku dapat 90 ke bawah..

2. Bahasa Melayu. Dah bapak aku Cikgu Bahasa Melayu. Takkan anak tak leh dapat A. Secara jujur. Bapak aku tak ajar apa benda pun. Semua aku usaha sendiri dan yang paling bangga, aku orang pertama dalam kelas dipuji keran aku sorang je berjaya membuat surat rasmi dengan tepat. Yang lain semua kertas dipulangkan. Korang ni tak reti ke malas belajar haa??

3. Pendidikan Jasmani. Aku suka main bola. Hajat di hati nak wakil sekolah main bola sepak. Siap beli kasut bola lagi tu. Tapi apakan daya, aku cuma mampu wakil dalam catur, badminton dan bola tampar. Aku rasa tak ramai yang wakil banyak sukan kecuali beberapa orang je termasuk aku.

3 Subjek yang aku tak suka dan Kenapa

Bahasa English. Subjek lain. Semua aku suka.

Ini sahaja satu-satuya subjek yang aku benci sejak darjah 1 hingga tingkatan 5. Tak pernah aku dapat A. Tapi berkat dari tak pandai benda ni. Aku sudah tahu serba sedikit dunia internet ini. Tanpa english, aku takkan berjaya buat duit dari internet ini.

Menarik pada aku

1. budak perempuan kata aku cute masa sekolah dulu
2. budak perempuan kata aku sedikit hansome dari semua pengawas kat Sri Langat
3. cikgu kata, awak pandai!
4. cikgu kata, dari mana awak belajar main badminton?
5. Aku pandai melukis masa sekolah dulu. Tapi sekarang, failed..
6. Aku lari dengan laju kalau main kejar-kejar. Tapi aku tak terpilih dalam team olahraga sekolah.

Aku paling suka

Aku palng suka buat apa yang aku suka dan makan apa yang aku suka. Aku benci tomato!

Aku tak boleh hidup tanpa…

Tanpa mak dan abah aku. Siapalah aku..

Siapa aku hubungi setiap malam sebelum tidur

Rahsia. Korang nak tahu buat apa? Pi main jauh-jauh..

Kepada Siapa aku nak sebarkan TAG ni

Afzai, Emme, Juniorim, Diya, Richie dan Cyza.

Semuanya aku rasa yang aku jarang tembak. Kalau korang nak jawab. Jawab. Tanak, takpe. Aku tak marah..

Ps: Ada beberapa tag, review berbayar, review contest dan review promosi yang tertangguh. Bila la agaknya Netkl recover post aku tu yek. Harap-harap post ini pun tidak hilang. Semua tag ini aku jawab berdasarkan ketika aku masih darjah satu hingga enam..







Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 25 comments. Apa plak komen korang?
[…] my others blog also come back like usual. So, you can go and comment like always. submit_url = […]
videono - 27 Sep 08 at 15:06:47
haha..aku cam tahu je yang mana satu ekau nih. Tak sangka jadi ketua kelas plak yek..
debtrunner - 27 Sep 08 at 16:37:53
kene komen semula. apapun. tahniah sebab semua post dah dpt rekover.

mana satu gambar ko yek.
taukey - 27 Sep 08 at 17:37:12
nasib baik tak kena tag ni. panjang nyer. aku komen balik sebab komen aku hilang dah.

“Ko genster jugak masa sekolah.”

tu jer komen aku dulu. Ni nak tambah ni sekarang.

“aku teka ko duduk sebelah cikgu tu” hehehe
fino - 27 Sep 08 at 19:01:17
Oo..genster sekolah ye. Tak tau pun…

Yang kecik tu ke ke titan?Waa, ketua kelas tu..
merahkatak - 27 Sep 08 at 20:58:29
hehe. kantoi dah gambar titan yang mana..
riku - 28 Sep 08 at 04:48:36
la. itu ka titan? sebelah cikgu tu kan? sebab biasanya ketua kelas dok situ..
debtrunner - 28 Sep 08 at 05:38:51
mak ai. Panjangnya nak baca. Apapun, memang menarik baca kisah-kisah kita sekolah dulu. Maklumlah, hal masa kecik dulu memang best.

Ini gambar budak2 dalam kelas titan. Ketua kelas ye. Sekali tengok dah dapat agak mana satu titan ni..
|rShahir - 28 Sep 08 at 18:36:44
titan…apsal ko pendek sangat masa kecik? macam bukan ko je.. ke yang duduk sebelah kiri depan sekali..Hooho
farahaznil - 29 Sep 08 at 00:03:58
skrng titan pendek lg x??akakakakaka
|rShahir - 29 Sep 08 at 00:43:19
aku rasa dah tinggi..banyak minum susu vitagen…kekekke…. tapi titan aku rasa tetap kurus macam…….
muhafis - 29 Sep 08 at 08:57:11
heheh..titan pown kena jawap ini
soalan.. pdn muker.. ak pass kat nuaeman, nuaeman pass kat titan.. mmg gempak.. =p
fino - 29 Sep 08 at 10:43:38
hehe, laki dulu je pendek-pendek.Tapi sekarang, mesti dah besau-besau..
farahaznil - 29 Sep 08 at 12:28:06
dulu2 je pendek??hi hi hi..ehem2..akakakakaka….kira titan skrng dah panjang la ni??berapa kaki ko titan??2 kaki??hi hi hi
titan - 29 Sep 08 at 18:00:29
dulu aje kot. Aku lambat sikit membesar. Mungkin kurang makan kot masa tu. Aku setat kuat makan masa tingkatan 1 dan sehinggalah hari ini aku tumbesaran aku meningkat tanpa henti. Haha..

Ala farah. Tak kesahla pendek. Janji tak gemok cam hang..
Rafhz - 30 Sep 08 at 02:05:06
haha slamat aku x kene… hahaha
farahaznil - 02 Oct 08 at 10:16:15
aku mana gemuk la..haizzzzz…silap tgk gmbr ni..hahahaha..jgn terpedaya dgn gmbr..hahhhaa
Raja Kamil - 11 Oct 08 at 08:45:44
topik ni wat aku teringat lak zaman sekolah2 dulu.. windunye,

time2 enjoy kat skolah, wat mcm yang ntahpape..
Rafhz - 11 Oct 08 at 12:58:06
kalu ade kedai jual kenangan masa lalu… korang sanggup beli ke? :P
Rafhz - 31 Oct 08 at 10:15:51
klu ade jual mesin mase.. ape la akan jd sama aku nie yerk…
farahaznil - 31 Oct 08 at 11:47:46
hahhaa..klu ada mesin leh putar masa lps..confirm suma org akan jd apa yg dorang nak..sbb leh ptar masa balik..huhhu
mohd al najmi - 16 Jun 09 at 07:55:32
askum aku orang besut aku main bola perinkat negeri terengganu aku sekolah sk kampung raja
mohd al najmi - 16 Jun 09 at 07:59:44
askum main bola boleh nok menang kalu kalah adapmain
mohd asyraf kudong - 16 Jun 09 at 08:02:59
askum farahaznil gemuk ko
mohd al najmi - 16 Jun 09 at 08:05:58
sdcdccscsscws……. hahahaha bagus mu kudong kagi jari mu pulok tado


Get cash from your website. Sign up as affiliate.



-----------------------------
The Best site and articles : New Adsense Alternative | Melayu Boleh | Berrybunch | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------