[audio:SemuaTentangKita.mp3]
Hari ini. Aku hendak kongsikan pada korang, satu lagi cara untuk buat duit dari satu program yang aku rasa mungkin tak ramai yang dah tahu. Aku tahu ramai yang dahagakan program-program sebegini untuk buat duit dari program macam ini dan aku sanggup sediakan itu pada korang. Cuma aku akan pilih yang mana aku rasa mungkin kita mudah untuk buat duit walaupun memerlukan sedikit keperluan yang aku pasti mungkin menyenangkan dan mungkin juga menyukarkan sesetengah dari korang..

Nama program itu adalah BlogRolled. Aku baru sahaja menyertai program ini tidak lama dahulu dan aku akan ceritkan sedikit bagaimana hendak buat duit dari program sebegini. Modus operandi dia sangat senang. Umpama korang macam membuat pertukaran link suka sama suka dengan pihak advertiser sahaja. Cincainya, korang ikut langkah ini:
1. register blogrolled di website rasmi.
2. confirmkan apa yang patut dan update profile
3. korang kene submit blog (maksimum 10 blog)
4. lepas submit, tunggu staff blogrolled approved blog korang dalam 1-3 hari.
5. Selepas approved, korang akan tahu nilai blog korang untuk dibayar
6. Tunggu advertiser berminat beli link blogroll di blog korang.
7. Masukkan code yang diberikan diblog
8. Biarkan selama 1 bulan dan korang akan dapat bayaran setiap bulan.
9. Minimum payout adalah $25 usd dan melalui Paypal.
10. Boleh competible dengan adsense atau mana2 program
11. Bayaran dibuat setiap awal bulan.
Sebenarnya, cara untuk masukkan code tu senang sahaja. Lepas dapat iklan dari advertiser, korang akan terima email dari pihak Blogrolled. Apa yang korang perlu buat, ambil link diorang, letak dibahagian blogroll di blog masing-masing. Selepas itu, korang confirmkan di website Blogrolled. Itu sahaja.
Tapi jika ada masalah. Korang leh contact direct dengan staff diorang. Aku pernah hadapi masalah masa ada advertiser nak beli ruang blogroll diblog aku. Jadi, aku contact direct dan semuanya berjalan dengan sempurna selepas itu.
Maaf. Aku masih tidak dapat menerima bayaran kerana earning aku masih tidak mencapai 25usd. Maklumlah, baru je sertai program ini. Jadi earning pun lambatla sikit. Aku tidak berani kata program ini sangat senang dan leh bantu korang kaya dengan sekelip mata. Tapi aku rasa ianya boleh bantu korang buat duit sampingan selain program-program core yang lain.
Jika blog korang ada bilangan subsriber atau RSS yang ramai. Itu sangat membantu mempromosikan blog korang. Jika alexa dan pagerank korang sangat tinggi, itu pasti menarik perhatian advertiser. Jadi, jika korang berminat. Bolehlah sertai program Blogrolled ini sekarang yek!
Bahagian ni paling penting. Jika nilai blog korang adalah $7usd. Jika ada advertiser nak sewa link blogroll korang. Korang cuma dibayar 50% dari nilai blog korang. So, aku ada satu blog PR4, ada sedikit subsriber dan alexa pun bagus. Nilai blog aku itu $40. Kalau aku dapat 50% dari jualan 1 link blogroll, berapa aku leh dapat agaknya?? So, korang leh faham kan? Ok. Sat aku bagi link affiliate aku untuk korang register..
Gi sini : Daftar Program Blogrolled
Hehe. Takde. Program ni takde program affiliate. Jadi, aku tak dapat apa-apa dari korang. Rugi kan aku? Itulah satu benda yang wat aku menyampah dengan Blogrolled. Tapi nak wat macam mana. Aku kene share gak dengan korang. Hehe..
Ps: Aku mengarang entri ini sambil tanganku memegang dadaku. Aduh! Sakitnya…
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Saya Jual Dadah.. | Edisi Siasat: Buat Duit dengan TwittAd »
















ubat doktor macam biasa ler….
Selamat datang onebucks.
Cite house? Saya lupa tengok la semalam. Tdo awal..
ada sedikit rugi pasal takde affiliate kan!
onebucks. Selamat datang dan aku sendiri lupa tengok cite house. Tak apa. Aku dah tengok yang versi yang takde subtitle. Hehe..
fatah. ko promote keywork kurma goreng la pulak ye.
Silentleo. Mudahan-mudahan.
rina. Aku hanya mampu berusaha dan berkongsi apa yang patut sahaja.
samdaddycool. Hehe, tau takpe. Aku memang rasa rugi sangat-sangat.
Taukey. Haha, aku pun tengah tunggu PR update nih. Tak tau bila. Harap PR blog ni naik semula.
fino, biasalah tu. Orang pempuan. Hihi..
Aii, banyak tul edisi siasat dalam minggu ini. Bulan puasa ni penuh dengan siasatan..