Sep 08

Saya Jual Dadah..

25 comments - Post a comment


Aku teringat kisah lucu masa aku kecil dulu. Bapa aku dan aku selalu buat lawak. Boleh dikatakan setiap hari ada saja lawak baru yang aku dan bapa aku gelakkan. Jika ada orang bertanya pada aku apakah perkerjaan bapa aku. Aku akan jawab, “bapak saya adalah Mekanik Sukan. Dia boleh membetulkan gelanggang boxing dan gelanggang kuda.

Dan nak dijadikan cerita, pada satu hari. Cikgu sekolah rendah aku bertanya padaku. APakah pekerjaan bapak aku? Jadi aku pun bagitaulah ” “bapak saya adalah Mekanik Sukan. Dia boleh membetulkan gelanggang boxing dan gelanggang kuda.

Cikgu aku terkejut dan tidak puas hati. Mungkin kerana tidak percaya. Dia telah muncul dirumahku pada hari sabtu. Semua ahli keluarga terkejut dan pelik. Rupa-rupanya, cikgu aku mahu siasat betulkah pekerjaan bapaku itu seperti yang aku katakan.

Jadi, terpaksalah bapa aku menerangkan bahawa itu sebenarnya adalah lawak keluarga. Haha..

Selepas itu, cikgu sekolah rendah aku pun tanyalah pada bapa aku. “Sebenarnya, encik ni kerja apa?”

Bapa aku sebenarnya adalah jurujual disebuah kompani farmasi. Jadi dia pun cakaplah..

“Saya jual dadah..”

Dub!!

Setengah jam kemudian, cikgu aku terjaga dan mendapati dirinya di hospital. Rupanya-rupanya cikgu aku ni pengsan dengan lawak bapa aku tu..

———————————-
Credit to Gina Bennicasa

Ps: Cerita diatas telah aku terjemahkan dalam bahasa melayu. Jadi, apa yang aku nak tahu. Apakah pengajaran yang boleh kita dapat dari cerita diatas?? icon smile Saya Jual Dadah..


Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 25 comments. Apa plak komen korang?
farahaznil - 08 Sep 08 at 05:49:44
jangan main2 bial bercakap..fikir dulu sblm ckp..hi hi hi..eh mcm terkena plak..hahaahahha
rina - 08 Sep 08 at 05:50:55
hehe..ni lawak apa ni encik titan oii :)
TheReds - 08 Sep 08 at 05:54:33
Aku ingatkan ni kisah ko titan.. :D
aeropama dot com - 08 Sep 08 at 06:32:04
mati-mati aku ingat bapa kau betul2 jual dadah

pengajaran:
apa saja yang diceritakan oleh budak2 akan diambil oleh org dewasa sebagai sesuatu yang benar. sebab mereka fikir budak2 adalah golongan yg jujur… jujur ke?
nuaeman - 08 Sep 08 at 06:45:28
Pengajaran ye.. emm.. tgh pikir nih
merahkatak - 08 Sep 08 at 06:52:10
kuang hajor tul. Aku pun ingat cam kisah benar ko aje. Cis, terken aku di bulan ramadhan yang mulia ini..
zifah - 08 Sep 08 at 07:13:05
Pengajaran die..

Berfikirlah di luar kotak..:D
syuxx - 08 Sep 08 at 08:13:58
jawpan nya, kita boleh buat dengan apa saja termasuk jual dadah. haha.

kalau blog adsense pasal dadah mmg best. lol.
farahaznil - 08 Sep 08 at 13:02:36
cikgu budak ni ada sakit jantong kot..hahaha..weh2 betul ke musa hasan dah lumpuh??
Razif - 08 Sep 08 at 13:26:53
hehehe… pengajaran….

“Kemana tumpahnya kuah kalau x ke nasi”

“Bapa borek anak rintik”

huhhuhhhh…
zool - 08 Sep 08 at 16:07:53
Sempoi betul bapak ko….
Memang terkejut cikgu ko tu…
silentleo - 08 Sep 08 at 20:09:06
Hehe..mahu tak terkojot cikgu tu. Hehe..bapaku seorang penjual dadah. Berapa ramai la budak yang sanggup cakap macam tu..
samdaddycool - 08 Sep 08 at 21:23:01
oooooo.. terjemahan english.. mmg betul la , “i sell drugs” … cikgu tu je kalut…
abdfatah - 08 Sep 08 at 23:01:34
cikgu tu je silap terjemah agaknya…
kurma goreng - 09 Sep 08 at 04:52:30
nih berapa banyak dah jual dadah nih..?
ijamidayu - 09 Sep 08 at 23:42:05
Cis!! Ingat betul la ko juai dadah.. :) )
Apa pun lawak yg mengena cikgu nie baguih gak..
titan - 10 Sep 08 at 01:23:26
Hehe..sorila kalau korang ingatkan kisah hidup aku. Tapi kalau betul pun aku tak kesah. Haha..
saya jual kurma goreng - 10 Sep 08 at 03:57:02
jual dadah memang bagus laa untuk mereka yang sakit dengan sukatan yang dibenarkan oleh doktor… eh bukan dadah tetapi drugs yang semakna dengan medicine… hahaha…

kalo tersilap obat boleh melompat… mari beli obat…. mari beli obat… gerenti puas hatiiiiii……
farahaznil - 10 Sep 08 at 10:48:19
klu la betul benda ni..mst gempak satu skolah bpk dia jual dadah..hahahhaha
riku - 10 Sep 08 at 11:39:45
bukan satu sekolah aje. Kompem balai polis banting kenal bapak titan nih. Haha :)
farahaznil - 12 Sep 08 at 23:11:00
uish..agaknya siap msk tv dgn berita skali..tajuk dia..anak bongkarkan kerjaya bpknya sbgi jual dadah..akakakakakaka
Rafhz - 30 Sep 08 at 02:13:03
bapak aku jual gajah… hahaha…
Raja Kamil - 11 Oct 08 at 09:31:55
kah kah kah..

lawak betol.. (kalo saiful sesumpah, dia jawab; saya jual bon**t)
Rafhz - 18 Oct 08 at 05:28:43
:razz: haha… aku ingt saiful sesumpah mane td… haha…. baru aku perasan
Farahaznil - 29 Aug 11 at 16:02:08
hahahahahaha…….tergelak guling aku



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011