2008 September | EarnCent.com





Archive for September 2008




Hari ini aku nak cerita tentang satu lagi blogger lokal yang selalu wat aku lepak kat blog beliau. Walaupun aku selalu gak lepak kat blog orang lain dan meninggalkan komen, tapi blog ini adalah antara port utama aku setiap hari. Yelah, nak tengok ada post baru ke tak. Kenela selalu datang. Ok, blog tersebut adalah Cyza Sector.

Aku tak tahu kenapa Cyza Sector. Tapi ianya tetap unik. Aku selalu panggil beliau dengan panggilan zaki aje. Ini kerana blog lama beliau adalah zakiyamani dot com. Aku kira korang pernah dengar kan nama domain itu? Jadi, siapakah zaki? Zaki mempunyai kemahiran dan ijazah dalam Kejuruteraan Kimia dan beliau telah mula berblogging sejak 2006 dimana topik dan fokus utama beliau adalah tentang Kejuruteraan kimia. Masa tu, korang takkan jumpa lagi post-post buat duit atau post pasal program review macam sekarang, semua pasal kimia. Selepas itu dari situ kesinambungan terus berlaku dan berevolusi dari zakiyamani.com ke cyza.us. Aku kira ramai yang perasan terutamanya otai-otai yang seangkatan dengan Cyza. Aku pun baru je kenal mamat ni. Dia lagi tua dari aku. Biasalah, aku kan muda lagi. Tapi usaha Zaki memang aku respek kerana tidak ramai orang suka menulis blog walaupun sudah ada kerjaya yang bagus dan income yang lumayan. Aku yakin Cyza Sector akan menjadi pencabar terbaru dalam dunia IM selain Ammar, JuniorIM, Labanon dan Dinberamboi.

Ok. Cukup dengan kisah hidup yang agak ringkas dari aku. Aku nak beritahu satu lagi peluang buat duit untuk korang semua. Cyza Sector telah membuat satu lagi contest untuk bulan Oktober ini iaitu Cyza Sector October 2008 Contest. Ianya berlangsung di blog beliau. Contest ini lebih kurang macam Top Commentator Contest yang aku buat dulu. Untuk ketahui lebih lanjut, leh pergi ke blog zaki. Hadiahnya agak lumayan jugak. Sekurang-kurangnya, kita tahu ada contest yang bagus untuk bulan depan.

Sebelum korang lupa, Cyza dan kawannya dari Startstreet.us telah melancarkan satu lagi produk baru iaitu Twitter Traffic Marketing E-book. Aku rasa korang patut dapatkan e-book ini kerana ianya akan membantu korang dapatkan trafik melalui Twitter. Aku dah tahu cara tersebut dan aku akan eksploitasikan ke atas blog-blog aku dan aku yakin trafik blog aku akan bertambah dengan galaknya. Hoho!! Malah, korang juga berpeluang memenangi hadiah berjumlah $100 dan juga mendapat lesen MRR untuk produk tersebut. Amacam? Best tak tawaran dari Cyza Sector dan Startstreet?

Ehm, apa lagi korang nak tahu pasal zaki dan Cyza Sector ni? Ok. Cyza Sector juga ada menawarkan beberapa servis yang sangat bagus. Antaranya..

1. Content Editing, Proofreading and Formatting
2. Translation - English/Malay/English
3. Review Service
4. Wordpress Blog Set Up

Segala info dan urusan tawar menawar, korang leh gi kat sini : Cyza Sector Service

Secara jujurnya, dalam 2-3 bulan ini baru aku nampak keagresifan Cyza Sector dalam dunia berblogging dan aku harap beliau dapat memecahkan kebuntuan dunia IM lokal yang dikuasai oleh golongan muda. Apapun, all the best untuk zaki dan Cyza Sector. Jika korang ragu-ragu, leh melawat ke blog zaki dan lihat tulisannya. Tulisannya bukan berbaur kosong atau mentah. Tapi penuh berisi dengan informasi dan gambar yang agak menarik. Cuma aku rasa mungkin zaki leh pilih theme yang lebih best berbanding theme sekarang. Aku sendiri sedang pening kepala mencari theme baru untuk blog ini. Tapi kalau ko memang jatuh cinta dengan theme itu. Aku takkan memaksa. Hehe..

Ps: Untuk kau zaki dan keluarga. Lagu raya ini khas untuk korang..

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini, tidak ada apa yang aku nak cite. Cuma nak bagi kad raya untuk korang semua. Terima kasih kerana sudi hadir ke blog yang lambat loading ni dan juga terima kasih banyak-banyak kepada pembaca setia dan sponsor yang membiayai hosting ini. Jasa Cgyhost dan Netkl takkan aku lupa sampai bila-bila. Dan juga kepada semua supporter, commentor dan critictor, aku amat menghargai komen dan backlink korang ke blog ini. Even blog ini ada banyak backlink, tapi semua itu tak guna sebab Google benci blog ini. Dah raya ni pun nak benci-benci ke..


Kad Ucapan Raya Percuma


Kepada mak dan abah, kalau baca blog ni. Anakanda mintak ampun sebab selalu pura-pura tidur masa mak abah panggil picit atau urut. Bukan apa, takkan tiap2 malam orang yang sama jugak. Yang lagi 4 orang kat rumah tu tanak plak panggil. Huhu..mak abah, ni gurau aje yek. Jangan terasa..

Kepada seseorang tu, saya mintak maaf.

Kepada pakcik posmen yang datang 5 hari seminggu. Aku tahu pakcik sangat penat. Tahula bulan puasa. Kene hantar kad kahwin, kad raya dan cek adsense, cek nuffnang, cek buluhmas ke rumah aku. Jasamu akan ku kenang kerana kehadiranya surat-surat tersebut menyemarakkan lagi Ramadan dan Syawal tahun ini..

Kepada korang semua, jangan benci aku..

Ps: Dari aku dan Team Earncent. SELAMAT HARI RAYA!

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku cuma hendak ulas tentang Majalah IM ke 7 yang diterbitkan oleh Team Flarebiz. Rasanya jarang dah aku wat review tentang majalah IM. Mungkin kekangan masa dan banyak artikel serta promosi yang perlu diutamakan. Apapun, aku tetap support majalah sulung yang berjaya membuka mata ramai blogger, newbie dan rakyat Malaysia tentang internet, perniagaan internet dan program-program buat duit di internet. Tidak salah aku katakan, majalah ini bagus untuk bacaan wajib anda setiap bulan. Itupun kalau Team Flarebiz berjaya buat tiap-tiap bulan tanpa masalah.



Ok. Aku dah baca majalah keluaran terbaru ini. Secara jujur, ini antara yang terbaik dari keluaran yang lepas-lepas. Latarbelakang muka surat yang putih membuatkan orang yang rabun seperti aku mudah membaca. Saiz font pun agak memuaskan. Gunakan fungsi preview 66.7% atau 75% ketika membaca menggunaka adobe reader dan aku rasa keluaran ini paling santai sekali berbanding 6 lagi majalah yang lepas.

Dari segi design, satu lagi ucapan tahniah untuk MysticMind kerana cover untuk Majalah IM 7 ini sangat santai dan simple. Gambar Alang itu saja dah mampu menarik minat orang untuk muat turun majalah ini. Alang, sehat dan mantap. Haha, jangan marah Alang. Secara jujurnya lagi, kehadiran Alang dan temu bual alang yang dimuatkan dalam majalah ini antara temubual yang best. Straight to da point la orang melayu cakap. Jadi, memang kene sangatlah untuk jadi Cover Majalah IM 7 ini. Tak kenal siapa Alang? Korang gi baca dulu majalah ini dan tahu apa yang Alang wat leh dapat duit ribu-ribu setiap bulan. Dan aku yakin, pemilihan untuk cover dan temubual bersama Internet Marketer Lokal bukan dipilih secara rambang atau menggunakan random.com. Ianya pasti dibuat dari pemilihan yang tepat dan melalui proses pilihan raya antara Team Flarebiz dan krew diorang. Tul Ke Labanon??

Ok. Dari segi isi kandungan. Semua artikel memang best.Mudah difahami dan penggunaan bahasa melayu yang bagus. Tapi cuma ada 3 saja artikel yang membuatkan aku membaca setiap huruf dalam artikel tersebut. Artikel tersebut ialah..

1. Who says Internet Marketer Don’t Go Anywhare oleh Galadriel
2. Interview bersama Alang
3. Bagaimana Untuk Mengelakkan dari Terpedaya dengan Perkhidmatan Sms oleh Irwan Dahnil

Kalau korang tak baca. Gi baca sekarang. Jangan banyak cakap. Aku malas nak ulas 3 artikel tu. Mungkin korang akan dapat sesuatu seperti mana yang aku dapat sebab pemahaman kita berbeza. Tapi ada point yang bagus dari 3 artikel itu. Artikel lain, semua bagus-bagus. Cuma kekadang, ada gak artikel yang aku rasa meleret-leret. Straight to the point ajelah. Kekadang, ada gak aku skip baca sebab aku rasa isinya aku dah biasa dengar dan aku sendiri biasa tulis. So, mungkin memberikan point-point penting itu lebih afdal daripada membuat artikel yang panjang-panjang. Aku tak kata artikel tu tak bagus. Cuma ada yang meleret aje. Apapun, aku ucap tahniah sebab bukan senang nak tulis artikel macam tu. Aku sendiri yang menulis setiap hari rasa kesusahannya.

Satu lagi pujian untuk Ubi, kartunis yang berjaya menarik minat aku dalam edisi kali ini. Kartunnya yang bersahaja itu memang menjadi igauan gadis-gadis di Banting ini. Haha, serius. Semua karya ulungnya itu memang aku minat dan aku baca sepenuh hati. Serius, jika Ubi bijak mengeksploitasi bakatnya, beliau sendiri leh jutawan setanding dengan Irfan Khairi. Ubi, apa kata hang buat komik online bersiri. BUat satu komik dulu. Tengok response. Keluarkan setiap 2 minggu sekali atau sebulan sekali. Insya-Allah, aku yakin ramai yang nak sponsor iklan dan tak mustahil ada syarikat yang nak beli komik hang nanti.

Apa yang aku nak komplen. Mungkin sama cam dulu. Cuba pilih 1 tarikh rasmi untuk keluarkan Majalah IM ini. Jadi, kita orang tahu tentang majalah tu dan tidaklah tertunggu-tunggu setiap bulan. Mungkin lambat kerana kekangan lain seperti ada penulis yang lambat hantar artikel, masalah sponsor, masalah design dan sebagainya. Aku tak rasa ini menjadi masalah jika korang letakkan sekatan seperti itu. Tapi ianya akan menjadi satu senjata utama jika korang dapat buat. Jadi, aku harap ianya akan bertambah efektif dengan penambahan krew-krew Majalah IM.

Haa, cukuplah. Itu aje aku nak komplen dan review. Kalau Team Flarebiz dan krewnya tak suka. Aku tak kesah sebab ini pendapat dari aku dan Team Earncent. Jadi, apa yang bagus, korang teruskan. Apa yang kurang, perbaikkan. Yang buruk, buang ajela ek. Secara jujurnya lagi, aku nampak peningkatan demi peningkan disetiap keluaran. Jika dulu majalah ni nampak warna warni, tapi kini setiap bulan aku nampak motifnya. Dulu, kekadang aku out gak la. Tak faham apa yang nak disampaikan. Tapi sekarang, aku cakap betul-betul, majalah ini sedang berada dalam landasan yang betul..

Lum download lagi? GI muatturun kat sini : Majalah IM 7

Credit gambar: MajalahIM.com

Ps: Itu sahaja ulasan yang aku rasa agak panjang dan macam merepek dari aku. Seriusnya, aku tak sangka berjaya mengulas sepanjang ini walaupun ada gak isi yang berterabur tanpa disokong oleh bukti kukuh.

Pss: Ulasan ini juga dibuat untuk menyertai Pertandingan Review Terbaik MajalahIM#7. Ah, menang atau tak aku tak kisah. Janji aku dah wat ulasan..

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content


Ok. Setelah hampir kesemua entri aku diupdate dan aku kemas kinikan blog ini. Hari ini aku cuma nak share satu lagi bayaran bulanan yang aku perolehi iaitu dari Program Matcked.co.uk.

Aku rasa ramai yang dah dapat buat duit dari program ini kan? Pengalaman aku yang lepas. Ada link page atau link post yang aku hantar diapproved dan ada yang dah kene reject. So, mahu atau tak, aku kene submit link baru untuk diluluskan semula. Macam biasa, rejected and approved dalam Matched adalah lumrah biasa bagi aku. Sebagai pemain baru dalam Matched, aku akur jika diorang rejek entri aku. Tak apa. Aku hantar semula.

Setelah digoreng sana sini. Hasilnya, 18 entri aku telah lepas untuk bulan ini. So, jika takde aral. Bulan depan, aku akan dapat bayaran untuk 18 entri ni la. Itupun kalau tak ada masalah. Secara jujur, aku dah pening dengan sistem baru Matched. Sebabnya, aku dah tak dapat agak link mana yang dibayar walaupun setakat ini aku dah 4 bulan terima bayaran tanpa masalah. Jadi, bulan depan adalah salah satu ujikaji aku yang terbaru dan aku harap lagi 7 link baru yang aku submit, akan melepasi ujian ISA diorang..

Ini bukti untuk bayaran bulan Ogos. Tak banyak. Tapi aku sambar hosting dan domain baru dari webhosting baru. Aku rasa agak murah dan berbaloi untuk melabur dalam webhosting tersebut. Nanti aku cite pasal webhosting tu.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Ok. Tips aku untuk korang melepasi ujian keluluasan ISA diorang. Cuba buat artikel berdasarkan 3 niche ini. Dating, Finance dan Online Money Tips. Aku takkan kongsikan link aku pada korang. Tapi kebanyakkan link aku berdasarkan katakunci tersebut. Aku ada lagi ujikaji lain yang aku wat dengan Matched. Kalau menjadi, aku cite dengan korang pasal ujikaji Matched aku ini.

Sesiapa yang belum menyertai program Matched. Sila daftar kat sini : Matched Program

Ini entri awal aku pasal Matched : Edisi Siasat: Buat Duit dengan Matched

Ps: Esok aku nak beli Yong Tau Fu untuk berbuka. Ini gambar Yong Tau Fu yang aku selalu beli kat Pasar minggu setiap hari ahad di Banting. Yong Tau Fu

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content


Oleh sebab aku mengetahui bahawa berkemungkinan post-post diblog ini mungkin akan hilang. Jadi, aku takkan buat post berunsurkan duit ataupun promosi baikpun review. Semua ditangguhkan sehinggalah pihak Netkl sudah confirm sesuatu dengan aku. Jadi, semua post lepas ini adalah cerita dongeng atau bualan biasa sahaja. Harap korang semua terhibur.

Aku kene tag lagi. Kali ni dengan Nuaeman plak. Selalu aku yang tembak dia. Hari ni, dia balas balik dengan bom atom plak. Takpe. Takpe. Aku jawab gak la sebab aku tanak blog ni kosong..

5 tabiat buruk dizaman persekolahan..

1. Pakai seluar dua lapis. Aku rasa korang pun mesti cam aku kan? Asal ada kelas PJ (pendidikan jasmani), mesti aku pakai seluar dua lapis. Disebabkan aku dulu kurus dan kecik. Jadi, bila pakai seluar dua lapis. (seluar kaler ungu-biru tu + seluar sukan), dengan automatiknya nampak kaki aku cam dah gemok. Buruk tul kan perangai aku? Dan aku terbawak-bawak sampailah ke darjah enam..

2. Main dalam kelas. Benda ni aku rasa semua orang pun wat gak. Lagi-lagi kalau korang ni lelaki sejati. Lelaki tak sejati aje main dengan perempuan. Haha, kalau budak2 kelas aku tahu ada budak cakap dengan perempuan, nahas la budak laki tu. Aku antara samseng sekolah yang menduduki 10 tempat terbaik dalam peperiksaan setiap tahun. Tak percaya? Lantak korang la..

3. Playboy sekolah. Masa darjah satu hingga 5. AKu sangatlah baik. Skema tahap sikat rambut belah tepi. Masa tu, semua orang ghairah sikat rambut belah tengah dan tiru gaya artis. Lantak koranglah. Aku still macho dan hensem dengan sikat belah tepi. Awek pun ramai ngorat apa. Dan secara jujur, aku bukan playboy. Itu cuma gelaran tak rasmi aku kerana aku mendapat surat dalam meja aku dan ramai budak nak belanja aku makan. Kalau takat aiskim dan tempe goreng. Memang aku suka..

4. Gila kuasa. Masa aku darjah 6. Aku dilantikmenjadi Ketua kelas. Ini memang pangkat paling besar. Kuasa aku cuma rendah dengan guru kelas aja dan yang bestnya, guru kelas aku ada 2 orang. Kelas lain, semua ada seorang aje. Apa kelassss. Time ni, aku mula mengenal erti tak puas hati, geram, nak belasah orang, tension dan seriau dengan perangai anak-anak buah aku. Baru aku tahu, kelas aku dinobatkan kelas paling bising sepanjang tahun rupanya dan ketua kelasnya adalah aku. KEtika ini aku mulai menggilai kuasa yang aku dapat. Akhirnya, budak-budak benci. Termasuklah budak perempuan yang 90% menyokong aku masa pilihan raya diawal kelas dulu. Mana taknya, aku reject diorang bila diorang melamar aku. Aku baru berumur 12 tahun. Apa barang ajak kawin. Sunat pun belum masa tu. Gila apa..

5. Pau budak-budak. Dulu. Kiranya setiap kelas, mesti ada heronya. Dan hero-hero ni, akan mewakili dan menunjukkan kekuatan sesebuah kelas atau rumah sukan. Jadi, aku antara hero-hero tersebut. Sebabnya, diorang takut dengan aku kerana 3 perkara. Aku wakil sekolah dalam sukan badminton, bola tampar dan catur. Aku juga dari darjah satu hingga darjah 5 memegang rekod Top 10 terbaik dalam peperiksaan dan juga samseng dikalangan budak-budak. Depan cikgu memang aku nampak baik. Tapi, belakang cikgu, nahaslah sesiapa yang cuba bermain api atau berdusta denganku. Tapi semua komrad aku, setia dan aku sayang diorang. Teringat main galah panjang dan teng-teng. Sonok tak ingat dunia. Jap, pau budak tu perangai buruk ke??



Cuba teka, aku yang mana satu??


3 Subjek Kesukaan dan kenapa

1. Metematik. Mengapa? Aku ranking pertama dalam sekolah. Aku sebenarnya dikelas 6 kenanga. Ranking kelas ini adalah kelas kedua berbanding kelas elit. Apa yang aku tak dapat nak kata, cikgu kelas matematik kelas elit tu pelik kenapa setiap kali gerak gempur, aku berjaya memintas budak2 kelas elit tu. 100/100. Itu markah aku setiap gerak gempur matematik. Jarang sekali aku dapat 90 ke bawah..

2. Bahasa Melayu. Dah bapak aku Cikgu Bahasa Melayu. Takkan anak tak leh dapat A. Secara jujur. Bapak aku tak ajar apa benda pun. Semua aku usaha sendiri dan yang paling bangga, aku orang pertama dalam kelas dipuji keran aku sorang je berjaya membuat surat rasmi dengan tepat. Yang lain semua kertas dipulangkan. Korang ni tak reti ke malas belajar haa??

3. Pendidikan Jasmani. Aku suka main bola. Hajat di hati nak wakil sekolah main bola sepak. Siap beli kasut bola lagi tu. Tapi apakan daya, aku cuma mampu wakil dalam catur, badminton dan bola tampar. Aku rasa tak ramai yang wakil banyak sukan kecuali beberapa orang je termasuk aku.

3 Subjek yang aku tak suka dan Kenapa

Bahasa English. Subjek lain. Semua aku suka.

Ini sahaja satu-satuya subjek yang aku benci sejak darjah 1 hingga tingkatan 5. Tak pernah aku dapat A. Tapi berkat dari tak pandai benda ni. Aku sudah tahu serba sedikit dunia internet ini. Tanpa english, aku takkan berjaya buat duit dari internet ini.

Menarik pada aku

1. budak perempuan kata aku cute masa sekolah dulu
2. budak perempuan kata aku sedikit hansome dari semua pengawas kat Sri Langat
3. cikgu kata, awak pandai!
4. cikgu kata, dari mana awak belajar main badminton?
5. Aku pandai melukis masa sekolah dulu. Tapi sekarang, failed..
6. Aku lari dengan laju kalau main kejar-kejar. Tapi aku tak terpilih dalam team olahraga sekolah.

Aku paling suka

Aku palng suka buat apa yang aku suka dan makan apa yang aku suka. Aku benci tomato!

Aku tak boleh hidup tanpa…

Tanpa mak dan abah aku. Siapalah aku..

Siapa aku hubungi setiap malam sebelum tidur

Rahsia. Korang nak tahu buat apa? Pi main jauh-jauh..

Kepada Siapa aku nak sebarkan TAG ni

Afzai, Emme, Juniorim, Diya, Richie dan Cyza.

Semuanya aku rasa yang aku jarang tembak. Kalau korang nak jawab. Jawab. Tanak, takpe. Aku tak marah..

Ps: Ada beberapa tag, review berbayar, review contest dan review promosi yang tertangguh. Bila la agaknya Netkl recover post aku tu yek. Harap-harap post ini pun tidak hilang. Semua tag ini aku jawab berdasarkan ketika aku masih darjah satu hingga enam..

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member






-----------------------------
The Best site and articles : New Alternative How to hack Friendster Private Photos | Melayu Boleh

-----------------------------