Archive for August 2008


Sebelum aku menjawab Tag ini dan mengenakan mangsa seterusnya, aku nak buat pengumuman bahawa aku dah famili aku berjaya selamat sampai di kediaman kami dibanting beserta Toyoto Vios tanpa calar dan cacat cela. Hehe..

Dan kalau korang nak tau cerita pasal aku kat Lipis, takde benda sangat. Korang leh baca kisah yang agak ringkas kat blog aku yang satu lagi kat sini : Masterpiece from Kuala Lipis

Tadi aku wat blog walking sebab bosan. Jadi, kene Tag plak dengan Megat. Cis..kene lagi aku tag-mengetag ni. Tak apalah, oleh sebab tajuknya agak menarik, aku jawab juga tag ini.

1. What is the most important thing in your life?
Jawapan: Cermin mata. Tanpanya, aku buta.

2. What is the last thing that you bought with your own money?
Jawapan: Gula-gula Hacks 20 sen. Dapat 4 bijik je..

3. Where do you wish to get married?
Jawapan: Aku jawab bila aku dah lepas akad nikah..

4. How old do you think you will be permanently owned by your love?
Jawapan: I hope forever.

5. Are you in love?
Jawapan: Korang dah tau kan? kan?

6. Where was the last restaurant you had dinner?
Jawapan: Rumah aku sendiri. Baru je tadi dinner. Bubur nasi aje..

7. Name the latest book that you bought?
Jawapan: Mentor Jutawan - Irfan Khairi. Tu pun pau duit abah aku..

8. What is your full name?
Jawapan: Cari sendirik!

9. Do you prefer your mother or father
Jawapan: Both.

10. Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.
Jawapan: Kedua atuk aku belah abah dan mak. Dah meninggal. Aku jumpa kat Syurgalah nanti..

11. Christina or Britney?
Jawapan: Aku nak dia..

12. Do you do your own laundry?
Jawapan: Mak aku la weh.

13. The most exciting place you want to go?
Jawapan: If i go with her. I think even kedai mamak pun dah best apa..

14. Hugs or kisses?
Jawapan: I think its not enough. Right girls?

15. Point out 5 things about the person who tagged you.
Jawapan: Megat. Aku hormat beliau. Ada style. Agak jiwang. Ada target. Aku rasa dia lelaki, kan?

16. 8 things I am passionate about
- money
- girls
- love
- laptop
- handphone
- car
- kerjaya
- anak

17. 8 things I say too often
- edisi siasat
- buat duit
- hehe..
- huhu..
- hoho..
- aku..
- promosi, promosi dan promosi..
- rate paypal aku rm3.2. Tak nak tak apa..

18. 8 books I’ve read recently
Jawapan: Tak ada. Aku baca komik aje.

19. 8 songs I could listen to over and over again
Jawapan: Apa yang ada dalam blog aku ni. Korang tau kan? kan?

20. 8 things I learned last year
Jawapan: Tak cukup aku tulis kat sini. So, abaikan aje..

21. 8 people to tag : YazidYahya, Diya, FarahAznil, emme, afzaiafandi, nuaeman, Taukey dan NR Yummie

Kepada 8 orang ini, jika korang nak jawab. Jawab sahaja Tag ini. Tapi jika tak mahu, tak apa. Aku ndak paksa. Ndak baik buat begitu bukan? Apapun, aku penat. Mau tidur..

Ps: Nanti aku akan kuarkan Tag aku sendiri. Tunggukan sahaja kemunculannya.

Pss: Atlit Malaysia memang loser ke??

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content


Tempat: Kedai Cendol Muthusamy
Mode Kedai: Sunyi Sepi..

Aku dan Elyan bersama-sama pulang dari sekolah. Oleh kerana tekak yang dahaga dan terasa kebahangan mentari yang menikam-nikam, kami pun berhenti di kedai cendol Mutusamy. Sudah lama rasanya aku dan Elyan tidak datang makan cendol disini. Maklumlah, ujian bulanan dah dekat. Semua sibuk mengulangkaji pelajaran yang dikatakan sangat penting ketika itu.

“Muthu, cendol dua! Kacang letak lebih aa!” Jerit aku pada Muthusamy yang sedang sibuk melayan pelanggannya.

Aku dan Elyan mengambil tempat dibangku yang masih kosong.

“Betul kau tak mahu pergi pemilihan tu, Elyan?” tanya aku padanya setelah aku lihat mamat ini asyik sungguh menyikat rambutnya yang sedikit itu.

“Malas!” Pendek tapi kedengaran macam tidak puas hati tentang seseuatu.

“Yang ko panas semacam ni kenapa?” tanya aku lagi tanda tidak puas hati juga.

“Aku bengangla..takkan itupun nak bagitau kau.”

Baru sahaja aku nak menjawab, si Muthusamy datang mencelah.

“Allo budak. Apa pasal sudah jarang datang makan cendol Muthu lagi?” jerkahnya dari belakang sambil membawak dua mangkuk cendol untuk kami yang penuh dengan kacang merah itu. Sedap!

“Ala Muthu, kita orang sibuklah. Banyak kerja sekolah. Mak bapak marahlah, itulah. Inilah dan blah serta blah lagi..” bebel Elyan. Nampak sangat ada benda budak ni tak puas hati.

Kami berdua terus menikmati cendol Muthu tanpa banyak bicara. Sebenarnya, kami sudah lama berkawan. Aku kenal Elyan ketika aku berumur 5 tahun. Itupun kalau aku tidak silaplah. Detik pengenalan kami agak menarik. Ini kerana, aku membelasah beliau kerana dia cuba untuk mengacau adik perempuan aku. Selepas bergaduh dengan beraninya, aku dan dia jadi kawan baik. Tapi sampai hari ini, adik perempuan aku itu, langsung tak nak cakap dengan Elyan. Aku pun tak tahu kenapa. Elyan ni bukan jahat sangat pun. Baik. Tapi kepala otak tak betul sikitlah..

“Kau tengah kutuk aku kan? kan?” teka Elyan tanpa memberi salam.

Aku terserdak seketika apabila Elyan meneka begitu. Bagaimana dia tahu? Adakah dia seorang psikik yang mampu membaca minda aku yang tidak berapa betul ini juga?

Kadang-kadang, aku hairan. Elyan boleh dikategorikan sebagai seorang yang sangat genius. Tapi dia jarang menunjukkannya. Yang paling aku bengang, ketika ujian penilaian darjah 3, dia yang selalu dapat nombor terakhir setiap kali ujian dijalankan, tiba-tiba menjadi pelajar terbaik pada ketika itu. Bahkan, dia mengalahkan aku dan Fariza yang selalu mengungguli takhta pertama dan kedua dalam setiap apa-apa penilaian hatta ujian bulanan sekalipun. Mahu aku tak bengang?? Huh!

“Aku rasa kau tengah bengang kan?” Tiba-tiba Elyan bersuara lagi. Bibir senyum puas. Tapi mulut kekal aktif menghabiskan sisa-sisa cendol.

“Bengang pasal apa pulak?” tanya aku. Pantas tapi penuh tanda soal.

“Kau bengang aku dapat nombor 1 masa ujian penilaian darjah 3 dulu kan? Siap dapat kalahkan kau dan Fariza kan? Betul tak?”

Dub!!

Terjatuh terduduk aku dibuatnya oleh si Elyan ini. Elyan ketawa dengan sekuat hatinya. Berjaya mengenakan insan seperti aku. Hari ini sahaja, sudah lebih dari 2 kali aku terkena dengan perangai meneka dia. Kalau salah tu, tak apalah juga. Ini semua tepat-tepat belaka. Aku nak kata tidak pun susah. Sebab aku dilahirkan sebagai seorang yang sangat jujur. Jadi, aku hanya mampu diam. Bukankah diam itu tanda seorang yang bijak?

Selepas membayar harga cendol tersebut. Kami pun kembali berjalan untuk pulang ke rumah masing-masing.

Kadang-kadang, bila berjalan dengan Elyan. Aku seram sejuk. Takut pun ada. Elyan bukanlah spesis hantu atau jembalang. Dia juga manusia biasa. Kawan-kawan pun tak berani dekat dengan Elyan kerana perangai psiko beliau. Sejak kejayaannya pada darjah 3 dulu, cikgu-cikgu mula memberikan perhatian kepadanya sehinggakan Fariza yang tak pernah nak tegur Elyan pun mula bertegur sape dengan Elyan. Dan cuma aku, Adha, HIdayah dan Fariza sahaja yang berani. Itupun kerana kami Top 4 student terbaik sekolah.

“Elyan..”

“Apa?” Jawabnya pendek.

“Kau marah lagi ke Adha rampas Fariza dari kau?” Soalan maut dari aku.

“Marah juga..”

“Jadi?” soalku acuh tak acuh.

“Entah!”

“Aii..tak faham aku kau ni”

“Kau wat apa petang ni? Tanya Elyan tiba-tiba walaupun kebengangan aku masih tidak hilang lagi akibat jawapannya yang menyakitkan hati aku ini.

“Tak ada apa nak buat. Kenapa?” Tanya aku semula padanya.

“Tak ada. Saje tanya.”

Pulak. Apa benda dia sedang komplot ni. Mesti ada sesuatu yang dia sedang rancangkan. Jika tidak, dia tidak akan bertanya aku sedemikian rupa. Takkanlah dia nak pergi pemilihan badminton petang ni di sekolah kot?

Elyan berhenti berjalan dan memandang muka aku dengan penuh senyuman.

“Aah, aku nak pergi pemilihan tu, kenapa? Tak boleh??”

bersambung..

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content


[audio:Malique feat M. Nasir - Mantera Beradu.mp3]

Seperti tajuk diatas, aku cuma nak tunjuk bukti pendapatan yang baru aku dapat dari hasil promosi Laporan Percuma Rahsia Pro Affiliate hasil buah tangan DinBeramboi dan Kento. Aku dan beberapa orang yang lain sudah menerima bayaran komisen dari mereka. Walaupun tidak banyak, tetapi usaha aku mempromosi laporan ini membuahkan hasil.

Jadi jika sebelum ini ramai yang kata begitu sukar untuk dapat komisen dengan program pay per lead international, sekarang kita sudah ada lokal punya. Dan bukan setakat seorang sahaja, tetapi sudah lebih dari sorang. Selain Din, Mawardee, TheReds dan Ammar telah mengorak langkah untuk membuat sesuatu yang baru untuk pasaran lokal dari aspek Pay per lead. Apapun, ini bukti yang menunjukkan bahawa aku dapat duit dari mereka.

paymentrahsiaproaffiliawe9.th Komisen Rahsia Pro Affiliate dan Triond


Lihat? Sekarang sudah cabang untuk anda buat duit. Syaratnya, korang kene pandai promosi referrals link korang dan cuba dapatkan sebanyak mana downline yang korang boleh. Apapun, jika korang belum dapatkan laporan percuma Rahsia Pro Affiliate ini, sila dapatkan disini.

Malah, korang juga ada 2 peluang baru untuk tambah pendapatan dengan 2 laporan percuma dari Reds dan Ammar. Dapatkan 2 laporan percuma tersebut disini:

1. Laporan Percuma: Rahsia Usahawan Internet (Ammar)
2. Laporan Percuma: Rahsia Trafik Video Marketing (Reds)

——————————

Ok. Selain dari itu, ada satu lagi cara mudah untuk membantu korang buat duit dari internet. Jika korang ada gambar yang terlalu banyak didalam komputer anda. Gunakan Triond untuk menambahkan sedikit pendapatan melalui gambar tersebut. Lihat? Ini salah satu bukti yang aku telah dapat..

281449triondpayment620jr2.th Komisen Rahsia Pro Affiliate dan Triond


Ingin tahu bagaimana hendak buat duit dengan Triond? APa kata korang baca ujikaji yang telah aku jalankan disini - Edisi Siasat: Buat Duit dengan Triond

OK. Itu sahaja untuk hari ini. Jika kau orang berjaya membaca sampai ayat ini, itu bermaksud bahawa aku sudah tidak ada didunia ini dibanting. Ini kerana aku sedang memandu Toyota Vios Abah aku menuju ke Kuala Lipis, Pahang. Saja jalan-jalan dan dalam masa yang sama kami sekeluarga melawat nenek aku di rumah Beh aku. Jadi, ada atau tidak post untuk esok. Korang tunggu ajela..

Ps: Aku ngantuk. Tak tidur lagi. Esok nak drive ni..

Pss: Post ini dibuat seawal mungkin kerana dilebuhraya karak tidak akan ada line internet yang mantap. Apatah lagi ketika aku sedang memandu. Mustahil bukan?

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content


OK.Jika sebelum ini korang asyik tengok aku promosi program Awsurveys sahaja, tapi kali ini aku akan promosikan satu website yang baru sahaja diperingkat beta tapi dijalankan oleh rakyat Malaysia. Maksudnya, program ini adalah program survey. Kita akan dibayar melalui beberapa perkara.

Setelah aku selidik perkara ini. Aku dapat check dari program Youthsays Beta ini jika kita mampu mencapai RM50. Modus operandinya sangat mudah. Lebih kurang sahaja macam Awsurveys. Kita jawab soalan survey dan promosikan referrals link kita. Dari cara itu, kita akan dapat duit dari diorang.

opinion 3 Edisi Siasat: Buat Duit dengan Youthsays Beta


Satu lagi cara lain yang akan berikan kita komisen adalah melalui Daily Youthsays Broadcast Bonus. Pasal bonus ini, yang aku faham kita akan dapat imbuhan jika kita pasang batch Youthsays kat blog kita. AKu dah try. Nanti korang akan nampaklah. Keterangan lanjut korang leh tahu lepas login akaun korang.

Ok. Thats all post for today. I’m not intend to let you join Youthsays program alone. Malaysian member and who already contribute with this program will help and give you support. I know you trust me right? So, lend me help and register under me. Hehe. Its another kamikaze promotion huh! Ok. Friends, if you interested to make money with Youthsays Program, do that now and register here!

Lupa, aku baru sahaja completekan profile aku dan dah dikreditkan RM0.50. Waa, cepat pulak. Sat lagi aku nak completekan survey yang lain. Jadi jangan terlambat untuk menyertai Youthsays Program. Ini antara satu lagi program survey online dalam bahasa melayu yang mendapat perhatian aku.

Korang leh join dari link ini : Youthsays Program

Ps: Agak lama aku tak cite pasal edisi siasat. Nah, ini satu lagi edisi siasat baru untuk korang. Aku lupa bagitau. 1 downline, kita dapat RM0.20. Bolehlah tu kan? Campur lagi dengan survey-survey yang lain, aku tak rasa mustahil untuk cecah RM50 itu kan?

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011