Tempat: Kelas 6 Kenanga
Mode Kelas: Tidak Tenang..

Hari ini ada pemilihan badminton wakil sekolah. Elyan, Adha, aku dan budak-budak lain sangat berminat untuk menyertainya. Kebiasaanya, wakil sekolah akan dipilih dari kalangan murid-murid darjah enam. Mungkin cuma satu atau dua orang sahaja murid darjah lima akan diserap ke skuad badminton sekolah.

“Elyan, kau nak masuk wakil sekolah tak? Main badminton?” tanya Adha.

“Aku tak mahu!”

“Kenapa plak? Kau kan terror. Aku tengok kau selalu main petang-petang kan?” paksa Adha lagi.

“Aku tak mahu laa. Yang kau paksa ni apa pasal??” Geram Elyan sambil sibuk memadamkan kesan degil di buku matematik darjah enam yang kotor diconteng oleh Adha 2 minggu lepas.

“Habis, aku nak ajak siapa. Seganlah aku nak gi pemilihan petang ni..” Rayu Adha lagi tanpa putus asa.

“Mana aku tau. Kau ajaklah awek kau tu. Hidayah dengan Fariza tu. Dia orang kan terror. Kau kan selalu main dengan diorang” Selamba Elyan berkata-kata sambil mengaru-garukan kepala kerana pemadam yang digunakan tidak lut untuk membersihkan kesan degil di buku matematiknya itu. Gerutu.

“Sebab tu aku nak ajak kau. Dia orang paksa aku suruh ajak kau sekali!”

“Ahh, tak naklah. Aku pergi pun bukan dapat wakil!”

“Eh, belum cuba belum taulah. Kita kena cuba dulu!” paksa Adha lagi.

Aku hairan. Sudah si Elyan itu tidak mahu. Kenapa mahu dipaksa-paksa? Ingat Elyan itu lembukah yang mahu ditarik-tarik dan dipaksa??

“Emmm..”

“Nak ikut ke tak?”

“Tak nak.” ringkas tapi menusuk kalbu aku dan Adha.

“Tak nak sudahlah. Apalah nak jadi dengan anak Zaki ni..” geram Adha sambil mengejek nama bapak si Elyan tanda tidak puas hati.

“……….. “ Elyan dan aku menjeling. Aii, main nama bapak nampak..

bersambung..


Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 20 comments. Apa plak komen korang?
zifah - 18 Aug 08 at 21:16:11
Hehe..sejak bila ko bertukar karier kepada penulis cerpen ni? Ni mesti kes demam badminton tak habis2 lagi ni.. :D

Aku nak tggu dan lihat, berapa panjang karya ko yg tak seberapa mcm org berkarya ni.. :P
tini - 18 Aug 08 at 21:44:09
hihi :)

Ni mesti kes demam atau batuk ni. Tetiba je jadi penulis cerpen. Takkan sebab badminton kalah kot..
zifah - 18 Aug 08 at 23:01:51
aku rasa cerita ni pasal seorang budak lelaki yg bermain badminton untuk sekolahnya.. budak tu org susah n nak beli raket pun tak mampu..

last2 sekali die berjaya menang pertandingan badminton peringkat ape ntah..aku rasalah citer ni like dis tp xtaulah.. :D
megat - 18 Aug 08 at 23:51:08
hoho. nape bro!? kronik ni!?

tapi ok juga ni boleh menulis cerpen. boleh la join e-novel ke apa ke. mwahaha.
merahkatak - 19 Aug 08 at 04:48:56
ada tak betul kat kepala otak ko ni rasanya. Ko makan nasi lemak berapa bungkus ni?

Tetibe cite pasal badminton :)
samdaddycool - 19 Aug 08 at 05:37:25
cool…. satu pendekatan baru..

p/s - apa kata ko fokus jadi novelis plak? ada bakat yang harus kita gilap di sini, hadirin hadirat sekalian….
rina - 19 Aug 08 at 06:08:38
hehe, tulis novel la pulak..
titan - 19 Aug 08 at 06:39:07
Hehe :D

Ps: No komen.
nadzal - 19 Aug 08 at 06:58:39
tukar style plak dia. Nak tulis novel plak yek..
farahaznil - 19 Aug 08 at 09:09:04
alah..apa salahnya…skali skala tgk si titan berkatya..hi hi hi..tak sabau nak baca sambungan citer ni nih….
nadzal - 19 Aug 08 at 10:12:48
Betul. Tak salah. Budak-budak sekarang, suka sangat main nama bapak ye :D
emme - 19 Aug 08 at 12:23:37
heheh kisah benar Titan kat sekolah SK Sri Langat…

Ex-sekolah Misbun Sidek dengan adik beradik dia! :D
taukey - 19 Aug 08 at 13:22:59
hahahaha….betul ke emme? hahahah. hmmm membuatkan aku merenung jauh :D
samdaddycool - 19 Aug 08 at 14:32:25
apa plak no komen titan… farah dah tak sabau-sabau nak baca cerpen bersiri ni…

dan ko dah buat taukey termenung! :D
fino - 19 Aug 08 at 19:51:52
waa..apa ni. tetiba buat cerpen pulak ye.

Macam best aje :D
farahaznil - 19 Aug 08 at 23:42:59
ni mst cerita titan kat skolah dulu ni..hahaha..dia tukar nama watak tu je kot..hi hi hi..apsal lak taukey termenung??teringat zaman sekolah ke??haha
emme - 21 Aug 08 at 11:00:22
titan malu le tu… :P
farahaznil - 21 Aug 08 at 12:50:55
malu knp plak??sbb dia pki spec ke??hi hi hi
Rafhz - 30 Sep 08 at 02:31:45
ai.. ade cerita dongeng plak kat blog titan nie.. haha
Farahaznil - 29 Aug 11 at 16:40:54
hahahaha…selingan brooo



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011