Hari ini aku sedih. Kerana apa? Chong wei kecundang dengan Lin Dan. Tidak dapat aku katakan apa-apa. bukan Chong wei tidak mencuba. Cuma Lin Dan terlalu kuat pada malam ini. Aku akur apabila melihat pertandingan tadi. Ahhh..terlalu banyak yang tidak menjadi dan Lin Dan tampak handsome dan gagah bersama penyokong masing-masing.

Smash yang tajam dan umpan yang menjadi dari Lin Dan membuatkan hampir berjuta rakyat Malaysia keempunan untuk mendapat emas pertama dari acara Badminton di temasya Olimpik ini. Aku rasa ini juga salah satu acara yang bakal memberikan pingat. Tetapi, ternyata, bukan pingat emas. Pingat perak menjadi milik Chong Wei dan aku rasa aku tetap bangga kerana perjalanan beliau untuk sampai ke tangga Final ini bukan senang. CHong Wei, aku tahu beban kau agak menggunung ketika ini. Aku juga tahu kau kepingin untuk memiliki sebutir pingat Emas itu. Tapi apakan daya, Lin Dan terlalu hebat pada malam ini. Dia pakai minyak Kanda Dinberamoi kot..

Pada set kedua, bagi aku Lin Dan macam main-main sahaja. Tapi main-main pun, aku lihat dia kejar semua bola yang CHong Wei sampaikan. Main-main tapi serius. Lin Dan, ketika kedudukan menghampiri mata penamat, dia memperlahankan rentaknya dan akhirnya Chong Wei tetap tewas biarpun cuba berjuang dengan kudratnya.

Jika kau orang perasan. Lin Dan nampak seperti Gergasi ketika ini. Tetapi Chong Wei nampak kerdil. Kene pulak Penyokong kuat menjerit bagai nak rak. Kalau aku pun mungkin down dan tension. Wuu..smash terakhir itu menlenyapkan impian semua rakyat Malaysia termasuklah aku. Penyokong kuat Badminton tanah air. Wuu..

Keputusan rasmi. Lin Dan menang. Chong Wei kalah. Pingat Emas untuk Lin Dan dan Perak untuk Chong Wei. Tahniah untuk korang berdua. Badminton menjadi satu permainan menarik di abad ini. Pernahkah korang lihat stadium penuh dan kedengaran sorakan padu dari lelaki dan perempuan? Badminton adalah satu sukan yang mengembirakan bagi pihak yang menang. Pihak yang kalah, cuba lagila. Hehe :)

Ps: Malam ini, aku tidak lihat senyuman Chong Wei dan Misbun walaupun seketika. Apatah lagi Abah dan Mak aku. Semua dok senyap je. Aku je dok bising sokong bagai nak rak kat rumah ni..

Pss: Untuk Chong Wei. RM300 ribu dan RM3 ribu pencen setiap bulan menunggu. Biarpun sedih sebab kalah, tapi aku yakin sedikit saguhati ini cukup menggembirakan Chong Wei dan Mew Cho :)

Ahh..aku mahu layan anime pulak!







Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 29 comments. Apa plak komen korang?
diya - 17 Aug 08 at 13:58:53
uisss, diya baca entri tan ni rs mcm tgk chong wei lawan lin dan on live! huhu. tp, since diya kurang ambil tahu psl sukan ni… rs kecewa tu kurg sket ah. pe pun, chong wei dh try the best kan. we should be proud of him. bukan senang tu nak lwn sorakan penyokong lawan [ye-ye je diya, konon mcm tgk live,hehe]. klw diya, maunya give up tgh jln de.
diya - 17 Aug 08 at 14:01:08
since olimpik berlangsung, diya cuma tgk live sukan angkat berat ngan gimnastik. hehe. tu pun sbb boring lah. bukan purposely nak tgk :P
Scromix - 17 Aug 08 at 14:14:44
awalnya update..huhu…super dan mmg hebat la !!
titan - 17 Aug 08 at 14:29:58
hehe. macam tengok live ke? Nampak sangat tak tengok ni kan? kan?
emme - 17 Aug 08 at 14:53:52
Salam, super Dan lawan Cicak man :P

Memang kalah teruk tadi… Anyway tahniah pada Chong Wei!!

Satu je yang aku nampak kat Chong Wei malam ni, dia kurang motivasi untuk menang… Aku tak pasti kenapa, korang tengok la tadi macam mane Super Dan menjerit-jerit tanda puas!!!

Mungkin coach dia dah “brain wash” otak dia sebelum masuk gelanggang, tu yang semangat dia nak menang ada!

Chong Wei pulak aku tengok macam keliru…

Blur…

Selalu dia tak macam tu maa…
taukey - 17 Aug 08 at 15:01:21
Chong Wei tekanan.

Tekanan bila seluruh rakyat malaysia mengharapkan dia dapat melakar sejarah memenangi emas.

Tekanan dari penyokong China.

Dia dah lakukan terbaik dia dan semua yang dilakukan serba tak menjadi. Mgkn next time dia akan berjaya. Kita tunggu olimpik lagi.

cian tak dapat pingat emas. :(
titan - 17 Aug 08 at 15:08:49
tekanan maa emme. Sesape pun leh tertekan. Kene plak Lin Dan, sorakan padu dari penyokong sendiri. Mau tak cuak..
Afzai Afandi - 17 Aug 08 at 15:10:37
aikk..cam sama pulak entri ko ngan aku..cuma tajuk dan kupasan berbeza :)

p.s. saje test trafik
titan - 17 Aug 08 at 15:17:57
aku baru je baca blog ko tadi afzai. Haha, aku lupa letak dan wat SEO untuk post kali ni. Tak tau masuk first page google esok ke tak. Huhu :)
akazuma - 17 Aug 08 at 16:39:37
sedey tul aku tadi. Tak sangka leh kalah. Tapi memang Lin Dan bersungguh tadi. Layan gak aku tengok..

Smash je manjang. Chong wei asik kene umpan bagi bola tanggung. Apapun, tahniah untuk Chong Wei. Bukan senang nk dapat pingat. Dan dia sajalah sorang yg ada pingat balik Malaysia nanti..
farahaznil - 17 Aug 08 at 16:44:24
hahaha..smpt lg tu psl seo2 nih..hahahaha..ok la tu rm300 ribu..hehehe..pencen rm3000 pun ok la tu…jnji duit…tp kiranya masa dpn chong wei leh msk gelanggang lg tak main badminton tuk sukan olimpik akan dtng??
akazuma - 17 Aug 08 at 17:07:12
tidakla sampai macam tu. Chong wei tu leh jadi jurulatih gak nanti. Kan semua pemain badminton negara last2 jadi jurulatih sekarang. :D
megat - 17 Aug 08 at 17:40:49
keimpulannya chong wei telah membawa peminatnya ke final dan sudah pasti bukan senang utk sampai ke tahap tersebut.

aku pasti chong wei sudah berusaha keras untuk sampai ke tahap ini.
sweetladynad - 17 Aug 08 at 18:00:12
Titan memang suka badminton..
Em.. patut la awal sangat post. 8.50 lagi da duk depan t.v, makan telo separuh masak agaknya…
Congratez Chong Wei. Menangmu biar atas nama MALAYSIA..
Apakah acara Olimpik yang best untuk Titan sertai..
samdaddycool - 17 Aug 08 at 19:10:58
sekalung tahniah buat chong wei… aku tumpang gumbira je…
rizq - 18 Aug 08 at 01:03:29
korang perasan tak masa kamera fokus kat chong wei ketika dia tengah bukak penutup botol air untuk minum? begitu jelas tangannya mengigil2 kegugupan.

kalu sape pernah wall climbing buat kali pertama, tentu masih ingat macamana kaki kite akan automatik vibrate masa tengah2 panjat.

aduhai chong wei, begitu berat beban yg dipikul olehmu. moga BAM dapat melahirkan lebih ramai lagi chong wei’s di masa mendatang..
fino - 18 Aug 08 at 06:44:42
tahniah pada chong wei. Terrer tul dia main badminton. :)
cencorot_91 - 18 Aug 08 at 07:19:27
hai titan!
huhu..
nak link exchange leh?
menteil - 18 Aug 08 at 07:33:05
huhu..perak pon bg aku dah bangga.. yang kecewanya bila tiada tentangan.. tak apalah… ok dah tu..
farahaznil - 18 Aug 08 at 07:37:55
tahniah tu pun tahniah la…tp apa kata jom kita bincang n ckp knp dia kalah hr tu nak x??

bg aku la..dia ni kurang semangat kot..dulu masa dia lwn dgn lin dan kat malaysia dia leh menang…tp masa lwn lin dan kat tmpt lain plak…mksd aku luar negara selain dr malaysia..dia kalah dgn lin dan..jd pd masa mlm tu..aku rasa la..dia rasa dia dah set awal2 yg dia akan kalah..weh paham xapa yg aku cuba nak smpikan ni??lebih kurang..mentaliti dia agak kurang sikit la mlm tu..dia xbersedia dr segi mental..
tini - 18 Aug 08 at 08:18:34
tak leh cakap macam tu farah. Bukan dia tanak menang. Kalau dia set awal-awal, baik dia kata menang tanpa bertanding.

Biasanya, bila kita main kat gelanggang sendiri. Motivasi kita akan meningkat. Macam tu la Lin Dan..
[…] really dissapoint with Chong Wei play last nite. But i need to admit that he already try he best. Many people think he just bit try […]
Apiz - 18 Aug 08 at 14:13:28
Satu lagi korang kalau nak tau Lin Dan menang coz 2 sebab: air minuman dia kaler merah dan awek dia pun dtg tgk,hehe.
zen - 18 Aug 08 at 17:13:54
kalah sbb tekanan kot - tp kalau tekanan mesti lin dan rasa lebih sbb main depan tuan rumah..kalah pon xper duit dpt
merahkatak - 19 Aug 08 at 05:07:31
memang tekanan melampau. huh, sampai tak senyum lagi tu. Tapi bagi aku kita still leh bangga dengan Chong Wei. dia maintain game dia bukan senang tu. Nak masuk final pun bukan senang gak. Kene kalahkan yang kuat-kuat gak maa :)

Apapun, tahniah kepada chong wei!
samdaddycool - 19 Aug 08 at 14:45:43
misbun kata Lin Dan main hari tu 2 kali ganda hebat daripada biasa (macam iklan sabun la plak)
fino - 19 Aug 08 at 20:04:42
Betul tu. Saya pun tengok. Lin Dan minum tongkat ali kot masa tu. Bersemangat habis dia masa tu..
farahaznil - 21 Aug 08 at 13:33:29
lin dan plak minum tongkt ali…hahahaha
samdaddycool - 21 Aug 08 at 15:36:49
dah jadi Dato’ dah Chong Wei…


Get cash from your website. Sign up as affiliate.


PanelPlace - No more missing out on surveys!

-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Melayu Boleh | DenaiHati Contest | Saya Suka Wangcyber | Who is RajaKamil? | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------