Secara jujurnya, aku tak berminat nak buat post apa-apa hari ini. Ini kerana ketika aku hendak ambil mak aku di sekolah tadi. Ada satu problem besar berlaku. Dompet aku hilang! Aku tak tau aku letak kat mana. Sudah aku cari diceruk dapur hatta dibawah katil adik aku sekalipun. Tapi tidak kejumpaan juga. Adakah rumah ini dimasuki seseorang ketika aku sedang alpa tidur tika aku menonto drama Jepun Asunaro Hakusho itu? Ahh, perasaan aku sudah tidak betul sekarang. Mahu makan pun sudah hilang selera. Jika ini bagus untuk diet dan mampu menghilangkan 10kg-20kg. Aku rasa aku akan jadi terlalu kurus dalam sekelip mata.

Ada berita best masa aku cek email aku tadi. Aku menang satu pertandingan dan juga bakal dapat satu hadiah hasil dari review aku. Kedua-dua benda itu akan dapat dalam tempoh terdekat. Ahh, nanti korang tahulah aku menang dan dapat hadiah apa. Aku akan update. Sekarang, hati dan minda aku sedang rungsing.
Satu lagi berita baru. Domain rajapayloadz aku diterima oleh program Freebies4Webmasters akhirnya. Cuma tinggal satu lagi domain untuk diluluskan. Lagi 2 domain aku akan letak selepas ini apabila aku sudah puas hati untuk submit ke program itu. Korang leh lihat dekat 3 link ini. Ada iklan kaler biru kan? kan?
- I’m on Sick Mode..
- 2 Idea to express your Happiness
- My Father Change to Toyoto Vios Today
Aku sudah tidak tahu apa yang perlu aku buat lagi. Nak baca blog orang pun dah tak ada mood. Even Ammar bakal membuat satu lagi peluang buat duit melalui program Paid Per Lead seperti mana yg Rahsid Pro Affiliate yang Dinberamboi buat.
Apapun, jika korang nak baca 2 study case yang aku tulis dalam english di lenmore. Korang boleh berbuat demikian selepas ini. Semalam aku dengan mamat dubai bertungkus lumus menaikkan semula blog itu kerana ada masalah kritikal berlaku. Kami terpaksa restore balik blog itu dengan data yang kami backup. Nasib baik berjaya. INi dia 2 study case yang aku buat. Jika korang belum baca. Leh gi baca sekarang.
- Study Case: Make Money with Triond
- Study Case: Make Money with AWsurvey Program
Cukuplah update bagi entry Dompet aku hilang ni. Aku sedang sengsara dan derita. Jika kene buat mykad baru. Ini bermaksud dompet aku telah hilang. Ini juga bermaksud aku kene menghabiskan masa untuk buat kad baru dan sekaligus 4 kad bank aku hilang termasuk debit kad Tunemoney dan Public Bank. Ahh, ini semua silap aku jugak!!
Ps: Boleh tak aku nangis sebab dompet hilang ni? Waa, waa..!!
Pss: Bayaran July Comment Contest telah dibuat. Jadi, sila cek akaun Maybank korang masing-masing. Semua sudah hantar manakala hadiah ebook akan aku hantar selepas emosi aku stabil. Kecuali untuk si Farah. Minah ni kene by Pos. Mengada-ngada sungguh. Huh..
Update 10:27 PM : Dompet aku sudah jumpa. Rupa-rupanya dibawah sofa mak aku. Tersorok dibahagian paling dalam. Berat gak nak angkat dan alih sofa tu. Camana leh sesat gi situu..
Popularity: 7% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Edisi Siasat: Buat Duit dengan Freebies4Webmasters | How to Avoid College Debt? »

























sebab nak kasik ko cool balik, make dengan rela hati akupun register la freebies4webmaster nuuuu…masyukkkkk
Aku rasa dompet ko tu ada kat bawah tilam or katil la…
Tak pun ko check dalam kete ko, mungkin kat tepi or bawah seat kete…
Tak mau tengok?
Mane titan ni? cari “dompet” ke? mesti haru ni…
eh eh hilang dompet pulak dah…
between, lain kali jgn lupa pakai tali pinggang kaledar ye..opps, ape kaitan tali pinggang kaledar ngan konye dompet ye..
MAnalah aku tau camana dompet tu leh gi nyuruk kat situ..
nasibbaik dah jumpa balik wallet tu, kalo tak aku nak pulang balik hadiah kemenangan aku tu………….
nuaeman, taukey cakap benda lain tu. BIasalah tu. Ramai orang komen tapi tak baca thread kat atas..
Waa. awek tu ko dapat belanja tak nuaeman?
Kujie, ok dah.
Ijamidayu. Begitulah. Bila hilang, kita rindu. Bila tak ilang, campak merata-rata..
dompet dah jumpa kat sofa yer… nih mesti tiodo tak hengat dunia agaknya… lepas nih kena cek sofa masing2 laa mana laa tahu ada jumpa dompet lagi ke tak… dompet orang lain tak jumpa ke titan?
p/s - awek mana la yang bagi..
nuaeman, nasib dah bertunang ye. Kalau tak?? tunang tau tak pasal hal ni?
kan? kan? D
boleh kata setiap minggu slipar hilang…
haha!
siap mangga skali slipar nye…