Edisi Siasat: Buat Duit dengan Freebies4Webmasters | EarnCent.com






Jika korang perasan, sejak 2-3 tahun ni. Dah terlalu banyak syarikat pengiklanan yang muncul di internet. Tak kiralah tempatan atau international. Tapi sedikit sebanyak dah banyak bagi kita online income melalui website dan blog yang kita ada. Tidak aku nafikan aku sudah mendapat ribuan ringgit dari program-program pengiklanan tersebut. So, siapa mahu buat duit lagi?



Dan hari ini aku akan berkongsikan satu lagi kaji selidik berbentuk edisi siasat terbaru yang aku jumpa bila aku blog walking beberapa hari yang lepas. Ok. Aku malas nak cakap banyak. Nama program itu adalah Freebies4Webmasters. Program ini memberikan anda komisen setiap bulanan dengan syarat korang meletakkan banner yang mereka mintak di website atau blog korang. Simple aje bukan? Tapi aku yakin ramai yang masih kurang pasti. Aku akan terangkan sikit nanti. Yang penting, korang follow arahan ni..

1. Register di website Freebies4webmasters
2. Isi borang kat situ dan masukkan segala maklumat yang diperlukan.
3. masukkan 3 link pages atau 3 link post untuk meletakkan banner mereka.
4. Tunggu pihak Freebies4webmaster mengesahkan permohonan korang.
5. Tunggu dalam 2-3 hari. Biasanya hari kedua dah dapat.
6. Boleh letak blog english atau Melayu.
7. Bayaran komisen adalah melalui akaun Paypal.

Dari segi komisen :

1. Korang akan dapat £10 jika akaun publisher korang approved.
2. Korang akan dapat £5 bulanan jika 3 banner advertiser selama 1 bulan.
3. Korang akan terus dapat £5 jika korang mengekalkan banner itu pada bulan berikutnya.
4. Korang akan dapat £10 jika ada orang register under link korang dan pada masa yang sama akaun mereka diluluskan sebagai publisher program ini.

Contoh iklan banner mereka adalah dibahagian Footer. Korang ada nampak kan iklan warna biru muda tu? Tidakpun, korang boleh lihat iklan itu di salah satu entri di blog ini di SINI

Maaf. Aku masih belum dapat bayaran. Tapi dari apa yang aku rujuk, ada orang dah dapat bayaran. Aku tak ada alasan untuk mencuba program ini kerana ianya sangat mudah dan kita agak mudah mendapat kelulusan dari mereka biarpun kita submit blog dalam bahasa melayu. Buktinya, blog ini juga telah mendapat kelulusan dalam tempoh 2 hari sahaja. Hoho..

Ok. Malas cakap banyak. Register la sekarang : Join Freebies4Webmasters Now!

Ps: Korang boleh letak lebih kurang 100 domain untuk submit blog korang. Tapi maaf. Blog yang menggunakan platform blogdrive, blogger atau free blogger tidak diterima. Kalau diterima, aku berani jamin. Sejarah Payloadz akan berulang :(
.







Popularity: 6% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 47 comments. Apa plak komen korang?
silentleo - 12 Aug 08 at 01:16:55
Huhu. Ini cara terbaru. Lebih kurang macam Matched jugak ye..
zifah - 12 Aug 08 at 02:03:35
aku ade join menalah benda ni lebih kurang 3-4 hari lepas n akaun memang dah diapprovekan..tak silap aku, benda ni aku baca kat blog afandi, ape ntah..tak ingat plak.. :P
silentleo - 12 Aug 08 at 02:21:07
Yap. Aku rasa ramai yang sudah join. Tak apa. sape lum join. Leh join sekarang. Aku rasa benda ni bayar sebab titan dah suggest..
nadzal - 12 Aug 08 at 04:24:20
lama tak dengar bite bro. Nampak gaya makin bertambah la income bulanan dan harian yek!
Afzai Afandi - 12 Aug 08 at 07:10:00
setakat ini memang ada earning ..so aku dah dapat earningnya..tunggu duit ti ditransfer ke akaun paypal aku jer…nak tengok earning boleh ke blog aku…promosi gila2, sementara ramai rakyat mesia belum join lagi :)

p.s. Titan dah mulakan edisi siasatnya utk program ini…tunggu awal bulan depan :)
titan - 12 Aug 08 at 07:59:05
silentleo, aah. Lebih kurang jugak la macam matched. Ada gak beberapa program macam ni..

zifah, haha. Aku harap ko akan dapat bayaran gak dari ni. Kita semua masih menunggu..

nadzal, ko tu yang sibuk manjang aje. Hehe :)

Afzai, kita tunggu ajelah ek. Harap-harap satu lagi income pasif setiap bulan aku nanti :D
Mohd Hafifi - 12 Aug 08 at 09:16:14
blog aku belum di approve lagi..dah 3 hari ni..
kabi - 12 Aug 08 at 10:18:30
yang xde blog ni cmne?huhu…
taukey - 12 Aug 08 at 10:38:46
aku cuba taukey.com aku cemaner erkk. tapi blog BM mesti susah sikit dia org terima
emme - 12 Aug 08 at 10:46:44
Nampak senang je Titan, modus operandi ala-ala Payloadz… :)

Takpe aku nak try gak…
riku - 12 Aug 08 at 11:45:32
Huhu..dia support tak kalau pakai blogmas?
taukey - 12 Aug 08 at 13:10:44
aku cuba lah. :D byk tu pound sterling
titan - 12 Aug 08 at 13:28:26
mohd hafifi. Sabarla ek. Takkan ke mana nyer kalau memang blog hang layak. 3 blog aku dah approved. Lagi 2 blog baru je aku submit semalam. Lagi 2 blog akan aku submit dalam 2-3 hari ni. Ada benda aku nak settlekan dulu. huhu :)

kabi, kalau yang tak ada blog. Terpaksalah you beli domain dan hosting. Sebab tu aku cakap, rugi woo kalau takde blog dot come sendiri..

emme, yap. Macam payloadz gak la. Tapi kiranya bayaran diorang fixed. Bayaran payloadz tak fixed dan payloadz diterima oleh free blog platform. So, benda ni ketat sikit la..

riku, aku rasa cam tak support kot.

taukey, banyak woo. dua kali ganda tu nilainya. Kalau duit kita, uih. berapa kali ganda ek??
Mohd Hafifi - 12 Aug 08 at 14:29:59
3 blog ko dah approved..nnti tiba la masa aku tu..klu tak approved kali ni, aku try lagi..jgn putus asa..:-)
samdaddycool - 12 Aug 08 at 15:35:39
muaaaaaaa .. aku jeles takde dot com blog… (matched aku kena reject.. tak submit blog yg lain plak..)
aeropama dot com - 12 Aug 08 at 16:04:27
aku salute la ngan ko titan. rajin betuk ko join benda yang boleh bagi duit kat internet ni. mana kau dapat info pasal benda2 ni ar?

aku dah terpengaruh bila asik baca open case dan case study kau. terpengaruh nak buat eksperimen dgn buat duit online.

erk! nampaknya aeropama dot com lepas ni akan dipenuhi dengan banner. takut nanti pembaca aku marah lak sebab aku dah tukar blog aku kepada blog buat duit. wahahahaha
titan - 12 Aug 08 at 16:43:07
mohd hafifi. Takpe. Sabaq. Jangan mudah putus asa. Kalau aku nak putus asa, 4-5 tahun lepas dah aku putus asa. Hehe :D

Samdaddycool. Aik, bukan ko kata aritu ko ada blog dot com sendiri ker?

aeropama, hehe. AKu banyak lepak forum dan blog luar. So, input memang banyak. Itu pasal kalau korang perasan, program yg aku cerita kat sini banyak nama yg pelik-pelik..

Banner banyak boleh. Janji kemas maa..
TheReds - 12 Aug 08 at 16:54:06
Dah register dah tadi..
boleh buat duit poket kalo lepas ni..
zifah - 12 Aug 08 at 17:27:04
Aku harap program ni bayar n kalo die bayar bolehlah aku gne duit2 dari sini angkat banyak2 domain buat blog baru pastu submit lagi kat menalah benda ni.. :D
titan - 12 Aug 08 at 17:49:10
Aku pun macam tu Reds, Dpat lepas duit poket dan duit domen aku sudah la. Ada 3 domain nak kene bayar dalam 2-3 bulan nih. huhu :)
nadzal - 12 Aug 08 at 17:59:25
huhu. Camtu, nak join jugak lah. Mana tau leh dapat banyak gak. Leh tampung hosting dan domain sekali..
cyza - 12 Aug 08 at 21:43:22
Thanks for sharing benda2 ni titan…bagus :)
farahaznil - 12 Aug 08 at 23:05:38
hahhaa..best benda ni..kot pasang kat blog ada gak hasilnya..hi hi hi.tp larat ke dia nak byr suma org yg pasang tu??huhhuu..weh apa lg program yg sama mcm nuffnang??
nuaeman - 13 Aug 08 at 01:14:25
ni yang buat aku tak sabar nak tambah lagi blog dot com nih..
Uncle G - 13 Aug 08 at 02:29:43
pakcik pon dah join dan approve
samdaddycool - 13 Aug 08 at 07:02:23
titan…dot com aku bukan blog.. online store…. tu tak update.. aku still bergantung pada ebay dan lelong
merahkatak - 13 Aug 08 at 09:00:23
huhu. nampak gaya, satu lagi program yang bakal meletup kat malaysia. Aku rasa pasni ramai yang promote benda ni plak..
yazidyahaya - 13 Aug 08 at 11:38:56
wah..macam dasyatt je ni..ni nak wat duit lagi ni..thanks titan..
azwanhadzree - 13 Aug 08 at 11:42:22
what’s the minimum payout. aku dah lama tak berblog pasal duit ni … kau, tiap-tiap minggu ada :)
Mohd Hafifi - 13 Aug 08 at 12:10:19
blog aku dah approved..hehe
titan - 13 Aug 08 at 16:22:06
nadzal. Hang pun boleh gak apa.

Cyza. Sesama. Hang pun boleh jugak. Try aje. Dapat atau tak. Yang penting kita mencuba..

Farah. Yang sama macam nuffnang? Adtoreal. Ini satu lagi yang bayar aku. Advertlets tak bayar aku lagi..

nuaeman. Tambah. Jangan tak tambah maa. Ko kan kaya..

Uncle G. Tahniah. NAmpak gaya, makin bertambah la side income selain backlinks yek. :)

Samdaddycool. Aku tau hang terer bab lelong dan ebay. TEruskan usaha hang. Kim salam kat anak hang..

Merah. Aku pun rasa macam tu gak la..

Yazid. Better ko try. Benda baru macam ni memang macam pisang goreng..

azwawhadzree. Minimum payout? Aku tak tau. Tapi rasanya kalau 1 domain dah approved. Itula minimum payoutnya..sebab tiap2 bulan depa bayar kita 5 pound.

mohdhafifi. Tahniah. Aku nampak banner kaler biru kat blog hang tu. :D
GM - 13 Aug 08 at 17:10:14
Nasib baik dah join benda ni tadi.. Laju plak diorang approved tak sampai 3 jam pun..
titan - 13 Aug 08 at 18:36:37
GM, join sahaja. Walaupun masih belum lagi orang kita yang dah dapat bayaran. Tapi biar kita cuba dulu. LEpas ni, senang nak promosi kalau dah ada bukti bayaran..
nuaeman - 14 Aug 08 at 05:06:08
emm aku punya tak approve lagi.. lambat lak..
titan - 14 Aug 08 at 07:41:35
Ehm, ko register under aku ke nuaeman? Aku teringin nak tahu siapa yang register under aku sebab sampai sekarang, aku tak tau sapela downline aku tu..

Yang ada no id je. Nama korang takde. Huhu :)
nald - 14 Aug 08 at 10:33:10
emm… nih kena beli domain and hosting dengan bro shuth nih baru boleh join….
emme - 14 Aug 08 at 11:06:52
aku punya dah approved.. boleh tengok kat blog aku tu. :)
samdaddycool - 15 Aug 08 at 18:44:01
aku tak cukup terer lagi la titan bab ebay / lelong.. tahun 2007 aku stuck! apa2 pon aku akan teruskan usaha aku utk jadi full time IM…

anak aku tgh tido..esok akukirimkan salam ko.. nak kirim peluk cium sekali tak?
farahaznil - 15 Aug 08 at 23:59:44
weh sam..ko ni bujang ke duda??haahaha..aku keliru nih..ni anak manusia ke haiwan belaan ko yg ko mksdkan ni??huhhu..
samdaddycool - 16 Aug 08 at 05:50:31
anak beranak!

p/s - aku bujang terang-terang…
titan - 16 Aug 08 at 11:42:01
tahniah pada emme sebab dah approved.

Samdaddycool. Tapi sekarang ko dah terrer kan?

Farah, pertanyaan ko agak mengelirukan. Hoho..

Samdaddycool. Stay cool huh! :)
farahaznil - 16 Aug 08 at 15:35:08
keliru ea??aku pun poning gak nih..hahaha..yelah si sam ni duk ckp anak..dia ckp dia xkawin lg..tu yg aku pelik tu..anak mn yg dia mkskan tu?hahaha..dah anak beranak plak..kata bujang trang2..hi hi hi..ni anak mn plak nih..jap..bujang trang2 ke bujang trang tang2..hahahaha..weh sam..aku gurau je la..hi hi hi..

titan..aku dah msk dah dia punya website ni..tp aku agak keliru la..mcm mn nak daftarnya tu??aku dah belek dah petang td..aku dah sign up..tp mcm mn nak tau di approve kan ke tidak??hohoho..pening ni weh..
samdaddycool - 20 Aug 08 at 19:18:15
hantam saja la mana2 pon farah.. (ko nak pinang aku tak?)

titan.. segan aku nak kata terer bab ebay ni… persaingan sekarang cukup tinggi… (tak macam aku niaga jual produk estee lauder dulu.. lesak!)
TH - 20 Aug 08 at 22:54:45
daftar ajelah. ko kene gi bahagian publisher. pastu, isila apa yang patut..

hehe. kira terrer gak tu. :)
[…] sudah mulai sakit yang tidak dapat aku bayangkan kengeriannya.. INi bayaran komisen ke 4 dari Freebies4webmasters dalam bulan ini. Aku sudah terima 3 bayaran sebelum ini. Yang aku pasti ini bayaran untuk salah […]
[…] 2. Komisen ke 3 dari Freebies4webmasters 3. Open Case : Komisen dari Freebies4webmasters 4. Edisi Siasat: Buat duit dengan Freebies4webmasters Kalau koranag nak join F4W ni, leh sertai di sini. Daftar Freebies4webmasters Tapi kalau korang […]
[…] yang masih selamat dan pada hari ini, aku telah menerima bayaran sebanyak 5GBP daripada pihak Freebies4webmasters. Jadi, persoalannya disini. Adakah Freebies4webmasters masih membayar atau tidak? Aku rasa aku […]




-----------------------------
The Best site and articles : New Alternative How to hack Friendster Private Photos | Melayu Boleh

-----------------------------