My 6 Best Investments | EarnCent.com



Ok. Aku dah kene soal siasat tak rasmi oleh zaki aka cyza. Oleh sebab aku tak ada idea nak tulis hari ini, jadi aku jawab soalan-soalan berbangkit tersebut. Tak banyak, aku diminta senaraikan 6 Pelaburan terbaik aku. Tapi kalau dalam bahasa english adalah seperti title entry aku diatas itu. Anggap sahajalah korang faham apa yang aku cuba sampaikan yek? Aku jawab soalan ini dalam bahasa melayu sebab ramai orang lebih faham dalam bahasa ini..

1. Handphone Sony Ericcson W700i


Mengapa ianya adalah salah satu pelaburan aku? Ini kerana handphone ini aku beli dengan menggunakan duit online yang aku usahakan selama ini. Pelaburan menghampri RM700 ini sangat berbaloi buat aku. Ini kerana aku sudah kehilangan 3 kali handphone sejak 4 tahun lepas dan kesemua handphone itu adalah pemberian handphone-handphone lama abah aku. Asal Abah aku beli handphone baru, aku akan dapat dia punya yang lama. Pendek kata, handphone Sony ini adalah handphone first hand. Bukan lagi 2nd hand punya maa. Lebih manis lagi, aku beli handphone ini bersama seseorang..

2. Cermin Mata aku dengan kanta berwarna perang muda

Cermin mata ini dihadiahkan oleh Mak Bapak aku sebab cermin mata aku yang lama sudah kabur. Asyik-asyik nampak bulan dengan bintang aje. Lepas tukar cermin mata baru ni, baru aku nampak orang dan haiwan. Kronik sudah aku. Serius, aku sudah tidak boleh hidup tanpa spek mata ini. Aku pernah pakai lens. Tetapi, sekarang. Aku adalah orang yang sangat anti dengan orang yang mencipta Lens. Jangan tanya kenapa. Kerana ada kisah sedih disebelik kisah perit itu. Kejap, ini sebuah pelaburan ke? Bagi aku, pelaburan jangka panjang oleh mak bapak aku. Aku sudah pakai lebih dari 2 tahun benda ni..

3. Komputer Lama aku yang digunakan sejak 2003

Secara asalnya, komputer ini akak aku punya. Tetapi setelah peralihan kuasa. AKu telah membuat pelaburan yang sangat besar. Aku rasa aku sudah labur lebih dari 2-4 ribu sejak 5 tahun ini. JIka kau orang tak mahu percaya, keupayaan komputer yang sudah berusia lebih 8 tahun ini tak kurang hebatnya dengan PC Dell di internet cafe di Banting.



Secara serius, komputer ini telah membantu aku menjana wang di internet lebih dari 20-30 ribu sejak 5 tahun yang lepas. Jap, betul ke kira-kira aku ni. Apapun, berbaloi gak aku upgrade komputer aku ni yang dijahanamkan oleh Rafhz and The Gang walaupun aku sendiri kurang pasti benarkah mereka bersalah. Tapi kalau bersubahat. Itu mungkin..

4. Laptop Fujitsu Esprimo Mobile V5535


Ini juga satu pelaburan jangka masa panjang. Dan laptop Fujitsu adalah hasil income online aku. Aku beli selepas ebook Raja Payloadz aku telah melepasi sasaran lebih dari 400% pada bulan Januari-Mac. Sasaran aku cumalah RM1000 sahaja. Maklumlah, ini ebook pertama yang aku keluarkan secara rasmi dan juga secara tergesa-gesa.



Tidak aku sangka, ebook simple ini menjadi best seller bagi kesemua produk aku. Ebook Koleksi Pendapatan Titan pun cuma mencapai 5/7 sahaja berbanding keuntungan ebook Raja Payloadz. Cincai cerita, aku sayang gila Laptop ni. Adik aku nak pinjam seminggu pun aku tak bagi. Tapi abah aku nak pinjam, aku kene bagi la. Satu lagi, dengan bantuan laptop ini, aku akan terus membuat duit online macam biasa. Aku rasa PC lama aku sudah mula menunjukkan aura kejelesannya sekarang :D

5. Kereta Kelisa

Asalnya, kereta ni. Akak aku yang pakai. Tapi kerana trauma kecil itu. Dia tak mau bawak. Terpaksalah aku ambil dan rampas kuasa. Duit bulan-bulan aku sambung bayar la. Takkan rampas kuasa bodo camtu je kan? Nak kata sayang tu tak adalah. Tapi inilah pelaburan yang agak besar bagi aku. Nak beli rumah, dah masuk list tahun ni. Tengah dok mencari kawasan rumah dan harga yang sesuai. Kereta ini aku tak pernah bawak lebih dari 160 km/j. Paling lambat aku bawak, 100km/j. Aku rasa kotak gear takkan rosak kan dalam setahun dua ni??

6. Diri aku sendiri..

Ini adalah investment terbesar dalam hidup aku. Kalau aku ada duit, memang aku berhabis kat diri aku. Nak sehat, kene makan cukup, kene beli ubat, kene makan pil, kene itu ini. Dan semua perlukan duit dan disiplin untuk memantapkan diri ini. Aku rasa ini satu pelaburan yang bagus kan? Takkan aku nak labur kat orang lain pulak? Ini melatih diri aku untuk menghargai, membangga dan menyayangi diri ini walaupun selalu berperang dengan nyamuk setiap malam..

Itu sahajalah jawapan ringkas dari aku Cyza. Maaf jika jawapan aku ini mungkin tidak menepati citarasa hang. Aku hentam aje ni. Aku rasa setakat ini, itula My 6 Best Investments yang aku dapat fikir. Kalau investment kat bank tu nak masuk gak ker ? Ok. Ini plak 6 orang yang menjadi pilihan aku untuk meneruskan soalan Cyza ini..

1. Mohd Hafifi
2. Yazid Yahaya
3. Diya aka CrayonKakak atau Ariya Ayumi?
4. Samdaddycool
5. Nuaeman
6. Kakeru

Aku harap, korang leh jawab. Anggap sahaja mengisi masa lapang korang. Tapi aku tidak memaksa korang untuk jawab soalan ini. So, think it again. What is your 6 Best Investments? Hehe :)







Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content

No related Posts

This post has 45 comments. Apa plak komen korang?
cyza - 10 Aug 08 at 14:56:22
Eh ok lah tu Titan… Kira baguih lah investment ko tu… Takde invest batu permata dan cincin ke untuk aweqs…? He he :)
silentleo - 10 Aug 08 at 14:58:42
Investment untuk kawin ker tunang ke? Ke macam mawi? Terus kawin je..
maen - 10 Aug 08 at 15:49:03
sekarang dah banyak ko dapat dalam invest via internet. Kalau aku tanya ini jangan mare k. Macam mana nak kaya cepat. haha. Bye
titan - 10 Aug 08 at 15:50:33
hehe. bukan aku tanak cyza. Tapi ada dalam list gak la. Yang atas tu yag kira confirm. :)

Silent, aku tunggu hang dulu :)
apiz - 10 Aug 08 at 16:51:53
Bagus tul la ayah ko yek Titan bagi handphone hehe
titan - 10 Aug 08 at 17:03:21
maen, kan kaya cepat? Aku pun tak kaya lagi. So, macam mana nak bagitau ko..

apiz. ABah aku bagi yang lama. So, dia boleh la beli handpon baru. Itu taktik abah aku nak lepas beli handpon baru la..
rizq - 10 Aug 08 at 17:54:49
tepon sony ericsson w800i aku hilang kene rembat kat kedai mamak jumaat lepas..aku tetinggal dalam jamban, tak sampai seminit setengah aku pegi jamban tu balik dah ilang…huhuhu..

aku redha dan akui kesilapan, tapi pada orang yang terambil atau buat2 ambil tu, aku doakan ko terbuka hati nak pulangkan balik..

ade tak sape2 nak buat pertandingan hilang tepon paling banyak?
zifah - 10 Aug 08 at 18:08:13
aku rasa cyza tu kene tanya 10 best investments coz aku rasa ade benda yg blom terjawab lagi ni..maybe yg ke 10 tu barulah terjawab semua..ape aku dok merepek ni :D

rizq, aku rasa titan boleh kot mulakan pertandingan hepon sape paling banyak hilang coz titan pun tergollong dlm kategori tu gak.. :)
rizq - 10 Aug 08 at 20:41:23
hehehe..tak mo lah kasik titan buat..asyik die jer yang masyuuukkk..
megat - 10 Aug 08 at 21:35:49
ohoh klu public mutual termasuk gak ke!? epf? itu kan kita invertment jangka panjang!?

tanah 6 ekar? rumah? investment yg paling seronok!

suka pula dgn wording investment nie. blh jadi keyword menarik tak? uhhu
kakeru - 10 Aug 08 at 22:12:49
Saya akan reply nanti. Tengah mengarang..hoho
farahaznil - 10 Aug 08 at 23:11:41
mengarang ke mengerang??hohohohoho..gurau la weh..
taukey - 10 Aug 08 at 23:45:59
hehehehe. cantik cantik. byk gak tu kalau dah dapat byr kereta, beli laptop dan skang nak beli rumah. semua online jer.
NR YuMmiE - 11 Aug 08 at 02:24:48
Titan…investment yang paling berharga untuk masa tua (kalau umur panjang)>> anak-anak le…so, kawin le cepat2 :)
rizq - 11 Aug 08 at 04:11:45
ya betul..anak2 adalah investment paling bernilai..sebab tu prof ungku aziz cukup marah kalau mak bapak bising2 pasal belanja pendidikan anak2..kenape boleh berabis duit kat kete, henpon dan material lain tapi cukup berkira kalau pasal pendidikan anak2..
yazidyahaya - 11 Aug 08 at 04:40:40
Titan..aku tengah tulis investment aku ni kat blog aku..nanti aku bagi tahu balik setelah aku tulis k..walau pun busy sekarang ni..aku tetap tulis..heheheh
samdaddycool - 11 Aug 08 at 07:55:23
ouch… aku kena tag.. ada satu tag aku tak buat lagi… + yg ni lagi satu.. takpe, mlm ni aku try buat..

investment.. ‘major thing that i love!’
sapimoto - 11 Aug 08 at 08:56:51
mantap sekali penghasilan online yang didapat…
boleh bagi-bagi tipsnya, kakak?
syuxx - 11 Aug 08 at 09:28:03
invesment utk future adalah sesuatu yg penting. just kena aware supaya tak invest utk sesuatu yg mbazirkan.
[…] hanya menyertai pelbagai affiliate,skim buta duit dan macam-macam lagi..Siapa lagi kalau bukan Si titanium..Sapa tak kenal dengan dia nie kan??Dengan ebook rajapayload dia,dan macam-macam lagi..Aku amat […]
emme - 11 Aug 08 at 11:11:34
Sejak bila jadi kakak ni titan? :D

Pandai pun tak tag aku… aku pun ada hutang tag dari ko ni… :)
titan - 11 Aug 08 at 13:00:19
rizq, hehe. Malas aku nak wat pertandingan tu. Sakit kepala dibuatnya. Kalau hang bak sponsor hadiah. Leh gak..

megat, keyword best gak ni kalau main kat adsense. huhu :)

Kakeru, aku menunnggu relpy darimu. Hihi..

Farah, nasib hang tak tersenarai dari 6 orang tu..

Zifah, cukuplah kalau 6. Aku dah habis idea nak goreng semalam.

Yazid, awat susah sangat nak masuk blog ko ha..

Samdaddycool, hah. Tau takpe. Sebab tu aku pilih hang..

Syuxx, yap. Aku selalu beli makanan. Tak membazir kan? kan?

Emme, hehe. Ko tak bayor lagi. Takkan aku nak tambah hutang hang plak..

Sapimoto, nak tahu? Kenelah hang rajin baca blog ni. Cuba cari post awal aku dulu dan baca semula.

Ps: Siapa yang baca semua post dalam blog ini? Sila angkat tangan??
sand clock - 11 Aug 08 at 13:16:21
Investment l
aeropama dot com - 11 Aug 08 at 13:43:06
aku suka bab investment utk diri. memang patut sebab kau nak pakai tubuh badan kau untuk jangka masa yang lama.

aku pegang pepatah ni “kerjalah seperti kau nak hidup seribu tahun lagi dan beramal lah seperti kau nak mati esok hari” dan “ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. sihat sebelum sakit, senang sebelum sempit…
samdaddycool - 11 Aug 08 at 14:41:38
sapimoto baru kenal kakak titan.. muahahahhaha..dah iconmybloglog dia gambo awek.. mmg le kena panggil kakak..

aku setuju dgn aeropama…. jgn jadi macam sesetengah org yg tinggal terus dunia utk beribadat je… (sapa nak bagi makananak bini? kita bukan wali).. dan jgn jadi kebanyakan manusia.. kejar dunia.. takde akhirat langsung..

ok titan.. aku akan cuba mengarang..
merahkatak - 11 Aug 08 at 15:04:05
haha..sejak bila tukau jantina ni :)
yazidyahaya - 11 Aug 08 at 17:31:14
susah ke??senag je aku masuk…ko punya brodband kot ade masalah tak titan???
My 6 best investment -- Mind Talk - 11 Aug 08 at 19:38:07
[…] investment yang terbaik pernah saya lakukan. Oh ya, ini ialah jawapan bagi pertanyaan daripada Titan, saya orang ke-6 yang perlu membalas tag […]
kakeru - 11 Aug 08 at 19:42:36
Saya dah jawab tag ni. Bersedialah buat sesiapa yg kena tag ini pula :)
Din Beramboi - 12 Aug 08 at 05:02:29
Hoho..aku jd mangsa kakeru plak dah..lepas mulut kambing, masut mulut lembu. Kih3..
nadzal - 12 Aug 08 at 05:11:56
Tahniah bro. Macam-macam dah ko capai. Tak sangka member leh kencang macam ni. :D
samdaddycool - 12 Aug 08 at 05:59:38
titan…… aku dah jawab… korang nak baca.. silakan sediakan tisu. (sedih sikit post aku ni +jgn terkejut!)

din.. kesian ko terlepas mulut kambing.. masuk lembu plak.. (takpe species herbivour takde gigi taring).. :D
titan - 12 Aug 08 at 08:14:46
aeropama, yap. Investment untuk diri sendiri adalah yang terbaik sekali.

samdaddycool, haha. Aku pun tak faham kenapa..

Kakeru, dah baca. Hoho..banyak baca buku dan pegi seminar ye..

din, haha. Aku rasa ramai dah jadikan ko mangsa diorang plak..

nadzal, takdelah. Banyak lagi yang aku kene capai. Tak leh dok diam lagi..

samdaddycool. Aku tak tau pun ko ada anak. Cis..tak bagitau pun..
samdaddycool - 12 Aug 08 at 15:40:03
abis.. kalo ckp ada anak payah nak jual minyak…

aku gi kl biasa amik barang, gi s.alam amik anak aku…
kakeru - 12 Aug 08 at 21:28:00
Sam, ada kisah di sebalik tag ni ye.. saya pun tak sangka.

Titan, saya cuma nak menambah ilmu. Tak salah kan..? :)
samdaddycool - 13 Aug 08 at 07:06:24
kakeru… kalo tak kena tag…. ramai tak tau cerita dalam cerita…
yazidyahaya - 13 Aug 08 at 11:29:13
asalmualaikum semua..titan dan kawan-kawan..aku dah tulis dah investment kat blog aku yang disoal oleh titan..leh la tengok kalau nak tahu..kalau taknak tahu pun tengok la..(penat eden tulis)..heheheehe
titan - 13 Aug 08 at 16:27:29
samdaddycool. Patutlah ko selalu cakap ko gi sana. Jumpa anak rupanya..

kakeru, takde masalah. Menuntut ilmu itu bagus untuk setiap orang. :)

yazid. Aku dah baca. Waa. Terer ko main saham. Sekarang tanak main lagi? Hehe :D
yazidyahaya - 14 Aug 08 at 04:50:10
aku bukan taknak main titan..sekarang ni slow sikit..nanati aku main lagi bila dah kerja..huhuhu,,masa nak apply nak register saham tu susah betul nak cari broker..iye la..sape nak ambik..bebudak
[…] comment - Post a comment Oleh sebab aku suka ambil gambar dengan menggunakan Handphone Sony Ericcson W700i aku ini. Aku nak share sikit gambar-gambar yang ada ni. Tak tahulah korang suka atau tak. Tak suka […]
nald - 14 Aug 08 at 10:42:32
aku rasa komputer and laptop adalah pelaburan utama….
nuaeman - 15 Aug 08 at 01:38:57
Aiyakk.. nama aku ada eah.. takpe insya_Allah. aku akan tulis nanti.. sekarang tgh kenalpasti masalah blog aku tu.. post2 aku buat hilang.. adei..
diya - 16 Aug 08 at 16:14:43
salam awk. sorry sgt, kita lupa nak reply tag awk ni. erm, sejak tan mula2 update entri ni… diya dh start pikir… apa benda 6 investments diya… tapi sampai skang tak dpt jwpan lg. huhu.
[…] bukan untuk masa yang singkat.. err.. aku perlu berikan top 6 sebagaimana yang dinyatakan oleh Titan dalam threadnya. Aiyakk! takpe.. aku cuba imbau satu […]
Rafhz - 30 Sep 08 at 02:42:46
woi.. pesal namae aku naik dlm geng yg menjahanamkan pc ko tu ha.. bukan aku yg buat la… huhu aku jd saksi aje mase tu.. ish2… sedey2…


Get cash from your website. Sign up as affiliate.



-----------------------------
The Best site and articles : New Adsense Alternative | Melayu Boleh | Berrybunch | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------