Keputusan Rasmi July Comment Contest 2008 | EarnCent.com



Ok. Aku malas nak cakap banyak. Ini keputusan rasmi July Comment Contest pada bulan Julai yang lepas. Kepada yang berjaya, aku ucapkan tahniah dan kepada yang kurang berjaya, cuba lagi sampai korang berjaya. Contest bulan ini aku belum fikir lagi. Tunggu otak aku bergerak sikit sebab sekarang aku mamai lagi ni. JIka korang berminat untuk sponsor pertandingan bulan ini. Sila gunakan email dibawah untuk menghubungi aku. :)



Senarai Pemenang July Comment Contest 2008

1. farahaznil (241)
2. samdaddycool (178)
3. abdfatah (168)
** titan (175)
4. nuaeman (130)
5. merahkatak (107)
6. videono (54)
7. Rafhz (52)
8. akazuma (50)
9. silentleo (41)
10. rina (39)

Jika korang lupa hadiah apa yang korang dapat, leh rujuk pada entry sebelum ini. Dan kepada yang ada buat review atau ulasan pasal contest ini, korang boleh claim RM2 sebagai tambahan. Ini bermaksud jika Farah menang tempat numbor satu dan beliau ada buat review pasal contest ini. Beliau akan dapat RM30+RM2 bersamaan dengan RM32.00. Faham?

Ok. Sila email kepada aku untuk claim hadiah korang semua tu.
——————————————————
email kami : titan1[at]earncent.com
gantikan [at] dengan @ ketika menghantar email kepada kami.
tajuk email: Pemenang July Comment Contest
No. Berapa:
Nama dan username:
no HP:
No akaun maybank, CIMB atau Paypal:
——————————————————

Dua berita baru yang aku nak kongsikan pada korang. Aku akan menjadi blogger di satu blog bersama-sama mamat dari Dubai. Aku harap korang leh support kitaorang untuk jadi satu blog yang lebih famous dari blog JohnChow.

Ini blog aku tu : Lenmore dot com

Berita keduanya.. aku dah lupa. Nanti aku dah ingat balik, aku update semula. Hampeh, camana aku leh lupa balik. Kepada Uncle G, tahniah kerana berjaya buat duit dari program Backlinks itu. Tak sia-sia aku wat category edisi siasat ni. Korang leh gi baca betapa happynya Pakcik G ni.

Ps: Jom layan lagu doraemon versi jepun ni. Hehe :)







Popularity: 7% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 43 comments. Apa plak komen korang?
emme - 08 Aug 08 at 14:01:33
Salam, tahniah kepada yang menang tu… :)

Kali ni xde rezeki aku.
merahkatak - 08 Aug 08 at 14:03:37
aisey, seperti diduga. Farah menang gak akhirnya. Dah bape kali dah minah ni jadik johan :(
titan - 08 Aug 08 at 14:20:30
emme, asal aku nak komen kat blog ko tak leh aa?? Asal aku klik submit, dia akan open ke feedburner..

Ke tu trik ko untuk diorang register feed ko? Aku tak faham ni. Hehe :)

merah, aku pun tak dapat kata apa-apa. Dah memang budak tu paling banyak komen. Itupun aku dah buang lebih dari 40-50 komen dia..
rina - 08 Aug 08 at 15:44:18
hehe. Nombor last. Okla tu daripada tak dapat apa-apa :D
Mohd Hafifi - 08 Aug 08 at 16:13:46
rajin btul si farah tu..hehe
yazidyahaya - 08 Aug 08 at 17:15:57
tahniah,,semua..wah semua otai-otai..farah ru cute tak??hehehehe
rina - 08 Aug 08 at 17:20:31
bukan rajin aje tuh. Macam-macam komen dia wat. Pening gak nak kejar die..
samdaddycool - 08 Aug 08 at 17:21:26
yazid.. farah memang cute, comel lote… (perghh mesti dia kembang semangkuk aku puji)…

tahniah kepada semua pemenang (cisss farah conquer lagik! )..

rezeki … rezeki… sambil dapat ilmu dari titan, sambil dapat kenal2 blogger lain, sambil dapat hadiah… kan best earcent.com ni!
megat - 08 Aug 08 at 19:44:00
ada contest rupanya. tak tahu la pulak uhuhu.

apa pun tahniah kepada pemenang!
evidence101 - 08 Aug 08 at 23:40:46
wawawa..aku tak menang sebab aku sendiri tak banyak komen kat sini.

Apapun, tahniah kepada farah sebab berjaya jadi juara lagi. Asik-asik minah je je menang..
farahaznil - 09 Aug 08 at 00:12:13
huhhuu…TQ semua yg ucapkan tahniah tu..hehehe..mn ada selalu menang..br dua kali je msk yg ni..alah..korang ngalah la sikit kat bdk farah ni..hi hi hi..leh dia kumpul duit tu tuk buat hosting sndr nnt..haaha…

aiseh sam..puji aku haa…hehehe..pelik nih..ko dah penah tgk muka aku ke??lupa plak..

ps - ni apa panggil aku minah2 haaaaaa???haizzz
Afzai Afandi - 09 Aug 08 at 00:17:52
Bukan jer info … contest pun banyak kat sini. Tahniah Titan dan Tahniah pemenang2.

p.s. lama aku tak anjur contest hadiah RM kat blog aku
samdaddycool - 09 Aug 08 at 00:41:59
dah farah… cukup! cukup! cukup!

… consentrate pada spm… dah abis , ko komen la sampai muntah..

p/s - aku ‘ter’puji ko ke???
farahaznil - 09 Aug 08 at 01:34:42
hahaha…afzai nak buat contest plak ke??aiseh..ni yg nak kena join nih..hi hi hi..

sam..huhhuu..tgh concentrate la nih..tu la psl..aku rasa ko ter’puji’ aku la..hahaha
samdaddycool - 09 Aug 08 at 02:33:48
ok en. titan…. details sent
Mohd Sufian - 09 Aug 08 at 05:19:13
Untuk blog ko Lenmore.com tu kenapa tak tukar permalinks. Ko guna link mcm nie rugi untuk ranking dalam SE.

http://www.lenmore.com/?p=26

Link mcm tu tak ada value kat SE.
Afzai Afandi - 09 Aug 08 at 05:50:51
betul apa yang sufian kabo tu…. carian tak dapat crowl kalau link macam tu
farahaznil - 09 Aug 08 at 05:51:41
apa yg SE???ko ke yg tulis kat dlm blog tu titan??ke kwn dubai ko??
titan - 09 Aug 08 at 06:18:54
sufian. Itu aku tau. Jangan risau, nanti kitaorang ubah. Terima kasih sebab tegur. carian memang mungkin tak dapat crawl..

Tapi aku akan sediakan content yang sama taraf dengan blog ini. Tapi dalam english la. Susah. Tapi aku terima cabaran ni..
Duit Gratisan - 09 Aug 08 at 07:50:14
Wah aku masih belum beruntung nih, lain kali aja deh..
emme - 09 Aug 08 at 13:27:05
Eh! yeke titan? thanks sebab bagitau aku… aku tak tau plak… nanti aku tengokkan… patut la xde orang komen kat blog aku… :lol:

p/s: tengah layan lagu doremon dari titan… :)
emme - 09 Aug 08 at 13:29:45
Farah SE = search engine
emme - 09 Aug 08 at 13:39:07
titan… dah boleh… :) aku malas nak check-check… rock-rock… aku “buang” dulu feed burner tu…

Ha, ko boleh komen la apa yang ko nak luahkan tu. :D
akazuma - 09 Aug 08 at 13:54:37
hoho. dah leh komen. leh la titan komen selalu..
titan - 09 Aug 08 at 14:27:21
Duit gratisan, kamu pun bisa jugak ba..

emme, haha. nanti aku komen. Sekarang aku tengah layan astro nih. Tengok anugerah filem apa ntah tu :D
abdfatah - 09 Aug 08 at 17:17:40
aiyoh… menang lagi deh… lenkali kena bagi peluang laa ranglen plak… komen sikit2 dah laa…

tupun sikit2 je komennya… hohooo…

lagi bagus dapat macam Uncle G yang heppy…. kan kan kan kan kan…

info dapat dan duitpun masyuuuuk… tak rugi apopun datang sini walaupun tak konquer contest…
farahaznil - 10 Aug 08 at 00:15:16
Jap..apa kena mengena dgn SE dgn permalink?bkn sama je ke??klu dah search..takkan tak kuar gak kot??aku tak paham nih..
titan - 10 Aug 08 at 03:08:50
farah, hang memang tak faham lagi. So, kene banyakkan membaca. Bukan kat blog ni je. Tapi kat blog dan site orang lain gak untuk faham apa itu SEO, search engine dan permalink tu..
abdfatah - 10 Aug 08 at 04:01:55
yea yea banyak lagi yang perlu dibaca oleh farah…

hehehe… kalo bubuh nomor… takkan hendak dibacanya nomor tu oleh SE. search engine banyak membaca perkataan yang ditaip… takkan laa nak taip nomor yang mewakili huruf pulak… sapo yang nak menaip nomor?
farahaznil - 10 Aug 08 at 04:07:34
SEO dan SE tu sama ke??mksd aku ada hubung kait..sbb utk pro SEO adalah melalui SE kan??

weh fatah apa ko ckp ni ha..aku tambah lg pening.hohohohoh
Rafhz - 10 Aug 08 at 05:57:06
aik aku menang jugak? haha… tp rugi plak x dapat RM 2 tu.. huhu.. kalu la aku wat rivew ari tu… nasib x de mase free je…
TH - 10 Aug 08 at 06:27:04
ler, dah menang pun tak tau nak bersyukur ye rafhz. Kang tak menang, baru tau..
silentleo - 10 Aug 08 at 11:00:45
Tahniah kepada farah. Dia menang lagi. Aku tak sangka plak aku pun ada place gak ye. Hehe :)
Uncle G - 10 Aug 08 at 16:34:26
tq bro.. memang banyak info sini… pakcik try backlinks tuh dan dah dapat hasilnya….
kabi - 11 Aug 08 at 10:29:15
tahniah buat:

1. farahaznil (241)
2. samdaddycool (178)
3. abdfatah (168)
4. nuaeman (130)
5. merahkatak (107)
6. videono (54)
7. Rafhz (52)
8. akazuma (50)
9. silentleo (41)
10. rina (39)

memang korang rajin la…huhu.
merahkatak - 11 Aug 08 at 15:21:58
kabi, hang pun rajin gak sekarang apa..
Dompet Aku Hilang! | EarnCent.com - 13 Aug 08 at 08:02:17
[…] silap aku jugak!! Ps: Boleh tak aku nangis sebab dompet hilang ni? Waa, waa..!! Pss: Bayaran July Comment Contest telah dibuat. Jadi, sila cek akaun Maybank korang masing-masing. Semua sudah hantar manakala hadiah […]
nuaeman - 14 Aug 08 at 04:12:15
baru berkesempatan hantar mail tadi.. huhu.. maap lambat hantar titan.. byk sgt perkara berlaku kat aku akhir-akhir ni.. apapun thanks
nald - 14 Aug 08 at 10:50:59
titan memang luar biasa….
samdaddycool - 14 Aug 08 at 12:29:00
terima kasih En. Titan Hensem… aku dah dapat duit tu… rasa2nya aku akan campur dgn duit lain buat bayar RHB credit card aku…

thanks again..
Rafhz - 30 Sep 08 at 02:43:34
haha… sejak bile ko pakai rhb crdit card nie haha
[…] utk lihat mana2 post utk lihat bukti kemenangan aku [ Keputusan rasmi July Comment Contest 2008 ] [ Keputusan Rasmi May Contest 2008 ] [ Keputusan Rasmi Pemenang Earncent Review Contest […]
[…] Earncent Review Contest 2 - 1 st place - Keputusan Rasmi May Comment Contest 2008 3 - 1 st place - Keputusan Rasmi July Comment Contest 2008 4 - 2 nd place - Keputusan Rasmi New Earncent contest […]


Get cash from your website. Sign up as affiliate.



-----------------------------
The Best site and articles : New Adsense Alternative | Melayu Boleh | Berrybunch | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------