Hari ini adalah hari yang agak memenatkan. Aku tak cukup tidur dan banyak kerja perlu dibuat. Aku baru je ambil akak aku dari stesen bas. Dia cuti 3 hari ni. So, aku nak tak nak kene jadi driver tak rasmi beliau kerana dia malas nak drive kereta Vios Abah aku yang baru beli tak sampai 1 minggu tu walaupun dia dah ada lesen kereta sejak 4 tahun lepas. Huh, tensen gak aku dibuatnya. Nak tak nak, aku gak kene bawa Vios. Dah la aku jarang bawak keta auto ni..
Haha. Ya, dari tajuk diatas. 2 berita sekaligus yang aku mahu sampaikan pada korang. Berita pertama, cek shareasale aku sudah clear. Sudah transfer masuk ke dalam akaun CIMB aku semalam. Aku perasan pun pagi tadi bila singgah cucuk kat CIMb. Boleh la tu, nak wat bayar PTPTN dan apa-apa yang patut..

Berita kedua, cek adsense pun sudah tiba hari ini. Ini bukanlah berita panas. Cuma nak bagitau je dan lepas ini aku mungkin tidak akan terima bayaran melalui cek lagi. Aku sudah tukar ke western Union. Cepat sikit nak clear berbanding cek. Mahu2 satu bulan lebih rasanya menunggu.
Kalau nak ikutkan sejarah, ebook pertama tentang adsense yang aku beli adalah E-book RajaAdsense yang dikeluarkan oleh Sham. Korang kenal kan mamat ni? Dulu, aku tak tau apa itu Google Adsense dan aku nak tahu sangat. Kalau tak silap aku masa tu aku baru je First Year masa aku di UMS, Sabah. So, aku pun beli ebook tu dengan harga RM40 ketika itu. Teruja tu tak adalah, tapi itulah ebook pertama yang aku beli secara online dan dari situlah bermulanya era aku mencari duit di internet. Aku secara sub-serius pada tahun ke 3 menceburi bidang blogging. Sebelum tu, aku just main-main aje. Banyak blog yang aku buat khas untuk promosikan MLM, skim cepat kaya, surfjunky pun aku rajin promote masa tu dan juga program-program HYIP dan PTC. Tapi sekarang, blog aku lebih kepada cara yang aku rasa memudahkan aku untuk jana wang dari internet termasuklah adsense, affiliate program, AWsurvey dan macam-macam lagi.
Pendek cerita, hidup aku berubah sejak aku mengenali internet pada ketika itu. Ceh, cam bukak diari lama je aku nih. Tapi dari situlah aku pegang duit lebih 1 ribu dalam tangan. Korang pernah tak pegang duit hasil usaha sendiri pada umur 18-19 tahun? Berdebar siut. Dompet plak penuh duit kaler biru dan merah. Begitulah nikmatnya buat duit ketika itu dan akhirnya sehingga sekarang aku masih tersenyum
Banyak kenangan pahit dan manis aku rasa ketika berblogging ni. Lum masuk lagi time aku kene kutuk dengan member aku sebab buang masa main internet. Diorang ingat aku chatting je. Diorang ingat aku main judi online. Diorang ingat aku main lotto dan entah macam-macamlah diorang ingat. Apa ingat aku tak ingat ker? Haha, buat azrani, shah dan Ganesh yang selalu kutuk aku tu, aku terima sebagai satu pujian pahit dari korang. Haha..3 orang mangkuk tu dah berjaya dengan bidang masing-masing dan aku mengikut hala tujuan aku.
Ok. Cukuplah untuk hari ini. Esok, aku announce sape yang menang contest bulan lepas. Jangan lupa baca update aku esok. Kita tengok adakah farah masih unggul ditakhta pertama atau tidak..
Ps: Aku rasa kalau aku tulis novel ni, mesti laku kan? Patutkah aku menukar profession daripada blogger separuh masa kepada Novelis? Hoho
Pss: So, siapa kata kita tidak boleh buat duit dari adsense? Jika aku dan blogger lain boleh, korang semua pun boleh jugak kan? Pendek kata, kene berusahalah..
Popularity: 7% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« 6 Online Contest Pilihan Titan | Keputusan Rasmi July Comment Contest 2008 »

























akumsh blom faham mcm mana nk guna adsense. skang ni cuba tumpu pd affiliate, itu pun merangkak lg.
aku tgh kaji mcm mana nk dptkan trafik uhuhu
hohohooo… farah tengah study untuk spm. percubaan spm bila farah?
ko dah tanam benih, dah pun membesar di depan mata ko sendiri dan sekarang hasilnya ko tuai…
go sukses n good luck
semuanya ada je hasil..
anyway..tahniah…
…apa2 pon congrats!
p/s- tadi aku gerak dari s.alam kul 12.00am.. nasib baik tak cari ko, ko penat heh.. sian titan.. ala bucuk..!!! kikiki
kecewa hangin dan macam2 lagi gundah gulana dek kerana internet…
apohalpun kalo kena gayanya dengan cara yang betul dan berkesan… memang berjayak…
So, make it simple dan jangan terlalu cepat nak dapat income. Kita kene usaha pelan-pelan janji kita tahu apa yang kita wat.
pade senangaje, takkan buat2 tak kenal kot????
payloadz yg sempat merasa beberapa kali… afiiliate.. hmmm baru 1-2 je dapat payment… GA… yg ni antara paling lama buat tapi lom cukup2 minimum pay…
p/s- setiap org ada skill / kelebihan masing2…
Anyway.. tahniah la Titan..
mohdhafifi, sabar aje. Nanti sampaila kat peti surat rumah tu. Janji dah cecah minimum payout.
taukey, hehe. Biasala tu. Ada orang, umur 40-50 tahun tak tahu apa itu email. So, no wonder la..
riku, aku pun pernah niaga MLM. CNI, itu je yang best. Tapi pastu aku tinggalkan. Tak larat nak bawak..
megat, kalau rajin. Hang usha dekat bahagian sitemap aku tu. Leh cari apa-apa informasi yang ko berkenan.
http://earncent.com/blog/sitemap
Fatah, ayat ko. Memang sukar aku nak faham kadang-kadang. Ke ko saje bagi ayat macam tu
zifah, ada hati. Semua boleh jadi!
senangaje, apa ko cakap ni? Tak faham aku. Pawagam mana?
Fino, adsense dah popular kat rakyat malaysia. Bagi diorang, benda ni dah normal..
Afzai, banyak lagi benih belum tanam dan banyak lagi yang belum berbuah. Hehe..
Thereds, nak income banyak. Kenelah join macam-macamp program. Tak gitu?
Yazid, buku hang bila nak kuar? Aku tak sabar nak baca ni..
rizq, aku kalau boleh. Memang nak goyang kaki je. Masalahnya, memang tak bulih la..
samdaddycool, rugila ko tak turun semalam. Kalau tak, leh dapat pizza. Haha..
farah, bukan mengata. Puji tanpa niat tu. Hihi..
Nasrun, ko lagi hebat. Bab2 design ni, memang aku angkat bendera putih awal-awal. Bukan aku tak nak wat, tapi malas aje..
Ps: Apapun, terima kasih untuk komen-komen korang semua!
Apapun, you memang pandai cari peluang buat duit. Terima kasih kerana tak tamak ilmu..
ps: masa umur aku 17-18 tahun, aku dah pegang duit sendiri. purata RM6k sebulan. tapi bkn melalui online ataupun MLM. aku dapat melalui kerja subkon yg aku buat…
Dapat 2 cek lagi tu. Tak sangka aku. KO betul2 komited nih. Jarang aku jumpa blog yang update macam ni selalu..
p/s - aku salute anak bangsa kita yg ada business minded!
evidence, secara jujurnya. Aku mencari orang kita yang buat update macam aku nih sejak 2 tahun lepas. Sekor pun takde. So, alang-angah, baik aku buat sendiri servis kemasyarakatan ni..
farah, 1k sebulan tu lepas 3-4 bulan aku try. Biasanya dalam 4-5 ratus je. Tapi bagi aku dah cukup banyak bagi budak hingusan yang tak tahu apa erti duit masa tu.. Aku perabih duit tu semua gi picnic, belanja budak pempuan, makan KFC, jenjalan, gi pulau dan macam-macam. Duit masuk dan keluar, mengalir cam sungai langat..
samdaddycool. Aku lagi solute orang lelaki yang berani jual tudung. Jarang gila aku jumpa kat malaysia dan timor laste ni..
p/s- kalo budak lelaki single ikut aku jual… mesti rambang mata!
Samdaddycool, sape budak laki single tu?
titan.. budak2 lelaki single (sesiapa yg seangkatan dgnnya)…puas cuci mata beb…aweksssssss beli tudung, MJ, makdara dan nenek dara pon ada…
ape ek maksud tu? bak kate Nabil, lu pikirlah sndri..
titan yg ko dpt 4-5 ratus tu ko start bisnes apa??blog gak ke??
memang takde sape pun pernah dgr name si zifah ni..beselah budak baru
tak tau la farah bila mata aku betul2 boleh cuci..