6 Online Contest Pilihan Titan | EarnCent.com






Hari ini aku malas sikit. So, aku update apa yang terfikir dalam kepala otak aku ajelah. So, korang nak terima atau tak nak terpulang. Di bawah adalah senarai update untuk pertandingan-peraduan atau online contest yang telah dijalankan dan masih berlangsung. Anda semua masih berpeluang untuk buat duit dan mencuba nasib anda untuk memenangi pertandingan tersebut. Aku update ajelah. Korang nak masuk atau tak, terpulang.

1.Lucky Draw. Comment Contest RM50

Pertandingan ini dijalankan oleh saudari Luvnurul. Format pertandingan sangat mudah. Korang cuma perlu buat komen di mana-mana entri post di blog Syoksyok.com dan reply “Heppy birthday Luvlee!” di thread beliau di Wangcyber. Senang cerita, pertandingan gabungan blog dan forum. Senang aje kan? Korang leh tengok rules dan format penuh kat forum wangcyber ni. Hadiah adalah RM50 dan pemenangnya cuma 1 orang sahaja.

2.Pertandingan Affiliate Cube.My

Hadiah berjumlah RM950. Ada lebih dari 3 tempat pemenang dan secara jujurnya terlalu banyak hadiah untuk disebut di sini. Better korang pergi ke forum wangcyber dan semak apa yang patut. TErma dan syarat pertandinga terlalu panjang dan aku malas nak sebut semua. Tapi kalau berminat, korang boleh sertainya sekarang. Point utama untuk menang contest ini adalah sales. Lebih banyak sales yang korang dapat, korang akan menang. Amacam? Berminat nak menang? Hadiah disponsor oleh En.Aku. Pelik tul nama dia kan? :)

3.Pertandingan Affiliate Race WC

Ini adalah satu lagi keje kabelduit. Korang kenal kan mamat ni? Penulis buku Raja Bidvertiser. Pertandingan ini berlangsung dari 4 Ogos 2008 - 4 September 2008. Cara mudah nak menang, mesti dapat 20 sales untuk menang. Uih..susah ke senang tu? Apapun, itu antara salah satu syarat pertandingan dan sekali lagi, pertandingan ini diwar-warkan di forum wangcyber. Gi usha dulu kalau nak menang..

4.Pertandingan Melukis Komik

Satu lagi pertandingan yang aku rasa agak pelik. Siapa-siapa yang berbakat melukis komik. Bolehlah mencuba nasib. Hadiah dia berjumlah RM180. Ada 3 tempat untuk direbut. Penganjur adalah waidakmy. Aku tak berapa kenal mamat ni. Tapi aku bangga dia buat satu pertandingan yang tak pernah lagi orang buat. Betul tak? Semua korang leh rujuk kat wangcyber. Ai, banyak tul pertandingan kat forum sekarang kan?

5.Top Commentators Competition di Amirolcyber dot com.

Haa, ni benda favourite bagi fatah, samdaddycool, rahfz dan farah. Jika korang berminat nak kejar pangeran yang menduduki ranking pertama. Korang boleh berbuat demikian. Habis, aku dah bocor satu lagi favourite contest kat korang. Pertandingan ini akan berlangsung selama sebulan. Syarat yang perlu dipatuhi, subsribe blog beliau dan komen mesti dalam english. No more malay word aa. Sponsor hadiah adalah Pihak Amirolcyber dot com sendiri. Takkan aku plak..

6.Nuffnang Gift Ideas Contest

Dan pertandingan ini telah ditunda lagi harinya. Tensen aku. Awat sekarang ramai sangat orang suka tunda menunda yek?? Benda nih senang aje. Korang kene buat review tentang salah sorang nuffnanger yang korang suka dan hadiah apa yang korang nak bagi kat dia. Hadiah tu plak, kene pilih dari Realmart punya website. Senang kan? Leh tengok contoh yang aku buat ni. Tarikh akhir hantar review adalah 19 Ogos 2008. Hadiah tempat pertama adalah RM1500. Lumayan woo. Patut nuffnang sponsor pertandingan kat blog aku ni. Bila lah agaknya diorang nak terbuka hati yek..

Ps: Itu sahaja yang aku nak bagitau hari ini. Ada banyak lagi pertandingan yang telah berlangsung dan telah tamat dalam beberapa hari yang lepas. So, aku harap aku akan dapat lihat keputusannya dan kalau bernasib baik, mungkin leh menang satu hadiah kot? Hoho :) Jadi, nak buat duit bukan lagi takat join adsense, affiliate program atau jual minyak lintah aje. Jual ebook dan sertai pertandingan sebegini pun leh bagi awek cair maa. Awek mana tak suka kalau boypren dia wallet tebal kan? kan?







Popularity: 7% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 39 comments. Apa plak komen korang?
samdaddycool - 06 Aug 08 at 14:28:45
ohohhhhooooo ngumpat aku titan.. aku taknak masuk lah camni bagi komen2 nyer contest… (merajuk.. huk.. huk..)

aku nak try acara review dgn lukis komik!
titan - 06 Aug 08 at 14:45:39
eleh. dah besau pun merajuk ke? GI manja-manja dengan awek-awek dia tu la..

AIk. Ko pandai lukis komik ke??
samdaddycool - 06 Aug 08 at 14:52:16
boleh… aku kan orang seni…

cuma mmg dari dulu tak pernah2 siap kartun 4 muka… kalo 1 muka ada lah sikit2…

(sapa nak manjakan aku?????)
titan - 06 Aug 08 at 15:34:06
kira terer la tu leh lukis karton. Aku tak leh wat sebab aku malas. Kalau aku rajin, kartun doraemon pun aku layan lukis..

Adela orang tu yang manjakan. Takkan takde lagi..
rina - 06 Aug 08 at 16:24:18
banyaknya pertandingan. Semua dah kaya raya kot. Sampai bagi hadiah je.. :)
rizq - 06 Aug 08 at 17:06:58
ade tak pertandingan sape paling skit buat duit dalam internet…aku nak join la…hahahahahaha
farahaznil - 06 Aug 08 at 22:45:16
hahahaaha..akan ku serang contest bab komen mengomen tu..hi hi hi…best nih..jom kita seranggg….zassshhh..aku terbang dulu aaa…

rizq..betul gak ckp ko tu..hahaha..klu wat contest mcm tu..aku rasa aku layak n patut msk tu…hi hi hi
akazum - 06 Aug 08 at 23:57:53
waa. Nampak macam menarik. Tapi aku takde masa nak buat. Sekarang nak online pun susah. Keje banyak..
taukey - 07 Aug 08 at 01:10:37
gehehehehe. byk nyer pertandingan. hm sam mesti pandai melukis. hehehe. Arkitek tu. ekekekeke

aku tak leh sangat. terlampau melampau sibuk. aku kena buat benda lain dulu sekarang. kalau mudah mgkn blh kot. hehehe
samdaddycool - 07 Aug 08 at 02:53:51
aku rasa enjoy kekadang aktif dlm forum, blog , contest… sebab lain.. mmg bosan duk mengahadap laptop.. karenah customer..

p/s- mana ada titan nak manja2 nih… lom jumpa lagi…
nuaeman - 07 Aug 08 at 04:41:32
Dah macam-macam contest sekarang.. dari contest pun dah bleh dapat duit online..
nuaeman.com | Menangi 100 usd Percuma! - 07 Aug 08 at 05:20:03
[…] taujelaa sekarang dah macam-macam contest kat internet ni, baik yang local ataupun yang global.. Local contest pun tak kurang hebatnya.. kira dari contest pun dah boleh buat duit online.. alhamdulillah.. […]
merahkatak - 07 Aug 08 at 05:38:48
hehe, macam-macam dah. Aku rasa lebih 100 contest yang sedang berlangsung setiap hari..
nald - 07 Aug 08 at 07:23:29
banyaknya pertandingan…
emm, sesiapa yang kaki bola, saya nak ajak main secara maya…
kaki bangku pun leh join..
utk keterangan lanjut, gi blog saya…
farahaznil - 07 Aug 08 at 08:17:56
hahaha…si nald ni ajak org nak main ke nak buat contest??hi hi hi..klu dia buat contest..br nak singgah sana..hahaha..weh tak jd la nak bg komen kat blog tu..aku tgk si pangeran dah 150 lebih..aku undur dulu la..hahaha
Mohd Hafifi - 07 Aug 08 at 08:57:06
aku tak pernah masuk contest..baru skrg nak try masuk contest daripada blogikus..
merahkatak - 07 Aug 08 at 09:31:15
blogikus? uih..pelik nama blog tu ye. Blog tu banyak tikut ker??
riku - 07 Aug 08 at 11:49:37
memang banyak pertandingan nald. Dah rambang mata dah nak pilih yang mana satu. Huhu..
samdaddycool - 07 Aug 08 at 21:18:44
kalau dulu masing-masing tak tau macamana nak buat dari internet.. sekarang join je mana2 yang rasa ada potensi.. bagi komen, review, lawak kambing, lukis komik, paling hensem… lucky draw (aku menang semalam!)..

..dan lain-lain lagi…
fino - 08 Aug 08 at 04:45:40
samdaddycool. Menang lucky draw kan? Yang kat youtube tu kan? Waa..tahniah la weh..
samdaddycool - 08 Aug 08 at 10:31:45
thaks fino…. tak sangka plak..

p/s- skg makin senang buat duit online… setakat boleh buka surf internet, boleh baca… dah ada potensi.. :)
abdfatah - 08 Aug 08 at 10:43:59
150 ke? 200 ke? omputeh nih liat sikit nak komen… kena detail baca dulu baru komen haahahahaa… lotih den…
titan - 08 Aug 08 at 14:35:29
Hari ni, aku tahu lebih 10 contest sama ada lokal atau international. Tak larat aku nak wat review semua. Aku tengah pening lalat nih. Huhu :(
yazidyahaya - 08 Aug 08 at 17:23:34
aku pun nanti nak wat contest..dan aku harap korang semua besabar k..titan..nanti ko joid contest aku k..heheheh
samdaddycool - 08 Aug 08 at 17:52:07
contest kambing aku .. rasanya nak lanjut sampai 31st Aug… MERDEKA!
waidakmy - 09 Aug 08 at 01:32:22
Titan, thanks buat review pertandingan komik aku :)

tak mau masuk ke? heh

Samdaddycool,
kalau nak masuk jangan lupa daftar..
farahaznil - 09 Aug 08 at 02:03:37
hahaha…yazid plak nak buat contest..hi hi hi..nak join skali boleh ke??hahaha..

weh aku dah keliru dah ni..korang ckp contest mn 1 haa….yg dlm post titan ni ke yg kat tmpt lain plak..sam ko msk contest apa kat youtube tu??takmo share cerita dgn aku ke??hahhaa
samdaddycool - 09 Aug 08 at 06:19:33
waidakmy- ok.. nanti try usha malam sikit.. ni tak sempat…

farahtu cabutan bertuah… “1.Lucky Draw. Comment Contest RM50”… no 1 kat atasni…jgn jeles.. aku yg menang.. 1 dlm 27 org rakyat malaysia… :P
titan - 09 Aug 08 at 06:46:33
waidakmy, aku tak reti la lukis komik nih. Nanti nak scan lagi. nak lukis pakai komputer lagi tak pandai. HOho :D

Farah, bukan hang suka masuk contest ke? Hehe..

Yazid, buat. Jangan tak buat pulak..

Samdaddycool, Ko nak lukis komik apa? Ni kalau Ubi masuk, kalah tanpa saringan la dibuatnya..
waidakmy - 09 Aug 08 at 08:09:51
Titan,
hehe..

Samdaddycool,
tak kesah nak daftar bila2, janji sempat daftar dan hantar komik sebelum 18/8
zifah - 09 Aug 08 at 16:50:40
fuyoo..banyak kebenor contestnye dari menaip sampailah ke melukisnye..berape banyak contest ko join dari 6 ni?

takkan ko sapu bersih semua kot? :D
titan - 09 Aug 08 at 17:36:48
Aku tak sapu la. Ini baru contest lokal. Lum lagi aku update untuk contest international. So, untuk market lokal, better aku share yang ini aje.

Aku join tak semua. Mana aku reti lukis maa..
zifah - 09 Aug 08 at 18:05:37
ala kalo bab2 lukis tu ko bedal je lukisan org lidi..mane tau boleh menang :D

buat ala2 maxis je, simple but complex..
farahaznil - 10 Aug 08 at 00:11:07
hohoho..bkn xnak join contest2 tu..tp sibuk plak..hahaha..weh sam..aku xpaham lg la..ko msk contest kat sana tu mcm mn ha??tak tau plak aku kat sana ada contest gak..hi hi hi..
[…] apa yang penting adalah penyertaan dari anda semua yang berminat untuk dapatkan duit mudah melalui pertandingan serta contest yang diadakan tersebut. Jangan contest yang merapu dah […]
[…] you can’t wait, head over to EarnCent’s blog for a list of current contests. He too, holds a monthly commentators […]
samdaddycool - 14 Aug 08 at 15:10:52
dah habessss farah… tu 1 mlm nyer competition….



lukis komik.. tak sempat dah… aku terlampau sibuk…. masuk angin keluar asap…
[…] yang lain. Kepada yang kurang berjaya, korang leh cuba lain kali atau cuba sahaja peluang di contest-contest sebegini. Aku sendiri sudah tidak ingat, ini kali ke berapa aku menang pertandingan sebegini di […]
Rafhz - 30 Sep 08 at 02:47:23
farah… bila nk study nie… exam dah dekat… hehe… dah cover semua subject ke blum nie? nnt rafhz tny soklan fiz pasal letrik kan x leh jawab.. baru tau… ape plan nk jd arkitek tu? ke dh tukar cita2 hehe…




-----------------------------
The Best site and articles : New Alternative How to hack Friendster Private Photos | Melayu Boleh

-----------------------------