Hari ini aku cuma nak share dengan korang satu lagi bukti pembayaran untuk Program affiliate yang dijalankan oleh CBMalaysia hasil buah tangan saudara Fai. Aku dah dua kali dapat payment dari program ini. Satu pada 15hb Julai dan satu lagi pada hari ini iaiti 1 Ogos 2008. Walaupun tak banyak, tetapi usaha aku mempromosikan program ini membuahkan hasil. KOrang boleh baca semula post lama aku tentang program affiliate CBMalaysia ni.

Secara jujurnya aku tak rasa langsung aku akan berjaya mempromosikan produk CBMalaysia dan sekaligus membuatkan 2 orang berminat untuk membeli produk CBMalaysia ni. Tetapi dalam tempoh 1 bulan ini, aku berjaya mendapat 2 sales. Bolehlah walaupun tak banyak. Satu sales menjana RM15 dan jika dua adalah RM30. Walaupun tak banyak nilai komisen itu, tetapi sudah cukup untuk aku topup celcom RM10 sebanyak 3 kali tanpa meminta satu sen pun dari mak bapak aku. Bagus tak aku?

Ini bukti bayaran yang dibuat dari pihak CBmalaysia ke akaun maybank aku. AKu tunjuk bayaran hari ni punya. Malas aku nak cari balik yang bulan lepas punya. Aku rasa ini pun dah cukup kot untuk tunjuk bukti pada korang kan? Ke korang masih tak puas ati lagi?

cbmalaysiajn9.th Komisen dari CBMalaysia dot com



Nampak? Tak banyak kan? So, aku takde bende sangat nak post hari ini. Sebelum aku gi solat jumaat hari ini. Saje nak tunjuk bukti duit sikit untuk jadi pemangkin bekerja dengan lebih kuat. Aku yakin dalam beberapa hari nanti akan ada lebih banyak bayaran akan masuk ke akaun maybank dan paypal aku. Aku harap yang terbaik untuk bulan Ogos ini. Bulan Julai penuh dengan bayaran dan tanda tanya. Jadi, aku harap yang terbaik untuk bulan ni.

Ternyata, buat duit dengan menggunakan platform blog membantu aku dalam promosi pelbagai program affiliate dan menjual ebook. Sekarang korang percaya atau tidak?

Ps: Tapi kalau korang minat nak beli Panduan Clickbank yang Fai buat tu. Leh la pegi usha kat website CBmalaysia tu. AKu tak berani jamin korang leh jana juta-juta dengan tools dan report ini. Tapi membantu jugak la sikit-sikit. Panduan CLickbank CBMalaysia Fai.


Popularity: 6% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 38 comments. Apa plak komen korang?
merahkatak - 01 Aug 08 at 04:45:15
tahniah bro!

RM30 pun banyak apa. Ingat senang ke nak dapat komisen untuk program buatan malaysia nih..
nuaeman - 01 Aug 08 at 04:48:06
Tahniah beb! Aku punya komisen kat teknik SEO bilalaa si hafidz nak masukkan.. nak kata tak email dah email dua tiga kali dah.. nak bising2 sangat pun takdelaa banyak mana.. tapi duit gak tuh.. :)
merahkatak - 01 Aug 08 at 04:53:39
bukan hang leh tanya ke kat wangcyber? Aku rasa kat thread wangcyber yang pasal teknik seo tu. Tanye je kat situ. Mesti dia balas punye..
Mohd Hafifi - 01 Aug 08 at 05:00:51
baik ada daripada xda langsung..
farahaznil - 01 Aug 08 at 06:31:20
clickbank ni bgs sngt ke??apa yg ada dlm program ni sbenarnya??tak paham aku..
riku - 01 Aug 08 at 06:42:35
tahniah. BUkan senang nak dapat komisen macam nih..
abdfatah - 01 Aug 08 at 08:14:39
eh eh eh jualan dah tutup laa… aiyooo…

kalo nak lebih faham lagi pasal clickbank nih daptkan aje panduan clickbank mawardee… gerenti faham punyaa laaa…
akazuma - 01 Aug 08 at 08:20:00
satu je aku mampu cakap. Tahniah. Dah macam2 bukti dah titan share dengan kita. Aku percaya sangat dah..
farahaznil - 01 Aug 08 at 09:12:10
tapi bila la kita nak dpt mcm dia tu kan3??hahahaha
Mohd Hafifi - 01 Aug 08 at 09:28:49
a’ah..bile la nak dapat…tggu gak dapat komisyen cam gitu..best tu..
akazuma - 01 Aug 08 at 09:37:41
farah, hafifi. Bila nak dapat? Bila kita dah usaha la. Bila kita dah promosi dan dapat wat sales macam titan..

Time tu, dapatla. Silap aribulan. Lagi banyak dari titan..
abdfatah - 01 Aug 08 at 10:01:41
clickbank nih kena buat promosi laa baru dapat hasilnya… kalo tak promote tak dapat laaa…
farahaznil - 01 Aug 08 at 10:53:31
aku dah bukak dah link CB ni..kena beli dulu ke br dpt jd affiliate dia??
akazuma - 01 Aug 08 at 11:19:00
aah, kene beli dulu kot. Baru dapat jadi affiliate. Ko tanye titan la..
Din Beramboi - 01 Aug 08 at 14:51:23
Hoho..tahniah Titan. Hari ni aku baru dapat RM120 dari Alang untuk komisyen Rahsia Zango..hehe. :D

Affiliate boleh buat duit beb.. :D
farahaznil - 01 Aug 08 at 15:24:44
klu beli alamatnya berzaman la nak buat duit dgn CB ni..huhhuu..wah din..takmo cerita lebih ke psl projek br ko tu??hi hi hi
akazuma - 01 Aug 08 at 15:28:57
huhu. Banyak gak tu din beramboi. Dari affiliate zango aje dah banyak income. Tu belum lagi dapat dari zango.

Zango dah dapat income ke lum dinberamboi?
farahaznil - 01 Aug 08 at 15:36:46
huhhuu..aku slalu dgr psl zango ni..best ke dpt income dr dia??byk ke dia byr??
rizq - 01 Aug 08 at 16:39:57
Apa yang boleh dibuat dengan RM15.00 ?
1. Topup prepaid
2. Tengok wayang
3. Beli majalah
4. 3 hari stok dunhil 14 (kalu spesis nage mungkin tak cukup)
5. Isi petrol (motor saje kot)
6. Kalau dulu boleh dapat 3 cd lanun cetak rompak kat lowyat
7. Share bayar main futsal
8. Belanja makan tengahari untuk 2 atau 3 orang
9. 2 kali boleh basuh kete
10. Sedekah kat mesjid sempena hari jumaat yang mulia ini.

Dari 1-9, aku confirm one shot jer boleh kasik abis..tang ke-10 tu je was-was, KENAPE YEK!!!!!
farahaznil - 01 Aug 08 at 22:31:23
yg ke 10 tu takde makna nyer org kita nak buat..bab2 sedekah ni..al maklumla..manusia klu kebaikan mmg kedekut..huhu..bab pembaziran suka le dorang..
titan - 01 Aug 08 at 22:34:01
Merah, sikit aje tu. Tak banyak. Tapi kira boleh la jugak..

nuaeman, itu ko kene tanya si hafidz la. Dia terlupa atau busy sangat kot. Blog dia pun tak update lagi.

hafifi. Betul. Takde emas, batu pun berguna apa..

farah, clickbank ni kiranya pasar terbesar didunia internet ni la. Ramai peniaga yang jual barang diorang kat sini. Sayur ada, ebook ada, produk ada, macam-macam ada..

Din, memang affiliate boleh buat duit maa. Janji kita usaha..

fatah, eh. Jualan dah tutup keR? Kalau ada yang berminat nak beli macam mana?

rizq, macam2 yek ko nak buat dengan RM15 tu. Yang ke sepuluh tu, biasanya aku buat. Takdela juta-juta. Sekadar yang kita mampu..
Mohd Hafifi - 02 Aug 08 at 00:47:04
akazuma, nnti la..newbie kena slow2..tak ley gopoh2,nnti tak jadi..
AmmarZahar - 02 Aug 08 at 02:34:14
Wah..

2 sales sebulan kira dah best la tu untuk affiliate..

Aku mmg tak pandaila nak jadi affiliate ni..hehe
rina - 02 Aug 08 at 03:14:19
hafifi, boleh. cuma kita kene usaha dengan lebih kuat lagi aje..

ammar, tak pandai? kita kene balajar la kalau nak pandai. Nanti leh dapat income macam titan gak..
samdaddycool - 02 Aug 08 at 03:16:39
… aku sedang mencari-cari rentak utk affiliate.. (al-maklomlah traffic baru merangkak.. dulu lagi teruk!)

..affiliate yg aku dah berjaya jual. buku kambing… tu pun pasal ramai org cari info kambing kat blog aku..

apa2 pon.. tahniah titan..

p/s - titan, bila nak belnja aku makan kuit teow paling sedap dalam dunia.. (kat cc banting? )
titan - 02 Aug 08 at 03:46:29
hafifi, ammar, rina. Kalau tak cuba, kita takkan tahu kan? So, baik kita cuba daripada kita asyik bagi alasan aje kan?

samdaddycool. Buku kambing tu? Hehe, aku dah join affiliate. Cuma tak promosikan aje lagi. Hehe..

Nak kuew tiaw? Meh datang banting la..
samdaddycool - 02 Aug 08 at 04:40:27
aahh.. buku rahsia kambing.. sementara aku siapkan buku kambning aku sendiri..

…aku akan datang banting.. ym aku no phone!
silentleo - 02 Aug 08 at 09:31:57
hehe. nih pun dapat income gak. Yang ni aku tak join dan tak promote. So, i got nothing.
muhafis - 02 Aug 08 at 09:48:22
ermm duit free lagik.. thanx titan.. boleh try nie.. nga sengkek laepun.. huhuh
titan - 02 Aug 08 at 10:54:36
ko nak no hp aku? Gi cek kat bahagian vcc kat atas tu? Aku rasa aku ada letak kat situ. Takpun, gi usha kat wangcyber. ada aku letak kat situ. Haha..

silentleo, muhafis. Try aje. Sape-sape pun boleh nak wat duit dari program affiliate ni. Janji kita usaha la.
abdfatah - 02 Aug 08 at 10:55:00
“AMARAN : Sila Baca Maklumat Penting Berikut

Tawaran ini terhad sehingga 11.30 malam pada 31 Julai 2008 sahaja dan selepas tarikh ini tawaran ini ditutup serta merta!

Tawaran khas ini hanya untuk rakyat Malaysia yang bijak mengambil peluang dan mempunyai minda untuk berjaya dalam Clickbank sahaja!

Jualan Pakej Ini Sudah Tamat! “

itu yang ada dalam site tersebut…

berminat jugak nak dapatkan panduan clickbank…?

jawapannya adalah panduan clickbank mawardee.
videono - 02 Aug 08 at 12:43:50
nak watpe no hp titan ni?? hehe..
samdaddycool - 03 Aug 08 at 09:01:29
senang contact titan,, nak pekena kueteow paling best dalam dunia….
riku - 03 Aug 08 at 09:03:10
fatah.nampak gaya, ramailah orang malaysia yang tak bijak sebab tak ambil peluang untuk dapatkan panduan clickbank mawardee ek.

Kiranya termasuk titanla ek? Sebab titan pun orang malaysia..
abdfatah - 03 Aug 08 at 14:40:10
yea yea sebagaimana yang tertulis dalam sales letternya itu… sila baca makluman yang selanjutnya berkenaan peluang penamatan jualannya itu.

peluang penamatan jualan?
silentleo - 03 Aug 08 at 15:00:20
so, maksudnya mawardee adalah orang yang bijak kerana menjual panduan tersebut dan menyertai clickbank la? Ouh..begitu :)
copernicus - 07 Aug 08 at 15:30:10
huhuhu… memang best beli dari link affiliate titan ni… banyak dalam satu! :D

mujurlah sempat buat pembelian pada malam tu… rasanya dalam pukul 10 lebih gitu… rasanya orang paling last beli kot… :) Fai memang buat sale tertutup aja… bodek-bodeklah dia kalau nak juga… huhuhu… :D

panduan Mawardee pun… memang UMPHHH! :D
Farahaznil - 29 Aug 11 at 16:55:56
hahaha..kecikny gmbr..hahaha….



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011