Archive for July 2008


OKeh. Sebelum aku pergi solat jumaat nanti. Aku nak share dengan korang satu lagi program yang dah banyak membantu aku buat duit dengan blog. Jika kau orang ada blog, amat rugilah jika kau orang tak exploitasi atau ambil kesempatan untuk buat duit melaluinya. Mungkin kau orang tidak tahu atau tak pandai. Tapi jika kau orang sudah sampai di blog ini dan baca entri ini, aku yakin hati korang akan tergerak untuk menyertai program Sponsoredreviews ini. Benar, aku kira korang pernah lihat entri edisi siasat tentang Program Sponsoredreviews bukan? JIka belum baca, korang leh gi baca dulu kat sini.

Ok. Ini bayaran terbaru yang aku baru dapat hari ini. Tak banyak tapi sejurus selepas aku dapat bayaran, aku mendapat satu lagi offer untuk menulis ulasan tentang satu website. Rezeki jangan ditolak bukan? Maut jangan dicarik. Makan plak jangan sorang-sorang..

paymentsponsoredreviewsha8.th Open Case: Buat Duit dengan Sponsoredreviews


JAdi, bagaimana? Lupakan adsense dan advertlets seketika jika korang rasa korang susah nak buat duit dengan program itu. Apa kata korang tumpukan untuk buat duit dengan membuat ulasan untuk beberapa website yang diupah oleh advertiser dari Sponsoredreviews ini? Ini lagi bagus bukan? Tapi aku mintak maaf, nak tak nak, korang kene memenuhi beberapa syarat untuk dapat duit dari program ini.

1. Mesti ada blog. Jika blog yang ada PR. Lagi bagus!
2. Mesti tahu tulis dalam bahasa english. Tak tahu, Gi belajar!
3. Jangan copy dan paste artikel orang lain. Kalau kantoi, padan muka!
4. Fahami rule dan baca FAQ setiap program yang korang nak join.
5. Mahu tak mahu, kene ada akaun paypal
6. Program ni, korang kene BID dulu. Siapa offer harga paling murah biasanya dapat menang job.

Sebenarnya, aku ada sentuh bab syarat ni di entri lama yang aku buat dulu. Cuma aku nak wat tambahan, korang kene mahir dengan selok belok benda macam ni. JIka korang mahir dan dah biasa buat duit dengan cara ini, aku yakin korang boleh pergi jauh kerana dah banyak program macam ni di internet ini. Cuma korang tak tahu aje kan? Nanti aku akan cerita sedikit tentang program lain. Kalau tak pun, gali aje kat blog ini di entri-entri lama blog ini. Tak sukar bukan?

Dah, jangan bagi alasan lagi. Jika korang mahir berbahasa english, program ini memang untuk korang. Kalau tak mahir, korang masih leh wat sertai dengan menggunakan bantuan kamus atau upah la kengkawan korang buatkan. Bahagilah keuntungan itu jika korang mahu. Pepandaila wat outsource yek.

Jom buat duit dengan blog melalui Program Sponsoredreview sekarang. Itupun kalau korang minat laa >> www. Sponsoredreviews.com

Ps: Aku nak layan anime Hajime No Ippo Jap. NAk tengok gak? Baru sampai episode 46 aje..

Popularity: 7% [?]


Sphere: Related Content


[audio:Utada Hikaru - First Love_1.mp3]

Mengapa dan mengapa? AKu pasti ramai yang mengalami masalah ini bukan? Ya. Dulu aku juga mempunyai masalah yang sama seperti korang juga dan kadang-kadang, aku juga mengalami masalah yang sama. Kita semua tahu mengapa ianya berlaku. Masalah mencari prospek, downline atau referrals ini sebenarnya sudahh menjadi masalah normal dalam dunia internet marketing ini. Jika anda seorang blogger atau IM, aku yakin sedikit sebanyak korang akan menghadapi masalah ini.

Ok. Kita tengok dalam aspek affiliate program yang dijalankan oleh program2 luar. Maksud aku bukan affiliate yang dijalankan oleh orang kita. Mereka mempunyai pelbagai cara untuk mengumpan orang untuk menjadi affiialiate mereka dan aku yakin tak ramai orang kita boleh ikut cara mereka. Secara jujurnya, aku sudah tidak beli langsung produk dari program2 luar. Langsung sudah tidak beli kerana aku sudah tidak berapa percaya produk mereka. Kadang-kadang terlalu basic dan terlalu sukar untuk difahami. Aku malas cerita tentang produk yang mana satu. Cukuplah aku faham apa yang berlaku. Tapi tak dinafikan ada sesetengah produk yang sangat bagus. Itu satu fakta yang kene aku fahami dan aku yakin ramai yang masih bebal tentang perkara ini bukan?

 Korang rasa Kopi Manis ke Pahit?


Anda tahu apa itu produk MRR? Produk MRR yang dijual oleh produk luar sudah jadi huru hara kerana kebanyakan mereka memberikannya secara percuma sahaja. Tiada lagi aktiviti jual beli dan bagi aku, ianya agak tepu seketika. Kalau korang perhatikan, blogger luar menggunakan produk MRR untuk menjadi bonus untuk program affiliate mereka dan juga produk jika kita subsribe blog mereka. Selalu aku dapat produk MRR dari cara begini. Berdasarkan kajian aku, tak semua produk MRR ni tak berguna. Banyak yang berguna terutamanya jika melibatkan isu-isu teknikal dan design. Tapi jika tentang adsense atau make money online, jujurnya. Banyak yang copy paste dan tak kurang juga isinya terlalu sama..Tak percaya? Aku tak kesah. Aku cakap berdasarkan pengalaman dan fakta. Bukan main hentam kromo je..

Jadi, situasi ini akan mencabar kita untuk mendapat lebih ramai prospek. Aku yakin korang pun faham situasi sekarang kan? Affiliate program dan MRR menjadi medan pertarungan blogger dan IM untuk mencari pendapatan sampingan yang lumayan. Masalah sekarang, cara promosi bagaimanakah yang berkesan? So, korang agak kan?

Dari mailing list, blog marketing, forum marketing, article marketing, video marketing, PPC marketing dan sebagainya, yang mana menjadi keutamaan korang dalam proses promosi? di sini, aku cuma hendak bagi nasihat. Pilih satu atau dua cara dan jadikan ia sebagai keutamaan. Mahirkan bidang tersebut dan korang akan nampak hasil dari cara promosi tersebut. JIka korang pilih viral marketing, buat betul2 promosi sama ada dari segi landing page dan design yang lawa-lawa. Jangan terlalu ala kadar dan usahakan promosi di banyak tempat seperti squidoo, hubpages, friendster, facebook dan pelbagai tempat lagi.

Dan jika korang guna PPC marketing pula, keyword mesti pandai pilih. Jika tidak, korang hanya buang duit dan masa sahaja. Jika pilih blog marketing, korang kene rajin update blog. Macam yang aku buat ni la. Faham? Jika korang bijak menggunakan forum, gunakan sepenuhnya peluang yang ada. Contohilah mereka-mereka yang telah berjaya dan satu. Usaha untuk berjaya adalah seumpama kopi yang sangat pahit. Jika korang nak berjaya, korang kene pastikan kopi yang pahit itu semakin manis dan enak rasanya.

So, persoalannya sekarang, kopi yang korang rasa tu kan, pahit ke manis? Jadi, perjalanan untuk menjadi raja affiliate atau pro affiliate itu masih panjang. Korang kene usaha dan terus usaha. Promosi mesti dilakukan dan walaupun kita belum sampai tahap untuk upah seseorang untuk membuat promosi terhadap produk kita. Usahakan cara lain yang mungkin korang rasa ianya membantu sama ada cara itu berbayar atau percuma.

Aku malas cakap banyak lagi sebab hari ini aku penat kemas bilik dan aku rasa masalah mencari downline ini merupakan masalah dunia. Ramai yang mudah putus asa. Jadi, jika korang putus asa dan kurang berjaya dengan affiliate, cuba sahaja program lain. Tinggalkan affiliate program. Noktah!

Ps: Aku rasa baik korang dapatkan ebook percuma Rahsia Pro Affiliate untuk ketahui cara beberapa otai affiliate yang berjaya buat duit dengan affiliate program >> Download Rahsia Pro Affiliate

Pss: Aku hanya melontarkan pandangan aku tentang Affiliate dan MRR. Mungkin ianya betul dan mungkin juga pandangan mengarut dari sudut mata aku. Tapi aku pedulik apa kalau korang benci apa yang aku tulis ni. Tapi kalau tak dapat wat duit dari program affiliate, itu tandanya, kopi korang pahit lagi la. Jangan call aku untuk tahu bagaimana nak bagi kopi korang lagi manis aa. Kene diabetes, aku tak tau..

Psss: Aku lupa. Korang pun leh belajar dengan video marketing di sini untuk memantapkan promosi korang. BAca sahaja ebook percuma ini >> Rahsia Trafik Video Marketing

Popularity: 8% [?]


Sphere: Related Content


Satu masa dahulu, anda merupakan seorang pelajar yang sering ketinggalan dalam pelajaran dan dapat kedudukan paling belakang dalam kelas.

Satu masa dahulu, anda merupakan seorang pekerja biasa yang mengorbankan masa, jiwa dan raga anda hanya untuk mencari duit gaji yang sedikit bagi menyara hidup anda.

Satu masa dahulu, anda merupakan seorang pelajar yang bebal berbahasa english dari segi komunikasi ataupun menulis surat cinta..

Satu masa dahulu, anda merupakan seorang pemain bola sepak dan dibayar dengan gaji yang mahal. Tetapi anda dan isteri anda adalah seorang kaki shopping dan boros. Malah, anak anda sepet matanya..

Satu masa dahulu, anda merupakan seorang manusia yang tidak bahagia dalam kehidupan anda malahan hidup anda sunyi, sengsara, kesempitan dan derita setiap masa.

TAPI itu semua hanya merupakan satu masa dahulu dan kita tidak boleh ubah masa lampau yang penuh
dengan kepahitan tersebut. Kita tidak mempunyai mesin masa Doremon untuk mengubahnya. Atau kata
lainnya KITA TIDAK BOLEH UBAH MASA SILAM KITA! (Ler, filem Back to the future tu tipula gamaknya??)

Apa yang perlu anda lakukan sekarang ini adalah mengubah diri anda mulai hari ini untuk menjadikan
masa depan anda lebih manis, cerah dan lebih bagus daripada semalam dan masa silam anda yang pahit.

Tidakkah anda mengimpikan rumah besar, kereta besar, hidup bahagia, 4 orang isteri, dapat subsidi minyak percuma, duit banyak dan dihormati orang lain?

Percayalah anda layak untuk mendapatkan semua itu dan tidak ada satu perkara pun yang boleh halang anda untuk mendapatkan semua itu. Satu-satu Kunci untuk mendapatkannya ialah anda perlu menguasai minda anda sendiri.

Ingin tahu bagaimanakah cara yang paling mudah untuk menguasai minda anda? Ke korang memang lembab?

banner2 Evolusi Minda atau Anda memang Lembab?

Apa yang perlu anda lakukan ialah mempelajari cara untuk mengawal minda separa sedar anda dengan lebih praktikal di >> www.evolusiminda.com

Jika selama ini minda anda mengawal anda, sekarang masanya untuk anda mengawal minda anda dan berubah menjadi lebih baik!

PS: Salah satu sebab mengapa anda dikawal minda anda dan tidak berjaya ialah kerana anda sering beralasan untuk maju ke hadapan. Jadi, jangan biarkan alasan meranapkan masa depan anda.

Titan: Ini semua ayat promosi. JIka korang terkesan atau terkedan-kedan. Layankan aje. Aku yakin kau orang akan dapat sesuatu dari seminar ini dan juga dapatkan Ebook Percuma tentang Evolusi Minda.

PSS: Jika kau orang hebat mengawal minda. Cuba terapung cam David Blaine dalam 10-20 saat? Haha. Aku berjaya buat. Tapi dalam 3-4 saat jela..

Popularity: 6% [?]


Sphere: Related Content


[audio:happybirthday_1.mp3]

Haha. Dengar aje lagu itu. Ya, hari ini adalah hari earncent.com menyambut hari jadinya yang pertama. Domain Earncent.com ini telah dibeli pada 15 Julai 2007 dan hari ini genaplah setahun usianya membantu aku mendapatkan sedikit dari internet melalui pelbagai kaedah yang sukar untuk diterangkan satu persatunya. Nih gambar dari seseorang yang baik hati.


 Setahun bersama Titan dan Earncent.com


Aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua orang yang selalu hadir ke blog ini dan berkongsi idea bersama-sama. Tak kurang juga kepada Top-Top Komentator dan Follower blog ini dari dulu dan akan datang. Aku akan cuba berikan lebih banyak edisi siasat dan open case kepada korang dengan kajian yang lebih mendalam. Nantikan juga produk terbaru pada masa akan datang. Maaf kerana produk aku selalu lambat kerana aku sangat sibuk. Betul. Itu alasan yang selalu aku buat walhal aku malas sebenarnya..

Ini statistik tak rasmi untuk tatapan korang tentang blog earncent ini.

Entri Paling Popular Sepanjang tahun:

Open Case : Sufiah Genius dan Shilpa Lee Pelacur. Apa Beza? - 37602 view
Open Case : Sufiah Mengaku dia Sangat Suka Jadi Pelacur! - 6052 view
Edisi Siasat : Adakah Monsun-biz dan BossMailer itu Scam? - 5120 view
Open Case : Isu Panas Filem Fitna! - 4875 view

Top Search Keyphrases (Top 10)
earncent
earncent.com
buluhmas (tak sangka leh naik dalam 2 minggu aje..)
surfjunky
korang (bende ni pun leh jadi top search? aku tak faham..)
sufiah
onemanga
contest

Blog ini..

Blog ini telah menghasilkan 273 entri posts, mengandungi 136 kategori dan 452 tag.
Blog ini menggunakan FTW theme dengan bantuan 18 widget.
Blog ini mempunyai anggaran 8540 komen selama 1 tahun ini. Aku agak-agak je ni..
Blog ini juga telah menjana lebih dari ribuan ringgit dan dollar. Tak banyak kan?
Blog ini dikendalikan oleh seorang pemuda yang sangat kacak. Haha..
Blog ini popular dengan dengan entri edisi siasat dan open case.
Blog ini pernah kehabisan bandwith pada bulan April 2008
Blog ini akan menelan 2-6 Gigabyte bandwith hampir setiap bulan..
Blog ini mempunyai hits tertinggi pada bulan April iaitu 1411454 hits!
Blog ini lebih banyak dilayari melalui Internet Explorer berbanding Firefox.
Blog ini pernah dilayari melalui browser K-meleon dan Konqueror.

Senarai Contest Yang Pernah dijalankan di Earncent.com

Top Commentor Contest 2007
Kuiz RajaPayloadz Bermula hari ini!
Contest Comment Masters Duo
Leo Contest - Part 1
Leo Contest - Part 2
May Comment Contest 2008 its Open Now!
Earncent Review Contest - Sejauh mana anda kenal titan!
July Comment Contest Dilancarkan

Produk Rasmi:

Ebook Panduan Mylot (Produk terlaris pada 2005-2007)
Ebook Panduan RajaPayloadz (Produk terlaris pada 2008)
Ebook ES101-101 (study case titan secret)
Ebook ES107-Tune (study case Tunemoney dan VCC)
Ebook ES102-Project B (study case XXXX - ni projek baru)

Kebanyakkan penguna blog ini menggunakan windows. 2217090 hits datangnya dari windows, 13101 datangnya dari Mac, 12528 hits datangnya dari Linux, 81 hits datangnya Sony PlayStation Portable, 36 hits dari HP UX dan 166407 hits dari operating system bernama unknown. Serius, ada orang masuk blog ni pakai Sony Playstation? Biar betul? Dan apa itu HP UX? KOrang tau tak??

Ehm dan macam2 lagi statistik yang aku leh tunjuk kat sini, tapi aku yakin ianya akan memakan lebih dari 10 entri post. So, daripada aku buang masa. Korang tatapi jelah statistik yang aku berjaya tulis. Aku tak larat nak update semua tapi ini je yang aku mampu buat. Dan sebenarnya terlalu banyak pengalaman baru dan pengalaman pahit yang aku kongsikan di blog ini. AKu tak tahu macam mana nak bagi penghargaan kepada blog ini. Tapi aku gembira kerana aku berjaya menulis di blog ini lebih dari satu tahun. AKu harap aku akan terus menulis untuk tahun-tahun berikutnya.

Sekali lagi, tahniah untuk diri aku sendiri dan juga tahniah kepada anda kerana membaca tulisan aku sehingga hari ini. Mungkin ada tulisan aku yang agak kasar atau membunuh perasaan korang membuat duit di internet. Tapi jika tidak berbuat demikian, kau orang tidak akan serius untuk membuat sesuatu. Hendak buat duit tidak ada jalan mudah. Kita kene belajar pelbagai perkara untuk berjaya. Aku tidak kata aku tak berjaya dan aku tidak kata aku pasti gagal. Aku sudah mengalami pelbagai kegagalan dan rugi ribuan ringgit.

Dan sedikit demi sedikit aku faham erti kebebasan kewangan dan juga nilai wang didunia ini. Benar, wang bukan segalanya, tapi tanpa wang. Blog ini takkan wujud . Siapa kata wang tidak penting, anda silap besar dan boleh pergi main jauh-jauh dari blog ini jika tidak percaya hakikat ini. Korang kene faham. Cuma konsep kehidupan dan konsep wang itu kita kene perhalusi. Ada orang kata cinta itu lebih penting dari wang. Tapi percayalah, tanpa wang, cinta korang juga akan jadi sia-sia. Dan tanpa cinta, blog ini juga akan sia-sia. Jadi blog ini mempunyai dua tema khusus. Duit dan Cinta. Korang suka atau tak. Aku pedulik apa!

Ok. Puas dah aku mengarut hari ini. Ini hari untuk blog ini. So, kalau korang nak kutuk ke nak puji aku atau blog ini, aku terima dengan hati terbuka dengan perisai kesabaran. So, kutuklah sepuas-puasnya. Aku takkan membidas apa yang korang cakap walaupun apa yang korang cakap itu tanpa bukti kukuh. Nak kutuk ke tak?? (kutuklah kalau berani. Haha..)

Apapun, Selamat HARI JADI Earncent.com!!

PS: Serius, setahun. 4-5 kali aku akan diserang batuk. Mungkin aku juga kene tulis wasiat dan cari orang untuk menulis diblog ini selepas aku tiada nanti. Huhu..

PSS: Kredit Gambar untuk NR Yumie.

[audio:The_Click_Five_-_Happy_Birthday.mp3]

Popularity: 9% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011