Hari ini aku cuma nak sentuh tentang masalah berhutang dikalangan blogger dan webmaster. Tak kurang jugak dapat aku katakan bahawa ini masalah kronik dan global rakyat Malaysia. Aku berani jamin hampir 80% setiap rakyat Malaysia yang masih bernafas mempunyai hutang sama ada hutang itu adalah hutang kad kredit ke, hutang pinjaman rumah ke, hutang kereta ke, hutang PTPTN ke, hutang pinjaman perniagaan atau hutang bank dan pelbagai hutang yang aku malas nak sebut kat sini. Itu lum termasuk hutang mas kawin atau hutang belanje kawin atau hutang along bukit beluntung..

So, dari segi penyelesaian. Apakah langkah yang kau orang wajar buat untuk menjawab persoalan hutang ini? Adakah anda masih meneruskan aktiviti berhutang ini sehingga tua atau anda ada alternatif sendiri untuk menyelesaikannya?

Secara jujurnya, aku juga mempunyai beberapa hutang yang perlu diselesaikan. Jangka masa adalah dalam tempoh 2-3 tahun ini. Aku yakin hutang itu akan habis dan tak mustahil untuk hutang baru akan timbul. Tapi aku akan usahakan agar ianya tidak terjadi berdasarkan plan jangka masa panjang yang telah aku rangka pada tahun akhir di UMS dahulu. Harap-harap tak ada perubahan dalam tempoh terdekat ini. Jadi, korang plak bagaimana? Adakah korang sudah merancang atau masih belum buat apa-apa? Jika belum buat apa-apa, apa kata korang berfikir sejenak sekarang.

Ya, aku tahu sesetengah orang ada caranya sendiri dan aku juga faham setiap orang ada masalah masing-masing yang sukar untuk diselesaikan. Jadi, apakah cara untuk membantu menyelesaikan hutang anda? Aku suggest 2 cadangan sahaja.

1. Jika korang dah kerja. Berjimat dan buat kerja sampingan.
2. Jika korang adalah perempuan. Kahwinlah dengan orang yang gaji bulanannya 4-5k ke atas.

Jika korang tergolong dari golongan pertama, nasihat aku. Usahalah sampai tulang belakang korang sakit dan juga kurangkan makan gula. Maksud aku, jaga kesihatan. Jika korang sakit, hutang tak leh bayar dan jika dah kawin, korang cuma akan menyusahkan keluarga korang aje. So, jaga diri dan kurangkan makan. Makan bila lapar dan biasakan minum air suam banyak-banyak. Bila kita sehat, kita leh cari duit banyak-banyak dan langsaikan hutang kita. Lepas tu, nak kawin pun sonang. Bapak mertua pun tak pening kepala nak bagi anak dara diorang kat kita. Betul tak??

Jika korang tergolong dari golongan kedua, aku nasihatkan. Ikut aje cakap aku. Cintailah suami korang yang mempunyai banyak harta dan mampu menyara korang. Zaman sekarang, jika kau tak ada duit, jangan haraplah ada perempuan hendakkan engkau. Fakta ini aku sudah kaji sejak aku mengenali perempuan. Pengalaman dari darjah enam mengajar aku. Serius, jarang betul budak perempuan nak keluarkan duit dulu berbanding kita kalau kuar dating atau belanje makan.

Dan satu lagi fakta, bukan perempuan itu hina kerana memandang duit. Tapi lelaki kene ingat. Korang sudah hidup zaman 2k, bukan zaman 1k. Zaman sekarang, semua tentang duit. Tanpa duit, pilihan raya pun tak leh ON tau. Ceramah malam-malam pun tak leh ON. Tanpa duit, bakal bapak mertua reject korang. Tanpa duit, korang tak leh beli kereta mercedes atau perdana. Pegawai Polis pun takkan bekerja tanpa gaji dan sebagainya.

Jadi, jika kau kata duit itu tidak penting dan tidak menerima hakikat kepentingan duit, aku yakin ada urat saraf yang rusak di kepala otak manusia itu. Kesimpulannya, perempuan mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan duit. Itu hakikat yang tidak dapat dipisahkan. Jangan sangkal lagi hujah aku ini. Jika kau sayang itu perempuan, duit bukan lagi masalah buat korang kan? So, carila duit banyak-banyak untuk perempuan kesayangan korang. Dan perempuan, jika tidak mahu berhutang. Carilah CEO syarikat atau anak menteri atau anak raja. Insya-Allah, terjamin masa depan korang sehingga beberapa keturunan..

Ok. Cukuplah hujah yang ringkas dari aku. Aku tak berniat nak pergi dengan lebih jauh. Cuma mahu berkongsi sesuatu tentang hutang. Aku ada hutang dan aku sendiri aku cuba membayarnya. Tapi jika aku mati, kewajiban untuk membayar hutang itu jatuh kepada ahli keluarga aku. Biarpun aku tahu mak bapak aku mampu bayar hutang aku. Tapi aku tak nak diorang bayarkan. Cukuplah diorang bagi aku duit untuk belajar dari sekolah rendah hingga ke universiti. Aku tak tau dah berapa ribu depa labur. Tapi aku yakin, hasilnya pasti membanggakan. Itulah aku. Hehe..

Last perkataan, jika ada hutang. Bayar. Jangan bagi alasan. Jika kau orang sanggup mati dengan berhutang. Pastikan korang buat wasiat suruh keluarga bayarkan. Kalau tidak, akibatnya lu pikir sendiri la!

Ps: Hutang PTPTN aku tinggal sikit je lagi. Yeye..


Popularity: 8% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 62 comments. Apa plak komen korang?
mohdhafifi - 30 Jul 08 at 05:11:58
aku pun hutang ade hutang jugak..hutang dengan MARA..byk pulak tu..tension aku..
taukey - 30 Jul 08 at 05:12:37
hutang…hehehe. byk dan masih byk. ada gak bertambah. tapi setakat ni bertambah ikut keperluan. he he he.

kalau kita ditakdirkan awal meninggalkan muka bumi ini, jangan risau. sebab kalau kita mmg pandai kita akan pilih benda benda yg bagus. cth sekarang kebanyakan hutang bank akan dilangsaikan oleh insurans. seperti juga hutang rumah sebab termaktub dalam perjanjian.

jangan hutang along dan jangan berhutang hanya utk kehendak. Parah akibatnya
abdfatah - 30 Jul 08 at 06:44:44
best apa berhutang nih… takleh bayar buat senyap aje… terkulat2 orang nak mintak hutang…

silap haribulan dan bertemu buku dengan ruas… siap sedia laa hadapi segala dugaan hutang tu… hohoho
Din Beramboi - 30 Jul 08 at 07:38:39
Hoho…mmg susah pempuan yg belanjer lelaki Titan. Tapi kul 12 tadi, sorang pempuan ajak aku mkn..dia nak belanja. Comel lak tu..dpt dekan 3 kali lg..wahaha.

Tp aku ckp kat dia, “Sorry la Nas..sy sakit perut la. Len kali leh? Jgn majuk ea.. :)
muhafis - 30 Jul 08 at 08:31:50
hutang ngko tnggal sikit?
waa hebat ekk..
ak baru dip pat 5..
so dah gune 12500 kut..
blum nak bayo agy..
hehehe.. tlg byr sket leh. =p
akazuma - 30 Jul 08 at 09:33:50
hehe. hutang kete tak habis bayau lagi. Hang dah habis hutang, cover sket tempat aku aa..
samdaddycool - 30 Jul 08 at 09:52:24
hutang dan manusia.. dah sinonim, memang payah nak lari….

…aku pun tergolong dalam golongan orang yang berhutang.. (byk woo TEKUN bagi.. mekacih tekun)…

..org yang berhutang, salah satu yang layak terima zakat.. (aku layakkah?)

…..bab perempuan vs duit…??? no komen…
evidence101 - 30 Jul 08 at 10:06:11
pempuan dan duit? itu hakikat yang aku kene terima. pasal hutang, hutang kat tuhan pun tak habis bayar lagi. inikan hutang manusia..
aman - 30 Jul 08 at 10:07:25
dah kerajaan kita mengajar setiap pelajar berhutang melalui PTPTN, menyusahkah kita jer.. :P
riku - 30 Jul 08 at 11:28:26
hehe. sabau ajelah kite baca entri nih. ada je cite pasal pempuan ye.

nak wat camne. tanpa pempuan, siapalah laki kan? kan?
paan - 30 Jul 08 at 12:48:10
aku sangat-sangat bersetuju dengan pendapat bro titan…Sekarang nie,aku belum lagi berhutang dengan mana-mana bank.PTPTN pun baru nak mohon..hehehe.aku nak cuba elakkan dari penyakit suka berhutang nie…artikel yang bro tulis,jadi tambah menarik bila diselitkan dengan cerita pasal pompuan.
samdaddycool - 30 Jul 08 at 12:51:26
…. riku.. biasa lerr…

“no woman no cry…”
taukey - 30 Jul 08 at 13:07:12
bob marley ke sam? he he he.
videono - 30 Jul 08 at 13:10:05
jadi, janganlah suka buat hutang. sakit woo kalau berhutang. lagila kalau hutang lama-lama nih. bunga pun leh naik tu..
samdaddycool - 30 Jul 08 at 13:26:21
..taukey.. betul la tuh.. mcm ‘tim mabuk’… :D
videono - 30 Jul 08 at 13:41:12
apa bende bob marley dengan tim mabuk nih??
Afzai Afandi - 30 Jul 08 at 15:20:58
hutang?? moga2 aku tak mati dalam keadaan berhutang udah… nauzubillah.

1. hutang umah lagi 19 tahun baru abih
2. hutang kete..1 udah 1 belum
3. hutang kad kedit…udah
4. hutang kawan2…ada udah ada belum
5. hutang ngan ALLAH…banyak yang belum
Din Beramboi - 30 Jul 08 at 15:57:09
Pasal hutang ngan PTPTN, aku hutang 1 sem ajer..hehe. Pastu sampai skang aku x amik. Kiranya dalam RM3000 ajer..hehe.

Citernye mcm ni…ms sem 1, aku bertukar fakulti, masuk fakulti sains major in Geology. Patutnya aku kena mohon balik PTPTN atau buat surat ttg pertukaran Fakulti. So, seterusnya aku x dpt PTPTN sb nama aku dah xde dlm database Fakulti lama..hehe.
titan - 30 Jul 08 at 16:22:59
afzai. memacam ko punye hutang yek. banyak tuh..

din, hehe. bagus apa. 3k je kene bayar. Tak lama lagi aku habis bayar la..dulu dekat 10k. Sakit gila nak turunkan angka-angka tuh..
apiz - 30 Jul 08 at 18:45:44
bagus tul la ko Titan, hutang PTPTN aku byk lagi tu hehe.Tu le kerajaan, masa study dah suruh amik loan, pas grade, dah ada hutang dalam tgn…
titan - 30 Jul 08 at 22:30:50
Hehe..so. Kalau takde pinjaman PTPTN tu, camana hang nak sambung study? So, bayar ajelah hutang tu. Sikit-sikit. Lama-lama habis la..
taukey - 30 Jul 08 at 23:46:48
hehehehehe. PTPTN nyer interest tak tinggi. Kira berbaloi gak kalau buat pinjaman tu. yang penting masa dapat pinjaman tu nanti kena tahu menguruskan wang tu. Belanja tak terkawal akan menyebabkan duit habis begitu sahaja. he he he

Sam—-> ekekekeke. “tim mabuk” erk. wakakaka.
titan - 31 Jul 08 at 00:28:06
memang tak tinggi. Ada budak2, guna cara nih untuk dapatkan duit tu untuk run business. Memang untung gila la..

Kalau otak geliga, memang leh pandai pusing-pusing duit PTPTN nih..
Thinker - 31 Jul 08 at 02:13:17
ekekeke. tanye akoo cane nk wat tag tue. alih2 da ade kat cni. hoho.
taukey - 31 Jul 08 at 02:35:44
tu la titan. kalau pandai buat modal pusingan mmg best. ramai buat dan ramai dapat untung.
videono - 31 Jul 08 at 06:07:59
hehe. memang best kalau pandai wat modal pusingan. Masalahnya, kalau tak reti. Memang susah sikit la..
Rafhz - 31 Jul 08 at 10:45:23
yess… at last i got my dream job… yea yea bleh bayar ptptn.. bleh join busines titan…. bleh nk beli kete… bleh nk plan beli rumah… bleh nk plan kawen ghahahahha
titan - 31 Jul 08 at 10:51:42
Akhirnya, keluar jugak dari mulut ko. Bagusla dah dapat keje. Walaupun main hentam aje. Itu namanya rezeki. Itu lebih baik daripada plan ko nak merompak bank atau kedai pajak gadai..
Rafhz - 31 Jul 08 at 11:19:37
hahahaha…. de reply dr tita… hahaha… stress gak la mase interview tu… tp berbaloi laaa
titan - 31 Jul 08 at 11:39:18
stress takpe. Keje la elok2. Nanti dah tetap, senang nak belanje aku nasi lemak sotong hari-hari. Hehe..nak join buluhmas, aku ON aje. Fendy dok tanya aku je. Haha..
merahkatak - 31 Jul 08 at 13:17:08
haha..hutang kene bayar. Jangan tak bayar aa..
samdaddycool - 31 Jul 08 at 13:44:18
congrats rafhz…

.. aku tak sempat rasa ptptn.. aku zaman loan dgn scholar lagi..
tp dh abis bayar
zool - 31 Jul 08 at 13:49:48
Biasalah hutang.. Mesti dijelaskan juga walau apa cara sekalipun
Din Beramboi - 31 Jul 08 at 18:23:28
Apa perasaan korang bila berhutang dgn awek? Ada tak rasa kemaluan yg besar? Ada kawan aku nih..tapi skang nih dah renggang, selalu berhutang dgn awek..boleh kata tiap2 hari lak tu.

Awek dia bagi ajer…awek dia xtau yg dia adalah penagih ubat batuk dan ganja..siot tul.
farahaznil - 31 Jul 08 at 23:02:04
kemaluan yg bsr????hahahaha..yg makwe dia tu bodoh sngt gi bg buat apa..haizzz..cek la dulu latar blakang pakwe dia tu..ni pki main bg je..sok klu dah kawin lg la…hancur..tak silap2..hr2 kena bantai dgn laki sbb tak bg duit lak nnt..huhhuu
merahkatak - 01 Aug 08 at 04:06:05
sape kawan ko tu dinberamboi? Camana ko tau dia ketagih ganja? Budak satu bilik dengan ko ker?

ko kenal awek dia?
farahaznil - 01 Aug 08 at 04:31:48
klu korang jd kawan dia kan..korang rasa patut bg tau makwe dia ke x??
samdaddycool - 01 Aug 08 at 04:38:22
tu satu kebodhan pompuan… akibat ‘cinta’
merahkatak - 01 Aug 08 at 04:47:18
kalau aku kawan pempuan tu, aku bagitau aje. Tapi bersiap sediala untuk kene hentam dengan mamat ganja tu..
farahaznil - 01 Aug 08 at 06:39:00
ayat ko sam..hahahaha..tp mmg betul pun prmpn mmg mcm tu..bodoh sikit..hahaha..sparuh je la..sparuh yg lain terbalik plak gaya dia..huhhuu..tp ko baik kan sam??ko takkan buat mcm tu kan???kan3..hi hi hi

merah..klu ko kwn laki tu plak??huhhuu..tp klu aku jd makwe laki tu..aku takkan bg tau sape yg bg tau dia isap ganja klu dia sayangkan kwn dia yg baik dan telah menyedarkan dia tu..klu jd kwn prmpn tu plak..aku bwk prmpn tu pg tgk bf dia mcm mn..biar dpn mata sndr..sbb kengkadang org prmpn ni tak nak percaya kat kwn dia dan anggap kwn dia tu jeles kat dia n nak rampas pakwe dia..hahaha..prmpn ni pening betol la klu dilyn…huhhuu..mcm2 sangkaan dorang..
riku - 01 Aug 08 at 06:55:40
tak jugak farah. Pempuan sekarang, kalau ada orang cakap serius pasal dadah atau ganja. Dia akan ambil tahu cuma mungkin dia tak tunjuk depan kita.

Pempuan nih, lebih suka kalau laki diorang tu terus terang kat dia. Biasala, nak bagi peluang kedua, ketiga dan ke berapa ntah..

Last2, pempuan tu gak yang tinggalkan laki tuh..
sweetladynad - 01 Aug 08 at 07:55:31
Rafhz… Congratez. Akhirnya macam nih, namun macam tu pulak yang jadik.. Sabo je la..
Datang sabah nanti leh banje aku da..
xpon, aku nak datang tengganu la.

Titan.. da cukup wit untuk orang kesayangan ko lum..? Bila ko nak amek dia..? jangan lupe jemput… ye…


Hutang aku nih baru je nak menggunung tinggi..
Tahun depan memang da stat kene bayar la..

Aku kan.. bleh je kalu nak banje si dia bila kuar.. xla kdekut.
tapi, ati tu rasa best je bila si dia yang kuar uwang lagi2 kalu da pas blaja nih.
bukan bab free. tapi.. ntah la..
Apepon, Time kaseh yang tak terhingga untuk sidia.. huhu.
BYe.
[…] Anyway, if you in debt or want to make money online. This is not a right place to spend your time. Its personal blog. But […]
Din Beramboi - 01 Aug 08 at 14:49:16
Aku rasa bersalah gak x bgtau pompuan tu…tapi, aku xtau nak bgtau camne sebab no pempuan tu aku dah xde..hoho.. :D

Kesian2..
farahaznil - 01 Aug 08 at 15:33:25
sweetladynad ni laki ke prmpn??aku mcm dah keliru plak..huhhuu..asal ko xbg tau dia din??hishhh..ko nmpk dia ckp la slow..hahaha..pndi2 je aku nih..weh laki tu kwn ko ke??
samdaddycool - 01 Aug 08 at 17:00:21
kalo member ko nak isap ganja,… pada aku tak jadi masalah besar, as long.. dia tak heavy.. dan paling penting sekali.. bukan menyusahkan org lain (bukan duit endiri)..

awek dia mmg bodo ayam..
farahaznil - 01 Aug 08 at 22:33:09
takla sam…bodo tapir..bengong…
titan - 01 Aug 08 at 23:01:03
samdaddycool. Takpe, hang dah tak perlukan PTPTN sekarang kan? Kan?

Zool. Betul. Hutang jangan dibawak mati. Sengsara nanti woo..

Din, ramai pempuan berhutang dengan aku. Nak mintak segan plak. Biar la. Malas aku nak bukak buku lama..

farah, suka betul ye ko topik2 macam tu ye? Amboi. Kan main dia..

sweetladynad, ye ker? Hehe..

taukey, tu pasal kalau nak belanje. Kene bawak list. Kalau takde list, memang beli macam-macam..
Pangeran - 02 Aug 08 at 00:46:18
Erm…

Nampaknya saya adalah orang yang cukup… bertuah.

Sebab saya tidak ada hutang.
Hutang kereta ke(Saya beli cash), hutang rumah ke(rumah pusaka waris ke saya), hutang laptop ke(Saya beli cash), takda…

Hutang-hutang yang saya ada ialah bil-bil elektrik, air, dan internet je…

Dan berkenaan “perempuan ku”… Saya ingin menyahut seruan bapa ku… Hehehe…

“Kahwinlah dengan perempuan yang tidak berada, supaya kamu dapat membuat dia mengagumi kamu.”(Eh, betul ke?)

Ya, saya setuju benar dengan titan.
Memang uang bukan segala-galanya, tapi tanpa uang, kita boleh kehilangan segala-galanya. Termasuk cinta(Untuk orang yang kata cinta tak boleh dijual beli.)
samdaddycool - 02 Aug 08 at 03:21:26
..kalo pikir pasal utang, mau pecah kepala jika kita tak ada income / sales teruk.. (nak2 org mcm aku meniaga..)

….tapi jgn sesekali jumpa abg long (ah long)… aku tgk ramai yg lari / kena kaco anak bini (esp org2 meniaga.. yg nakkan loan cara mudah singkat..

pesan aku.. kalau nak berhutang.. (eg. kete, laptop, handphone…) … pastikan anda mampu nak bayar..

p/s - beli kasut, ukur tapak kaki!
Rafhz - 02 Aug 08 at 04:29:07
uang adalah satu pemangkin ntuk cinta.. makin byk wang….. arghhh… x mau pk.. sweeatlady tu pempuan la… hoho dah ade bf senyap2 yerk… x kaci tau aku… nsb aku x sempat antar rombongan kat ko… hehehe
samdaddycool - 02 Aug 08 at 04:43:20
wahhh rafhz… ko ‘berpalsampah’.. pemangkin cinta??? ahaks…
farahaznil - 02 Aug 08 at 05:23:19
rafhz pas dah dpt keje..dia pk nak kawin je..hahahaha…
Rafhz - 30 Sep 08 at 02:48:46
eh.. mane de pk kawen aje… pk nk beli kete.. nk modified rumah.. nk bg duit kat mak n ayah… kan banyk bende rafhz pk nie… hehe
Raja Kamil - 11 Oct 08 at 09:58:58
duit tu penting.

tapi yang paling penting, duit bukan segalanya
abdfatah - 14 Oct 08 at 08:36:16
duit takder kena cari laa untuk bayau hutang… takder duit hutang lagi untuk setelkan hutang yang lain… beranak pinak jawabnya hutang yang tertanggung… bebaskan diri anda dari hutang…
Nad - 14 Nov 08 at 00:08:57
Hahaha…duit pandang jugak tapi agama jgn lupa… Dapat suami yg anak datuk or menteri tapi kalau xsembahyang n kaki botol x bahagia jugak idupye… :D
merahkatak - 14 Nov 08 at 03:25:21
Raja kamil. Betul tuu… :)

Nad, hehe. kalau dapat pempuan yg tak betul perangainya, itu pun tak best gak.. :D
farahaznil - 14 Nov 08 at 06:23:03
merah..apsal..ko suka prmpn yg tak betul ke?hi hi hi
humbleandmodest - 06 Dec 08 at 17:19:13
ohhh..
org berhutang dengan aku 1000++..
perlu menjadi ceti seketika..
haha!
tian - 11 Oct 09 at 21:18:02
Rafhz. kawen ajela. Ko kan dah ada duet. haha…

RK. Yap. Memang segalanya bukan duit. Tapi macam-macam benda perlukan duit sekarang. Kemiskinan itu tangga kehinaan. Sebab tu sebolehnya aku tak miskin..

Nad. Sebab tu la cari dato atau anak dato yang ok sket. Yang KO tu, memang berlambak..

merahkatak. Lantak depa la..

farah. diorang suka kot?

humbleandmodest. Biasalah tu. Aku pun dah biasa jadi ceti ni..
Farahaznil - 29 Aug 11 at 16:54:29
” bukan perempuan itu hina kerana memandang duit”——aku suka..haha



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011