Berita buruk. Semalam hari jadi aku. Tapi aku tak dapat masuk blog dan update macam biasa. Waaa..apapun, aku semakin tua dari hari ke hari. SO, apa yang aku harap, hidup ini menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya dan tak kurang juga sedang berusaha untuk menghabiskan hutang-hutang kereta dan PTPTN yang tinggal sikit tu. Siapa yang hutang aku tu, korang ingat kan no akaun bank aku?
Kepada semua pengunjung dan tukang komen blog serta tukang buat backlink, terima kasih di atas segala kerjasama yang tidak ternilai dari korang. Walaupun blog ini sangat dibenci oleh Google, tapi aku harap korang semua tak benci aku. Tu pasal PR aku langsung tak naik bila diorang dah update 2,3 hari lepas. Jeles la tu sebab aku menyertai program2 yang kurang digemari oleh mereka. So, kawan-kawan, jangan ikut jejak langkah aku ni. Aku tak benci diorang, cuma blog ini memang bukan dibuat untuk Google dan keluarganya. Tak apelah, aku tak rugi, diorang pun tak untung.
So, aku harap dapat kek hari jadi la dari NR Yumie lagi. Kalau untuk blog leh, takkan untuk aku plak tak leh? Apapun, aku ucap sekali lagi kerana korang semua banyak support blog yang tak seberapa ini dan aku akan berusaha untuk buat entri-entri yang lebih kontroversi dan bukan sahaja kepada entri edisi siasat sahaja.
Sejak internet rumah aku bermasalah, aku hanya mampu mengupdate koleksi-koleksi edisi siasat aku dan meneruskan penulisan untuk produk terbaru aku iaitu ES102-Power of Blogging. Aku nak letak harga RM50. Korang agak murah ke mahal? Sebab produk ni lebih kepada blog atau aku menulis kajian bagaimana hendak buat duit dengan menggunakan platform blog. Ini sajalaj projek terkini dari aku. Sebenarnya ada satu projek web jualan. Tapi tak siap2 lagi. Aku cuba wat sementara internet tengah down ni. Biasanya, bila internet down, aku akan lebih serius untuk menulis report dan mengkaji edisi siasat.
Beberapa payment dari program yang aku sertai sudah membuahkan hasil. Bila line internet dirumah ditahap yang memuaskan, aku akan update kat sini dan mungkin beberapa payment itu korang cuma akan dapat lihat di Item102 nanti. Aku tak leh tunjuk semua. Takde kejutan la kan macam tu? Tapi jika korang nak dapatkan Pakej Item102 itu, bersiap sedialah dengan harga RM30. Itu harga promosi yang akan akan aku letak semasa hari pelancaran nanti. Aku harap tak terlalu mahal buat korang.
Pakej Item101 sedang diupdate. Web Jualan Item107 sedang dirangka. Korang semua akan dapat update terbaru dalam masa satu minggu dua ini. Aku sangat sibuk sket dalam 2-3 hari ini. So, jika lambat dapat update Pakei Item101, aku harap korang boleh sabar menunggu. Sesiapa yang membeli Pakei Item101, aku dah hantar link download tadi. Sila semak email anda masing-masing. Jika belum beli, leh dapatkannya di sini >> Pakej Item101
Itu sahaja yang aku hendak sampaikan pada korang dan dengarla lagu hari jadi untuk diri aku sendiri. Takde orang pun yang nyanyi untuk aku semalam. Waa…
Ps: Semalam, aku sambut hari jadi aku dengan makan Kuew Tiaw Goreng Basah tersedap di Bumi ini. Serius, aku rasa memang sedap gila semalam. Yap, aku online di cyber cafe ni. Aku dicaj Rm2 untuk sejam.
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Open Case: Did we need to take Flood Insurance? | Aku, Hutang dan Perempuan »




















ada kawan aku pun besday dia semalam…
semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan tergolong dalam golongan orang2 yang beriman… amin!
p/s - carik awek la wei… takdelah celeberate bday kat cc sorg2…
bangkitlah titan… cariklah…
atau pun ada yang keluarkan ebook bagaimana hendak mencari pasangan!?
apa pun selamat menyambut hari lahir, semoga akan lebih sukses dalam hidup.
lewat sehari announcement ni..:D
apapun. happy birthday la. tua dah ko sekarang. Patut dah susun list awek2 sekarang. Takkan nak makan sorang2 je..
28 julai ke titan oi.. omg..
haha dekat2 ngan bezday ak..
27 julai.. btw hepi belated bezday
bro.. dah kaya jgn lupe ak..
even ngko x kenal ak pung..
hehe muge mura rejeki.. amieen..
Bila le si Titan ni nak rasa betul2..
amik le kek tu letak kat sini.