[audio:happybirthday_1.mp3]

Haha. Dengar aje lagu itu. Ya, hari ini adalah hari earncent.com menyambut hari jadinya yang pertama. Domain Earncent.com ini telah dibeli pada 15 Julai 2007 dan hari ini genaplah setahun usianya membantu aku mendapatkan sedikit dari internet melalui pelbagai kaedah yang sukar untuk diterangkan satu persatunya. Nih gambar dari seseorang yang baik hati.


 Setahun bersama Titan dan Earncent.com


Aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua orang yang selalu hadir ke blog ini dan berkongsi idea bersama-sama. Tak kurang juga kepada Top-Top Komentator dan Follower blog ini dari dulu dan akan datang. Aku akan cuba berikan lebih banyak edisi siasat dan open case kepada korang dengan kajian yang lebih mendalam. Nantikan juga produk terbaru pada masa akan datang. Maaf kerana produk aku selalu lambat kerana aku sangat sibuk. Betul. Itu alasan yang selalu aku buat walhal aku malas sebenarnya..

Ini statistik tak rasmi untuk tatapan korang tentang blog earncent ini.

Entri Paling Popular Sepanjang tahun:

Open Case : Sufiah Genius dan Shilpa Lee Pelacur. Apa Beza? - 37602 view
Open Case : Sufiah Mengaku dia Sangat Suka Jadi Pelacur! - 6052 view
Edisi Siasat : Adakah Monsun-biz dan BossMailer itu Scam? - 5120 view
Open Case : Isu Panas Filem Fitna! - 4875 view

Top Search Keyphrases (Top 10)
earncent
earncent.com
buluhmas (tak sangka leh naik dalam 2 minggu aje..)
surfjunky
korang (bende ni pun leh jadi top search? aku tak faham..)
sufiah
onemanga
contest

Blog ini..

Blog ini telah menghasilkan 273 entri posts, mengandungi 136 kategori dan 452 tag.
Blog ini menggunakan FTW theme dengan bantuan 18 widget.
Blog ini mempunyai anggaran 8540 komen selama 1 tahun ini. Aku agak-agak je ni..
Blog ini juga telah menjana lebih dari ribuan ringgit dan dollar. Tak banyak kan?
Blog ini dikendalikan oleh seorang pemuda yang sangat kacak. Haha..
Blog ini popular dengan dengan entri edisi siasat dan open case.
Blog ini pernah kehabisan bandwith pada bulan April 2008
Blog ini akan menelan 2-6 Gigabyte bandwith hampir setiap bulan..
Blog ini mempunyai hits tertinggi pada bulan April iaitu 1411454 hits!
Blog ini lebih banyak dilayari melalui Internet Explorer berbanding Firefox.
Blog ini pernah dilayari melalui browser K-meleon dan Konqueror.

Senarai Contest Yang Pernah dijalankan di Earncent.com

Top Commentor Contest 2007
Kuiz RajaPayloadz Bermula hari ini!
Contest Comment Masters Duo
Leo Contest - Part 1
Leo Contest - Part 2
May Comment Contest 2008 its Open Now!
Earncent Review Contest - Sejauh mana anda kenal titan!
July Comment Contest Dilancarkan

Produk Rasmi:

Ebook Panduan Mylot (Produk terlaris pada 2005-2007)
Ebook Panduan RajaPayloadz (Produk terlaris pada 2008)
Ebook ES101-101 (study case titan secret)
Ebook ES107-Tune (study case Tunemoney dan VCC)
Ebook ES102-Project B (study case XXXX - ni projek baru)

Kebanyakkan penguna blog ini menggunakan windows. 2217090 hits datangnya dari windows, 13101 datangnya dari Mac, 12528 hits datangnya dari Linux, 81 hits datangnya Sony PlayStation Portable, 36 hits dari HP UX dan 166407 hits dari operating system bernama unknown. Serius, ada orang masuk blog ni pakai Sony Playstation? Biar betul? Dan apa itu HP UX? KOrang tau tak??

Ehm dan macam2 lagi statistik yang aku leh tunjuk kat sini, tapi aku yakin ianya akan memakan lebih dari 10 entri post. So, daripada aku buang masa. Korang tatapi jelah statistik yang aku berjaya tulis. Aku tak larat nak update semua tapi ini je yang aku mampu buat. Dan sebenarnya terlalu banyak pengalaman baru dan pengalaman pahit yang aku kongsikan di blog ini. AKu tak tahu macam mana nak bagi penghargaan kepada blog ini. Tapi aku gembira kerana aku berjaya menulis di blog ini lebih dari satu tahun. AKu harap aku akan terus menulis untuk tahun-tahun berikutnya.

Sekali lagi, tahniah untuk diri aku sendiri dan juga tahniah kepada anda kerana membaca tulisan aku sehingga hari ini. Mungkin ada tulisan aku yang agak kasar atau membunuh perasaan korang membuat duit di internet. Tapi jika tidak berbuat demikian, kau orang tidak akan serius untuk membuat sesuatu. Hendak buat duit tidak ada jalan mudah. Kita kene belajar pelbagai perkara untuk berjaya. Aku tidak kata aku tak berjaya dan aku tidak kata aku pasti gagal. Aku sudah mengalami pelbagai kegagalan dan rugi ribuan ringgit.

Dan sedikit demi sedikit aku faham erti kebebasan kewangan dan juga nilai wang didunia ini. Benar, wang bukan segalanya, tapi tanpa wang. Blog ini takkan wujud . Siapa kata wang tidak penting, anda silap besar dan boleh pergi main jauh-jauh dari blog ini jika tidak percaya hakikat ini. Korang kene faham. Cuma konsep kehidupan dan konsep wang itu kita kene perhalusi. Ada orang kata cinta itu lebih penting dari wang. Tapi percayalah, tanpa wang, cinta korang juga akan jadi sia-sia. Dan tanpa cinta, blog ini juga akan sia-sia. Jadi blog ini mempunyai dua tema khusus. Duit dan Cinta. Korang suka atau tak. Aku pedulik apa!

Ok. Puas dah aku mengarut hari ini. Ini hari untuk blog ini. So, kalau korang nak kutuk ke nak puji aku atau blog ini, aku terima dengan hati terbuka dengan perisai kesabaran. So, kutuklah sepuas-puasnya. Aku takkan membidas apa yang korang cakap walaupun apa yang korang cakap itu tanpa bukti kukuh. Nak kutuk ke tak?? (kutuklah kalau berani. Haha..)

Apapun, Selamat HARI JADI Earncent.com!!

PS: Serius, setahun. 4-5 kali aku akan diserang batuk. Mungkin aku juga kene tulis wasiat dan cari orang untuk menulis diblog ini selepas aku tiada nanti. Huhu..

PSS: Kredit Gambar untuk NR Yumie.

[audio:The_Click_Five_-_Happy_Birthday.mp3]


Popularity: 9% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 88 comments. Apa plak komen korang?
Afzai Afandi - 15 Jul 08 at 05:36:57
Ho..ho…tak celebrate apa2 ker?? Tahniah Titan..setahun pertama adalah langkah pertama kita…teruskan dengan berita2 yg segar dan mutakhir, semoga ngko terus sukses dan berjaya mengumpul seberapa banyak RM sebelum ngko menamatkan zaman bujang ngko….

Nanti aku suruh mrs aku designkan cupcakes untuk ulangtahun pertama ko ni… :)
riku - 15 Jul 08 at 05:38:02
happy birthday to you, happy birthday to earncent.com!

APapun, tahniah. Dah setahun usianyer. BIla birthday titan plak yek?
mohdhafifi - 15 Jul 08 at 05:41:35
Hepy besday earncent.com..earncent.com mmg WOW!
megat - 15 Jul 08 at 05:55:35
tahniah! byk blh dpt ilmu kat sini. semoga terus berjaya dlm penulisan ko.
aman - 15 Jul 08 at 06:02:09
mane kek..? :mrgreen:
riku - 15 Jul 08 at 06:52:39
aah. mana kek? kene mintak kat afzai nih..
farahaznil - 15 Jul 08 at 08:27:16
titan kalo mau tulis wasiat tu kasi taruk nama aku ha…hehehehe
Afzai Afandi - 15 Jul 08 at 08:36:01
Farah, itu hr ko ada cari aku kan..!! Ada kat sini sapa2 yg join 1st Gathering WC.

Titan, ko join tak….kalu join leh jumpa aku :)
titan - 15 Jul 08 at 08:44:32
aku tak surelah afzai. Niat dihati memang nak pergi. Tapi aku failed bab2 jalan kat sana tu. Kalau ada orang sanggup angkut aku dari banting ni, nak gak la. Haha..

Aku akan pertimbangkan ajakan ko Afzai..

Farah, tak leh. Hang tak cukup umur lagi..

mohdhafifi, terima kasih banyak2. :)

megat, insya-Allah. Mudah-mudahan masin mulut ko nanti..

aman, kek? Bukan patut ko yang bagi ker? Hehe..
silentleo - 15 Jul 08 at 09:14:26
haha. hepi birthday untuk earncent.com

Semoga banyak lagi perubahan pada masa akan datang yek!
farahaznil - 15 Jul 08 at 09:23:46
hahaha..afzai sudah datang..hehehe..takde la aku mcm penah je dgr nama ko ni..bkn kat sini je..kat mn tah..tp aku pun lupa la..hehehe..weh dgr bini ko pndi buat kek..takmo kasi kek sebijik kat titan ke??hehehehe…..

titan apa salah klu aku tak cukup umur..hahaha…letak je la nama aku..thn depan ckp la umur tu..eh dia 18 thn ea??takpe2 aku sanggup tunggu 2 thn semata2 wasiat ko..hehehe..weh apa yg backlink nyer??tak paham lak aku..hahaha

titan takmo buat baju ke??buat la satu utk blog ko..lawa2 haa…hehehe..weh kasi free la pastu..ataupun mskan skali dlm hadiah contest tuh..dah brp kali aku bg cadangan nih…hehehe
silentleo - 15 Jul 08 at 09:29:56
haha. kasi free? Kalau ko bagi dia duit, mungkin dia leh pertimbangkan..
farahaznil - 15 Jul 08 at 09:49:28
hahaha..utk contest tu free la..hehehhe…tp yg utk lain2 beli la..utk yg setia kat blog dia ni ke…kasi la cenderhati sikit..tp aku maksudkan betul2 tentang baju tu..best klu ada tu..hahaha..earncent.com…blog buat duit…faizal aka titan..hohoho..pastu kan2..klu org yg nak beli tu..kasi buh la url blog dia skali kt bj tu..hehehe..br best..aiseh..byk ckp plak aku…tp takk dpt aku byngkan klu baju tu wujud..hahaha
paan - 15 Jul 08 at 09:52:59
Salam,bro…nak tanye sikit.Macam maner bro tau sumer statistik tu???Tool apa yang bro gune??
titan - 15 Jul 08 at 10:37:20
farah, takleh. takleh. Kene cukup umur gak..

silentleo, ntah. Ingat murah ke wat baju tuh..farah, aku masih tak berminat dengan cadangan t-shirt..

paan, kalau ko pakai cpanel untuk domain dan hosting ko sendiri, ko leh tau la statistika tu. Aku tak pakai tools apa-apa pun..
farahaznil - 15 Jul 08 at 10:56:37
hahaha..nnt aku bila cukup umur confirm ke mau letak nama aku??hehehe…weh titan…boleh tak ko cadangkan satu program utk aku mulakan terjebak dlm dunia IM nih??program yg byr guna cek n simple..aku nak test satu la..nak buat betol2 n nak tgk hasil dia..hahaha..ko cadang je la apa2…dr post2 ko yg lps nih..ko rasa mn satu yg sesuai???

weyh..mcm mn nak tukau theme ha..aku tak reti plak..huhhuu..aku tak reti nak guna cpanel la..aku guna yg smartftp tu..dah brp bln dah aku guna satu pun aku tak reti..haha..lg satu..theme mn ha lawa slain yg ada kat wordpres ni??

hahaha..tak minat t shirt pun takpe la..tp kan titan..ko xnak buat sesuatu ke utk blog ko ni??hehehe..aku tnye je..jgn la marah plak..
titan - 15 Jul 08 at 11:18:49
ko join bidvertiserla. Diorang bayar pakai cek gak. Tapi minimum payout untuk cek 100usd kalau tak silap aku..

Haha..ler. KO tau tak masuk cpanel ko nih? BUat sesuatu untuk blog aku? Dah terlalu banyak aku wat sesuatu dengan blog aku nih..ko tak perasan ker??
Din Beramboi - 15 Jul 08 at 11:50:46
Tahniah Titan and Earncent.Com..Wahh, dah baligh rupanya blog ni..heheh..silap lak. Dah setaun dah..

Org kata, byk newbie yg fail adalah masa 1 tahun pertama..nampaknya ko dah lepas had..hehe. Aku pun dahh..

Weh, jom la pegi WC gathering. Aku insya-Allah pi gak. Afzai dah ajak, aku dah ajak..ko tunggu bape org lg yg ajak ni Titan? Jom ajak Titan ramai2..mesti dia cairnyer..hehe.
titan - 15 Jul 08 at 12:13:45
Sama2 din. KO dah setahun gak? Haha..dah baligh gak ko rupenya..bila nak mandi wajibnya?? Hoho..

WC gathering? Ehm..aku failed kalau drive kat KL nih. LAgi plak, aku malas tul nak drive sejak minyak naik nih..

HAha..ko gi sana naik apa? Kete sape ko pinjam? Ke naik motor je? Takde ke LRT atau komuter direct ke padang golf tu??
syuxx - 15 Jul 08 at 12:42:48
selamat hari jadi EARNCENT.COM !!
farahaznil - 15 Jul 08 at 14:19:59
MN AKU TAU PSL CPANEL TUH..WEH AKU TAK TAU NIH..APA YG DAH JD KAT BLOG KO NIH??CERITA LA..AKU BAB2 MCM NI KURANG PICK UP SIKIT…APA YG ADA??BG LA TAU..AKU TAK TAU APA2..HUHHUU..MATI KUTU AKU DIBUATNYA..HAHAHAHA
taukey - 15 Jul 08 at 14:35:14
Wah setahun. pengalaman pahit dan kenangan terindah mesti byk. hehehe. Tahniah dah setahun dah blog ni.

bagus la kutu tu mati farah. kalau tak naya ko.
titan - 15 Jul 08 at 14:39:46
ler gi la belajau. Search kat google atau kat wangcyber. Aku tak larat nak bagitau step by step..

Lainla hang bayar aku. Hoho..

Search je kat google atau yahoo. Ko jumpala nanti. Takkan nak kene suap gak farah oii..
azwanhadzree - 15 Jul 08 at 14:56:48
Selamat menyambut ulangtahun yang pertama :)

btw HP UX itu ialah HP unix operating system

HP = hewlett packard
UX = Unix
nasrun - 15 Jul 08 at 15:13:43
Hepy bezday to earncent.com..

Meriah bezday blog ko yer Titan..

Farah, nanti ko dah gune hosting ko paham ler.. hehe.. Jangan marah die Titan.
Uncle G - 15 Jul 08 at 15:15:56
selamat menyambut ulang tahun yang pertama.. blog nie memang rock
titan - 15 Jul 08 at 15:19:53
sama-sama azwanhadree. OH, aku dah tau HP tu hewlett packard. Tapi tak tau plak diorang orang leh surf dr situ ek..

nasrun. sama-sama. Haha, takde kek. TUnggu afzai dengan bininya kasik..

Aku tak marah farah la. Sebelum tanya apa-apa kat orang lain. Kita kene usaha cari sendiri dulu. Baru betanye. Tu kan bende normal..

Uncle G. Blog ni memang rock. Cuma aku je yang tak reti nyanyi lagu rock. Memang lauukku tak cukup masin..
samdaddycool - 15 Jul 08 at 15:34:50
happpy birthday to youuuu…
…..happpy birthday to youuuu…
………..happpy birthday to youuuu…
……………….happpy birthday to EARNCENT dot COM………..happpy birthday to youu…
….
kakeru - 15 Jul 08 at 17:12:53
Hepy birthday wat Earncent.com! Semoga terus sukses!! :)
fino - 15 Jul 08 at 18:06:56
happy birthday to you. happy birthday to earncent.com! Dah setahun rupanya..
Afzai Afandi - 15 Jul 08 at 18:35:20
Aku ada buat sebijik cupcake untuk blog ko…nanti aku bagi link gambar cupcake yg aku telah designkan untuk anniversary blog ko ni…

Kek tu aku tulung makan utk ko lah yer!!!
TheReds - 15 Jul 08 at 19:15:01
hepi besday earncent.Teruskan dgn perkongsian yg menarik!
samdaddycool - 15 Jul 08 at 20:08:08
Afzai .. cupcake tu bole anto kat titan guna mms… :-P
farahaznil - 15 Jul 08 at 22:17:59
jap..aku pening nih..dekat google ada ajar guna cpanel ke??baru aku tahu..hahaha..jgn la marah titan..takut aku..huhhuu..aku tnye..ko bg la tau..xnak ajar pun xpe..tp bg tau kat mn aku boleh blajar benda tuh..huhhuu…wlu apa pun tq titan..
NR YuMmiE - 16 Jul 08 at 01:01:26
Selamat Ulangtahun….Selamat Ulangtahun….Selamat Ulangtahunnnnn Earncent.com…..Selamat Ulangtahun…..
fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhh… >>> tiup lilin setahun….

Congrats Earncent.Com @ Titan !

Nak tengok anniversary cake untuk titan…meh le ke NR YuMmiE :)
shaffik - 16 Jul 08 at 02:11:32
Happy birthday earncent…hope site ini akan terus berada di dunia Internet..Congrate to Titan yang telah berjaya memberikan informasi yang yang amat berguna untuk pengunjung earncent.com…
johan - 16 Jul 08 at 05:04:53
salam titan,
happy birthday earncent aka titan.byk2 blog,blog nila yg menambat hati ak untuk mensubscribe .byk info dan panduan yg sesuai untuk newbie cm ak..ap pon all the best for u titan..moga berkekalan site ni ak doakan
nuaeman - 16 Jul 08 at 05:57:44
Owh.. terlambat laa aku.. selamat ulang tahun earncent.. eh kek tu boleh hantar kat JB sikit tak.. :)
muhafis - 16 Jul 08 at 09:16:35
waa.. congratz titan. hepi befday earncent. hope makin sukses k.
nak jugak kek.. xkan bg nuaeman jee.. hehe =p
nuaeman - 16 Jul 08 at 09:36:44
Ko nak juga kee.. datang Office aku laa.. hehe.. umah ko kan dekat..
farahaznil - 16 Jul 08 at 13:50:11
weh mcm sedap je cake tu…hehehe..weyh..ni bini afzai ke buat??hahahaha
videono - 16 Jul 08 at 14:47:09
wah. ade kek lagi tu. Mesti sedap.

Apapun, happy birthday untuk earncent.com.

Selalu lawat. Hari ni baru nak komen..
farahaznil - 16 Jul 08 at 15:24:14
hahaha…videono lawat setelah terpengaruh dr blog aku ke??hehehe..slalu2 la singgah sini vono…aku panggil ko vono la..senang sikit..haha
videono - 16 Jul 08 at 16:09:46
hek eleh. perasan plak dia..
farahaznil - 16 Jul 08 at 22:00:57
hahaha…weh aku gurau2 la..hehehe…lek la tilam vono..eh2…videono..hahahaha
abdfatah - 17 Jul 08 at 00:21:57
the rock blog. selamat ulangtahun… mintak kek sebijik boleh… tak boleh bagi kek sebab save bajet… kena mintak dengan titan laa baru boleh dapat kek…
NR YuMmiE - 17 Jul 08 at 01:29:55
ramai yang minat kek titan nih.. kek tu dah le ada sebijik je..memang limited edition..

so, lepas nih sesapa yang nak sambut anniversary, bagitahu je lah kat NR YuMmiE..gerenti siapnya kek anniversary korang…hehehe
abdfatah - 17 Jul 08 at 03:17:28
haaa… bleh laa order online lepas nih bagi hadiah kat sapo2 yang buat besdaynya…
samdaddycool - 17 Jul 08 at 03:43:19
NR YuMmiE … kalo kek bday 2kg bole anto ke?? muar?
abdfatah - 17 Jul 08 at 03:59:57
ini baru setahun… lagi dua tiga tahun dah tentunya menjadi antara top ten lubuk duit… baru malays punya blog, belum lagi blog englishnya… blog adsensenya… otai ilmuan lubuk duit aaaaaaaaaaa……..
mancai - 17 Jul 08 at 05:42:06
maybe saya terlambat….sori happy birthdayyy erncent….
nuaeman - 17 Jul 08 at 05:50:53
Tapi aku tengok kek tu macam kocik… yo .. huhu.
videono - 17 Jul 08 at 06:05:36
aah. macam kecik je. sekali terus masuk mulut aje..
Din Beramboi - 17 Jul 08 at 08:41:28
Sodapnya kek ni…sape buat ni Titan? hehe.. =)
luvlee - 17 Jul 08 at 08:59:48
Wah..happy birthday tp earncent.com
nuaeman - 17 Jul 08 at 09:53:16
Aku suka baca statistik yang ko buat tuh,, emmm menarik…. kalau tambah graf semua lagi bagus kot..hehehe
samdaddycool - 17 Jul 08 at 10:23:44
tu cup cake.. memang kecik… besar cawan je..
nuaeman - 17 Jul 08 at 10:36:38
Hahaha.. memang tak cukup kalau nak bagi aku tu..
farahaznil - 17 Jul 08 at 11:58:33
weh..aku lpr la…
videono - 17 Jul 08 at 12:20:57
ler..kek yang kecik tu direbutnya. gi la mintak pada yang buatnya..
abdfatah - 17 Jul 08 at 12:41:55
kecik dan menawan…. sekali ngap sudah habis…. kena beli sedozen dua baru best ngadap kek aje laaa jawabnya…
samdaddycool - 17 Jul 08 at 12:52:48
mintak bole… videono, tapi kena bayar dulu baru dpt… :P
emme - 17 Jul 08 at 17:03:19
Happy besday titan! sori lama tak singgah, tengah sibuk dengan projek lain…

Dah setaun rupanya blog ko, :)

titan, kek tu mcm buat sendiri je… Ko pakai water color ke? :D
merahkatak - 18 Jul 08 at 00:23:30
haha..happy birthday dan dapat kek dari afzai sekeluarga. Sekali ngap je, habis dah kek kecik tu..

emme, kek tu bini afzai wat. Tapi afzai yang makan. Bukan titan..
NR YuMmiE - 18 Jul 08 at 00:57:30
meriah tul anniversary earncent.com… :)

sukenya…kek yang kecik jadi rebutan. AA pun tak sempat nak makan kek tuh coz’ customer dah sambar dulu. Dia kata kek tu lain dari yang lain. Memang le lain…satu je designed khas utk titan.

cupcake tu makan sebijik mana puas…kurang2 4 biji…baru le ngam

samdaddycool…nanti tengok kat NR YuMmiE pasal kek 2kg tuh..
merahkatak - 18 Jul 08 at 01:07:46
eh..bukan afzai? customer mana yang bertuah tu? berapa harga kek tu NR YUmmie??
NR YuMmiE - 18 Jul 08 at 01:41:26
merahkatak, memang customer yang makan kek anniversary titan tu bertuah. nanti jadi cam titan gak…

jom ah pi kat kedai online NR YuMmiE. kat sana banyak lagi design. cuppies tuh dalam RM1 - RM1.50 je satu.
nuaeman - 18 Jul 08 at 01:59:58
Boleh dapat arinih jugak kee kek tu..?
samdaddycool - 18 Jul 08 at 02:21:15
best gak jadi earncent.com aka titan ler… dpt cupcake… tapi semua nak! mcm tu bole buat party, kita belah ramai2… :D
videono - 18 Jul 08 at 04:10:29
so..harga cupcakes titan tu RM1.50 la? hoho..untung la sape yang makan tu..
abdfatah - 18 Jul 08 at 08:29:43
nak borong laaa untuk setahun dua…. eh sedozen dua untuk bekalan hari raya nanti…
farahaznil - 18 Jul 08 at 09:14:38
hahaha..klu duk pg blog yummie ni…terliur la jawabnya korang..design dia fuh..hahaha..lawa2..aku rasa klu aku yg beli..sayang gler la nak mkn..duk simpai smpi xpired date la jwbnya..hahaha
samdaddycool - 21 Jul 08 at 06:31:23
farah, simpan kat umah aku…
evidence101 - 21 Jul 08 at 10:11:38
farah, kalau tak nak makan, buat apa beli. kan namanya membazir tu. Membazir kan amalan syaitaaannn..
farahaznil - 21 Jul 08 at 12:28:38
hahhaa…yelah2..tp dah nak buat mcm mn..aku kekadang pangai dah mcm tu..syng bebukan…bak kata pepatah biar disimpan..jgn dimakan..hahaha…ibu aku pun slalu marah aku psl sikap mcm ni..huhhuu…
samdaddycool - 22 Jul 08 at 03:42:25
aku pon marah!
Rafhz - 27 Jul 08 at 04:06:27
slamat ulang tahun… dah tua pom earncent nie ek… dah setahun umor dia.. hehe
abdfatah - 16 Oct 08 at 01:48:48
baru setahun jagung lebih dah umo titan nih. dah banyak buat jasa dengan orang ramai… budi dikenang jasa direnung…

semoga titan terus berjaya sehingga ke anak cucu cicit ciutnya…
abdfatah - 25 Oct 08 at 16:21:57
earncent Setahun kemudian … selepas ini dua kemudian pulak laaa…
merahkatak - 26 Oct 08 at 00:15:04
hehe. cam citer upin pulak.. :)
farahaznil - 26 Oct 08 at 01:06:49
apa kata tukar tajuk dia..titan tutin..hi hi hi
abdfatah - 26 Oct 08 at 01:41:21
titan tutin setahun kemudian??? hahahaa… cute punya nama tajuk…
farahaznil - 26 Oct 08 at 09:26:32
msk thn ketiga…titan tutin tutun..ngeh3..
Rafhz - 31 Oct 08 at 10:04:32
:lol: titan tutin tutun toton… haha… mcm2 si farah nie…
helldream - 31 Oct 08 at 10:10:32
dude! selamat hari jadi earncent.com!

Ni bukan birthday si titan kan? :)
Farahaznil - 29 Aug 11 at 17:01:56
eh..time ni pun aku ada…hahaha…lama gila post ni
BloggerHowtt - 29 Aug 11 at 17:08:16
Selamat Ulang Tahun lambat sebulan :)
Farahaznil - 29 Aug 11 at 17:11:52
hahaha..takpe..titan tetap hargai….wakakakaka



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011