Edisi Siasat: Buat Duit dengan Benjo | EarnCent.com






Lagi satu jam aku akan menonton cerita ulangan House pada pukul 1 pagi ini. Aku terlepas tengok pada pukul 10 malam tadi kerana membeli beger dan kuewtiaw goreng basah. Nak buat macam mana, tuntutan perut dan nafsu makan perlu dipenuhi kerana aku sudah tidak makan lebih dari 24 jam. Nak tak nak, aku kena buat sesuatu sebelum aku kepitaman dan menyusahkan orang lain. Aku paling benci menyusahkan orang lain sama ada secara sengaja atau yang tak disengajakan..

So, dengan berbaju hitam dan berseluar coklat ditambah pulak dengan spek mata kesayangan aku beserta baju panas berkaler hijau, aku membonceng skuter merah akak aku yang dimodified oleh adik aku dengan kelajuan 60 km/j. Vrooomm!!

Skreeett. Sampai sudah dihadapan restauren yang selalu aku singgah. Ada budak pempuan menunggu dengan senyuman. Yes. Duit datang. Duit masyukkk. HEhe..mana taknya. Pelanggan tak tetap sudah sampai. Lantas ku order 1 kuewtiaw bungkus dan 1 cawan teh tarik untuk peneman aku menunggu kuew tiaw itu digoreng dengan kadar yang segera. Untuk pengetahuan korang, budak perempuan tu memang dah kenal aku. Yang aku puji, dari 2-3 tahun lepas. Budak itu je yang jaga restauran tu dan aku agak dia bawah 20 tahun. Telahan aku dia dah tak sekolah lagi dan mungkin membantu keluarganya sahaja dengan bekerja di situ. AKu tak berani tanya lebih-lebih. Kang dia suka aku plak. Susah plak aku dibuatnya nanti. Tapi dia tau la apa aku akan beli. Kalau tak sate, aku akan order kuew tiaw goreng basah..

“Bang, semuanya RM4.20” suara gadis hitam manis yang berumur bawah 20 tahun..

Okeh. AKu bayar dan dengan segera aku menuju ke gerai brader yang jual beger yang jauhnya dalam 1-2 kilometer dari restoren gadis tadi.

“Bang, beger ayam satu ek. Sos bagi lebih!” order aku dengan ramahnya..

Brader tadi senyum dan terus memanaskan dapurnya dan memasak beger itu. Sebenarnya beger itu untuk abah aku. Dia tempah bila aku cakap aku nak kuar cari makanan. So, aku beli la jugak untuk menunjukkan bahawa aku adalah anak yang tidak menderhaka kepada bapak aku. Tengok, baikkan aku? Kepada pakcik dan makcik, ada yang berminat nak jadi bapak dan mak mertua saya? Hehe..

Sat. Aku rasa terliur plak tengok beger yang sedang dimasak nih. Memang aku memenuhi tuntutan nafsu. Lalu..

“Bang, benjo ada tak? Bagi satu jugak yek!” sekali lagu aku memecahkan kesunyian..

“Wokeh!” Ringkas tetapi beliau memahami maksud aku. Seingat aku, sejak aku darjah satu lagi brader ni jugaklah orang yang sama jual beger ni. Siapa kata kita tak leh buat duit dengan jual beger?? INi satu bisnes yang menarik bukan? Aku rasa sudah lebih 10 tahun brader ni wat keje ni. Tapi brader ni sampai sekarang tak kawin lagi. Mungkin dia takde masa nak cari awek kot. Aku hanya mampu bersangka baik sahaja. Tak lebih.

Hampir 5 minit aku menunggu dan menari sorang-sorang ala-ala Matt sambil brader tu ikut sekali menari, beger dan benjo aku tu siap dimasak. Nasib tak hangus. Tu la, sape suh dia menari dengan aku. AKu pasang lagu tu kat handpon SONY aku. Sekali dia follow maa..Best gak ada orang satu kepala nih. Nasib tak terbakar beger tu. Pakcik india tu selamba badak je tengok kitaorang menari. Memang sebijik macam Matt menari. Serius. Aku bosan menunggu tadi..

Ok. Beger dan benjo dah siap. Jom balik! Vroommmm!!! Motor skuter aku memecahkan kesunyian malam sekali lagi. Kekadang, seronot juga naik motor malam-malam tanpa topi keledar ni. Polis takde, kete ambulan pun tak ada. Tak ada juga awek-awek berkeliara dan jarang sudah mat rempit memekak tengah malam. Mungkin terkesan dengan pemerintahan yang baru diambil alih. Jika dulu jarang sungguh aku lihat gerai-gerai diwaktu malam. Tapi kini, semakin banyak brader beger dan gadis restauran diwaktu malam mencari rezeki. Mungkin kerana kekangan wang dan harga minyak yang melambung. Aku gembira ini berlaku walaupun aku hanyalah seorang blogger sampingan di sebuah bandar kecil yang bernama Banting. Aku akur bahawa, benjo di banting la paling sedap di dunia. Tak percaya? Kau datang banting sekarang. Akan aku buktikan!

Ps: Penulis ini sedang menikmati beger sambil melayan cerita korea yang bertajuk “Nurse Aoi” sambil menunggu jam bergerak ke angka 2 pagi. Serius. Makan beger pada waktu malam tak berapa elok untuk perut. Tapi aku pedulik apa. Aku sudah lapar..

Pss: Yang buat aku sedih. Benjo aku tu, abah aku boleh tersilap makan. Nak tak nak, terpakselah aku telan jugak beger ayam ni. Kang orang kata membazir plak. Macam mana abah boleh tersilap makan nie. Saje la tu nak kenakan aku. Takpe. Takpe abah. Lupa, harga benjo sekarang adalah Seringgit. Murah kan?







Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 65 comments. Apa plak komen korang?
kakeru - 07 Jul 08 at 17:56:37
Ni pun dikira edisi siasat ke Titan? Hmmm…ingatkan cerita apa tadi… Rupa2nya kes seorng ayah yg termakan benjo…huhu…
titan - 07 Jul 08 at 18:47:49
haha..aku punye pasal la nak bagi tajuk apa. Saje je. Bosan di tengah malam. Penat udate blog2 adsense dengan ppc yg lain. So, sambungla sesuatu di sini..
farahaznil - 07 Jul 08 at 22:08:30
weyh aku nak tnye sikit nih..aku ada download satu program dekat download.com..pastu tah apa dia ckp..tarikh mencuba dah tamat..dia suh register..jd aku mmg nak guna sangat program tu..aku uninstall la..bila nak download balik..dia tetap dpt detect yg pc aku ni penah guna program tu..aku nak guna program tu skrng weyh..penting ni..mcm mn nak buat??ada sape2 tau??
kakeru - 07 Jul 08 at 22:45:25
Owh…camtu ke Titan? Saja je tanya…mana tau ada sesuatu yg penting hasil daripada pemerhatian pembeli benjo…hehe…
titan - 07 Jul 08 at 23:01:48
farah, PC kita semua ni ada ID yang unik. Diorang leh detect la bende tu semua. Cara lain xnak bagi detect, ko format la PC tuh. Hehe..

kakeru, ehm. Aku tak sure. Tapi dari dulu sampai sekarang, benjo still dapat perhatian. Walaupun banyak beger dipasaran. Tapi benjo still the best walhal ianya adalah gabungan telur dan roti sahaja kan?

Ala, McD pun ada jual benjo gak. Mahal lagi tuh. Benjo ni, baru singgit. Aku beli dua, kenyang perut maa..
merahkatak - 08 Jul 08 at 00:16:04
aku pun suka makan benjo nih. Tapi jarang dah makan sekarang. Aku suka makan kat rumah aje. Lebih jimat. Maklumlah, minyak kan makin murah sekarang..
nuaeman - 08 Jul 08 at 01:24:35
Benjo kat tempat aku dah naik rege 0.20 sen.. mungkin mamat ni dah guna minyak petrol untuk menggoreng.. sekarang.. :)
xmindfreakx - 08 Jul 08 at 01:27:15
aiseh..aku ingat ada pogram baru nama benjo..ahaha…..

farah,kalau ko terer,ko cari jer string software tuh kat registry..dan kat system32.kalau ko nak sangat guna,kasi tau la software ape ko guna….kitorang boleh carikan…
merahkatak - 08 Jul 08 at 01:29:46
haha..dulu tempat aku dari 80 sen. naik ke 90 sen. sekarang ada yang jual rm1.20 untuk benjo. Tapi setill murah lagi la banding korang beli kat McD tuh..
Duit Gratisan - 08 Jul 08 at 01:43:15
Kalau diterapkan di Indonesia apa bisa laku ya… Soalnya di tempat orang masih jarang makan berger..
nuaeman - 08 Jul 08 at 02:09:27
Tapi apapun business McD still maju even burger dia mahal dari biasa.. emm kene kaji tuu.. :)
merahkatak - 08 Jul 08 at 02:38:47
HOho..McD tu ada brand. Kalau letak benjo tu harga RM5 pun ada orang beli kalau kene promotion. Kalau takat beger brader-brader ni, letak RM5. Memanglah untung kalau ada orang beli. Tapi ramai kah yang beli nanti?
nasrun - 08 Jul 08 at 03:10:49
Benjo kat tempat aku RM1.50.. Murah lagi yer kat tempat korang..

Benjo banting satu titan.. delivery bole ka?
abdfatah - 08 Jul 08 at 04:14:54
waaaa…. beger… benjol… eh silap benjooo…. kuew tiawwww…. boleh buat bisness untuk bulan puasa nanti… waduhaaaiii tak sabor nak puasa laaa…
Muhafis - 08 Jul 08 at 04:22:42
haha untung ar ak lau
jd ngko ten..
beger ayam lagi sedapkowt dari benjo.. huhuh :mrgreen:
merahkatak - 08 Jul 08 at 04:27:40
beger ayam memang sedap banding benjo. Tapi setiap beger ada keistimewaannya.

Sat, camana nama benjo terhasil?
abdfatah - 08 Jul 08 at 04:38:28
mintak post online takleh ke titan?

eh burger dia tu sendirian berhad ke atau syarikat yang punya. jenama beger titan bila nak ada haaaa…?

titan begers shop… wahahahahaha…
abdfatah - 08 Jul 08 at 04:40:08
benjo? boleh try cari laa dalam wikipedia apa ke bendanya asal punya nama dia punya benjo dapat namanya…
samdaddycool - 08 Jul 08 at 04:44:09
.. burger / benjo.. biz paling sempoi dan senang buat duit kalo kena port yg chantek
syuxx - 08 Jul 08 at 07:45:11
haha. baru aku perasaan lama dah tak makan berger benjo.
hoho
nuaeman - 08 Jul 08 at 08:08:40
aku baru jee makan dua ari lepas.. bila titan dah cerita nii boleh aa beli malam ni..
farahaznil - 08 Jul 08 at 12:04:53
xmind..ko tolong aku la tau..aku tak tau dah mcm mn nak buat nih..tp program tu aku nak guna sangat2..huhhuu..nama program tu..AceIT Math Toolkit…aku download kat download.com…bila ko leh tolong aku nih??cepat tau..huhhu..aku dah try register kat web yg dia bg tu..tp aku tak tau mn plak nak reg nyer…haizzzz..weh..klu boleh kan3..hehehe..bila ko dah dpt tolong aku tu..ko ym aku je la..ni id aku..

farah_ao6@yahoo.com
farah_ao_6@hotmail.com
samdaddycool - 08 Jul 08 at 13:02:13
aku makan benjo dulu masa kecik2… duit tak cukup nak beli burger perisa ayam / daging…

…sekarang aku baru tau.. benda yg membuatkan burger atau benjo sedap ialah….



MAYONIS!!!

p/s - (tapi bruce willis tak suka mayonis dlm cite whole 9 yards)
Afzai Afandi - 08 Jul 08 at 13:08:59
Aku ingatkan program apa “benjo” tu…rupanya2 benjo banting RM1 satu :)
emme - 08 Jul 08 at 13:20:58
Benjo rm1? kat mane tu titan? nak jugak aku try… :)
nuaeman - 08 Jul 08 at 13:23:20
Haa baru aku pegi beli.. tapi hari ni dah jadi rm 1.30.. aik! baru dua tiga ari dah naik 0.10..
samdaddycool - 08 Jul 08 at 13:35:40
semua barang naik kos.. member2 pasar mlm yg jual kebab, roti john , roti, kek, burger.. semua kata kos naik mendadak… hasil tempias kenaikan minyak… ada yang dah naikkan harga, ada yg lom lagi..
merahkatak - 08 Jul 08 at 13:52:38
waa nuaeman. sekejap je naik harga ek. Tak sangka plak benjo pun naik gak..
farahaznil - 08 Jul 08 at 14:02:11
weyh..aku pun nak pg beli la pas balik cc nih..huhhuu…mcm sdap la plak…hahahaha..mkn..jgn tak mkn..
merahkatak - 08 Jul 08 at 16:41:07
haha. femes terus benjo lepas titan cakap aa. Lepas nih kaalau titan promote bende lain, mesti famous gak ek.
abdfatah - 08 Jul 08 at 17:05:26
boleh laa cari domain benjo-online pulak lepas nih. make money with benjo…

makan aaaaa jangan tak makan. nak order ngan titan shop benjo aaaaa…
abdfatah - 08 Jul 08 at 17:12:43
benjo memang popular sebab murah dan senang nak goreng dengan segaringnya… eh goreng ke? rebus laaa… eh rebus ke? suparjo daaaa…
farahaznil - 08 Jul 08 at 22:12:14
weyh..aku tak jd beli benjo je smlm..aku beli burger ayam skali..huhuhu..aku tgk mcm sedap je..aku peduli apa..aku bedal dua2 skali..hahaha
nuaeman - 09 Jul 08 at 04:20:16
Ingat nak bisnes jual benjo ngan burger lak aa.. secara online hehe..
akazuma - 09 Jul 08 at 06:36:50
nih ape kes nih. semua nak makan benjo plak..
titan - 09 Jul 08 at 07:53:57
hehe. aku memang minat nk bisnes beger dengan benjo nih. dulu aku ada gak wat. tapi dah stop sebab aku busy dengan macam2 bende. So, pas aje kat kawan aku wat..

sekarang. ada bende lain yg nak dikhususkan. nanti tak terjaga plak bila nak wat semua itu ini..
samdaddycool - 09 Jul 08 at 08:02:00
tapikalo nak niaga beger / benjo.. make sure tempat ramai org.. kaalo tak rugi gas nyalakan api
nuaeman - 09 Jul 08 at 09:26:19
haah.. macam menunggu buah tak jatuh lak nanti.. huhu.. ingat pulak cerita chef li pasal jutawan senyap.. kes niaga tepi jalan camni laa..
abdfatah - 09 Jul 08 at 10:26:52
apohalnya takleh nak berniaga… kuar modal dan gajikan derang yang nak kerja… lepas tu kalo derang dah ada modal sikit2 boleh laa derang bukak gerai sendiri pulak… boleh?
merahkatak - 09 Jul 08 at 17:52:43
ehm.rasanya sekarang pun dah terlalu ramai jutawan senyap. cuma diorang xnak bising2 je. xnak bayar tax dengan zakat kot..
NR YuMmiE - 10 Jul 08 at 03:57:12
Salam Titan,

emm…benjo??? memang faveret giler.. slalu kalau AA nak blanja burger, sure suruh dia beli benjo.

p/s : bila nak rasa cc ipoh lak??
titan - 10 Jul 08 at 07:55:47
Nr Yummie? Ni isteri Afzai yek? Amboi..banyak kek nampak..
farahaznil - 10 Jul 08 at 08:09:19
sape afzai???mcm penah je nama tu..hahaha
titan - 11 Jul 08 at 08:27:40
ko memang tak bape kenal afzai farah. gi la meronda-ronda kejap. Kata bosan..
merahkatak - 11 Jul 08 at 10:57:40
ehm..nanti tak lama lagi, kat kfc ke, mcd ke, ada nasi goreng dengan mee goreng. Rasa2 banyak makan ruji masuk fast food nanti..
farahaznil - 11 Jul 08 at 11:34:46
tp aku pasti..aku penah dgr nama afzai ni..kat mn lupa plak aku..hahaha..mn dia ha..takmo bg komen kat sini ke??

weyh..mlm ni aku rasa mcm nk beli lg lak benjo tuh..kempunan plak aku..huhhuhuhu
Rafhz - 11 Jul 08 at 14:16:36
benjo x yah beli… suruh je org ketuk kepala ko tu farah,… benjol la kepala ko tu hehe
farahaznil - 11 Jul 08 at 15:21:16
tak jd beli..ibu aku dah beli burger..jd msk la sundiri..hahahaha..leh bedal byk2…
NR YuMmiE - 14 Jul 08 at 02:36:19
Afzai malu ngan Farah kot…
abdfatah - 15 Jul 08 at 00:29:32
buat duit dengan benjo lepas tu benjo ngan beger hangus?

benjo hangus laa namanya.

the hangus benjooo…
abdfatah - 17 Jul 08 at 00:49:07
benjo ngan beger nih kalo ada sepuluh gerai dengan untung rm1000 sehari memang berbaloi laa untuk buat perniagaan sendiri. lebih2 lagi kalo bleh difrancaiskan… atas nama syarikat kita sendiri… lumayan aaaaaa…….
samdaddycool - 17 Jul 08 at 03:59:12
tapi kalo nak start biz dgn burger/ benjo skang ni tak praktikal aka tak relevan. sebab pe?ko perhatikan kat dlm sau-satu kawasan… bersepah gerai… dah macam takde modal / idea nak wat biz….kalo 5 tahun dulu satu kampung populasi ada 100 orang : 1 gerai burger, sekarang populasi ada 150 orang : gerai burger ada 5 … apa yang korang nampak?
nuaeman - 17 Jul 08 at 05:57:44
Betull latuh Sam.. kawasan perumahan aku pun sama.. bersepah kedai burger.. ada satu deret jalan tu.. ada 2-3 stall burger.. belum campur jalan2 lain..
videono - 17 Jul 08 at 06:00:27
betul tu samdaddycool. Dekat kawasan universiti atau perumahan je. mesti ada sekurang-kurangnya 3 gerai beger..so, yang paling sedap dan unik akan ramai pembeli..
samdaddycool - 17 Jul 08 at 09:54:47
…cuma aku respek diorang tak habiskan masa melepak…. at least diorang lepak situ, paling kurang masuk seposen dua… dan ada alasan / tanggungjawab yang diorang pikir…

…daripada merempit tak tentu pasal menyusahkan orang tua, masyarakat (yelaaa.. kalo mayat dah berkecai atas jalan, tak menyusahkan org nak kutip kepala, kaki, helmet, kaca…dsb)

…maka afdal jual burger / benjo…
nuaeman - 17 Jul 08 at 10:14:52
cuma ada satu gerai yang baru buka kat kawasan umah mak mertua aku.. budak yang buka ni masih study dalam form 5 tak silap.. dia tak jual burger.. tapi jual ABC.. mula-mula aku terpikir gak.. apsal jual abc.. malam2.. tapi sampai skrg masih bertahan.. kira sambutan ok gak aa tu.. cuma harap pelajaran dia tak terganggulaa.. respek gak kat budak2 tuu..
farahaznil - 17 Jul 08 at 12:03:39
nak meniaga psl bab mknan ni ssh sebenarnya…sbb kena bersaing..lg satu mknan tu kena sedap..pastu kena copete lak dgn harga2..selain dr tu..klu nak meniaga bab2 makanan ni..biasa la..bab2 cemburu mmg byk…maka timbullah hal pagar memagar..weh..paham tak apa aku ckp ni??aku tak ckp psl burger je..suma2 la..gerai mkn pun boleh..hehehe…

hahahaha..apsal afzai malu plak haaaa??sbb ada isteri dia kat sini ke??hehehehehe
abdfatah - 17 Jul 08 at 13:03:41
ye yer memang banyak compete dan dah tentunya ramai yang akan menjadi penjual beger… keunikan dan kesedapan aje menjadi tandingan… jangan jeles dengan kejayaan dah laaa…
samdaddycool - 17 Jul 08 at 14:52:14
ko ada sedara yang jual makanan farah??? diorang dah ‘terkenaa’ ke??
jihan - 03 Sep 08 at 05:31:25
oittt
ngarut je la blog ko ni
hahhahaa
byk la sedap bege ko tu
farahaznil - 03 Sep 08 at 10:30:57
sedara aku byk bisnes mknan..catering2 tu suma..hohhoo..dr biasa smpi leh kata pki mecedes la..huhhuu..tu berkat dr kesabaran kot..haah dorang dah kena..hmm..nak kata aku tak percaya dgn jin..aku pun xtau la mcm mn nak ckp..kena percaya la sikit2 kot..hi hi hi..
Rafhz - 30 Sep 08 at 04:54:01
beger king ayam satu.. hehe…
abdfatah - 10 Oct 08 at 16:31:00
benjol pun sodap… jangan benjol bertalu-talu dah ler…
abdfatah - 11 Oct 08 at 13:58:45
tokei benjol pastinya gumbira kalo cawangan sudah semakin berkembang maju… setapak demi setapak dekat setapak jaya…
farahaznil - 11 Oct 08 at 14:05:43
tp telur dah naik harga la




-----------------------------
The Best site and articles : New Alternative How to hack Friendster Private Photos | Melayu Boleh

-----------------------------