Hari ini, aku malas nak wat apa-apa edisi siasat atau apa-apa pun. Saje nak lepak dan tulis apa yang terlintas di kepala aku. So, jika kau orang rasa bosan dengan perkataan-perkataan aku yang seterusnya, aku pedulik apa. Malas aku nak mintak maaf aje.

Dulu, sebelum aku berniat untuk membeli domain earncent.com ini, banyak kali aku terfikir, berbaloikah aku memiliki sebuah domain dot com aku sendiri dan juga membeli hosting? Sebelum aku jawab balik soalan aku sendiri tu, aku nak bagitahu korang sesuatu. Sebelum earncent dot com, aku telah memiliki beberapa domain dan blog. Sama ada yang berbayar dan secara percuma. Tetapi akhirnya, blog ini menjadi keutamaan walaupun nilai pageranknya sekejap naik sekejap turun..

Berbalik kepada soalan aku tadi, korang rasa berbaloi atau tidak aku memiliki domain earncent.com dan mempunyai sebuah blog earncent yang belum cukup famous dimata dunia. AKu cuma mampu jawab, aku belum rasa berbaloi. Aku mahu lebih dari apa yang aku sekarang kerana aku belum capai impian aku lagi. Apakah impian aku? Banyak. Tapi salah satunya adalah, aku hendak ada orang sampai terpaksa cari translator untuk convert bahasa melayu ke bahasa english atau jerman. Korang rasa boleh tercapaikah hasrat ini? Aku yakin suatu hari nanti akan tercapai dan menidakkan apa yang Bush cuba buat.

Ok. Sejak aku mempunyai blog ini, aku rasa aku mengenali semakin ramai orang dan mendapat pelbagai pengalaman sama ada pengalaman kene tipu atau pengalaman yang menyedihkan. Aku malas nak ungkit hal-hal yang sedih itu. Tetapi tak kurang juga banyak perkara yang aku berjaya capai. Dari blog ini juga aku kenal erti susah dan senang. Dari blog ini juga aku sedar bahawa betapa beruntungnya aku mempunyai blog dot com sendiri dan juga sedar bahawa aku sudah mampu menjana wang dari internet.

Malah, aku juga berjaya membuktikan bahawa aku juga mampu buat duit dari internet hanya berlandaskan pada blog dan keyakinan. Jika anda yakin, aku yakin korang juga boleh buat lebih dahsyat lagi dari aku dan juga lebih popular dari Saiful. Dan masalah blogger malaysia yang tidak berjaya membuat duit dari internet, aku rasa, korang cuma belum berusaha dengan lebih kuat sahaja. Cuba dan terus mencuba. Aku yakin korang boleh dapat lebih dari sesiapa yang korang mahu.

Dari aku bergelar budak hingusan, budak universiti, budak kolej dan akhirnya bergraduasi dan berkerja. Aku telah memperolehi beberapa peluang dan pengalaman yang sukar untuk digantikan. Mungkin ada sesetengah orang kata aku gila atau tak waras dan tak kurang juga yang syok sendiri. Aku pedulik apa dengan semua itu. Tapi bila harga minyak naik, kerajaan bagi 1 juta kat atlit, duit tak cukup, tak reti nak buat duit, aku hairan. Mengapa? Di manakah orang-orang yang kata aku gila itu? Eh..korang faham ke apa yang aku cakap nih?

Baik. Secara jujurnya, masih banyak yang belum aku ketahui dan masih banyak lagi yang aku kene buat untuk pergi lebih jauh dalam bidang ini. Aku ingin buat sesuatu yang membanggakan diri aku dan juga mencapai sesuatu yang sukar dicapai. Jika kita cuba capai sesuatu yang terlalu mudah atau terlalu cepat berpuas hati, aku yakin orang seperti itu tidak akan pergi jauh..maaf, jika kau orang terasa. Tapi aku pedulik apa!

Okey. Satu perkara yang menjadi tanda tanya. Apakah titik tolak dalam diri anda? Siapakah pendorong anda selama ini? Dari manakah datangnya kekuatan diri anda? Tak kiralah dalam bidang apapun korang datang, tetapi, jika korang dah mula fokus dalam sesuatu, laksanakanlah dengan bersungguh-sungguh dengan hati yang ikhlas.

Akhir kata untuk petang ahad ini, aku selalu tertanya-tanya dalam hati. Benarkah dia pernah mencintai diriku? Atau adakah dia hanya berpura-pura selama ini? Jawapan itu cuma Satu sahaja dan tak perlu 5 minit untuk mengetahuinya.


Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 52 comments. Apa plak komen korang?
evidence101 - 06 Jul 08 at 07:20:08
ko tengah tak betul ke nih hah? mabuk ke mamai ko nih? Tu la..minum lagi air banyak-banyak..
riku - 06 Jul 08 at 08:00:50
ehm..dalam maksudnya. adakah titan mengalami tekanan jiwa juga?
farahaznil - 06 Jul 08 at 08:47:31
hahaha..bunyik mcm masalah cinta je titan oi..tak tahan ayat last skali tuh…(aku selalu tertanya-tanya dalam hati. Benarkah dia pernah mencintai diriku? Atau adakah dia hanya berpura-pura selama ini?)…hahahaha..rilek la titan oi…
emme - 06 Jul 08 at 09:47:14
Ni apa kes lak ni titan? sian ko, ada-ada je… ko samakan domain name/hosting dengan awek ko ke aa?
farahaznil - 06 Jul 08 at 09:52:44
adeh..titan ada awek ke??hahahaha..rilek la titan..ko punya blog ni kan ok..apa masalahnya..tekanan dlm masalah cinta ke??huhhuu
rina - 06 Jul 08 at 10:10:12
hihi..

apapun. Tahniah sebab sudah pergi sejauh ini walalupun masih belum puas hati..
Rafhz - 06 Jul 08 at 10:46:29
hmm siapakah si dia.. mcm aku kenal aje yerk… hehe
kakeru - 06 Jul 08 at 11:07:06
Setiap masalah ada penyelesaiannya, Titan. Cuma jangan terlalu menyimpan, kita kena luahkan dgn cara yg terbaik dan luahan hati dalam doa seorg hamba kepada-Nya adalah yg terbaik dan aula utk didahulukan.

Impian kita takkan mati selagi kita berusaha, berdoa n tawakkal kepada-Nya. Hanya Dia yg Maha Tahu atas segalanya…cuma cepat atau lambat hasilnya nanti utk kita raih.

Lagipun sabar di atas segala ujian itu mengajar erti hidup. Namun sabar+redha tiada makna tanpa usaha…ikhlas kerana-Nya pula bagi dipermudahkan segalanya…

Semoga Allah mempermudahkan atas segalanya, Titan. Selamat berjaya!
wan wma - 06 Jul 08 at 11:13:21
Ubat untuk menghilangkan keresahan antaranya adlah bersykur…bersyukur atas segalanya, samada musibah ataupun segala kebaikan yg diterima..Alhamdulillah..hohoho
rina - 06 Jul 08 at 11:59:07
Yang aku perasan dari semua komen ni. Perenggan terakhir baru korang ambil perhatian kan? kan?

Amboi..kan main korang sakat titan yek. Haha..nih mesti ade agenda tertentu nih..
farahaznil - 06 Jul 08 at 12:18:03
hahhaa..tp titan mcm tak puas hati yg lg satu tu..kahkahkah
nuaeman - 06 Jul 08 at 13:41:05
haa.. tengok tu Kakeru kalau dah bersuara.. senang-senang ambik Kakeru jeelaa Titan.. huhu
yazidyahaya - 06 Jul 08 at 16:28:52
umh..haah..ko nimamai ke??ke mengelamun cinta titan???
megat - 06 Jul 08 at 16:47:39
erk… mana satu asasnya? domain hosting atau cinta!?

x kisah lah mana2, tp ko berjaya buat pembaca kaget seketika ekeke.

apa pun pilihan di tangan masing-masing sama ada mereka ingin pilih jalan jaya atau x. tp kita juga punyai tanggungjawab untuk menegur & berkongsi ilmu semoga mereka sedar & kita juga lepas dr tanggungjawab sbg pendakwah.
akazuma - 06 Jul 08 at 17:39:27
ehm..sekali kat hujung. ko bagi aku bende menarik untuk difikir..

ala titan. bende nih susah nak jawab la. hang tanya dia sendiri la..
kakeru - 06 Jul 08 at 19:53:08
Hmmm…betul kata Akazuma tu. Tambah lagi, kena doa2 byk2 gak…Allah Maha Mengetahui…
taukey - 07 Jul 08 at 00:09:31
ekekeke….aku baca 10 kali la entri kali ni….entah faham ke tak…mula2 tentang domain, pastu ttg duit dan diakhiri dgn cinta.

pasal duit tu aku rasa ko mmg dah maju dan akan lebih maju lagi nanti.

pasal domain gunakan apa sahaja domain tak kesah sebenarnya. Tapi best kalau domain tu dapat melambangkan identiti kita sendiri.

tentang cinta…hmmm tu mmg susah sket. unpredictable.
Nizam - 07 Jul 08 at 00:32:55
Bagi saya kadang kala memang pening, kita jadi hilang fokus. Buat2 tak jadi. jadipun dapat sikit. Tapi tak boleh putus asa. Kadang kala dalam usaha tu lupanya salah satu jadi lubuk duit kita.
xmindfreakx - 07 Jul 08 at 02:29:52
uh..banyak gila kau punyer link..gain traffik..gain traffic..
xmindfreakx - 07 Jul 08 at 02:33:40
owh..aku baru perasan…earncent dah jadi aku,hati dan sesuatu?so,incik titan,ini dah jadi personal blog ker?blog pasal duit ko wat kat dot ws ker?
nuaeman - 07 Jul 08 at 02:39:35
Tapi apapun pencapaian ko ni dah kira boleh dibanggakan.. semua berkat usaha ko yang tak pernah putus tu.. tentang masih tak puas hati tu.. biasalaa.. kita semua ada matlamat sendiri.. aku yakin ko akan capai apa yang ko harapkan..
samdaddycool - 07 Jul 08 at 06:46:16
aku suka cara ko promo sambil meluahkan isi hati ko. walaupon tak 100% ko luahkan, tapi sebahagian pembaca dapat tangkap, dan sebahagian sahaj hanya ko dan Allah yang tahu…

Memang aku dapat gambarkan kepuasan yang ko rasa. Dan kurang juga keluahan sebuah ‘penat’ dalam mengharungi dunia blogging.

Untuk sampai tahap ercncent.com sekarang ni, memang bukan semudah yang ramai orang lain fikir. dan untuk mula2 mendapay usd$ 0.001 pon tak semua orang boleh buat… mungkin ko ada kelebihan.. dan munbgkin juga kerana usaha,….

Allah akan menolong kita kalau kita berusaha , beribadat dan berdoa.. Allah maha Adil…

Aku nampak keseriusan dalam post ni… walaupun bukan edisi siasat….
taukey - 07 Jul 08 at 08:26:17
ni komen serius pertama yang aku tgk ko Sam.

aku nak tambah sikit komen aku ttg domain aku kat atas tu. takut plak org tersalah anggap.

satu sahaja perkataan “earncent”.

dalam maksudnya tu
arema - 07 Jul 08 at 09:07:20
ALhamdulillah bisa singgah. salam kenal ajah :D
silentleo - 07 Jul 08 at 09:31:33
uhuh..serius+lawak. itu saje yang aku dapat gambarkan. sempat lagi ko berserius dan sempat lagi ko membuat satu persoalan diakhir kalam..

weh..gi minum susu. nanti setel masalah ko.
nasrun - 07 Jul 08 at 09:35:57
Aku tak kenal ko Titan. Tapi bile aku dapatkan domain n hosting dengan nama yang tah ape2 aku tibai aku mula kenal blog ko ni dan blog blogger lain.

Bagi komen macam dah kenal lama.

Tapi tujuan kita sama semuanya.

Namun ramai yang masih tak faham apa yang kita buat.

Kekuatan diri aku hanya pada diri aku sendiri. Ko aku tak tau. I am home alone.

Kisah cinta, aku letak tempat paling last (sekrg ni la). Tak tau la esok lusa. Mungkin terus kawin jer. hahaha.

Ko merapu aku pon dah merapu. Yang pasti link 5minit tu best. Macam-macam lagu ada. :P
Duit Gratisan - 07 Jul 08 at 09:56:14
Semangat teman! Luasnya ilmu dan pengetahuan tidak akan pernah habis. Tidak ada salahnya selalu belajar dan berusaha. Tulisanmu kali ini penuh inspirasi
emme - 07 Jul 08 at 10:51:23
Titan hilang? titan mencari sesuatu ke? :)
farahaznil - 07 Jul 08 at 11:56:35
hohhoho..titan ilang mencari..cinta kot..hahahahahhaa…hr ni takde post br la…huhhuu
Muhafis - 07 Jul 08 at 13:14:55
ak suke dgn life ngko titan.. huhuh
mcm sllu enjoy je ek, tapi byk duit.. heheh

pape pun ak bangga ngko coz ngko byk kongsi ilmu dgn newbies cam ak nih.. hehe

ngko angau kat sape titan.. laen mcm jerr.. kui3..
Halim-Belajar SEO - 07 Jul 08 at 14:04:59
Aku pun tak terbeli-beli lagi domain sendiri nih takut tak berbaloi dan terbiar saje nanti.. lagipun aku ni bekerja dan jadik part time blogger nih semata-mata nak carik duit lebih minyak keta.
samdaddycool - 07 Jul 08 at 14:22:02
… taukey, dah byk kali gak aKU serius bagi komen… tapi byk lawak pasal , dlm hati ini xde sapa yg tahu.. aku pon manusia biasa, sama mcm ko, sama mcm titan dan sama mcm yg lain2…

… yg pasti, kebykn blogger lonely, hidup dlm dunia yg tersendiri… blog tempat meluahkan isi hati - your own thought…
taukey - 07 Jul 08 at 15:12:53
arr arr….hehehe sam serius lagi. hehehe. takder la sam aku main2 jer la. hehehehe. arr halim tak beli lagi ke domain dan hosting. Blogspot pun ok. Yang penting usaha tu ada. kena pandai cari lubang buit duit mmg boleh.

Ramai gak aku tgk otai2 guna blogspot jer. tapi income riban riban
merahkatak - 08 Jul 08 at 00:19:28
haha. takpe. biar serius di tempat yang sesuai. Nak gelak pun takpe. Kat sini, macam-macam ada.

Macam astro plak..
samdaddycool - 08 Jul 08 at 04:46:50
taukey n merah.. sekarang aku dah ready dan topup’ balik aku nyer moral utk gempur offline dan online biz… tanpa menoleh kebelakang… (bukan jgn pandang belakang. :P )
nuaeman - 08 Jul 08 at 08:12:47
waa bagus tu sam.. rancangan aku untuk buat offline biz kat jb.. tapi takde partner yang sesuailaa ko datang JB sam.. :)
farahaznil - 08 Jul 08 at 12:07:29
weyh sam..ko bkn nak amik aku jd biz partner ko ke???hahahaha..sejak bila la si sam ni pndi serius..hohoho..takpe la..aku tetap tabik spring!!!huhhuu
samdaddycool - 08 Jul 08 at 12:43:46
…kadang2 aku serius… ada masanya kita kena serius… ada masa kita bole lawak..

nuaeman , aku mmg ada plan nak buka offline biz kat JB… Singaporean ramai!!!! (aku ada sorang singaporeanamik wholesale dgn aku)…

farah.. nak jv dgn ko.. nanti kau fikirkan… (tapi ko tak bole goda aku!)
farahaznil - 08 Jul 08 at 15:15:55
wah..ok gak tuh..aku mcm penah dgr jv tu..ko pun tak silap aku..ko dah terangkan..tp lupa plak..explain lg skali..huhhuhuhu..sori tau..mn ada goda kau..ko tgk aku ada gaya punya goda org ke??haizzz
samdaddycool - 08 Jul 08 at 15:41:46
join venture
abdfatah - 08 Jul 08 at 17:20:05
hahahaaa… luahan perasaan laaa pulak nampaknya.. takper laa hambik akan ia sebagai pedoman dan pengalaman hidup… nak kawen dah ke nih? calon dah siap sedia ke tu?
farahaznil - 10 Jul 08 at 08:01:37
ko ckp sape ni fatah??hahaha..kat si sam ni ke si titan tu??hohohohohh
samdaddycool - 10 Jul 08 at 15:29:42
mana2 bole farah….
rina - 10 Jul 08 at 16:43:09
ntah sapelah calon si titan nih fatah oi. mana tau ko leh tolong carikan untuk titan ke..
farahaznil - 11 Jul 08 at 22:38:50
hehehehe..ssh2 rina je la..abis citer…
abdfatah - 17 Jul 08 at 13:06:36
calon untuk titan? titan dah ada calon pilihannya. belum gempak lagi… gempak ngan kad jemputan laa lepas nih… tungguuuuuuuuuuu………
Rafhz - 27 Jul 08 at 04:15:13
hoho… bile la nk smpi kad jemputan tu yerk.. haha
farahaznil - 27 Jul 08 at 07:12:13
hahaha…mst rmi bloger yg dtng time tu..mak titan pun mst terkejut..rmi betul kwn dia..hahahaha
Rafhz - 30 Sep 08 at 04:41:55
haha… mmg ramai.. smpai org dr oversea pom datang…
videono - 30 Sep 08 at 04:51:41
hehe. titan mabuk kot masa tulis entri nih..
abdfatah - 11 Oct 08 at 13:57:29
yea keluh kesah tiada duit takkan habis sampai bila-bila… isu semasa yang berbangkit berkait dengan duit akan menjadikan manusia itu semakin menjadi jadi perangainya tatkala minyak naik… bisingnya dah tentunya seluruh dunia… usaha menambahkan pendpatan pulak bagaimana…????
Farahaznil - 29 Aug 11 at 18:06:31
kadang2 kekuatan tu dtng dr benda yg kita suka ataupun dr bnda yg menyakitkan hati..huhu



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011