Who is Ammar Zahar? | EarnCent.com



Jika semalam kita sudah berkenalan dengan Suhan, hari ini kita akan berkenalan dengan satu lagi blogger lokal yang baru sahaja aku kenali. Secara jujurnya, aku tidak kenal rapat dengan beliau, tetapi dari pengamatan yang aku perhatikan beberapa hari dan tulisan di blog yang bertemakan perniagaan itu agak menarik walaupun ada beberapa isu lama yang dibangkitkan. Bagi aku beliau ada aura tersendiri. Mungkin aura blog Ammar Zahar masih kecil bagi korang, tetapi jika Ammar mampu meneruskan penulisan beliau seperti 2 bulan yang lepas, aku yakin beliau juga mampu menjadi penulis blog yang matang. Ceh, aku matang ker?? Lupa. Perkenalkan, beliau bernama Ammar Zahar dan merupakan pelajar Uniten UPM di semester 5 dalam bidang Senibina Landskap. Aku ada kawan pempuan kat UPM. Tapi dia dah bertunang..yang pasti, bukan dengan Ammar!

Nama saya Ammar..


Sekilas aku melihat post-post beliau di forum Wangcyber, aku rasa beliau masih baru di arena perforuman. Jika aku silap, aku tak kesah. Ini adalah dugaan liar aku sahaja. Tapi aku yakin, beliau juga mampu menjadi forumer yang hebat jika banyak meluangkan masa di forum-forum lain juga termasuk wangcyber. Apa kata kalau forum luar seperti MMK. DigitalPoint, Iguides, Talkgold dan beberapa forum liar di luar sana? Aku yakin Ammar mampu pergi jauh asalkan jika Ammar mahu. JIka ko tak mahu, aku takkan paksaa kerna aku tahu ko dan aku adalah insan biasa yang cuba menjadi diri sendiri. Ahh, tekaan liar aku lagi..

Ok. Blog Perniagaan Internet beliau banyak berbaur tentang perniagaan dan juga pandangan peribadi beliau. Biasalah, setiap orang ada pandangan liar dan peribadi tersendiri. Termasuklah aku dan blogger yang lain. Pembawaan yang bagus tetapi mungkin masih ada cara beliau yang tersendiri. Benar atau tidak, aku tidak tahu. Kerana Ammar yang akan buktikan. Kita lihat saja sejauh mana Ammar dan bLog beliau boleh pergi. Aku yakin beliau ada plan tersendiri. Yang pasti dia bukan gila popular seperti Si Saiful tue..

Dari segi theme, beliau menggunakan GlossyBlue hasil karya Ndesign-studio dot com. Sejujurnya, aku kurang mengemari themes jenis ini. Kerana apa? Korang fikirlah sendiri. Korang pun tahu kan aku suka themes blog yang jenis macam mana..simple, tapi boleh campak macam-macam banner. Cuba kira, berapa banyak banner dalam blog ini? Siapa teka dapat makan cendol percuma selama 1 hari di Banting. Tapi kan, kalau Ammar dah suka themes jenis ini. Dia pedulik apa kan kalau aku celoteh semua nie. Tul tak?

Dari segi traffic dan visitor, aku yakin beliau perlu melakukan lebih banyak promosi dan menawarkan giveaway kepada pembacanya. Maklumlah, sebab aku rasa blog beliau baru sahaja berusia 2 bulan. Beliau telah melakukan sesuatu dan aku yakin itu juga menarik perhatian beberapa forumer wangcyber dan blogger lain untuk lepak blog beliau. Mungkin beliau perlu belajar SEO dari Norhafidz Teknikseo.com? Jangan tanya aku ye Ammar, aku pun failed gak SEO ni..

Ammar belum ada produk tersendiri. Kalau ada, mungkin aku tak tahu. Tapi jika korang menjadi subscirber blog beliau, mungkin kau orang akan dapat sesuatu yang best. Itu sahaja. Sekali lagu, mungkin korang rasa beliau agak mentah. Tapi tak mustahil beliau juga berpeluang untuk menjadi IM yang berjaya dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Siapa tahu kan? Ala, kalau Labanon Rahsia10k boleh. Takkan Ammar tak boleh??

Itu sahaja yang aku mampu ulas tentang Ammar dan Blog Perniagaan beliau. Dua nasihat untuk kau AMmar dari newbie senja ini. Pertama, jangan berputus asa. Kedua, jangan benci aku. Kau bencilah orang lain yek?? Okey. Aku sudah penat. Baru balik dari Klang. Penat drive 2 jam tadik. Sudah la. Aku mahu minum kopi sebelum aku sambung main Jin Online. JUmpa Ammar kat sini >> www.Perniagaaninternet.com

Ps: Ammar, salam blogger dari Keluarga Earncent.com!







Popularity: 6% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 48 comments. Apa plak komen korang?
merahkatak - 04 Jul 08 at 19:44:40
Perghh..weh. Sejak bila ko review orang plak sekarang? Ni review blog ke review blogger???
farahaznil - 04 Jul 08 at 21:52:42
hohoho..titan ni dah demam nak buat review psl blog org agaknya..hahaha..

p/s - ehem2..tolong wat review si amar ni pun dpt duit gak ke??muhahahaha
kakeru - 04 Jul 08 at 22:25:54
Thanx bagi explaination ni Titan, boleh dapat ramai rakan blogger lagi. Lepas ni boleh la buat review blog saya pulak ye..hehe…
titan - 04 Jul 08 at 23:17:25
Aku bukan demam la. Setiap entri di blog aku ada tujuan dan misi tertentu sahaja. Sama ada kepentingan aku atau kepentingan orang lain, aku tak kesah.

Eleh, ko jeles aku tak wat review pasal ko kan farah? Hehe..takleh. Tak cukup umur lagie..

Kakeru. HEhe, boleh aje. Tapi kene tengok dulu gambar awak dalam kebaya. Boleh? Haha..berawak lagi aku. Aii…
syuxx - 04 Jul 08 at 23:25:28
wow! dia pun sedang bergiat keluar kan ebook ni semua. huhu
nuaeman - 04 Jul 08 at 23:31:02
wahh.. ko dah start review blog mamat ni.. tapi contest ni tarikh tutupnya hari ni kan Titan..? atau dia extendkan lagi tempohnya.. aku rasa ada ramai lagi tak tahu ni… hadiah okay gak.. Baju wc tuu..
samdaddycool - 05 Jul 08 at 00:13:12
….Kakeru. HEhe, boleh aje. Tapi kene tengok dulu gambar awak dalam kebaya…..

kalo aku minta ko review aku, ko nak aku pakai kebaya gak ke titan???
titan - 05 Jul 08 at 01:17:33
Ko? Gambar ko pakai baju melayu bersampin beserta kambing-kambing ko. Leh tak samdaddycool? Mesti cool punye kan? Hehe..
nuaeman - 05 Jul 08 at 01:35:23
Aku tak dapat bayangkan camnelaa kalau si sam ni bergambar bersama-sama ngan kambing-kambing dia dengan memakai baju kebaya.. warh haha
samdaddycool - 05 Jul 08 at 02:29:11
kalo baju tu ok … :)

nuaeman, pakai baju kebaya dg kmbng….?? bukan setakat org, kambng pon kata aku gila
titan - 05 Jul 08 at 02:31:37
Baju melayu la nuaeman. Si kakeru je dengan baju kebaya. Aku tidak sekejam itu la..

Pastu, kene mekap lawa-lawa aa. Baru best nak letak kat blog aku. Hehe..
nasrun - 05 Jul 08 at 02:36:00
Tarihk akhir da post pon. Lau tak ko la dapat hadiah tu erk? huhu…
titan - 05 Jul 08 at 02:45:24
Ler, mana ada orang masuk contest tapi tak mahu menang hadiah kan? Walaupun negara kita nih dah macam negara kebajikan, tapi aku bukan jenis itu.

Aah. Tarikh dah ubah ke 31 Julai. 1 tempoh yang sangat lama dan aku kurang pasti boleh menang atau tak kerana aku yakin blogger lain akan lebih best reviewnya. So, chance tu dah xde da kot?

Dan aku tak kesah menang atau tak. Tapi, kalau korang buat sesuatu contest. Jangan ubah contest dan rule tu bila dah hari terakhir. Nanti orang bosan dan Tak pro la macam tu. Its more better if create another new contest. Tapi nak wat macam mana. Penganjur bebas berbuat demikian. Haha..

Ps: Apapun, aku dah wat. Selesai 1 lagi to do list aku. Aku hanya mengikut jadual sahaja..
azuwan - 05 Jul 08 at 03:14:26
aku pn nak review gaks..hehe..teruskan review ni..aku pn ingat nk wat cmni tapi komitmen lain membataskan masa blog aku..haha..chayok!
samdaddycool - 05 Jul 08 at 03:29:41
still ada masa gak….. lepas ni sapa kurang kemahiran dgn SEO ke, GA ke tapi ada bakat meng’komen’ .. bole cari banyak2 ler review contest camni… tak gitu?
nuaeman - 05 Jul 08 at 06:21:15
Ikutkan beri komen ni dah boleh dapat duit hari-hari… kalau pandai cari peluangla…
nasrun - 05 Jul 08 at 07:08:45
Xper la Titan mana tau ko menang jugak..

Nanti la aku buat contest hadiah 100usd. Bole ker? banyak tu.. hoho..
titan - 05 Jul 08 at 07:13:16
Haha. Tak. AGak sukar untuk menang jika mengikut pengalaman aku yang lepas-lepas. Aku yakin akan muncul lebih banyak review lepas nih. Tak apa, banyak lagi contest yang ada dalam to do list aku nih. Hehe..Cuba aje. Jika menang, itu satu bonus.

KO try la wat nasrun contest tu. Aku join punye. Hehee.. :D
akazuma - 05 Jul 08 at 07:34:52
Apapun, kita tunggu aje nanti sape yang menang titan. Kalau ada hadiah no 1- no 10. Aku yakin ko dah ada dalam list diorang..
farahaznil - 05 Jul 08 at 08:19:01
hohoho..mn de jeles titan..hahahaha..sikit ada la..oh..nak kena cukup umur dulu ke??hahahaha…weyh..aku tak kisah la..tp kalo ko nak buat..aku bg je..hahaaha

sam…betol tu..tgk ko pki baju melayu di samping kambing2 rxz…wah..mcm best je bunyik dia nih..hahahaha..ko pun rmbut panjang..mcm sesuai je duk bergambar dgn kambing2 tu..haha..pastu kakeru duk sebelah sam pki bj kebaya..bila dah duk rmi2 dgn kambing rxz..dah nmpk mcm family bahagia plak..wakakakakakaka…weyh aku gurau aa…saje2..huhhuu..sdap2 je aku kutuk kambing ko kan..hahhaa
yazidyahaya - 05 Jul 08 at 11:39:49
wah..titan..lepas ni leh cerita tentang diri aku lak..heheheheh
kakeru - 05 Jul 08 at 11:50:59
Gmbr dgn kebaya n kambing rxz…? Mana best Farah… Titan, nanti saya amik gmbr sebelah kedai jual kebaya…best2 :)
akazuma - 05 Jul 08 at 14:00:38
Haha. Apa macam kakeru. Berani tak sahut permintaan titan tuh??
kakeru - 05 Jul 08 at 16:09:41
Mana ada apa2 permintaan Akazuma, Titan main2 je tu. Saya pun takde buat ape2 contest lagi untuk minta any blogger review blog saya kan… Lepas ni la agaknya, blog saya pun bukan well-known macam blog Titan ni…
abdfatah Belajar SEO - 05 Jul 08 at 16:55:21
waaaa…. blog perniagaan internet. ni mesti ada peluang buat duit internet yang kaww kaww punya… mesti jenguk jangan tak jenguk…
emme - 05 Jul 08 at 17:51:48
Haha, aku nak buat blog klon earncent la… mesti ramai follower oversea nanti… heheh :P

Eh ni lari topik ke ni titan? Nampaknya ramai blogger sekarang buat promosi yang sangat agresif! jeles gak aku. Blog aku jugak terkedek-kedek nak naik ranking Alexa… :lol:

Tak pe aa, aku pun harapkan organic visitor dari Google. ;)
samdaddycool - 05 Jul 08 at 17:57:56
tak kira la kebaya ke.. kebarung ke… kekambing ke… gi masukreview ammar zahar ni… sapa tau? tuah ayam nampak di taji………
farahaznil - 06 Jul 08 at 00:39:36
oh…ni mcm best je klu aku msk nih..hahaha..tp klu titan dah wat dulu..mcm ssh aku nak sing dgn dia..mst la dia menang punya..haizzz…

p/s - aku tgk ada blog2 yg suruh pendatang2 dia ni subscribe…mcm mn nak buat tu??aku tak reti..hahaha
nuaeman - 06 Jul 08 at 04:09:24
cuba-cubalaa Farah.. mana tau rezeki ko lagi menang.. sapa tau.. ko kan terer bab -bab review ni ; tapi apal ak ko nak gelarkan si Ammar tu.. Titan dah ko relate ngan tapir..
abdfatah - 06 Jul 08 at 04:32:37
wah… ramai yang nak rebiu nih… mesti meletop aaa punya reviewsnya… tengok laa sapo yang dapat. lumayan aaaaa….

nak suh subscribe ke? bleh guna feedburner tu kalo nak guna. ataupun boleh guna autoresponder ….
rina - 06 Jul 08 at 04:53:27
Farah. You pergi sini : http://feedburner.com

Register dan dari situ, you akan tahu macam mana nak wat kotak subsribe yang macam titan dan blogger lain wat. Leh setting dari situ.

Ps: Aku rasa, sejak titan expose si AMMar ni kat blog ni. Blog Ammar mesti famous lepas nih. Tul tak?
titan - 06 Jul 08 at 05:51:27
Betul tu farah. Sekarang adalah perkara normal setiap blog guna feedburner. Gunakan yang terbaik untuk blog anda.
kakeru - 06 Jul 08 at 11:18:19
Blog Ammar ni mesti dah ter’expose’ coz dia dah wat free ebook pasal Squeeze page, tambah lagi dgn domain Perniagaan Internet. Mesti ramai subscriber lepas ni :)

Feedburner pun saya tak letak lagi…huhu… Ade ke org nak subscribe kat blog tu…klu blog Farah mesti ramai yg subscribe eh Farah?
farahaznil - 06 Jul 08 at 12:21:00
hohhoo..aku dah letak dah benda tu titan..tq rina bg link tuh..

kakeru - blog aku sape nak subcribe..nnt aku pasang jerat tuk soalan add math tu..wakakakaka…suh dorang subcribe dulu br aku layan sape pembeli dia..sape la yg nak datang baca kat blog aku tu..takde isi mcm si titan ni..huhhu
abdfatah - 08 Jul 08 at 17:33:14
takper laa asalkana ada… ada laa yang akan subscribe tu… lepas tu macam biasa laa kena update supaya depa depat maklumat update blog terus ke emel… di samping soalan matematik mokhdar dari farah… tak gitu cik farah?

memang femes laa cik farah nanti dengan soalan cepu emas math add nya itu……
farahaznil - 08 Jul 08 at 22:47:04
huhuhu..sejak post kan jawapan tu..PR pun naik..huhuhu..tak sangka ni leh jd 1 strateji..fatah..ko ada idea lain tak nak naikan PR
nuaeman - 09 Jul 08 at 04:26:36
Blog farah pun ok ape.. kira ramai gak pelawat.. n info-info pun boleh tahan menariknya.. aku suka tgk bab YB tu.. tak pernah perasan lak video tu sebelum ni kat you tube
abdfatah - 17 Jul 08 at 01:13:54
lepas nih farah tentu akan terlebih popular dengan open caranya yang tersendiri….

PR nih google ada update. kena tunggu laa nak dapat PR tu… cuma kena maintain aje laa macm titan… kalo nak cara segera kena tanya laa titan.

namun content is a king… go for your quality titan like content… adesh jadi content pulak titam…

quality for titan… eh eh eh…

fresh content laaa….
samdaddycool - 17 Jul 08 at 03:39:04
tersasul2.. fatah…..
yazidyahaya - 10 Aug 08 at 04:24:56
macam best je dia ni??heehe..takde la..gambar dio ni nampak macho je…tapi aku dah gi dah blog dia ni..leh gak tahan
[…] tak leh Pss: Ini review yang aku buat yang melayakkan aku memenangi review Contest ammar ini - Who is Ammar Zahar. nuffnang_bid = “e4a1b85dd4a2674f46891baf412121ea”; […]
ammbiz - 16 Aug 08 at 11:05:19
Titian ,

Fuh .. cayalah titan ko menang lagi contest .. huhuhu .. tahniah!!!
Who is Cyza Sector? | EarnCent.com - 30 Sep 08 at 07:20:05
[…] dan income yang lumayan. Aku yakin Cyza Sector akan menjadi pencabar terbaru dalam dunia IM selain Ammar, JuniorIM, Labanon dan Dinberamboi. Ok. Cukup dengan kisah hidup yang agak ringkas dari aku. Aku […]
ihateher - 06 Oct 08 at 09:41:32
oh. ini rupanye ammar. nampak cam meletup dengan rahsianewbie ye..
abdfatah - 11 Oct 08 at 13:51:59
sorang lagi im malaysia yang mantap dan berjaya dengan produknya yang tersendiri… selamat maju jaya…
fayz - 27 Nov 08 at 01:03:13
wow..jambu budaknya..hehehe :grin:
titan - 27 Nov 08 at 05:07:26
Jambu ke fayz? Hehe :)
sally - 31 Mar 09 at 10:03:26
is this pig-latin??


Get cash from your website. Sign up as affiliate.



-----------------------------
The Best site and articles : New Adsense Alternative | Melayu Boleh | Berrybunch | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Kenapa Ain Suka Mudah.my?
Bean Bag Chair
Furniture Sales
Shirt Printing
-----------------------------