Archive for June 2008


Today, i will tell you another way how you can make money online from internet. If you have blog, i believe this method will works on you. If you not have blog, just go and have your blog now. If its free blog, its also fine as long as you can use it for promotion method.


ACF6 Open Case: Buat Duit dengan Shareasale



To be honest, i’m not aspect to be paid from them last month. But finally i already get by them and i will show you the proof. Hoho. I believe some of you will NEVER believe with me if i never show you the proof payment i got from this program right? Just go and click this link and comment at that picture when you see it. Go here >> My Shareasale Check

Yap. The name of that program was Shareasale. I know some of you think its hard to join this program. But take it easy. Its Affiliate Network and you can said i prefer Shareasale compare with Clickbank or Comission Junction or Payploadz or Paydotcom or Ebay. This is the best Affiliate Network i can trust and i will promote like hell. So, if you like to know how i get paid from Shareasale. You need to experience it first.

Shareasale offer paid per sales, paid per click and also paid per lead program. Each program have different benefit and if you good in marketing. I can said Shareasale really good to you. I already join and get paid. Its check from Chicago and i believe some of you also want that check too right? Register and experuence it now here >> Register Shareasale Now! (Just wait a few seconds. Sometimes its load slow..)

Ps: Sorry aa. Saje aku taip english walaupun aku tahu aku tak lah pandai cam korang semua. This is just another way to make money online and i love all affiliate network like this. Just i love more to Shareasale. Never jealous with Shareasale huh! If you not get paid any cent from Shareasale, never blame to me. Its prove that you lazy to do your marketing..

Pss: Untuk versi bahasa melayu. Korang leh cek post aku yang lepas masa aku wat edisi siasat untuk shareasale nih kat sini.

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini, aku share lagi satu cara untuk buat duit dari internet. Ada beberapa program yang dalam ujikaji dan akhirnya aku baru je dapat 1 payment kecil semalam. Aku terfikir, nak bagitau sekarang ke nanti-nanti. Ahh. Kongsikan saja. Menyebarkan ilmu itu adalah lebih bagus dari makan buah epal sorang-sorang..

logo dark Edisi Siasat: Buat Duit dengan Triond

Triond. Aku yakin ramai yang sudah menyertai program Triond dan ada juga yang tak kurang mengatakan benda nih susah nak buat duit. Ada juga yang cakap triond scam. Aii. Kalau scam, macam mana aku leh dapat duit dari diorang. Tiap2 bulan diorang hantar email kat aku. Setiap kali aku submit article atau gambar, diorang akan email aku untuk maklumkan bahawa semua yang aku submit itu sudah diupload dan diapproved dalam tempoh 1 minit sahaja.

Ok. Apa benda Triond ni?
Triond membayar kita melalui view atau nilai impression. Aku tak berani cakap 1 impression itu berapa harganya. Dari setiap 1 gambar yang aku upload. Aku dapat 0 cent. So, macam mana nak dapat duit dari Triond? Kalau kita upload gambar atau artikel. Of course la tak dapat duit ler! Kita kene bagi orang lain lihat gambar atau artikel kita tuh. Misalnya, aku bagi satu link dan orang klik link itu. Sebaik sahaja diorang klik link tu dan lihat gambar tersebut. Aku akan berjaya dapat $0.01usd. Tak banyak kan? Tapi bolehla untuk orang macam kita nih. So, lagi banyak artikel dan gambar korang dilihat oleh orang lain, lagi banyak sen yang korang dapat. Menarik tak?

Triond membayar kita melalui Paypal. Minimum payout? Aku tak sure. Sebab aku baru saja dapat payment sebanyak $0.53usd semalam. Biarpun tak cecah pun $1.00 dollar. Tapi ini membuktikan bahawa Triond bayar ahlinya. AKu yakin ramai orang yang dah buat duit dari Triond. Tapi dok senyap-senyap je tak nak wat bising. So, aku wat la bising kat blog nih. Blog ni takkan ajar korang jadi jutawan sebab aku bukan lagi jutawan. Sebab tu aku still cari cara buat duit di internet biarpun cuma bagi aku $0.10usd setiap hari. Ingat ramai ke orang nak bagi kita duit? Cuba mintak kawan RM10. Depa bagi tak?? Silap aribulan masuk buku hutang diorang.

Ni buktinya, gi klik kalau nak tengok gambar yang besau plak.

paymenttriondmh8.th Edisi Siasat: Buat Duit dengan Triond


Macam mana nak promosi? Promosi link gambar korang tu kat blog korang aje. Aku wat dari blog je nih. Tak apply lagi cara lain. Nanti aku try usaha sikit. Target aku hujung bulan ni lebih dari $1.00++. Harap aku berjaya capai. Aku tahu nampak memang sikit. Tapi selagi ada program yang beri kita peluang untuk buat duit, aku takkan lepaskan begitu sahaja. Lagi satu, korang boleh promosi kat forum signiture, kat sidebar blog korang, kat forum dan mana-mana lagi. Janji tak spamming bodo kat mana blog dan forum. Itu je. Kantoi dan akaun korang kene ban. Tanggung sendiri la..

Korang boleh tengok dekat site Triond jika nak tahu lebih pasal Triond nih. Sayangnya diorang takde affiliate program. So, aku tak dapat la komisen kalau ada orang join under aku. Tak apalah, dari awal lagi niat aku nak kongsi ilmu ni dengan korang. So, cuba dan aplikasikan dalam kehidupan online korang.

Dah. Jangan buang masa. Boleh register Triond kat website Triond sekarang >> Triond

Ps: Kalau korang nak tengok Cek Shareasale yang baru aku dapat. Klik Sini la ek!

Popularity: 8% [?]


Sphere: Related Content


Sebelum aku keluar rumah hari ini untuk pergi ke banting, aku akan beritahu korang satu lagi program yang sedang menjalani proses edisi siasat. Biarpun aku rasa macam ramai yang dah tahu. Tapi aku nak jugak bagitau korang tentang perkara ini. Aku bagi draft ajela ye? Tak larat aku nak tulis panjang-panjang nih. Baru la aku sedar bahawa aku ini sudah tua..

Ok. Nama program itu adalah Mysearchfunds. Tapi sejak menjadi kawan baik dengan Yahoo ini, mereka telah bertukar nama kepada Myhpf yang membawa maksud kepada My Homepages Friends. Kiranya diorang dah jadi kawan rapat Yahoo la ni. Kalau dulu, aku search leh masuk ask.com dan google.com. Sekarang, setiap search akan keluar mengikut yahoo search engine. Aku tak tau macam mana diorang wat coding. Tapi taktik diorang memang menjadi. Aku suka website baru ini kerana ianya tampak megah dan professional berbanding site lama. Buruk? Aku tak kesah. Janji diorang menawarkan satu program yang mampu memberikan aku pulangan yang agak bagus.

Ok, apa lagi yang korang perlu tahu tentang porgram ini? Mysearchfunds membayar korang melalui searching. Lebih banyak anda search menggunakan myhpf.co.uk ini, anda akan lebih banyak buat duit dari program ini. Aku sudah main searching2 ni, tapi tak banyaklah. Baru £6.93 yang berjaya aku capai dari 721 search yang aku telah buat. Aku bukan rajin nak search banyak-banyak sekarang. Penat woo..

Mysearchfunds bayar kita melalui 3 cara. Tapi cincai cerita, korang kene ada akaun Paypal. Baru senang sikit aku nak cerita. Takde akaun gi wat satu. Jangan malas-malas. Kalau nak tahu, program ni bayar kita bukan pakai dollar. Diorang bayar kita pakai Pound Sterling! Ini bermaksud, £1 bersamaan dengan RM7.00. Tak percaya? Korang gi main kira-kira sendirila dan andaikata aku berjaya kumpul £20. Aku akan terima duit tersebut dalam tempoh 45 hari selepas request aku sah dipihak Mysearchfunds.

Korang rasa benda nih best atau tak? Setakat ni, aku rasa ramai yang dah dapat bayaran. Orang Malaysia kita pun ada yang dah dapat duit. Cuma aku tak kenal je sape nama diorang. Entah betul atau tak. Tapi kalau aku dapat buat duit dari diorang, I tell you in my blog. So, always come to my blog to know new method to make money online and more affiliate program soon.

OK Klik sini jika mahu join Mysearchfunds. Kalau korang join aku, aku dapat 10% je dari nilai searching yang korang dapat bulan-bulan. Jika kau orang dapat £1 pada bulan june 2008. Aku cuma dapat £0.10 je dalam bulan june 2008. Tapi oklah kan. Siapa nak bagi? Kerajaan pun bagi RM160 je motor setahun..

Nama lama: Mysearchfunds
Nama gelemer yang baru : Myhpf

So, mahu buat duit dengan Mysearchfunds atau Myhpf? Daftarlah sekarang!

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content


Kepada Pak Lah, Perdana Menteri Malaysia Boleh…….

Hari nie tah hari berapa Pak Lah jadi PM kami
Memang dari dulu kami sokong sampai lani
Tapi hari nie, buka mata, senak perut anak bini……
Tengok Pak Lah habag minyak naik lagi

Memang kami tak tau pasai ekonomi
Yang tau semua Pak Lah ngan kroni
Tapi sampai bila nak jadi lagu nie
Dapat gaji habis tak berbaki

Pak Lah habag tak boleh buat apa
Nie semua ekonomi dunia
Kalau tak naik nanti dunia kata apa
Habis tu yang rakyat dok menderita, tak pa ka

Dulu Pak Lah kata nak jaga rakyat
Kunun Pak lah nak kerja sama sama dengan rakyat……
Nie dok nampak macam nak telan kederat
Dok nampak kami yang nak melarat

Pak Lah kata masalah rakyat nak ambik berat
Kunun tak mau tengok rakyat hidup melarat
Tapi kalau macam nie punya sarat
Darah rakyat pun boleh sejat

Kerajaan ada kata rakyat manja subsidi
Kunun asyik kerajaan saja dok bagi
Sapa kata kami rakyat tak pernah bagi
Tu…yang lima tahun sekali tu….sapa bagi??

Tiap kali naik harga, dok banding sini sana??
Hampa tengok, kat Thailand lagi mahai dari kita……
Apa jenis depa punya kira
Awat tak ikut pulak Brunai punya harga

Brunai tak leh kira
depa punya minyak berlambak tak terkira
Awat, minyak Malaysia tak dak harga ka?
kalau tidak, tak kan jual minyak kita beli minyak depa

Ada Petronas pun tak leh buat apa
Ada duit sikit, dah nak mengada
Pi buat segala menara pagoda kembaq dua
Nak tunjuk, kami la kaya

Petronas kata kami tak tau apa
Kerajaan yang buat kira bicara
Kami ikut apa depa kata
Royalti jadi ehsan pun kami tak leh kata apa

Kunun dok habag petronas hak rakyat semua
Pakailah minyak petronas, nanti untung dapat kat kita
Nie, nak tanya la….tiap tahun untung beribu juta
Rakyat dapat apa ????? kudis buta….

Hari nie petrol naik, tahan la lagi..
Tengok pulak apa cerita esok pagi
Habis ikan, ayam, cabai sampai ke cili
depa pun sama tumbas naik sekali

Nanti ada la menteri tolong bercakap
Sapa naik harga dia nak pi tangkap
Sampai bila la dia nie nak ubah sikap
Ingat yang dok meniaga kat market tu heran kot dia punya cakap

Pak Lah mau renung nasib kami
Kais hari nie makan untuk kemarin pagi
Anak kecik pun dok ada lagi
Boleh hidup ka kami lagu nie

Dah tak larat nak tanggung cukai
Sini cukai, sana cukai
Dari tanah sampai ke pintu punya ada cukai
Dah sampai masa kot Pak Lah kena guna akai

Jangan dok ingat rakyat macam Pak Lah
Gaji berpuluh ribu hidup tak susah
Ada anak pulak bisnes sebelah sebelah
Dapat tender pun tak payah susah susah

Kami rakyat bukan macam tu
Malah la nie pun dah ada rebus siput **** dgan batu
Sedih sungguh ohhhh negara ku
Biar tak merdeka terus pun tak la kalau lagu tu

Dah sampai masa Pak Lah ingat
Selesai masalah rakyat cepat cepat
Nanti kot rakyat naik meluat
satu undi pun Pak Lah tak dapat

Cukup la sampai di sini
Tobat dah…aku tak mengundi BN kali nie
Parti Barang Naik pulak kot jadi depa lani
Kot ada sapa nak Barang Naik lagi undi la depa lagi…

Yang Benar,
Rakyat yang semakin tak larat

Credit : Usahawanebay

Ps: Aku tak mahu cakap apa-apa. APa yang korang fikir bila korang baca pantun yang aku dapat dari mamat di forum Wancyber ni..

Pss: Mahu jersi euro 2008? Sertai cabaran Mister Potato di sini >> Cabaran

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011