Kepada Pak Lah, Perdana Menteri Malaysia Boleh…….
Hari nie tah hari berapa Pak Lah jadi PM kami
Memang dari dulu kami sokong sampai lani
Tapi hari nie, buka mata, senak perut anak bini……
Tengok Pak Lah habag minyak naik lagi
Memang kami tak tau pasai ekonomi
Yang tau semua Pak Lah ngan kroni
Tapi sampai bila nak jadi lagu nie
Dapat gaji habis tak berbaki
Pak Lah habag tak boleh buat apa
Nie semua ekonomi dunia
Kalau tak naik nanti dunia kata apa
Habis tu yang rakyat dok menderita, tak pa ka
Dulu Pak Lah kata nak jaga rakyat
Kunun Pak lah nak kerja sama sama dengan rakyat……
Nie dok nampak macam nak telan kederat
Dok nampak kami yang nak melarat
Pak Lah kata masalah rakyat nak ambik berat
Kunun tak mau tengok rakyat hidup melarat
Tapi kalau macam nie punya sarat
Darah rakyat pun boleh sejat
Kerajaan ada kata rakyat manja subsidi
Kunun asyik kerajaan saja dok bagi
Sapa kata kami rakyat tak pernah bagi
Tu…yang lima tahun sekali tu….sapa bagi??
Tiap kali naik harga, dok banding sini sana??
Hampa tengok, kat Thailand lagi mahai dari kita……
Apa jenis depa punya kira
Awat tak ikut pulak Brunai punya harga
Brunai tak leh kira
depa punya minyak berlambak tak terkira
Awat, minyak Malaysia tak dak harga ka?
kalau tidak, tak kan jual minyak kita beli minyak depa
Ada Petronas pun tak leh buat apa
Ada duit sikit, dah nak mengada
Pi buat segala menara pagoda kembaq dua
Nak tunjuk, kami la kaya
Petronas kata kami tak tau apa
Kerajaan yang buat kira bicara
Kami ikut apa depa kata
Royalti jadi ehsan pun kami tak leh kata apa
Kunun dok habag petronas hak rakyat semua
Pakailah minyak petronas, nanti untung dapat kat kita
Nie, nak tanya la….tiap tahun untung beribu juta
Rakyat dapat apa ????? kudis buta….
Hari nie petrol naik, tahan la lagi..
Tengok pulak apa cerita esok pagi
Habis ikan, ayam, cabai sampai ke cili
depa pun sama tumbas naik sekali
Nanti ada la menteri tolong bercakap
Sapa naik harga dia nak pi tangkap
Sampai bila la dia nie nak ubah sikap
Ingat yang dok meniaga kat market tu heran kot dia punya cakap
Pak Lah mau renung nasib kami
Kais hari nie makan untuk kemarin pagi
Anak kecik pun dok ada lagi
Boleh hidup ka kami lagu nie
Dah tak larat nak tanggung cukai
Sini cukai, sana cukai
Dari tanah sampai ke pintu punya ada cukai
Dah sampai masa kot Pak Lah kena guna akai
Jangan dok ingat rakyat macam Pak Lah
Gaji berpuluh ribu hidup tak susah
Ada anak pulak bisnes sebelah sebelah
Dapat tender pun tak payah susah susah
Kami rakyat bukan macam tu
Malah la nie pun dah ada rebus siput **** dgan batu
Sedih sungguh ohhhh negara ku
Biar tak merdeka terus pun tak la kalau lagu tu
Dah sampai masa Pak Lah ingat
Selesai masalah rakyat cepat cepat
Nanti kot rakyat naik meluat
satu undi pun Pak Lah tak dapat
Cukup la sampai di sini
Tobat dah…aku tak mengundi BN kali nie
Parti Barang Naik pulak kot jadi depa lani
Kot ada sapa nak Barang Naik lagi undi la depa lagi…
Yang Benar,
Rakyat yang semakin tak larat
Credit : Usahawanebay
Ps: Aku tak mahu cakap apa-apa. APa yang korang fikir bila korang baca pantun yang aku dapat dari mamat di forum Wancyber ni..
Pss: Mahu jersi euro 2008? Sertai cabaran Mister Potato di sini >> Cabaran
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Perempuan, adakah anda memahami Lelaki? | Edisi Siasat: Buat Duit dengan Mysearchfunds? »




















“lu pikiaq la sendiri - kata nabil raja lawak astro musim ke-2….”
malaysia boleh naik harga minyak, malaysia boleh barang naik, malaysia boleh bagi gaji dapat 2x sebulan dan macam2 malaysia boleh dan memacam lagi..
Gaji ko naik ker rafhz??
Sebelum pilihan raya Najib cakap minyak takkan naik.. Tapi skrg? Hambik kau..
Najib pon terdiam agaknya.. hahaha..
Semua kuasa kat tangan Pak Lah.. Harap Pak Lah leh ikut kata Nabil “Hang Pikiaq la sendiri”.. =)
Aii. Tak faham aku..
So, pandai2 la berjimat. Kekadang, bila orang kata orang malaysia nih manja. Aku 100% setuju dengan benda tu..tapi klu nak bermanja, bertempatla..
Main point nye : Kenapa harga Minyak dinaikkan terlalu tinggi sehingga 40%?
Sebab menambung gaji sektor kerajaan yang baru dinaikkan?
Pihak swasta? hehe..
Malaysia Boleh.. Pak Lah tak boleh..
p/s:sape amik rebate kat pejabat pos tu??
betul tu merahkatak..hahahaha..ko keje apa merah??
Sape ada keta. Dapatla sket habuan..
Alhamdulillah.. jugaklaa dapat duit tu.. tapi utk aku yang tempat kerja 50km dr rumah ni sakit jugak.. dengan kenaikan harga minyak ni..
nuaeman -> apsal jauh sngt tu..hahaha ko duk mn??tmpt keje ko kat mn??tp 50 km tu kira dekat gak la…tp minyak sakit la..muahahahahha
Aku duk masai dan kerja kat bhgn kulai..
Jadi, marilah guna NGV atau carila alat2 yg leh mengurangkan penggunaan minyak kita..
ngv aku dgr klu pasang nnt…enjin tak power…betol ke??
2.0 pun dpt le…hahaha…ko pki keta apa rafhz??1.0 tu kancil ke??