Sebelum aku keluar rumah hari ini untuk pergi ke banting, aku akan beritahu korang satu lagi program yang sedang menjalani proses edisi siasat. Biarpun aku rasa macam ramai yang dah tahu. Tapi aku nak jugak bagitau korang tentang perkara ini. Aku bagi draft ajela ye? Tak larat aku nak tulis panjang-panjang nih. Baru la aku sedar bahawa aku ini sudah tua..

Ok. Nama program itu adalah Mysearchfunds. Tapi sejak menjadi kawan baik dengan Yahoo ini, mereka telah bertukar nama kepada Myhpf yang membawa maksud kepada My Homepages Friends. Kiranya diorang dah jadi kawan rapat Yahoo la ni. Kalau dulu, aku search leh masuk ask.com dan google.com. Sekarang, setiap search akan keluar mengikut yahoo search engine. Aku tak tau macam mana diorang wat coding. Tapi taktik diorang memang menjadi. Aku suka website baru ini kerana ianya tampak megah dan professional berbanding site lama. Buruk? Aku tak kesah. Janji diorang menawarkan satu program yang mampu memberikan aku pulangan yang agak bagus.

Ok, apa lagi yang korang perlu tahu tentang porgram ini? Mysearchfunds membayar korang melalui searching. Lebih banyak anda search menggunakan myhpf.co.uk ini, anda akan lebih banyak buat duit dari program ini. Aku sudah main searching2 ni, tapi tak banyaklah. Baru £6.93 yang berjaya aku capai dari 721 search yang aku telah buat. Aku bukan rajin nak search banyak-banyak sekarang. Penat woo..

Mysearchfunds bayar kita melalui 3 cara. Tapi cincai cerita, korang kene ada akaun Paypal. Baru senang sikit aku nak cerita. Takde akaun gi wat satu. Jangan malas-malas. Kalau nak tahu, program ni bayar kita bukan pakai dollar. Diorang bayar kita pakai Pound Sterling! Ini bermaksud, £1 bersamaan dengan RM7.00. Tak percaya? Korang gi main kira-kira sendirila dan andaikata aku berjaya kumpul £20. Aku akan terima duit tersebut dalam tempoh 45 hari selepas request aku sah dipihak Mysearchfunds.

Korang rasa benda nih best atau tak? Setakat ni, aku rasa ramai yang dah dapat bayaran. Orang Malaysia kita pun ada yang dah dapat duit. Cuma aku tak kenal je sape nama diorang. Entah betul atau tak. Tapi kalau aku dapat buat duit dari diorang, I tell you in my blog. So, always come to my blog to know new method to make money online and more affiliate program soon.

OK Klik sini jika mahu join Mysearchfunds. Kalau korang join aku, aku dapat 10% je dari nilai searching yang korang dapat bulan-bulan. Jika kau orang dapat £1 pada bulan june 2008. Aku cuma dapat £0.10 je dalam bulan june 2008. Tapi oklah kan. Siapa nak bagi? Kerajaan pun bagi RM160 je motor setahun..

Nama lama: Mysearchfunds
Nama gelemer yang baru : Myhpf

So, mahu buat duit dengan Mysearchfunds atau Myhpf? Daftarlah sekarang!







Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 36 comments. Apa plak komen korang?
riku - 15 Jun 08 at 07:40:41
Alamak. Ada satu lagi program bagus. Ada saje ye benda you nak bagi kita orang join ye titan. Not bad. Tapi cam lama la nak cecah 25 pound tu..
taukey - 15 Jun 08 at 08:53:13
hehehehehe…..join jgn tak join. pound sterling tu. untuk pengguna internet yang tegar bagus guna ni. terutamanya yang byk buat search. hehehe. dapat duit dari search dan dapat infor dari search
yazidyahaya - 15 Jun 08 at 09:46:21
wah..ni buat aku nak joind ni..hehehehe
nazri - 15 Jun 08 at 10:14:57
Aku dah join…! yang best dier bayor pakai pound…
merahkatak - 15 Jun 08 at 10:26:18
hehe. aku dah join dulu. Lama lagi nak cecah minimum. Takpe. Pelan-pelan dulu..
taukey - 15 Jun 08 at 10:39:06
kalau merah katak rajin cari referals cepat jer cecah minimum. ekekekeke
merahkatak - 15 Jun 08 at 10:48:06
waa. macam dah pengalaman je taukey. Mesti dah dapat ramai referrals kan?
nasrun - 15 Jun 08 at 11:17:12
Menarik prog ni.. Ape lagi kawan-kawan..

Join the club.. Edisi siasat terkini dan sensasi.. hehe..
samdaddycool - 15 Jun 08 at 11:19:17
aku dah join.. tapi kekadang lupa nak letak kat search tools… (turun kebawah lepas guna google atau yahoo)… tapi tak check langsung dah berapa dpt… camne diorang boleh dpt duit kalau kita search tru diaorg??
taukey - 15 Jun 08 at 11:22:52
pengalaman? ada la sikit sikit. ekekekeke. ramai? takder la.

samydaddycool…..aku pun tatau macam dia orang dapat duit tapi kalau dia org dah partner dengan yahoo faham faham jer la duit tu dari mana. hehehe
samdaddycool - 15 Jun 08 at 11:30:05
ooooooo… dia kawan dengan yahoooo
merahkatak - 15 Jun 08 at 20:00:31
hehe. Ingat sonang ke nak jadi kawan-kawan dengan yahoo nih. AKu rasa bila yahoo nampak potensi mysearchfunds, diorang tertarik la..hehe..
titan - 16 Jun 08 at 02:18:04
apapun. Cuba sajalah. Aku rasa genap search aku yang ke 3ribu kali. Barulah kot aku akan dapat payment. Haha, punyela lama gila. Tapi aku takdelah search banyak2 sehari. Kalau aku rasa aku nak search. Aku search la..
zool - 16 Jun 08 at 02:39:44
Best ye…
boleh lah join nie..
samdaddycool - 16 Jun 08 at 16:16:22
joinnnn.. mana yang titan siasat , kita join … dah dekat title raja edisi siasat
merahkatak - 17 Jun 08 at 02:55:16
haha..bape banyak da mau search. kalau 3k. sakit tangan woo taip..

Nanti klu dapat payment. Bagitau ek. Banyak tuh dapat.. :mrgreen:
riku - 17 Jun 08 at 06:54:53
Hehe. search ajelah sebanyak mana korang nak. tak rugi pun kan benda nih? Hoho..
titan - 17 Jun 08 at 11:07:29
Hehe. Tapi aku akan cuba pastikan hujung bulan nih aku capai 1k punye search. Walaupun susah. Benda nih dah jadi main search aku..
silentleo - 17 Jun 08 at 13:47:07
1k? Awat tak sampai 5k terus? Nanti leh terus kene ban plak. Hehe..
Wingga - 17 Jun 08 at 18:38:19
Wow this is interesting! I have joined through your referral link :wink: I see that you also put some comments in my blog. If you want to contact me, let’s do it privately.
titan - 17 Jun 08 at 20:50:56
Thanks winga for signup under my link. I appreciate that. To be honest, i learn a lot from you. :)
akazuma - 17 Jun 08 at 22:48:49
Aku rasa ramai yang akan join benda nih. Mesti titan dapat ramai referrals bawah dia nanti kan. Untung la ko titan. Hehe..:D
Rafhz - 18 Jun 08 at 03:29:28
haha… search banyak2.. dapat duit cepat2.. klu aku taruk kat search engine tu kat cc.. mcm mane gamaknyer yer.. hehe
[…] cite la. Korang leh rujuk pada review yang aku wat pasal mysearchfunds nih kat sini >> Edisi Siasat: Buat Duit dengan Mysearchfunds? — EarnCent.com __________________ 2 Berita Terbaru : AWsurvey Finally Paying Me! | The Internet Marketing Cure […]
titan - 19 Jun 08 at 09:53:22
Memang ramai yang dah join. Tapi tak ramai yang dah dapat duit dari program nih. So, aku harap aku juga akan turut dapat. So, hope dapatlah. Kepada yang register under link aku, banyak2 kanlah buat search ye. Korang wat banyak search. Aku pun dapat la sikit habuan..
akazuma - 19 Jun 08 at 22:59:36
Ha, letak la kat cc rafhz. Mesti ramai orang akan search punye. Yang best tu, keluar nama kita kat homepages tuh. terkezut aku masa aku wat kat pc nih..

tapi klu dah join. Tapi tak surf. tak guna gak kan?
rina - 21 Jun 08 at 11:33:41
Haha. Jangan lupa update plak bila dapat duit. sayangnya, kita tak leh letak search bar tu kat blog atau site kita kan?
abdfatah - 01 Jul 08 at 08:51:21
asyik search aje…? search pun dapat duit… lepas nih boleh laa try pi letak kat mana2 cc yang berdekatan… online dan search aje dan dapat duitnya…
nuaeman - 01 Jul 08 at 08:59:42
Ada sesiapa yang dah keluarkan duit dari Mysearch ni..? 20 pound tuuu.. lumayan jugak…
[…] The old name of Homepages Friends is Mysearchfunds. Did you know that? Hehe.. « The Best Place To Transfer Your Domain Sorry, no […]
abdfatah - 18 Aug 08 at 05:16:25
berapa banyak nak kena search sendiri untuk dapatkan earningnya…?
fino - 18 Aug 08 at 06:54:23
huhu..kne search banyak2 la. Senang cite, tukar search engune la nih?
abdfatah - 18 Aug 08 at 07:04:32
takper bleh try laa sampai 1k search… sehingga hujung bulan…
Raja Kamil - 11 Oct 08 at 11:16:29
hehe.. aku pun nak try. jenuh wat search nanti. slow2 bleh kot
abdfatah - 11 Oct 08 at 13:42:28
sehingga hari ini sudah penat buat kerja search dengan bantuan search derang… penat nak dapat 1000 search sehari….


Get cash from your website. Sign up as affiliate.


PanelPlace - No more missing out on surveys!

-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Melayu Boleh | DenaiHati Contest | Saya Suka Wangcyber | Who is RajaKamil? | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------