Benarkah ungkapan itu? Walaupun aku tahu bahawa ini semua adalah perkara biasa yang akan dihadapi semua umat di dunia ini. Tapi apabilanya ianya terjadi pada diri kita, kita akan terasa macam ada satu dua beban yang terbelenggu didada dan kepala kita. Aku rasa korang pun pernah rasa apa yang sedang aku alami sekarang kan? Aku telah demam dan batuk.
Tak cukup dengan panadol 2 papan dan 3 jenis ubat batuk yang aku telan. Tapi lelah dan penat demam aku ni tak kebah. So, aku telah mengubah bilik aku menjadi bilik sauna sejak hari jumaat lepas hinggalah malam ini. Badan aku mengeluarkan peluh yang amat sangat dan aku suka situasi ini. Kenapa? Badan kita akan kehilangan air dan rasa demam itu akan kebah sedikit. Satu lagi cara, ianya dapat mengurangkan berapa gram berat badan kita. Kau orang tak percaya sauna boleh menghilangkan berat badan? Cuba sahaja dulu..
So, harap maaf jika korang ternanti-nanti post aku 2-3 hari lepas. Malah mungkin post atau entri aku agak bosan. Aku sendiri tak larat nak melayan email dan YM yang bertalu-talu. Sesungguhnya aku dalam keadaan yang kurang selesa. So, perbuatan aku sangat terbatas. Benarlah kata seseorang tu, demam ni memang menyeksakan dan menyusahkan. Tapi aku anggap itu sebagai satu ujian. Mungkin ini hasilnya curik buah mangga masa aku kecik dulu kot. Mungkin ini balasan aku ponteng puasa masa umur aku 4 tahun dulu kot. Siapa tahu kan? So, kepada orang-orang perempuan, jangan pontent puasa tahun nih tauuuu..
Jadi, jika ada email yang tak terbalas, ada Private message di forum2 yang aku tak sempat lihat. Aku mintak maaf. JIka ada yang sent message kat HP atau yg saje-saje wat miskol guna private number tu, buatlah minggu depan. Minggu nih aku dah tak larat nak bergurau-gurau..
Aku mengidam nak makan mee udang. Korang rasa boleh tak aku makan benda tu? Takde kesan sampingan kan? Ke ada? Siapa doktor kat sini??
Ps: Dalam hati aku tertanya-tanya. Bagaiamanakah perkataan “demam” tercipta. Ada sesiapa yang tahu? Aku pening memikirkannya ketika aku tak lena tidur ni..
Pss: Mungkin aku perlukan energizer battery untuk tahan lebih lama? Hehe..
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related Content



















