Archive for May 2008


Mesej simple untuk kau orang. JIka ada diantara anda semua cukup malas hendak buat header sendiri. Apa kata kau or nang pakai software dari website ini. Pendaftaran adalah percuma dan kau orang boleh buat header sendiri. Jika kau orang kreatif, tak mustahil kau orang pun boleh buat kan?

So, jika berminat. Leh gak kau orang beli membership. Kebaikan membership ada banyak. Kalau nak tahu apa benda yang aku cakap nih. Kau orang boleh pergi register website ini. Percuma dan boleh edit header sendiri. Bukan sebarangan header, kau orang boleh cipta header berbentuk flash. Bukan yang simple plain tu tau!

Pergi sini kalau mahu belajar yek : Saya pun mahu belajar buat header!


Ok. Tanpa membuang masa, aku cadangkan kau orang pergilah daftar sekarang. Tidak rugi satu sen pun. Aku tengah edit-edit header untuk projek baru. Hope lawala mengikut pandangan mata kau orang..

Ps: Sebenarnya, aku sangat ngantuk nih. Tertidur lebih jam..

Iklan Directory dari aku untuk korang : Empire General Directory | DNA Directory

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content


 Apa itu Top Level Domain dan 2nd Level Domain?


Hari ahad ini aku cuma akan sentuh perkara yang sama saja dan aku rasa ramai yang tak tahu tenteng perkara ini. Apakah dia fungsi domain dan hosting? Aku rasa persoalan ini selalu bermain difikiran ramai IM otai ataupun yang newbie. Bagi yang masih baru di dunia internet ini, perkara tentang domain dan hosting mungkin menjadi taboo bagi diorang. Diorang takut dan tak biasa dengan domain dan hosting dan tidak kejam aku katakan diorang tak ada niat mahu ada domain dan hosting sendiri. Juga tidak terlalu zalim aku katakan, diorang tak tahu menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan domain dan hosting. Betul tak? Alah, jangan kau orang temberang lagi..

Ok. Apa itu domain? Aku bagi contoh sahaja ye. Malas aku nak terangkan dalam bahasa baku tu. Nanti kau orang tak faham jugak. Tapi aku beri juga definisinya. Baca ya..

Nama Domain adalah nama unik yang diberikan untuk mengidentifikasi nama server komputer seperti web server atau email server di internet. Nama Domain memberikan kemudahkan pengguna di internet untuk melakukan akses ke server dan mengingat server yang dikunjungi dibandingan harus mengenal deretan nomor atau yang dikenal IP. Baca lagi info yang korang patut tahu.

Apa itu Top Level Domain?

Top Level Domain Name adalah deretan kata dibelakang nama domain seperti .com (dotcommercial), .net (dotnetwork), .org(dotorganization), .edu(doteducation), .gov(dotgoverment), dan .mil(dotmilitary).

Ada dua macam Top Level Domain, yaitu Global Top Level Domain (gTLD) dan Country Code Top Level Domain (ccTLD). gTLD adalah seperti yang diungkapkan diatas dan ccTLD adalah TLD yang diperuntukkan untuk masing-masing negara, seperti Indonesia dengan kode ID (co.id, net.id, or.id) atau Singapura dengan kode SG (com.sg, net.sg, dsb).

Apa itu Second Level Domain (SLD)?

Second Level Domain Name (SLD) adalah nama domain yang anda daftarkan. Misalnya nama domain yang anda daftarkan adalah domainku.com, maka domainku adalah SLD dan .comnya adalah TLD.

Earncent.com

Earncent : Second Level Domain
.com : Top Level Domain

Nak tahu third level domain atau bahasa pasarnya sub-domain?

blog.earncent.com

Earncent : Second Level Domain
.com : Top Level Domain
blog : third level domain/sub-domain.

So, faham sudah kan? Ok. Untuk memeningkan kau orang lagi. Kita baca plak lagi beberapa definisi penting yang patut kau orang tahu.

Apakah dia Webhosting?

Merupakan tempat dimana seseorang bisa menyimpan data atau dokumen di sebuah web server dan data atau dokumen ini tersambung dengan internet dengan harapan dapat dicapai oleh orang lain.

Perkhidmatan hosting ini sudah banyak diMalaysia dan banyak syarikat lokal yang sudah menunjukkan taring masing-masing dengan mempromosikan perkhidmatan mereka seperti cgyhost, planhoster, namsahaz, netkl dan sebagainya. So, tidak dinafikan kewujudan mereka telah memeriahkan perkembangan tanah air. Munkin pada satu hari nanti aku juga berminat untuk ada website khas untuk perkhidmatan hosting seperti mereka. Setakat ini, aku sangat setia pada Namsahaz dan Netkl.

Jadi, jika kau orang tanya aku mana satu yang sesuai dipakai. Aku mencadangkan 2 Webhosting lokal ini. Kenapa? Ada beberapa sebab yang aku rasa sesuai aku kongsikan dengan kau orang.

Pertama : Support Netkl dan Namsahaz memang tip top! JIka kau orang ada masalah, hanya perlu email atau hantar tiket pada bahagian support diorang. Pengalaman aku dengan Namsahaz, jika mereka hendak mengadakan maintainance, diorang akan email kita at least 1 minggu awal. So, takde la ralat sangat jika tetiba site kita down kan? Tentang Netkl juga begitu. Mesti ada email masuk dalam inbox kau orang jika ada maintainance. Aku rasa banyak yang buat macam nih. Tapi ada sesetengah yang wat dek je. Satu lagi, Netkl juga mempunyai support yang sangat pantas. Aku pernah hantar tiket pada jam 12 tengah malam dan dalam setengah jam, diorang reply balik dan benda itu berlarutan sampai jam 3 pagi sehinggalah masalah aku selesai. Aku tidak tahu diorang tidur malam atau tidak. Tapi bagi aku, itu satu perkara yang bagus aku temui di Netkl. Aku tak tahu syarikat lain. Tapi aku suka Netkl.

Kedua : Harga pakej Namsahaz dan Netkl sangat murah. Tapi aku lebih prefer menggunakan Netkl sekarang kerana mungkin dah terlalu biasa. Akaun aku di Namsahaz still berjalan macam biasa. Mungkin sebab ada 4 domain dan 2 hosting di Netkl membuatkan aku setia bersama Netkl. So, jika kau orang tanya mana webhosting yang bagus. Aku sarankan Netkl Webhosting. Harga domain mereka pun cumalah RM29.95 setahun. Murah maa.

Pakej terbaik Netkl adalah Plan Personal yang berharga RM100. Kau orang akan dapat 1 domain percuma + 20 GB Bandwith + 1.5 GB untuk space hosting. Walaupun aku tahu banyak webhosting yang offer yang lebih menggila, tapi aku selesa dengan Netkl. Aku tahu banyak syarikat lokal dan luar negara yang lebih murah dan lebih banyak function. Tapi aku prefer dengan Netkl. Takde alasan lain. Aku cuma sudah terlalu biasa dengan Netkl. Hehe..

So, aku rasa sedikit sebanyak kau orang sudah tahu kan apa itu domain dan hosting. Biarpun penerangan aku ini tidaklah penerangan yang bijak atau skema. Tapi aku rasa ianya sudah mampu memberikan kefahaman kepada mereka yang masih kurang arif tentang domain. Jika ada kesilapan, aku minta maaf la awal-awal. Aku kurang bisa mentakrifkan definisi-definisi yang terlalu sukar untuk aku bicarakan. Engkau orang bisa bukan?

Bah, jika kau orang memerlukan hosting dan domain. Aku cadangkan kau orang menggunakan perkhidmatan Netkl. Jika ada masalah, tanya saja aku dibahagian komen, aku akan cuba jawab jika kau orang mahu bertanya. Pergi sini untuk register atau dapatkan maklumat tentang Netkl : Netkl ada disini aa!!


image banner3 Apa itu Top Level Domain dan 2nd Level Domain?

Popularity: 8% [?]


Sphere: Related Content


[audio:Dance With Wolf.mp3]

coverim flat1 Majalah IM Nampak Biru..


Aku pasti jika kau orang nampak gambar diatas. Pasti kau orang tahu apa benda yang akan aku celotehkan hari ini. Maaflah. Entri hari ini agak lambat sebab aku ada urusan paduka baginda dari jam 8 pagi sampailah jam 2 petang tadi. Nih balik rumah pun, mak aku suh beli mee kuning 2 bungkus sama daun sup 50 sen. Dengan kelajuan 10km/j, aku melangkah longkai ke kereta kelisa dan memecut! 3 minit 10 saat. Rekod terbaru aku beli barang ke kedai dan patah balik ke rumah. Ni semua gara-gara adik aku bawa kawan perempuan ke rumah. Kenela layan dan ambik korang. Rasakan mee bandung hasil anak bujang ini..

Ok. Kita kembali ke Majalah yang nampak biru dari jauh ini. Jika kau orang perhati, Majalah IM banyak eksploitasi warna. Aku dapat rasakan kebiruan kali ini agak tenang. Tidak tergesa-gesa dan tidak terlalu aktif seperti warna oren bulan lepas. Ahh..lupakan sahaja. Bagi aku bulan Mei ini bulan bertenang. Pertengahan tahun dan waktu yang sesuai untuk cool down sama ada business atau kerja. Cuti pun nak dekat kan? Terutama bagi budak2 exam dan budak2 sekolah. Tu pasal aku nampak dah setat kad kenduri kawin bersepah kat peti surat rumah aku nih. So, nce work to Team Flarebiz sebab pemilihan warna yang menarik bagi pendapat peribadi aku. Kau orang tak suka? Aku pedulik apa!

Ok. Tumpuan Majalah IM yang kali ke 4 ini adalah Mohd Amirol (Pakej Web Evolusi). Aku rasa kau orang semua sudah kenal mamat ni kan? Aku juga adalah salah seorang customer dan pembeli Pakej Web Evolusi. Aku rasa pakej beliau memang best dan banyak gak yang aku dapat. Jika kau orang belum dapatkan Pakej Web Evolusi ni, dapatkanlah sekarang. Aku rasa pakej ini patut ada pada sesiapa yang hendak buat website dan membuat duit di internet. Jika dulu aku cuak nak ada website sendiri, tapi aku rasa sekarang. Semua boleh buat kan?Ianya Tidak mudah asalkan kau orang sudah tahu bagaimana hendak buat website yang kita imaginasikan.

Selain itu, kau orang akan nampak beberapa artikel dari IM seperti Zul Smartusaha, Noorizamshah, Raja Lelong, Amar Mahmood, penulis buku Rahsia Minda Jutawan dan lain-lain lagi. Tak kurang juga dengan tutorila Mdpai yang aku tunggu setiap keluaran. Memang best la. Semua newbie dan otai digalakkan untuk muat turun majalah ini. Harganya? Sangat murah iaitu USD0.00 sahaja. Murah kan?

Pasal interview antara Labanon dan Amirol. Aku rasa dua-dua macam tak bersedia. Mungkin disebabkan Vince Tan agak sibuk dan terpakse digantikan dengan Mohd Amirol. Jadi, dua-dua tak bersedia dan tekaan aku mungkin diorang pun tak bersedia dan agak gelabah. So far, cadangan aku. jika mahu buat interview, team Flarebiz sediakan dulu soalan pada orang yang nak ditemuduga dan orang yang nak ditemuga akan lebih bersedia. So, takdelah rasa cam tak bersedia sebab ada guidelines. Sebab aku dapat kesan jawapan memang jawapan refleksi. Tapi jika Team Flarebiz memang sudah sediakan. Abaikan saja ayat-ayat ini. Sebab kekadang aku lost dan blurr gak bila aku dengar interview ni..

Aku tertarik interview itu. Pasal E-book yang berkualiti dan tak berkualiti tu. Aku celah sikit je. Nasihat aku, siapa yang nak beli e-book, buat selidik dan edisi siasat dulu. Jangan salahkan owner e-book tu jika kau orang rasa e-book tu tak berbaloi atau e-book tu e-book sampah. Bagi aku, itu salah kau orang sebab tak wat selidik dulu. Bagi aku lagi, aku dah cukup bersyukur sekiranya ada 1 point penting atau ilmu baru yang aku dapat dari e-book-ebook yang kau orang kata e-book sampah tu. Itu sudah memadai bagi aku mengatakan aku berbaloi beli e-book itu. So, sebelum kau orang salahkan owner e-book tu. Kau orang salahkan diri 10 kali dulu. Faham?? Walaupun aku faham e-book tu mungkin 100% dicopy dan pastekan sahaja, tetapi dia membuat kerja dan menyiapkan e-book itu. Ya, info itu free. Tapi kau orang rajin sangat ke cari maklumat free tuh? Kalau owner tu tak sentuh pasal isu tak, takkan korang tahu punye kan? kan? Silap aribulan, korang dah lupa pasal benda tu, kan? Jangan temberang laa..

Apapun. Satu lagi usaha baik dari Team Flarebiz. Bukan susah nak wat interview dan luangkan masa wat Majalah IM dan semua ni. Kalau orang lain, aku tak rasa ramai yang sanggup. Gila woo kalau nak wat sorang-sorang. Nasib baiklah ada 3 orang sekarang. Dulu ada 2 orang. Pastu sorang ilang. Tinggal sorang-sorang. Sekarang, tambah lagi 2 orang. So, besar dah keluarga Team Flarebiz nih. Tak berminatkah buat temuduga untuk ahli keluarga yang ke 4??

Aku rasa ramai gak yang dah wat maklum balas kat blog diorang masing-masing. So, jika rajin, kau orang pun leh baca. AKu tak sediakan link sebab kekangan masa. Tapi jika kau orang rajin siasat, kau orang pun leh tahu kan? Ala, janganlah malas-malas ye..


Popularity: 7% [?]


Sphere: Related Content


Aku sedih hari ini dengan kekalahan skuad badminton Malaysia. Tapi aku akur itu satu kenyataan yang perlu kita terima. Aku harap skuad pelapis sekarang akan meningkat dan akan ada muka baru yang bakal menerajui skuad negara pada masa akan datang nanti..

0fb815810a Pertandingan : Siapa Mahu Ipod Nano Percuma?


Ok. Lupakan tentang badminton. Kita cerita pasal kisah buat duit pulak. Jika kau orang ada masa malam ini atau bila-bila masa. Apa kata jika kau orang semua cuba jawab daftar dan jawab soalan survey dari website ini. Valued Opinions memerlukan survey daripada anda semua dan untuk jawab soalan survey ini, anda tidak mengeluarkan 1 sen pun. Best kan?

Apa yang menariknya, dengan Berkongsi pendapat korang yang berharga itu, korang berpeluang menerima ganjaran!

Valued Opinions merupakan sebuah perkhidmatan yang memberikan ganjaran kepada anda sebagai menghargai kerjasama anda mengambil bahagian dalam tinjauan penyelidikan pasaran. Bagi setiap tinjauan yang lengkap, anda akan menerima ganjaran yang lazimnya bernilai di antara RM10 hingga RM15 dan boleh mencecah RM25 bagi tinjauan pakar. Bukan itu sahaja, korang juga berpeluang memenangi hadiah IPOD NANO Secara percuma. Amacam, menarik tak?

Aku sudah cuba. Tak kesahlah dapat atau tak. Yang penting ianya percuma dan kau orang berpeluang untuk memenangi hadiah ini dan juga wang tunai. CUba aje. Bukan kene bayar pun kan? Kan?

Ini mesej dari diorang. Untuk menyertai anda hanya perlu menjawab beberapa soalan berkenaan diri anda supaya kami dapat menjemput anda untuk mengambil bahagian dalam penyelidikan yang bersesuaian!

Ok. Untuk menjawab soalan survey diorang itu. Korang pergi sini. Hanya jawapan survey yang lengkap sahaja yang akan dapat duit dan berpeluang menang hadiah Ipod Nano tu tau!!

Gi sini yek : Saya mahu Ipod Nano!!

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011