Archive for May 2008


Sebenarnya, PC aku baru je baik dari demam. Aku tukar power suppy jugak akhirnya. Kalau hari itu PC aku down disebabkan oleh RAM. Tapi sekarang, power supply aku buat hal. Terpakse juga hantar kedai dan aku kene caj RM105 untuk kos power supply dan juga pembaikkan motherboard aku. MB PC aku nih memang tengah ada problem. Kalau ikut hati, aku nak tukar je MB yang dah berusia hampir 5 tahun nih..

So, nasihat aku. Jika PC korang telah berusia lebih 4-5 tahun. Jaga-jagalah kerana barang2 di dalam CPU korang tu akan mengalami kecederaan demi kecederaan setiap hari. Jika kau orang gamerz, kaki download torrent, kaki download anime, kaki download lagu, kaki bloggerz atau kaki webmaster. Aku cadangkan kau orang berhati-hati dan bersiap sedia dengan sumber kewangan yang munasabah. 4-5 tahun bukan satu tempoh yang sekejap. Pastinya ada satu dua transistor atau wayar-wayar dalam atau cip-cip yang menangis menahan kesakitan kerana sudah tidak mampu menyambung perkhidmatan mereka. Jadi, jangan tunggu lagi. Lakukan pemeriksaan dan tukar apa yang patut!

PC lama aku nih sebenarnya PC akak aku. Tapi aku culik ke UMS sabah kerana aku rasa aku memerlukan sebuah PC untuk membantu aku menyiapkan kerja-kerja yang telah diberikan oleh pensyarah-pensyarah aku yang kejam lagi comel itu. Tak aku nafikan bahawa PC yang harga asalnya cumalah RM1200 ini telah membantu aku ketika di UMS lebih 4 tahun. GIla bukan? PC sebegini hanya akan tahan lama jika kau orang mampu memberikan penjagaan yang sempurna seperti yang aku lakukan ini.

Take note aa jika kau orang mahu PC korang tahan lebih 4-5 tahun!

1. Sila pasang PC korang lebih dari 23 jam sehari.
2. Sila pastikan hardisk kau orang mesti ada ruang sebanyak 1 GB di dalam hardisk korang.
3. Sila bagi kawan korang pakai PC korang sesuka hati.
4. Sila bagi kawan korang pinjam PC untuk buat kerja rumah.
5. Sila bagi kawan korang main game sampai PC korang berbau hangit. Petanda MOtherboard terbakar.
6. Sila pasang 2 bijik kipas besar yang berharga RM69.90 di kiri CPU dan kanan Monitor PC anda.
7. Sila pastikan PC anda adalah harta awam.
8. Sila pastikan juga PC anda tidak terlibat dengan mana-mana skim cepat kaya.
9. Sila pastikan bahawa PC anda bukan original. Pakai je klon. Sebab PC aku pun klon apa..
10. JIka kau orang gamers, pastikan RAM korang lebih dari 1 GB. Jika tidak, kau orang akan tukar power supply dan motherboard lebih dari 10 kali dalam masa 5 tahun.

Untuk pengetahuan korang. PC aku ni PC klon. Aku tak nafikannya. Walaupun klon, tapi PC ini telah banyak membantu aku. Antara kejayaan terbesar PC ini adalah seperti berikut:

1. Membantu aku menang banyak contest di blog dan forum international juga lokal.
2. Membantu aku membuat duit lebih dari 30k sejak 4-5 tahun dulu..
3. Membantu aku membayar duit PTPTN dan bil air secara online.
4. Membantu aku mendapatkan sebijik Laptop pada tahun 2008.
5. Membantu aku mendapatkan sebijik Motorsikal Lagenda pada tahun 2007.
6. Membantu aku membayar bayaran bulanan kereta kelisa sejak 2007.
7. Membantu aku mengumpul duit kahwin aku sebelum umur aku 30 tahun..
8. Membantu aku mengumpul duit untuk beli rumah. Tak cukup lagi..
9. Membantu aku membeli topup online melalui maybank2u.com
10. Membantu aku membeli tiket kapal terbang ke kota kinabalu melalui perkhidmatan Airasia.
11. dan banyak lagi..

Jadi, siapa bilan PC klon tak boleh buat duit haa??

PS: Sebenarnya, business online pertama aku adalah bisnes jual kad prepaid. Kau orang percaya tak? Umur aku ketika itu adalah 17 tahun..

Popularity: 8% [?]


Sphere: Related Content


ebook adsense percuma Ebook Percuma 6 Modul AdsenseAdakah anda telah berjaya mendapat bayaran pertama dari Google Adsense? Adakah anda berpuashati dengan pendapatan adsense anda sekarang?. Jika tidak, janganlah anda kecewa, sebagai seorang usahawan internet anda tidak sepatutnya mudah berputus asa.

Mungkin cara yang anda lakukan selama ini kurang tepat & berkesan maka hasilnya pun kuranglah. Mahukah anda belajar dari seseorang yang bergiat sepenuh masa dengan program google adsense. Beliau telah menulis sebuah ebook adsense percuma bertajuk “6 Modul Adsense Terbaik - Rahsia Memulakan Google Adsense Anda Dengan Betul” .

Ebook 6 Modul AdSense Percuma ini mengajar anda strategi dan teknik bagaimana memulakan google adsense dengan betul. Anda juga akan mempelajari bagaimana mendapatkan Niche Market yang anda dan pesaing anda sendiri tidak terfikirkannya. Dengan ebook ini anda akan dapat belajar :

  1. Apa itu Program Google Adsense

  2. Keyword Research

  3. Keyword Brainstorming

  4. Memohon Akaun Google Adsense

  5. Membina Blog Adsense

  6. Meletakkan kod Adsense di blog adsense anda


Sebaik sahaja anda memuat turun 6 Modul Adsense ini, saya cadangkan anda membuat secawan kopi dan mula membaca dan mempraktikan teknik Adsense yang diberikan, bahkan anda boleh terus memulakannya. Download ebook percuma ini sekarang. Sila klik Di Sini

Ps: Jangan tanya aku apa-apa. Jika kau orang serius untuk buat duit dengan adsense, fokus dengan adsense korang. Aku yakin kau orang juga mampu buat duit.

Popularity: 6% [?]


Sphere: Related Content



Aku malas nak cakap apa-apa. Kau orang layankan aje gambar-gambar ini aa..


 Gambar Panas dan Cek Nuffnang


Aku tengah giler time nih. Telan panadol 4 bijik. Terus pengsan..


 Gambar Panas dan Cek Nuffnang


Inilah cek Nuffnang aku..


 Gambar Panas dan Cek Nuffnang


Siapa suka makan gula-gula getah??


 Gambar Panas dan Cek Nuffnang


Baju nih aku dapat percuma dari Blogged.com. Nanti aku pakai, aku bagi korang tengok..


 Gambar Panas dan Cek Nuffnang


Hehe, aku hantau kat diri sendiri nih..


 Gambar Panas dan Cek Nuffnang


Jagung ni, aku masak sendiri tau. Cara nak masak:letak garam segengam dan air. Masak selama 1 jam 14 minit sahaja.


 Gambar Panas dan Cek Nuffnang


Selipar sape yang terbang ke sini aa!!

Popularity: 15% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku dapat tahu berita yang ada satu lagi Program Paid Per Lead. tapi kali ini datangnya dari Scoot Boulch.

Ebook yang bertajuk The Internet Marketing Cure ini telah ditulis tentang:


* Kebenaran Internet Marketing dan arah tuju
* Perkataan “T”, yang memberikan janji-janji palsu
* “Gurus” vs. “DoRus” - kebenaran terungkai
* 2 Pilihan kejayaan perjalanan Internet Marketing Anda
* Kebangkitan DoRu! - bilangan IM semakin ramai yang tidak anda kenali.


book New Paid Per Lead : The Internet Marketing Cure


Selain itu Setiap referal yang anda refer untuk download, Anda akan memperolehi USD0.50 @ RM1.50.

Cara nak buat duit :

1. Register di link dibawah atau klik gambar ebook diatas.
2. Isi profile dan kemaskini. Nanti susah plak diorang nak bayar korang.
3. Isi akaun paypal dan mula sebar-sebarkan pada kawan-kawan
4. Pelbagaikan promosi.
5. Tunggu duit masuk akaun paypal korang la..

Jadi, jika berminat, jangan buang masa lagi. Pergi join dan download sekarang report itu. Baca dan fahamkan. Selepas itu boleh mula promosi jika mahu buat duit dengan program ini.

Register sekarang aa : The Internet Marketing Cure Report

Ps: Siapa yang ada akaun paypal. Inilah masanya untuk mula penuhkan duit dalam akaun anda.

Popularity: 7% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011