Sebenarnya, PC aku baru je baik dari demam. Aku tukar power suppy jugak akhirnya. Kalau hari itu PC aku down disebabkan oleh RAM. Tapi sekarang, power supply aku buat hal. Terpakse juga hantar kedai dan aku kene caj RM105 untuk kos power supply dan juga pembaikkan motherboard aku. MB PC aku nih memang tengah ada problem. Kalau ikut hati, aku nak tukar je MB yang dah berusia hampir 5 tahun nih..
So, nasihat aku. Jika PC korang telah berusia lebih 4-5 tahun. Jaga-jagalah kerana barang2 di dalam CPU korang tu akan mengalami kecederaan demi kecederaan setiap hari. Jika kau orang gamerz, kaki download torrent, kaki download anime, kaki download lagu, kaki bloggerz atau kaki webmaster. Aku cadangkan kau orang berhati-hati dan bersiap sedia dengan sumber kewangan yang munasabah. 4-5 tahun bukan satu tempoh yang sekejap. Pastinya ada satu dua transistor atau wayar-wayar dalam atau cip-cip yang menangis menahan kesakitan kerana sudah tidak mampu menyambung perkhidmatan mereka. Jadi, jangan tunggu lagi. Lakukan pemeriksaan dan tukar apa yang patut!
PC lama aku nih sebenarnya PC akak aku. Tapi aku culik ke UMS sabah kerana aku rasa aku memerlukan sebuah PC untuk membantu aku menyiapkan kerja-kerja yang telah diberikan oleh pensyarah-pensyarah aku yang kejam lagi comel itu. Tak aku nafikan bahawa PC yang harga asalnya cumalah RM1200 ini telah membantu aku ketika di UMS lebih 4 tahun. GIla bukan? PC sebegini hanya akan tahan lama jika kau orang mampu memberikan penjagaan yang sempurna seperti yang aku lakukan ini.
Take note aa jika kau orang mahu PC korang tahan lebih 4-5 tahun!
1. Sila pasang PC korang lebih dari 23 jam sehari.
2. Sila pastikan hardisk kau orang mesti ada ruang sebanyak 1 GB di dalam hardisk korang.
3. Sila bagi kawan korang pakai PC korang sesuka hati.
4. Sila bagi kawan korang pinjam PC untuk buat kerja rumah.
5. Sila bagi kawan korang main game sampai PC korang berbau hangit. Petanda MOtherboard terbakar.
6. Sila pasang 2 bijik kipas besar yang berharga RM69.90 di kiri CPU dan kanan Monitor PC anda.
7. Sila pastikan PC anda adalah harta awam.
8. Sila pastikan juga PC anda tidak terlibat dengan mana-mana skim cepat kaya.
9. Sila pastikan bahawa PC anda bukan original. Pakai je klon. Sebab PC aku pun klon apa..
10. JIka kau orang gamers, pastikan RAM korang lebih dari 1 GB. Jika tidak, kau orang akan tukar power supply dan motherboard lebih dari 10 kali dalam masa 5 tahun.
Untuk pengetahuan korang. PC aku ni PC klon. Aku tak nafikannya. Walaupun klon, tapi PC ini telah banyak membantu aku. Antara kejayaan terbesar PC ini adalah seperti berikut:
1. Membantu aku menang banyak contest di blog dan forum international juga lokal.
2. Membantu aku membuat duit lebih dari 30k sejak 4-5 tahun dulu..
3. Membantu aku membayar duit PTPTN dan bil air secara online.
4. Membantu aku mendapatkan sebijik Laptop pada tahun 2008.
5. Membantu aku mendapatkan sebijik Motorsikal Lagenda pada tahun 2007.
6. Membantu aku membayar bayaran bulanan kereta kelisa sejak 2007.
7. Membantu aku mengumpul duit kahwin aku sebelum umur aku 30 tahun..
8. Membantu aku mengumpul duit untuk beli rumah. Tak cukup lagi..
9. Membantu aku membeli topup online melalui maybank2u.com
10. Membantu aku membeli tiket kapal terbang ke kota kinabalu melalui perkhidmatan Airasia.
11. dan banyak lagi..
Jadi, siapa bilan PC klon tak boleh buat duit haa??
PS: Sebenarnya, business online pertama aku adalah bisnes jual kad prepaid. Kau orang percaya tak? Umur aku ketika itu adalah 17 tahun..
Popularity: 8% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Ebook Percuma 6 Modul Adsense | Edisi Siasat: Buat Duit dengan Yuwie »

























titan..business online jual kad prepaid ko tu mcm mn??ada lg ke skrng ni??titan lg 1..bg org br mcm aku ni..pemulaan yg sesuai utk bisnes kat tenet apa ha??bg yg blum ada pengalaman mcm aku..aku tnye ikhlas ni..jd ko jwb le ikhslas2 persoalan aku k..hahaha
Tak terbakar. Tapi pada hari ke 468 selepas ko pasang 23 jam setiap hari. Aku cadangkan ko tukar motherboad..
Aah. First company, AK United. Dia ada plan prepaid. Aku join dengan diorang. Masa tu income memang best la. Lepas tu mymode muncul..
Kalau yang masih baru nak join. Aku cadangkan buat duit dari blog. Letak iklan adsense dan promosikan. Itu antara yang best..
Ko ni mesti jenis cermat orangnyakan titan? kalau aku yang pakai PC klon ko tu, mesti dah xboleh pakai sekarang…
Biar PC klon takpe asal kita suka menolong..semoga cik titak jd jutawan ( saya org kedua) lagi 38 insya’allah makbul. sama2 doakan yg baik.
jap. Paypal ada buku akaun paypal ker? Aku tak pernah dengar pun..
mcm professor klon gak ek??
haha
titan lg 1 soalan aku..mcm mn ko buat ni dpt sponser..kat mn nak cr..hahaha..ini soalan aku yg slalu bermain2 di fikiran..mcm mn ko uruskan suma tu??ajar le sikit..kang aku buat blog..blog aku tu kosong jer..xde isi plak..
Aku da PC desktop klon…Lagi bagus daripada ko beli mahal2 yang berjenama tul kan??
Wah titan makin rancak dengan bisnes onlinenye…huhu…Semoga ko akan dapat lebih maju
weh tak lama lagi titan kahwin la tuuu..
Niat dihati tu kene ingat la. Kalau tak, memang tak jadi punya..
just Do It! betul tak titan?
Aku betul2 tak sangka yang budak farah nih baru je tingkatan lima. Ko ada no bank tak farah? Ko dengan sahe masih tak hantar lagi akaun bank korang untuk bayaran komisen. Kalau takde, bagi nama penuh dengan kad pengenalan dekat sini :
titan1@earncent.com
Nanti aku hantau cek atau wang pos ke rumah korang. Jangan lupa bagi alamat. Sahe, kalau ko online, habaq kat aku. Korang berdua je tertunda bayaran dari dulu..
Apapun, sila berbuat demikian. Aku memang sibuk sket. Tapi aku harap dapat wat bayaran secepat mungkin. Kang time aku tengah sesak. Time tu la plak korang mintak aaa..
Apapun, harap sahe dan farah dapat wat secepat mungkin.
p/s: saman kereta kelisa n moto lagenda ko dah bayar ke titan??hehe
Abah aku pakai jap laptop aku. Esok laptop abah aku sampai. Dia pas balik la kat aku..
Bila masa plak kete dengan moto aku kene saman aa?? PTPTN je tak habis bayar lagi. Tensen gila aku dengan 3% caj perkhidmatan PTPTN nih..
3. Sila bagi kawan korang pakai PC korang sesuka hati.
4. Sila bagi kawan korang pinjam PC untuk buat kerja rumah.
hahah… sbb aku pom slalu gune pc titan wat men game n assigment.. haha,… mekasih titan moga ko jadi jutawan nnt .. aku pom nak gak..
p/s: xbayar xpe ke??mana tau kerajaan nak hapus ke!!!tunggu jelah..
betul tu riku..1 dollar pun jd la kan…lama2 nnt naik la income tuh…
Anyway, aku harap semua orang leh wat duit dengan pc masing-masing.
ada dua nak tambah 3…
ada tiga nak tambah lagi 4…
ada 4 nak tambah lagi sepuluh…
2, 3 bijik pc klon boleh laa… kalo nak tambah lagi modal dah tentunya ribu2…
cukup laa dengan satu pc klon aje…