
Tadi petang aku terpandang wajah seseorang di kaca television selepas saja aku duduk diruang tamu rumah aku. Aku nampak satu orang yang sangat berpengaruh memberi ucapan dalam sidang berita. beliau akan keluar dari parti kesayangannya. Aku hairan. Aku pelik. Aku pening. Mengapa ianya berlaku?
Aku yakin kau orang sudah tangkap siapakah orang yang aku teka-teka ini. Beliau adalah tidak lain dan tidak bukan Tun Dr. Mahathir. Mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke empat yang membawa Malaysia lebih dikenali diserata Dunia termasuklah berani mengutuk presiden US, Bush yang tak guna tu. Eh, aku pun berani gak kutuk dia apa..
Aku rasa Tun sudah tidak tahan lagi dengan apa yang dah berlaku dalam UMNO. Sudahlah dikaitkan dengan kes Lingam dan ntah apa-apa ntah lagi. Macam-macam dah dunia Malaysia sekarang. Aku tidak mahu berbicara panjang tentang hal ini kerana aku yakin kau orang sudah maklum dengan apa yang berlaku.
Aku harap Tun hanya keluar dari Parti sahaja dan berhenti dari jadi ahli UMNO sahaja. Tapi aku mahu Tun tidak berhenti untuk menulis blog beliau. Boleh kan Tun??
Ps: Untuk pengetahuan korang. Perletakan jawapan Tun dalam UMNO berkuatkuasa serta-merta. Tetapi dari maklumat di Harakahdaily, Tun akan kembali apabila pucuk pimpinan sudah bertukar. Apa kes nih ??
Korang boleh baca lebih kat suratkhabar online ni : Utusan, HarakahDaily dan TheStar.
Kredit Gambar : Blog Tun Dr. Mahadir
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Siapa mahu belajar buat Header? | Get Free Domain of CO.CC »














Pasal lingam tu. Entahla. Macam Tun kata, kalau bersalah. Dia masuk jail la. Kalau tak bersalah, takkan mahu tangkap jugak?
ingat nak buat post nie tapi dah ramai buat .. tak yahlah..
tp aku rasa psl si linggam tu pun ada sikit la..klu si tun ni naik balik..xdpt le dia msk jail..mana taknya..org berkuasa leh buat apa2 sahaja..pak lah pun takleh disalahkan gak..sbb org2 bwh dia yg buat masalah..bkn dia..tp nak buat mcm mn..dia gak yg kena tempias tu..nasib ko le pak lah..hahaha
Zool. Buat aje. aku buat sebab aku suka cerita2 pasal Tun ni..
Pak lah akan turun jawatan nanti. tunggu ajela..
Tapi aku yakin dengan Tun ni, dia betul2 faham apa yang di inginkannya… Dan dia tau apa yang berlaku sebenarnya…
Aku kesian jgk ngan Pak Lah ni. Tapi mmg aku setuju Pak Lah letak jawatan.. ngeh3.
Hehe. Apapun. Politik semakin menarik..
pastu ketika pertubuhan UMNO diharamkan pada sekitar tahun 80an tu… kalau aku tak silap la…
apa la korang ni..tun mmg anti dgn pak lah..tp dia baik dgn si najib..hahaha..klu pak lah turun..kes linggam dgn altantuya gerenti slesai beb..hua3..
kena ajak mereka berunding laa nampaknya… kena duduk semeja macam buat rundingan ngan negara luar…
Mohd Zaki Abdol Wahab
Kelana Jaya, Selangor
http://www.zeqviews.blogspot.com
p/s:cukuplah jd org biasa jer..jnji income masyuk mcm si titan ni..klu tun naik balik..pasni buku teks sejarah dgn agama pun ditukar kdp bahse bi lak..hahaha