Majalah IM Nampak Biru.. | EarnCent.com



Aku pasti jika kau orang nampak gambar diatas. Pasti kau orang tahu apa benda yang akan aku celotehkan hari ini. Maaflah. Entri hari ini agak lambat sebab aku ada urusan paduka baginda dari jam 8 pagi sampailah jam 2 petang tadi. Nih balik rumah pun, mak aku suh beli mee kuning 2 bungkus sama daun sup 50 sen. Dengan kelajuan 10km/j, aku melangkah longkai ke kereta kelisa dan memecut! 3 minit 10 saat. Rekod terbaru aku beli barang ke kedai dan patah balik ke rumah. Ni semua gara-gara adik aku bawa kawan perempuan ke rumah. Kenela layan dan ambik korang. Rasakan mee bandung hasil anak bujang ini..

Ok. Kita kembali ke Majalah yang nampak biru dari jauh ini. Jika kau orang perhati, Majalah IM banyak eksploitasi warna. Aku dapat rasakan kebiruan kali ini agak tenang. Tidak tergesa-gesa dan tidak terlalu aktif seperti warna oren bulan lepas. Ahh..lupakan sahaja. Bagi aku bulan Mei ini bulan bertenang. Pertengahan tahun dan waktu yang sesuai untuk cool down sama ada business atau kerja. Cuti pun nak dekat kan? Terutama bagi budak2 exam dan budak2 sekolah. Tu pasal aku nampak dah setat kad kenduri kawin bersepah kat peti surat rumah aku nih. So, nce work to Team Flarebiz sebab pemilihan warna yang menarik bagi pendapat peribadi aku. Kau orang tak suka? Aku pedulik apa!

Ok. Tumpuan Majalah IM yang kali ke 4 ini adalah Mohd Amirol (Pakej Web Evolusi). Aku rasa kau orang semua sudah kenal mamat ni kan? Aku juga adalah salah seorang customer dan pembeli Pakej Web Evolusi. Aku rasa pakej beliau memang best dan banyak gak yang aku dapat. Jika kau orang belum dapatkan Pakej Web Evolusi ni, dapatkanlah sekarang. Aku rasa pakej ini patut ada pada sesiapa yang hendak buat website dan membuat duit di internet. Jika dulu aku cuak nak ada website sendiri, tapi aku rasa sekarang. Semua boleh buat kan?Ianya Tidak mudah asalkan kau orang sudah tahu bagaimana hendak buat website yang kita imaginasikan.

Selain itu, kau orang akan nampak beberapa artikel dari IM seperti Zul Smartusaha, Noorizamshah, Raja Lelong, Amar Mahmood, penulis buku Rahsia Minda Jutawan dan lain-lain lagi. Tak kurang juga dengan tutorila Mdpai yang aku tunggu setiap keluaran. Memang best la. Semua newbie dan otai digalakkan untuk muat turun majalah ini. Harganya? Sangat murah iaitu USD0.00 sahaja. Murah kan?

Pasal interview antara Labanon dan Amirol. Aku rasa dua-dua macam tak bersedia. Mungkin disebabkan Vince Tan agak sibuk dan terpakse digantikan dengan Mohd Amirol. Jadi, dua-dua tak bersedia dan tekaan aku mungkin diorang pun tak bersedia dan agak gelabah. So far, cadangan aku. jika mahu buat interview, team Flarebiz sediakan dulu soalan pada orang yang nak ditemuduga dan orang yang nak ditemuga akan lebih bersedia. So, takdelah rasa cam tak bersedia sebab ada guidelines. Sebab aku dapat kesan jawapan memang jawapan refleksi. Tapi jika Team Flarebiz memang sudah sediakan. Abaikan saja ayat-ayat ini. Sebab kekadang aku lost dan blurr gak bila aku dengar interview ni..

Aku tertarik interview itu. Pasal E-book yang berkualiti dan tak berkualiti tu. Aku celah sikit je. Nasihat aku, siapa yang nak beli e-book, buat selidik dan edisi siasat dulu. Jangan salahkan owner e-book tu jika kau orang rasa e-book tu tak berbaloi atau e-book tu e-book sampah. Bagi aku, itu salah kau orang sebab tak wat selidik dulu. Bagi aku lagi, aku dah cukup bersyukur sekiranya ada 1 point penting atau ilmu baru yang aku dapat dari e-book-ebook yang kau orang kata e-book sampah tu. Itu sudah memadai bagi aku mengatakan aku berbaloi beli e-book itu. So, sebelum kau orang salahkan owner e-book tu. Kau orang salahkan diri 10 kali dulu. Faham?? Walaupun aku faham e-book tu mungkin 100% dicopy dan pastekan sahaja, tetapi dia membuat kerja dan menyiapkan e-book itu. Ya, info itu free. Tapi kau orang rajin sangat ke cari maklumat free tuh? Kalau owner tu tak sentuh pasal isu tak, takkan korang tahu punye kan? kan? Silap aribulan, korang dah lupa pasal benda tu, kan? Jangan temberang laa..

Apapun. Satu lagi usaha baik dari Team Flarebiz. Bukan susah nak wat interview dan luangkan masa wat Majalah IM dan semua ni. Kalau orang lain, aku tak rasa ramai yang sanggup. Gila woo kalau nak wat sorang-sorang. Nasib baiklah ada 3 orang sekarang. Dulu ada 2 orang. Pastu sorang ilang. Tinggal sorang-sorang. Sekarang, tambah lagi 2 orang. So, besar dah keluarga Team Flarebiz nih. Tak berminatkah buat temuduga untuk ahli keluarga yang ke 4??

Aku rasa ramai gak yang dah wat maklum balas kat blog diorang masing-masing. So, jika rajin, kau orang pun leh baca. AKu tak sediakan link sebab kekangan masa. Tapi jika kau orang rajin siasat, kau orang pun leh tahu kan? Ala, janganlah malas-malas ye..










Popularity: 7% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 45 comments. Apa plak komen korang?
merahkatak - 17 May 08 at 09:34:31
Hehe..pasal e-book tu. Orang kita memang suka bab malas+dengki+tak puas hati dan memacam lagi. Sebab tu la orang kita susah sket nak maju. Apapun. Itu pandangan masing-masing. Titan ada pendapat dia sendiri. orang lain pun ada pendapat diorang.

So, tepuk dada, rumah sape la yg kene bakar lagi hari nih..
taukey - 17 May 08 at 10:08:33
ho ho ho…….ni la review dari Titan yang lama dah aku tunggu tentang Majalah IM.

Dalam jer bunyi nya erkk….hehehe…nice and straight forward review from u
nasrun - 17 May 08 at 10:23:05
Bagus cara ko buat review ni Titan. Aku bace post ni dari mula sampai habis.

Tapi ade sikit mistake pada ayat ni

“Bukan susah nak wat interview dan luangkan masa wat Majalah IM dan semua ni”.

Samada ko memang nak cakap tak susah or bukan senang? Sebab ayat seterusnya ko ckp tak ramai yang sanggup buat benda ni.. hehe.

Thanks, coz newbie cam aku leh belaja wat review macam ni pada masa depan.
Labanon - 17 May 08 at 10:43:18
Hehe saya sendiri pun sentiasa menunggu review daripada bro titan nih :)

Owh ya.. Team FlareBiz tetap dua orang dan takkan jadi tiga atau empat :) Yang lain tu hanyalah pembantu ataupu Majalah IM crew..
titan - 17 May 08 at 11:22:36
taukey: dalam? Yeker? hehe..

Nasrun: aah. Aku tersilap. Bila aku baca balik. Aku pun gelak sendiri. Aah..biarkan je. Korang kan pandai. Mesti leh tekanyer kan? kan?

Labanon : eh..memang berdua je? Ohh..crew ke. Lebih kurang ajelah tuh. Hehe.

Aku ingat nak wat esok luse review nih. Tapi, alang-alang dah depan PC dan aku takde keje nak wat, aku layan wat. Pecaya tak sambil aku wat nih sambil aku dengar interview labanon dengan amirol?

Ps: Penin. Mana asam yg aku beli tadi nih..
rina - 17 May 08 at 11:55:58
Ehm..memang ramai yang tak baca lagi nih. Tapi betul gak kata titan, nak beli sesuatu e-book. Kene selidik dulu aa..
nurusha - 17 May 08 at 15:03:27
Dah download. Memang best. Banyak info yang best.
akazuma - 17 May 08 at 15:33:32
honestly, majalah nih memang dah bantu banyak orang la. Memang bagus. Teruskan usaha anda team flarebiz. Aku rasa ramai yg dah tau benda nih..:)
silentleo - 17 May 08 at 16:18:45
Rasanya aku lum download lagi. Sat agi aku download aa. Baru dapat online nih..
titan - 17 May 08 at 17:51:32
YAng lum download, boleh la setat download sekarang. Tak rugi pun. Majalah nih memang best.
zool - 18 May 08 at 03:25:21
Tq 4 backlink..
Memang majalah ni best…
Antara tempat perkongsian ilmu untuk menambah pendapatan.. Tak gitu, titan??
farahaznil - 18 May 08 at 05:21:22
weyh..trangkan sikit lg psl benda ni suma..aku tak paham..hahaha..poning2..poning kapalo den..
titan - 18 May 08 at 07:41:50
Zool. Betul. betul. Hehe :)

Farah, apa kata you download dulu report nih. Lupa plak nak letak link download.

Leh download kat sini : http://majalahim.com
riku - 18 May 08 at 08:59:27
waa. Kene download dulu la nih. Selalu aje miss. Apapun, thanks titan sebab review benda nih. Best bace..
taukey - 18 May 08 at 11:24:36
hehehehe…miss pun takper riku sebab blh jer download bila bila masa. Bagus nya majalah ni utk org baru menceburi bidang ini cam saya jugak la
merahkatak - 18 May 08 at 12:44:30
Hehe, betul tuh. Sekarang sudah ada 4 edisi majalah IM. Harap dapat sampai ke 100 edisi. Itu bermaksud, kita kene tunggu 100 bulan untuk capai edisi ke 100..
farahaznil - 18 May 08 at 13:58:46
hahhaa..aku dah dwnload..tp tak dpt lg nak prove kan kat email..tah apa2 tah pc aku ni..aku nak tekan link tu..link ni..kekadang duk ckp pop-blocked up…

jap..pop-blocked up tu apa lak??hahaha..mercun pop2 ke??
taukey - 18 May 08 at 15:32:16
dah capai edisi ke 100 nanti boleh la team flarebiz bagi hadiah pada para pembacanya. Tak gitu merahkatak? kira cam tanda penghargaan la kot. hehehe
titan - 18 May 08 at 22:02:38
waa. 100 bulan? bahagi dengan 12 bulan, ini bermaksud lagi 8 tahun la baru kita akan ada edisi yang ke 100. Kau orang agak kan? Team flarebiz masih wujud atau tak? Hehe..
merahkatak - 18 May 08 at 22:17:44
Macam tu pun boleh jadi ker?? Hehe.. :mrgreen:
rina - 19 May 08 at 01:24:05
8 tahun? Uih..lama tuh. Hidup lagi ke tak masa tu ek? Ada anak ke tak masa tu ek??
farahaznil - 19 May 08 at 02:34:55
hahhaa..betul gak tu..dgr 100 mcm sikit jer..tp bila dah kira berapa thn nyer..terasa la plak..pe kata salah sorang pg cadangkan supaya dlm sbulan 4 keluaran..ok tak??kiranya sminggu satu keluaran le..nnt dpt le kita kumpul smpi ke 100 edisi tu..
SaHe - 19 May 08 at 04:38:35
Aku bersetuju dengan merahkatak… sikap orang melayu memang xleh lari dari dengki+malas+xpuas hati….. tapi sesentengah jelah…cth politik sekarang???adui….tenat!!! semua itu kerana wang???

Hehe.biasa la tu buat silap titan…kalau nak post blog mesti pakai direct je…pastu xperiksa balik…Hhehe….fikir sekali sahaja…dirct dari otak…Hehhe.. biasa latu….

8thn???Huhuu…ala permulaan biasa la sebulan sekali…dengan kemajuan IT berkembang maju…para blogger semakin banyak…atuk nenek pown dah jadi blogger sekarang…aku rasa Majalaj IM perlu buat keluaran Sebulan dua kali..Hehhe…dah dipendekkan kan…Hhehe


farah….4 keluaran sebulan mana bleh…nie bukan surat khabar….bukan senang nak buat??nak interview….nak buat cover..memacam..susah WOOOO!!! yang keluaran ke-3 pown dah lewat skit dari tarikh sebenar….
farahaznil - 19 May 08 at 05:19:18
hahhaa..mn le aku tau…aku bg cadangan jer..a’alah..stiap keluaran tu takyah le padat sngt..jnji ada info pnting stiap mggu..kan ok tu..yg dlm sbulan tu..di bahagikan 4..tp aku lom berkesempatan lg la nak belek2 majalah tu la..

nak tggu 8thn..umur aku dah..jap aku kira………….25thn..lmbt la..hahaha
emme - 19 May 08 at 08:26:07
Aku suka interview dengan Amirol ni, paling aku suka bila dia cerita waktu dia lancarkan produk sendiri. Hasil yang dia dapat berkali2 ganda, dia memang cukup excited bila dia dapat sale rm2500++ , interview dengan Amirol ni sudah membakar semangat aku ni. :)
titan - 19 May 08 at 17:22:57
Hehe, bukan tak leh diorang wat 4 bulan sekali. Kalau ada orang sponsor diorang 10k. AKu rasa anytime je team flarebiz setel 4 majalah setiap bulan.

Interview amirol memang not bad la. Antara produk yg power dan memang best. Pada newbie, ini antara yang best jika nak tahu pasal website dan yang lain2..
akazuma - 19 May 08 at 19:00:49
Boleh kalau diorang nak buat. Tapi kalau 4 bulan sekali. Kene jual la. Diorang kene kira keuntungan dan modal diorang jugak kan?
abdfatah - 20 May 08 at 02:41:27
hargai yang percuma dengan sebaik mungkin…
rina - 20 May 08 at 03:34:39
hoho. betul. hargai yang percuma. kan nanti kene bayar. tak ramai yang nak beli kan?
abdfatah - 20 May 08 at 03:47:45
sementara yang percuma masih ada berbaki gunakannya dengan sebaik mungkin… kang kalo derang buat membership site pulak lepas nih kena daftar sebagai ahli laa pulak….

eh titan lepas nih boleh laa buat edisi siasat berkenaan buat membership site pulak… hehehe… sebagaimana freeflashheader tu…

level pertama free lebel kedua bayar lagi level ketiga bayar lagi keempat pun bayar lagi… setiap bulan kena bayar? atau setahun sekali…. laaa nih dah banyak IM buat membership site… titan takder membership site ke?
rina - 21 May 08 at 06:04:14
hehe. best gak tu. harap2 titan leh wat la..

kalau free pun best apa..
abdfatah - 21 May 08 at 06:57:58
setakat nih banyak mana kat malaysia dah ada membershop punya site yang berbayar nih…?
Rafhz - 22 May 08 at 09:19:39
titan,,, huhu,.. aku x de mase nk bace blog ko skunk nie.. mcm mane ha..
farahaznil - 22 May 08 at 12:29:45
weyh..aku dah cr kat kedai..ssh lak nak dpt..haizzzz
abdfatah - 22 May 08 at 16:11:23
errr… apa yang dicari kat kedai tu Farah????
farahaznil - 22 May 08 at 16:36:21
jap2..aku tgh keliru ni..slain dr subscibe kat tenet..dia bkn kuar dlm bentuk majalah ke??nampanknya pc aku smakin kedepan..tp tuan dia masih tahap pemikiran zaman batu lg nih..hahahaa
akazuma - 22 May 08 at 18:25:21
gaga..

sabar farah. Baca pelan-pelan. Cuba fahamkan yek.
farahaznil - 23 May 08 at 10:42:49
weyh..edisi pertama takde pun..hahaha…jap aaa…aku belek lg link majalah im nih..
emme - 24 May 08 at 05:50:48
Yang paling best latar belakang Amirol mcm aku jgk la… dari zero to hero… tapi aku belum jadi hero la…

aku zero to h_,_,_ :) ruang kosong tu belum terisi lagi… sbb belum jadi hero…
abdfatah - 24 May 08 at 07:32:21
zero to hero musti bermula dengan perlahan-lahan… lepas tu baru boleh meningkat naik menjadi hero yang berbaloi dengan usaha yang telah dilakukan…
rina - 24 May 08 at 14:32:18
kaber hero kaber zero lah korang nih. Hehe..
farahaznil - 24 May 08 at 17:09:14
hahhhaa..klu prmpn nak tukat jd pe lak…

zero —> h_ _ _ (utk laki)
zero —> sale’s girl psr raya h_ _ _(utk prmpn)

hahhaa..sape penah singgah kat psr raya tu…dia kat shah alam..weyh..NSK batu caves br2 ni terbkr..hahaha..dah takde tmpt nak bli brng murah2 lg..huhhuu
abdfatah - 28 May 08 at 14:08:54
majalah yang biru mata memandang… dengan heronya yang tersendiri… eh eh eh… takkan majalah ada cover hero aje… hero pompuan untuk majalah im takder ke? hehehehe…
Raja Kamil - 11 Oct 08 at 12:12:40
patut kena ada lagu iringan. biar biru mata hitamku
farahaznil - 11 Oct 08 at 12:19:49
tunggu aku jd heroin majalah tu fatah ooi…kalau ada rezeki..hi hi hi


Get cash from your website. Sign up as affiliate.



-----------------------------
The Best site and articles : New Adsense Alternative | Melayu Boleh | Berrybunch | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------