May 06

La Camisa Negra

36 comments - Post a comment




Hari ini adalah hari yang santai untuk aku. Aku mahu mencari sesuatu di Banting dan membuat beberapa bayaran di bank. Saja aku mahu praktis guna mesin ATM. Kalau tidak, asyik pakai Maybank2u.com aje. Sesekali kita buat sesuatu diluar tabiat kita akan membuatkan dunia kita ini adalah sangat luas. Jangan sempitkan minda apabila korang membaca entri aku kali ini. Aku sedang sangat penat mengira komen-komen korang untuk Comment Costest Duo. Fuhh. Boleh tahan comment korang kali ini. Pemenang akan diumumkan hari ini, esok atau lusa. Sorry ye jika korang tertunggu-tunggu!

Aku juga inigin memberi tahu korang bahawa May Comment Contest sudah pun bermula pada 1hb Mei 2008. Cuma aku aku belum setting hadiah lagi. So, jika ada sesiapa nak beri hadiah sponsor untuk contest bulan Mei ini. Sila email aku secepat mungkin atau reply sahaja di entri ini.

Ok. Untuk tatapan korang. Tadi aku gi baca sikit benda pasal bulan kelahiran. Yang diulas dan dikaji oleh Dr. Fadzilah Kamsah tu. Aku tak tahu betul atau tidak. Tapi jika kau orang lahir pada bulan Mei ini, apa kata kau orang baca sedikit santapan rohani pada pagi ini?

Orang yang lahir pada bulan Mei ini dikatakan..


Kekerasan hati & degil, kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam Mudah marah apabila tidak dikawal. Pandai menarik hati org lain & menarik perhatian. Perasaan yg amat mendalam. Cantik dr segi mental & fizikal. Tidak perlu dimotivasikan. Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain dan mudah dipujuk. Bersikap sistematik (otak kiri). Suka berangan. Kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu. Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. Daya khayalan yg tinggi. Permikiran yg tajam. Pandai berdebat. Fizikal yg baik. Kelemahan sistem pernafasan. Suka sastera,seni & muzik serta melancong. Tidak berapa suka duduk dirumah. Tidak boleh duduk diam. Tidak punya ramai anak. Rajin dan bersemangat tinggi. Agak boros??

So, ada yang terkena dan terasa? Jika benar , tahniahlah kepada Dr. Fadzilah Kamsah. Kajian beliau berkesan dan aku harap mereka-meraka yang lahir pada bulan ini akan terus bersikap positif dan cover sikit sikap boros korang tu. Korang tak suka dok rumah kan? MEsti suka melancong tu! So, hati-hatilah..

Ok. Cukuplah untuk hari ini. Aku ada beberapa projek offline dan tengah wat proposal dengan abah aku untuk bukak 1 kedai yang berkonsepkan perkhidmatan. Harap-harap menjadilah hendaknya. Abah aku pencen dalam tak kurang 1 tahun lagi je nih. Niat dia nak berniaga. So, aku jadi parnership la dengan abah aku. So, banyak urusan sekarang aa. Jangan marah yek kalau aku tak post direct 1 minggu. Itu tandanya aku tak cukup tidur!

Bah. Layan kita 2 buah lagu yang baru aku peramkan ke dalam hosting yang aku beli dari Netkl ini. Cuba teka, siapakah penyanyi asal 2 buah lagu ini dan apakah maksud ayat ini = La Camisa Negra ?



Ps: Aku sudah lapar. Aku mahu makan roti telur sekarang la..

Pss: Jika kau orang mahu download lagu La Camisa Negra ini. Boleh angkut kat sini aa



Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content

online advertising


This post has 36 comments. Apa plak komen korang?
emme - 06 May 08 at 01:50:22
Salam, selamat pagi semua! :) Apa yang dr Fazilah Kamsah nyatakan tu boleh dikatakan 95% tepat. :)

Dalam diri aku memang ada ciri2 tu semua…

Tahniah la doktor :) agak2nya berapa ribu orang yang doktor temuduga untuk dapat keputusan tu ye…?
pligg.com - 06 May 08 at 01:57:21
La Camisa Negra — EarnCent.com…

Cuba teka, siapakah penyanyi asal 2 buah lagu ini dan apakah maksud ayat ini = La Camisa Negra ?…
rina - 06 May 08 at 02:17:35
Waa. Lama gila tak dengar lagu tuh. Best plak pagi-pagi nih dengar lagu rancak camtu. Sekali bila abis..dengar lagu kaer plak. Aii..sedih la plak..
merahkatak - 06 May 08 at 02:58:10
Huhu..ada aje celoteh ko kali ini. Aku tak lahir bulan May. Tapi betul, dari tadi aku layan lagula camisa negra ni tak henti-henti. Hehe :)
Shaffik - 06 May 08 at 04:46:21
hehehe…aku lahir september….jgn luper untuk buat post yg lahir bulan september eh….La Camisa Negra tu maksudnyer aper?
titan - 06 May 08 at 06:53:36
Hehe, aku pun tak tahu maksudnya apa shafik. Tapi aku just suka dengar je lagu nih..
Rafhz - 06 May 08 at 08:31:33
:mrgreen: owh.. lagu nie.. lagu sedih la plak… haha… x pe la.. maksud aku bukan lagu la camisa negra tu tapi lagu kaer nie hehe….
Din Beramboi - 06 May 08 at 08:54:01
Haha..bufday aku hari ni. Bila baca post ko nih..mmg terkena banyak la..hehe.

1. Aku nih suka melancong…pulau perhentian dah lebih 10 kali aku pergi, pulau2 yg lain mcm p.pangkor, p.kapas, dan byk lg pulau…perancangan ms depan, aku nak melawat semua pulau kat atas dunia nih.

2. Agak boros..mmg betul. Bkn boros, cuma aku nih x berkira..kira nak mkn ape, aku beli. nak baju ape, aku beli..kwn mtk belanjer, aku blanjer..cuma kalau ada duit la. Klu xde duit, senyap la aku..hehe.

Byk lg yg betul kat situ, malas aku nak explain satu2. tapi naper ko highlight yg buruk2 tu yer? huhu..
taukey - 06 May 08 at 10:39:37
tak semua bruuk din. byk gak yang bagus kat situ. Contohnya macam cantik, tak perlu motivasi, pendirian tetap,sistematik, berangan,Kuat daya firasat, Daya khayalan yg tinggi. Permikiran yg tajam. Pandai berdebat. Fizikal yg baik.

itu antara yang aku copy paste. hehehe :P
titan - 06 May 08 at 12:19:42
Memangla. BIla mula2, kene dengar lagu rancak. Dah akhir-akhir, layan jiwang lagu sedih plak.

Hehe, aku wat khas untuk ko din. Hah, bacalah. Memang banyak kene kat ko..nape aku highlight? Aii..kene betul sangat ke?

Yap. Cam taukey cakap. Banyak gak yg best-best.
Din Beramboi - 06 May 08 at 12:36:34
Hehe..byk yg betul. Apa pun, tq for this post.

Wow..dah ada projek offline plak. Bagus2..hope berjaya dgn cemerlang, gemilang n terbilang.. :D
titan - 06 May 08 at 12:53:20
Hehe, sebab teringatkan ko punye birthday, aku selit benda tu. Hehe, aku mahu makan. Mak aku masak kari. Siapa mahu? Aku kelaparan suda..
KNizam - 06 May 08 at 13:16:44
aku suka lagi ni. hehe :)
emme - 06 May 08 at 13:24:32
Agak2nya berapa orang yang Dr Fazilah Kamsah interview untuk dapat keputusan ni ek? :)

Boleh dikatakan 95% kat atas tu ada dalam diri aku… :D
titan - 06 May 08 at 13:58:44
Emme, ko pun lahir bulan mei jugak ke? Hehe, ada gak sket pasal diri aku. Tapi nantilah. Aku wat bulan-bulan nanti. Hehe, best gak wat 1 topik baru untuk post-post aku akan datang..

Knizam. Suka lagu yang mana? La Camisa Negra?
SaHe - 06 May 08 at 20:33:46
Pepown..bersedialah kowang ..harini aku sudah bebas…hehe..rasakan asakan leo contest 2 yang bakal aku redah…haha… CHAIYOK@@@ aku menang..wahaha..
nadzal - 06 May 08 at 22:23:50
hoho sahe. bersemangat nampak. Semoga lebih cemerlang dan gemilang untuk leo contest itu.

Titan. aku tunggu bulan-bulan seterusnya.
rina - 07 May 08 at 03:21:31
Best dengar lagu-lagu nih. Hope esok2 ada lagi lagu2 yang best. Apapun. Semoga berjaya titan dengan projek yg akan datang. Ada baki, share2 la dengan kitaorang melalui contest tuh..
titan - 07 May 08 at 09:03:12
Hehe. Hari-hari aku layan lagu nih. Aku tak tau napae aku suka sangat lagu nih. Huhu..
sweetladynad - 07 May 08 at 21:06:09
La camisa Negra bermaksud D Black Shirt.. atau Kameja Hitam…
Lagu ni memperihalkan tentang keHILANGan sebuah CINTA..
Agaknye sepupu sepapat je ngan Cinta Tiga Segi..
riku - 08 May 08 at 03:47:25
Kemeja hitam? So, macam tu la maksudnya? Ohh..cinta tiga segi gak? aii..macam2 u tau ye sweetlady..
[…] earncern.com/blog - 28/ 2,070,000 […]
Rafhz - 08 May 08 at 05:16:16
hmm.. din redang ko dah pegi blum? klu ko dah pegi aku nk tny satu bende nie hehe…
merahkatak - 08 May 08 at 21:52:28
Pulau redang? Ko dah pegi ke rafhz? Bunyik cam selalu pegi je? Apa yang ko nak tanya?
Din Beramboi - 08 May 08 at 23:05:21
Ha’ah, tanya la Rafhz..aku ada kat sini nih..tanya2. Aku dah pegi dah..best siut. Lg best dr P/Perhentian..keke.
merahkatak - 09 May 08 at 02:10:48
ceh..semua nak berjalan. Best sangat ke weh? Hehe, aku tak dapat nak jalan-jalan sangat. Banyak kerja la..
emme - 09 May 08 at 02:55:37
Haha titan… _7 May 19_5 :mrgreen:

Paling aku tak suka perangai aku ni keras kepala, dan boleh marah tak tentu pasal… tapi itu time aku bad mood la.
Din Beramboi - 09 May 08 at 03:23:12
merahkatak, jenjalan ni best woo..boleh mencuci mata. Lagi2 kat pulau peranginan byk siti solehah..hehe.

Emme, ko nih dah la muka nak sama ngan kwn aku, baran pun sama gak erk? huhu..dia mmg baran aa klu x kena cara. Takut aku Emme.. :mrgreen:
emme - 09 May 08 at 04:26:27
Macam tu ka Din? Dia pon gemini kot… :)
rina - 09 May 08 at 04:29:35
Eheh..ganas-ganas ye korang nih. Tak mau la dekat-dekat..
SaHe - 09 May 08 at 12:33:07
Hoho..rina…memang diorang ganas2.. sahe je xganas…:)
emme - 10 May 08 at 09:04:37
Ala sahe depan rina je ko tak ganaz… :P

Ni ko komen byk2 ni kira ganaz la ni… Rina aku komen tak ganazkan? kan? kan? :lol:
akazuma - 10 May 08 at 09:29:14
Hehe, semua ganas. Ganas dekat tempat yang berbeza..
farahaznil - 12 May 08 at 13:00:08
weyh..nnt jgn lupa tulis tuk bln ogos dgn disember skali tau..aku lahir 22.12…hahahaha..sape2 sini yg terbaca jgn le lupa bg hadiah nnt ek… :grin:

alamak…terlebih dah sudah…hahahaha
Rafhz - 13 May 08 at 07:08:18
alamak din aku lupe la.. hehe.. aku nk tanya ape… hmm mase ko g kat redang tu ko dok kat hotel mane? kat port mane paling best.. tp jgn la cakap kat private beach.. dah tampat tu haram ntuk org awam pegi beb… huhu
abdfatah - 20 May 08 at 03:05:37
la camisa negra maknanya apa haaa…? maknanya adalah enggak biasa berniaga daaa…….



fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Toronto Flights Flights to Sydney
Flights to Melbourne Fare Search