Adakah korang ingin mendapatkan 2 keping not berwarna biru campur ungu ini? Jika korang ingin tahu bagaimana untuk mendapatkannya. Korang kene baca ini cerita sampai habis. Aku percaya ramai yang ingin tahu bagaimanakah caranya untuk mendapatkan dua keping not ini.

Aku menjelajah di forum wangcyber dan mendapati ada ramai blogger yang mempromosi barangan dan affiliate diorang. Aku juga tidak terkecuali dan sering mencari peluang-peluang yang mampu memberikan pulangan yang lumayan. Aku tahu ianya tidak mudah untuk memperolehi wang. Tapi, selagi kita tidak berusaha. Kita tak akan dapat nikmat wang itu.
Dan ditakdirkan aku berminat untuk menyertai satu pertandingan yang dilancarkan oleh blog kabelduit. Orang lama tetapi aku baru sahaja mengenalinya. Baru sahaja tamat satu transaksi kerana beliau menggunakan service vcc aku. Dalam tempoh beberapa minit, urusan itu selesai dan kabelduit telah menyelesaikan masalah besarnya itu.
Secara telitinya, aku lihat blog ini masih baru. Pageranknya masih kosong dan aku akui mungkin tidak ramai yang mengetahui kewujudan blog kabel ini. Tapi aku rasa sekarang sudah ramai yang tahu. Kene pulak aku membuat ulasan tentang blog beliau. Bukan saja-saja. Ini kerana aku ingin mencuba nasib memenangi pertandingan “Rm50+Rm50” itu. Biarpun persaingan terlalu tinggi dan harapan untuk menang tipis, tapi aku tidak kesah. Ini salah satu cara promosi, dan aku serta kabelduit akan menikmati trafik dalam tempoh ini. Ini win-win situation. Tidak salah bukan aku berbuat demikian?
Iklan tidak tersusun dan terlalu banyak
Blog ini penuh dengan iklan di header, disidebar dan juga dibahagian footer. Secara jujurnya aku rambang mata tengok iklan-iklan itu. Aku akui aku juga selalu nampak iklan-iklan tersebut. Dulu aku selalu letak banyak iklan diblog dan sekarang aku ingin kurangkan sedikit demi sedikit. Ini kerana ianya akan melembabkan loading blog aku. Tetapi jika kabelduit tidak kesah. Biarkan saja banner iklan itu. Mungkin ada yang tertarik menyertai affiliate program dan promosi yang engkau jalankan. Ini juga salah satu promosi biarpun bagi diri aku tidak sistematik. Lagi satu, susunan banner itu tidak tersusun. Apa kata jika kau cuba tambahkan <center>code banner</center> dan gunakan <br> untuk spacing? Ianya akan lebih tersusun selepas ini.
Apa kata tukar theme?
Apa kata jika kau tukar satu theme yang lebih sesuai berbanding sekarang ini. Aku cadangkan engkau cari satu theme yang ada 2 sidebar. Lebih kurang macam blog aku ini. Senang engkau hendak susun iklan dan ada lebih banyak ruang. Jika tidak, sakit tengkuk aku hendak skrol ke bawah untuk lihat semua banner engkau. Dari segi trik promosi, tak ramai orang akan pandang iklan banner itu. Mungkin bagi diorang membuang masa saja. Jadi nasihat aku, jika mampu. Carilah theme baru yang sesuai. Aku yakin blog kabelduit ini akan lebih meriah di masa hadapan. Tetapi jika engkau bahagia dengan theme ini. Teruskan sahaja. Aku tidak kesah kerana aku juga bahagia dengan theme yang aku guna sekarang. Jangan marah aa. Ini hanya ulasan jujur dari aku
Tab Blogger + Kantoi pakai hosting blogger!
Buang tab blogger diatas itu jika boleh. Aku tidak tahu engkau tahu untuk buang atau tidak. Tapi bagi aku ianya menganggu dan mengkantoikan ko bahawa ko hanya membeli domain tetapi tidak ada hosting sendiri. Benarkah? Ini tidak salah dan aku rasa ada banyak faedah menggunakan hosting percuma. Blogger antara hosting yang terbaik setakat ini bagi hosting percuma. So, aku tidak kata ko kena tukar. Tapi jika boleh. Aku yakin blog ini akan lebih hebat dari blog-blog yang lain.
Tidak lupa juga. Pertandingan “Rm50+Rm50” ini merupakan pertandingan menjadikan review sebagai tujuan utama. INi bermakna, owner blog kabelduit akan memilih review atau ulasan yang terbaik tentang blog kabelduit dan juga tentang pertandingan ini. Aku yakin ramai yang lebih hebat dalam hal-hal review ini. Sesungguhnya aku hanya mencuba nasib dan aku berharap blog ini akan kekal untuk 10 tahun akan datang. Ini juga adalah target jangka masa depan aku. Berminat untuk berblog dengan aku 10 tahun lagi?
Ps: Ulasan ini hanyalah pandangan individu. Aku tidak diupah atau diperas ugut untuk membuat ulasan ini. Ianya hanyalah satu pandangan ikhlas aku untuk membantu blogger tanah air kita dan dalam masa yang sama aku juga mahu menang Pertandingan “Rm50+Rm50”. Haa, apa kata korang tentang ulasan aku kali ini? Jarang sungguh aku membuat ulasan tentang blog orang lain. Mungkin kali ke lapan agaknya..
Pss: Maaf. Aku buat review ini selepas aku nampak amaran ko tempoh hari. kabel, gambar duit itu aku ambil dan letak di sini untuk menarik minat lagi orang tentang blog ko. Engkau suka atau tidak?
Psss: Apa yang ada dengan RM50? Nilai yang korang akan dapat jika menang pertandingan ini. Berani mencuba? Aku cabar korang!
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Why many people love Online Casino? | TAG – Saya Suka Naruto! »


























Siapa kata RM50 tu rendah nilainya? Mahal woo. Jarang orang leh dapat RM50 mudah2 camnih je..
RM50 begitu bermakna dalam hidup aku. Adakah ianya bermakna juga pada hidup korang?
pastu roti canai tu lak..skrng roti canai pun dah naik rega..korang nak mkn skoping je ke sehari??konyang??time ptng mlm..takyah mkn??lain le klu korang tu tgh diet..tu aku tak tau le..
pastu..cuba korang pg giant..bwk rm50 tu..pg bli milo,gula,susu f&n,telur spapan,beras,garam,tepung,roti,majerin atau jem ke..ckp ke 50 tu??tah2 lebih dr tu..tu br brngn asas je tau..bila dah mkn..nak basuh pinggan tu dgn apa??sabun gak kan..ha..pg le bli sabun pinggan tu..duit lagi..
bg aku la..rm50 boleh dihabiskan dlm sehari je dlm kehidupan kita ni..sape yg pki keta atau motor..duit minyak lg..ckp ke rm 50 tu??sehari dua pun dah takleh thn..inikan sbulan..pikir2kan lah…
Projek aku sekarang mahu dapatkan Rm50.00 setiap hari, selama 30 hari, dalam tempoh 12 bulan. Korang kira berapa aku dapat?
Korang ada cara ke? Boleh bagitau aku jugak, aku mahu cuba… yang penting HALAL.
Aku tak nampak sebab dia tak leh beli hosting satu. Mungkin lepas nih, kabel leh angkat satu kot? Data dari blogger tu leh pindah ke wordpress tu. Diorang support apa. Kan?
Bagi aku, RM50 tu, korang tambah RM10 tu, dah leh angkat satu domain dan hosting bernilai RM60 untuk tempoh 1 tahun.
Amacam?
Apa yang ada dengan RM50 pada korang pada zaman yang sentiasa minyak naik harga ini? Adakah ianya berbaloi dan berharga bagi anda?…
Tapi tak kesah. Setiap orang ada cara masing-masing untuk blog diorang. Tak ada salahnya pun.
Aku tak rasa review tu akan memusnahkan blog kabelduit tu. Lg bagus ada la..kurang2 dia leh baiki kesilapan dia.
Ada saper2 nak review blog plak x? Hehe..Ckp blog org lain, blog sendiri blum tentu. Nanti aku nak suh wat review jgk ler..
adush terkejut saya dengan soro yang kuar… alolaaaaaa…
Kalau blog cangih, tapi takde orang datang. Buat apa kan?
Hehe, buat je din. Aku suka wat review. Nak gak nanti kalau ada orang review blog aku.
Erk, beras memang dah mahal la fatah. So, lepas nih. Kita makan bubur saja ye hari-hari. Boleh? Suara apa yg keluar tuh
titan..ko xnak letak gambar ko kat blog nie ke…mesti famous…. ko kan no.3 hensem kat blog din beramboi..hahha…
Animasi flash? Nak jugak buat. Tapi bukan masa terdekat nih. Kalau kat main site. Mungkin. Tapi kalau kat blog. Aku takkan letak flash. BErat woo.
Gambar? Carila sendiri. AKu segan woo mahu letak gambar even aku tahu aku hensem..:)
Sangat berharga tau..
Aku leh idup seminggu dengan hanya RM 50.. (secara minima dari sudut2 berkaitan)
Tgok wayang.. RM5 x 10 kali..
Wah.. 10 kali tgok wayang.. (huhu.. di GC, CP Sabah je..pkai matrixcard..)
Bleh banje teman2.. dalam 5-7 orang. (Budget Medium, Standard sederhana..)
Bleh 2 ways. Pulang balik kampong.. + jajan tuk perjalanan + ole2 bawa uma…
Huhu
Lagi.. Banyak lagi……
RM 50 x 240..?
Kan da leh wat hantaran kawen.. (wat pihak sebelah…)
Hahah..
fatah..beras mmg dah lama naik la..klu nak tau..beras jati yg dulunya rm19 tuk 10 kilo..skrng ni dah jd rm29 tuk 10 kilo..beza smpi rm10..klu ikut rega dulu tu..mau dpt dlm 15 kilo punya beras..haizzz
pas ni apa la yg nak naik lg..fulus aku tak naik2 lg..brng suma dah naik..pas ni terpaksa la ku gigit tayar keta bln2 sbb tak ckp mkn..hahaha
Biskut dah beli 2 bungkus besar dan selalunya benda nih terjadi ketika hari-hari nak exam dan hari2 dah nak balik naik kapal terbang airasia. Nak jimat punye pasal ma..
tuan punya blog kabelduit nie. huhuh.
bagi ak, info2 yg die kupas mmg best..
byk gak knowledge dpt dr blog die.
coz die pun sllu updated
ak pun sntiasa la mengupdate kan diri..=)
Yap. Tuannya kabel duit darn aku rasa beliau leh gi jauh. Cuma harap nanti leh tukar ke wordpress kalau berminatlah. Hehe
patut la dulu sekeping je..
Tapi sekarang..
KOrang nak tau..
huhu. titan nih..
bukan main lagi.. ups.
em.. kan titan…^_^
Betul x..
Bank Negara cuma keluarkan RM20,000 je, aku gerenti sapa yg dapat mesti diorang simpan je duit tu…
Tapi korang jgn risau, dalam masa terdekat ni bank negara akan kuarkan duit tu jgk. Dalam Rm3 juta kalau aku tak silap…
wohoho…
Tapi, ko beli kat aku la… boleh? nanti aku bagi kat ko…
Tapi mintak izin titan la..
dengan duit rm50 nih boleh aaa buat car kuew tiau dan jual kat taman perumahan… mesti laku wooooooo…
p/s: ceh emme…dari buat maen dlam game monopoly bek aku buat lekat kat dinding buat perhiasan..cantik apa???