Majalah IM dan Siapakah Gobala Krishnan? | EarnCent.com

Hari ini aku cuma hendak buat review yang biasa aku buat. Tentang Majalah IM edisi bulan April atau edisi yang ketiga. Aku rasa ramai yang sudah download dan dapatkan e-book tersebut. So, aku cuma akan ulas sedikit sebanyak tentang Majalah IM yang menggunakan Gobala untuk cover Majalah IM kali ini. AMboi, senyum sangat ko senyum ek Gobala :wink:

Majalah IM
Apa yang aku cukup suka dari buah tangan team Flarebiz kali ini adalah interview (file audio yang korang dapat selepas download file majalahIM yang ke 3 ni la ) Gobala Krishnan yang sempoi dan kecairan bahasa melayu yang dituturkannya. Seriusly, aku tidak sangka slanga dan bicara dari mulut Gobala sangat lancar dan kefasihah beliau berbahasa melayu. Campur english sikit-sikit tu biasalah. So, aku puji Gobala sebab menggunakan bahasa melayu untuk interview ini. Ka Labanon yg paksa Gobala cakap melayu nih? Tul ke Labanon? Tu suara ko kan dalam audio tu..

Yang kedua, tentang Mdpai punye tutorial. Aku cukup suka selingan dari Mdpai ini. Simple dan penuh dengan jawapan yang kadang-kadang aku ingin tahu. Banyak yang aku pelajari dari keluaran kali ini. So, berilah kami lagi tutorial yang lebih banyak lagi pada masa akan datang.

Design dari Mystic untuk cover Majalah IM kali ini tampak lebih ceria dan sangat terang. Aku suka kaler-kaler sebegitu dikala aku dirundum kegelisahan atau tak cukup duit nak belanja awek. So, keluarkan lah lagi design-design yang lebih best untuk Majalah IM akan datang. Aku tidak nafikan Majalah IM ini wajar diteruskan sampai bila-bila. Aku yakin suatu hari nanti akan keluar lagi Majalah online seperti yang dilakukan oleh Team Flarebiz. So, siapa mahu buat? Aku dengan rela hatinya akan review seperti yang aku lakukan untuk Majalah IM ini :oops:

Dan untuk post-post dan artikel dari penulis-penulis yang korang tidak asing lagi. Semuanya memaparkan banyak isu yang bagus. Terutamanya isu E-book tak relevan tu. Bagi aku still relevan ini kerana, aku sendiri jual e-book dan masih laku sampai ke hari ini. So, mungkin ianya tidak relevan bagi sesetengah orang. Tapi bagi aku, benda ni tetap relevan setiap hari. Haha, ada sorang student kelas YM aku tanya. Apa itu E-book? Dalam hati, aku gelak kuat-kuat. Tapi aku akur, tak ramai orang tahu apa itu E-book. So, soal relevan atau tidak. Itu pendapat dan hak masing-masing :!:

Cukuplah dan itu sahaja yang aku hendak ulas. Komen ikhlas aku, jika majalah IM dapat diberikan satu tarikh khas untuk setiap keluaran. Itu lebih bagus. Jika Komik Kreko keluar setiap 1,11 dan 21 haribulan setiap bulan. Apa kata Majalah IM tetapkan satu tarikh keramat yang sama setiap bulan? Aku rasa itu lebih bagus dan korang akan kejar dateline dengan lebih best lagi. Ini juga akan mengajar korang erti dateline. Hehe. Sori ek. Ini teguran ikhlas dari aku. Jika boleh, laksankan. Jika tidak boleh, tak apa. Ramai lagi yang tak kesah korang keluarkan awal atau lambat. Janji korang pubslih :kiss:

korang leh baca beberapa review atau ulasan dari IM atau blogger Malaysia yang lain. Ada yang best-best dan ada yang mungkin sekadar ulasan kosong sahaja :

MajalahIM edisi ke-3 - Diari BisnesWanita
Majalah IM Edisi 3 - mohdamirol.com
Dapatkan Majalah IM Edisi Ke-3 Sekarang - JimieRay dot Com
Dik Mal Dan Majalah IM - Blog Personal Norakmal Jasni
Panduan Buat Duit Online Untuk Mahasiswa - Kroni Di Kalangan IM : Setuju atau Tidak ? - Dinberamboi.com
Ebook Panduan Download Rancangan Popular TV3 - PERCUMA - www.panjangakal.com
Read & Review » Blog Archive » Majalah IM #3 - Readercircle.com
Majalah im #3 - Wangcyber.com
Sedikit Review Mengenai MajalahIM edisi ke 3 - Ligakampung.com
Percuma Tapi Ada Kelass!! - Afzaiafandi.com
Majalah-im-3-dilancarkan - Team Flarebiz

So, bacalah. Jangan korang lupa nak baca pulak. Aku sudah penat dan aku rasa aku sudah ambil lebih dari setengah jam untuk membuat post ini. SO, baca saja post ini dan berikan komen-komen yang bernas :up:

Ps: Apsal sakit sangat mata nie :cry:







Popularity: 6% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 34 comments. Apa plak komen korang?
abdfatah - 18 Apr 08 at 03:01:25
beliau adalah blogger IM malaysia… hahaha

ada jawapam lain…?

abdfatah’s last blog post..berapa pantas cara menaip dengan lebih pantas?
abdfatah - 18 Apr 08 at 03:09:22
apa itu ebook? ebook adalah sejenis tepung gomak yang tak dapat dilihat dan tak dapat dimakan… ia hanya boleh dibaca dengan hati nurani tanpa suara… ada yang free dan ada yang kena bayau…

tepung gomak? tepung gomak best wooooooo….

abdfatah’s last blog post..berapa pantas cara menaip dengan lebih pantas?
Rafhz - 18 Apr 08 at 04:09:21
:razz: aku tau nape ko sakit mate… sbb ko tido lewat… x cukup tido… sebab tu pedih mate… baik ko rest cukup2 kan susah plak titan… anyway… aku blk kg hari nie.. yahoo… blk kg tanam jagung…. :lol:

Rafhz’s last blog post..Sunny Side Up Please?
Azhar Ahmad - 18 Apr 08 at 06:06:14
Ahahahah, siap majalah kreko lagih tuh…. Hummmm… entahlah… saya dah kurang dengan e book segala…
smartzul - 18 Apr 08 at 06:41:59
Gobala akan cakap dalam bahasa Melayu kalau seseorang tu tak pandai sangat cakap dalam BI. Atau kalau kita datang kat dia dan cakap dalam BM, dia akan balas dalam BM. Dia hormat orang yg cakap BM dan dia tahu bahasa apa yg perlu. Buat takat ni, saya baru sekali jumpa dia.

Dan ramai ingat dia ni serius, tapi dia pandai berlawak juga. Malah, kadang2 dia akan promotekan / puji anda kat kawan2 dia tanpa berat lidah.

Berbalik kepada majalah IM kali ni, semakin ada peningkatan. Tahniah kat Team Flarebiz.
rina - 18 Apr 08 at 10:02:48
ehm..nampak gayanya. Kene download jap la. Busy tul sekarang. Apapun, tahniah jugak kepada Team Flarebiz!

rina’s last blog post..Why not we talk about Backlink?
silentleo - 18 Apr 08 at 10:05:48
dah download. apapun. Thanks kepada team flarebiz yang sanggup buat macam2 untuk IM dan newbie malaysia.

Gobala? Kiut woo suara dia :)

silentleo’s last blog post..Top 10 Rejection Lines Given By Men
abdfatah - 18 Apr 08 at 11:12:28
suara dia? ada beliau buat rakaman album ke…?

abdfatah’s last blog post..berapa pantas cara menaip dengan lebih pantas?
emme - 18 Apr 08 at 12:50:00
Majalah IM ni memang “best”, cuma aku belum berkesampatan nak wat review je… insyaAllah nanti aku wat sekali, supaya lebih ramai yang baca majalah ni. :grin:

Macam aku sendiri dulu susah nak cari rujukan, tapi sekarang untunglah kepada newbie’s yg nak berjinak dengan IM ni sebab dah ada rujukan yang agak “sempurna”, belum sempurna sepenuhnya sebab masih baru, dan byk lg yang boleh diperbaiki.

emme’s last blog post..Ebook Panduan Download Rancangan Popular TV3 - PERCUMA
SaHe - 18 Apr 08 at 13:10:38
xda ape2 aku nak komen pasal Majalah IM. Cuma aku nak katakan terima kasih pada Team Flarebiz yang telah mengeluarkan produk malajalah yang bermutu tinggi dan PERCUMA yang sesuai untuk orang BARU macm aku nie… Thankz a lot..

p/s:apasal din beramboi senyap je!!! exam ke?haha..
zool - 18 Apr 08 at 13:17:46
Lama tak singgah sini.. Singgah pun sebab ada backlink…
Majalah IM ni memang best… Dengo interview M Gobala tu memang best

zool’s last blog post..Satu Hari Hidup Zool
taukey - 18 Apr 08 at 15:20:08
hehehe……informasi terkini hiburan sensasi. Salut..>!!!

taukey’s last blog post..Kematian Produk Anda????
titan - 18 Apr 08 at 17:36:48
nampaknya ramai yang suka mahajah IM dari Team Flarebiz nih yek. Apapun. Download dan baca. Jangan lupa amalkan apa yg korang belajau.

Yap zul, gobala nih kerek gak. wat lawak gak. Aku akui itu semua. Zool, selamat datang kembali.

aku tak tau plak gobala ada wat album :shock:

titan’s last blog post..Majalah IM dan Siapakah Gobala Krishnan?
SaHe - 18 Apr 08 at 19:01:04
dlu harga ringgit berbanding US adalah USD1 = RM3.80 skang USD1 = RM3.00 korang rasa bagus harga riggit turun ke naik untuk orang seperti kite sebagai penggemar wang di dunia internet????
Din Beramboi - 18 Apr 08 at 20:51:35
Haha..aku ada jer Sahe. Rindu ker? kekeke..Yup, skang ni tgh nak exam la. So, aku kurangkan sket masa utk blogging dan mengepos komen kat blog Titan ni.

Hoho..pasal harga matawang tu, kalau main internasional mesti la nak duit US tinggi. Main dlm Malaysia, mesti la nak RM tinggi. Skang ni RM1 = USD2.9 dah…hampeh. Aku ada USD50 lg belum jual..rugi woo. So, kalau saper2 ada duit USD dlm paypal, jgn tunggu lama2. Dapat sket, terus jual

Din Beramboi’s last blog post..Budak Kaca Mata - Hanya Ada Kamu
silentleo - 18 Apr 08 at 21:21:47
hehe. dulu rindu titan. sekarang dia rindu din beramboi plak. Lepas nih Sahe rindu sape ek..

hehe :)

silentleo’s last blog post..Top 10 Rejection Lines Given By Men
SaHe - 18 Apr 08 at 21:24:08
Hehe..Dlu masa aku xkenal dunia blogging.. aku selalu tengok saham walaupun masih kecik..dlu nak sangat duit Mesia mahal dari US..klau leh nak sama.. sejak2 akhir masuk dunia pengemar wang online nie…nak pulak US lebih tinggi dari RM..Huhu..tapi aku xtau la ape kesan dia kalau US lebih tinggi dari RM untuk negara..
Rafhz - 19 Apr 08 at 03:57:03
:eek: biasa la tu… aku pom mcm tu gak.. nk untung manyak haha.. apepom thnks to team flarebiz :kiss:

Rafhz’s last blog post..Sunny Side Up Please?
SaHe - 19 Apr 08 at 09:03:37
Erk!!kengkawan tumpang tanya!! Berapa lama Pihak PB nak hntar surat untuk aku masukkan wang Rm25.00 dlm bank.. dah seminggu tunggu xsampai?? xsabar nak kuarkan duit paypal…Hehe
riku - 19 Apr 08 at 20:20:19
dah download. memang best keluaran kali ini. berbeza sangat :)

riku’s last blog post..Did you ever got Letter from Bank?
labanon - 19 Apr 08 at 23:13:50
Thanks atas review ini :)

Ini membuatkan saya lebih bersemangat hehe

labanon’s last blog post..Pendapatan Sampingan Merupakan Satu Masalah
rina - 20 Apr 08 at 08:34:59
saya pun semangat. so, hope edisi bulan depan akan dapat lebih best. betul cakap titan, edisi kali ini lebih ceria berbanding yg lepas2. ada improvement orang kata la :)

rina’s last blog post..Why not we talk about Backlink?
emme - 24 Apr 08 at 12:41:02
Chaiyok! team flarebiz. :)

Titan ko sibuk ke? aku hantar emel ko tak balas pon… :shock:

emme’s last blog post..I’m A Treasurer - Patatasz Return
titan - 24 Apr 08 at 16:31:06
eh. ko ada email aku ke emme? pasal apa?

titan’s last blog post..Leo Contest - Part 1
samdaddycool - 25 Apr 08 at 05:27:52
interview dgn gobal mmg cool dan memotivasikan diri aku yg tgh teggelam punca dlm ebiz…..

… so , kene reset balik target, aim, manage, and …go!

samdaddycool’s last blog post..zeriouz - Text Traffic System
pligg.com - 25 Apr 08 at 19:10:41
Majalah IM dan Siapakah Gobala Krishnan? — EarnCent.com…

sudahkah anda mendapatkan Majalah IM dari team flarebiz? Jika belum, dapatkan sekarang sebelum anda sendiri rasa terlambat. Aku pasti ramai yang sudah memilikinya bukan?…
riku - 26 Apr 08 at 19:30:12
apa benda pligg nih? Hehe :)

Apapun. tak sabar nak tunggu untuk bulan Mei punye. Mesti lagi best kan?

riku’s last blog post..Did you ever got Letter from Bank?
titan - 26 Apr 08 at 20:53:29
Pligg.com tu macam digg.com la. Nak tahu leh gi cuba. Saje je test untuk dapat traffic :)

So, aku rasa ramai yang dah tahu pasal majalah IM sekarang kan?

titan’s last blog post..I want Revolution Theme Wordpress!
SaHe - 27 Apr 08 at 15:51:23
Hurm!! Baru aku sedar!! Dunia IT banyak memberikan pulangan yang lumayan!

p:/s: korang rasa titan dah nak capai x sejuta yang diimpikan sebelum kawin tu?
SaHe - 28 Apr 08 at 09:18:58
Tak kira siapa Gobala Krishnan… aku tetap jadikan Titan sebagai model aku untuk mencari wang di internet..
Rafhz - 30 Apr 08 at 07:25:38
:razz: haha… titan jugak yg menjadi pojaan hati SaHe… hehe…

Rafhz’s last blog post..Sunny Side Up Please?
abdfatah - 28 May 08 at 14:58:42
bila agaknya titan nak dapat sejuta heh? nak tengok gak bukti nanti titan dah dapat sejuta selama berkecempong dalam dunia IT. bukan banyak mana dia dapat cuma banyak mana yang beliau berjaya simpan dan membiakkan dollar yang dah dapat… kalo nak kira banyak dapat memang dah banyak aaaa dapatnya…
Raja Kamil - 11 Oct 08 at 12:46:05
aku dah dapat dah sejuta hingit. tak sempat nak kahwin dah terjaga dari mimpi.
farahaznil - 11 Oct 08 at 12:56:07
hohhhoo..kalau mcm tu..aku nak try la mimpi mcm tu..hi hi hi


Get cash from your website. Sign up as affiliate.



-----------------------------
The Best site and articles : New Adsense Alternative | Melayu Boleh | Berrybunch | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------