Aku cuma ingin bagitahu korang semua. Aku sudah pulang :smile:



Sambil dengar celoteh aku ini. Korang dengar la lagu yang aku pasang sementara aku menyusun perkataan-perkataan ini. Sesungguhnya aku sangat penat kerana menaiki 2 bas yang melebih 5-6 jam perjalanan sebelum sampai ke bandar Banting. Fuh, tidaklah penat mana. Tapi aku sudah lama tidak ronggeng dengan bas Ekspress macam ni. Mahu tak sakit tulang belikat dengan tulang pinggul aku ni :cry:

Banyak sebenarnya aku nak cerita. Tapi aku cuma mahu sentuh beberapa perkara sahaja. Aku pergi ke Jerantut kerana sebab-sebab tertentu. Pertamanya sebab perkara Z. Keduanya sebab perkara X dan perkara ke tiganya kerana sebab-sebab peribadi yang tidak dapat aku kongsikan. Tapi kalau nak tahu sebab yang biasa aku bagi adalah, aku pergi melawat pak saudara aku dan melawat Jerantut. Itu sahaja. Tak best kan? :vangry:

Hoho, setelah aku meneliti beberapa blog dan forum yang aku tinggalkan sejak hari Khamis lepas, ramai yang komen, bengang, merungut, tak puas hati, rindu, jeles, nak peluk, nak cium, nangis disebabkan aku kene culik ke Jerantut. Sampai ada yang email aku sebab nak cari aku gi mana. Janganlah wat silap mudah macam ni. Kan aku dah cakap, aku gi Jerantut. Hehe, baru korang tahu penangan aku ek :oops:

Apapun, aku ucapkan ribuan terima kasih dan aku terima peluk cium korang tuh. Aku ada beberapa berita menarik nak dikongsikan dengan korang. Tapi esok sajalah aku buat post tentang satu edisi siasat yang aku bukak tempoh hari. Aku menerima beberapa amount yang best untuk dikongsikan sama korang. Mesti korang bengang, pelik dan tak puas hati dengan open case kali ini. Terasa kemenangan tidak memihak pada aku. Sebabnya? Ianya menentang apa yang aku telah cakap sebelum ni. Bukan apa, bukti dah ada. Kenalah share dengan kamu orang semua kan?

Aku nak bagitahu korang. Bandar Jerantut memang Best. Walaupun takdelah seBEST bandar Banting, tapi aku akui ianya ada keistimewaan tersendiri. Yang pertamanya, aku tak jumpa satu pun internet cafe di bandar Jerantut. Keduanya, aku cuma jumpa 3 sahaja kedai gunting rambut di situ dan harga yang dikenakan pada aku cumalah RM3.00 sahaja! 5 kali ganda lebih murah berbanding bandar banting :mad:

Selain dari itu, aku sempat makan nasi dagang dan ikan patin. Tak lupa juga dengan nasi kerabu yang sudah lama gila aku tak makan. Niat dihati nak diet sampai 45 kilogram tapi nampak gayanya aku bakal menambah 20 kilogram. Haha! So, nasihat aku kepada mereka yang gemar makan, lakukan senaman dan tekan tubi selalu untuk mengelakkan perut anda buncit sampai tak nampak ibu jari kaki sendiri :wink:

Tadi aku sempat lawat beberapa blog. Naem dan tambah satu lagi blog baru beliau dan aku rasa tak lama lagi ramai orang pun akan tambah blog untuk menambah pendapatan. Tak lupa juga pada Team Flarebiz yang dah kuarkan Majalah IM bulan April. Nanti aku akan wat review khas selepas aku baca lagi majalah itu wat kali kedua. Aku malas nak buang masa dan cite pasal duit hari ini. Mungkin sebab penat sangat kot naik bas ni. Itulah, naik kereta je selalu. Hoho. Aku tak kesah, janji aku nak rehat dan tak fikir sangat bab-bab hutang apatah lagi nak pergi merempit :!:

So, aku mahu pergi cari otak-otak atau sate ini malam. Siapa mahu. Datanglah ke banting secepat mungkin. Mungkin aku berminat untuk belanje korang secawan dua kopi ais. Siapa mahu kopi ais???

Ps: Aku penat gila nih :cry:

klik disini untuk menjana pendapatan internet 5 angka sebulan




Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content

online advertising


This post has 61 comments. Apa plak komen korang?
topo - 15 Apr 08 at 12:44:44
yeah TITaN dah balik!! jap2 bila masa plak aku ade email ko tanya ko kat mane???

topo’s last blog post..CGYhost = problem…
SaHe - 15 Apr 08 at 12:46:00
Owh!aku yang kedua hantar COMMENT selepas kepulangan Titan!!wahaha!!Banga!banga!
Azhar Ahmad - 15 Apr 08 at 12:49:41
Bandar jerantut tu, doploh menet naik kete dr kg aku… Br kau tau penangan ikan patin…
abdfatah - 15 Apr 08 at 12:56:13
wat balik ikan patin ke titan? meh sini sekeping… jerantut asal kat ner titan?

abdfatah’s last blog post..miliki komputer dengan nilai yang rendah?
abdfatah - 15 Apr 08 at 13:00:20
hahaha… kita tunggu open case yang seterusnya dan bukti kukuh yang tidak terjangka itu…

makan sampai gemuk laa jawabnya… naik berapa kilo…?

abdfatah’s last blog post..miliki komputer dengan nilai yang rendah?
titan - 15 Apr 08 at 13:04:37
haha. azhar, aku tak bape sangat makan ikan patin. Tapi sekali sekala makan. Mau tak tambah 2-3 pinggan. Haha :)

aku tak biasa sangat jerantut. Kalau dari banting, gila gabanla kalau aku sampai 20 minit je..

Fatah, sori aa. Takde buah tangan atau ikan patin. Aku sendiri dah tak larat bawak diri, apatah lagi ikan patin.

Jerantut tu kat Pahang la. Kat mana lagi. Takkan kat kota Paris kot??
taukey - 15 Apr 08 at 13:10:35
hahahaha…..Titan dah balik erk…hmmm…nampak gembira plak orang ramai. Engko pakai ayat aper titan?

taukey’s last blog post..Mamat Rempit
abdfatah - 15 Apr 08 at 13:16:40
hahaha… memang laa kat pahang. mungkin jugak ada klon untuk jerantut agaknya… macam mana jerantut dapat nama… haa??? apo punya soklan tambahan la pulok?

memang gumbira sakan laa ramai orang kat sini… tertunggu2 bila titan nak pulang jenguk blognya…

takder internet kat sana? nape tak guna gprs je…? memang lapang sungguh laaa rehat minda 2,3 hari tu…

selamat kembali dan selamat menjawab soklan2 dari pemerhati2 setia blog titan…

abdfatah’s last blog post..miliki komputer dengan nilai yang rendah?
abdfatah - 15 Apr 08 at 13:29:49
wooo… 3 henggit je gunting rambut? kat sini bleh laa dapat rm4 henggit… kalo kat bandar kb naik sikit 6 henggit kalo tak silap… paling mahal pun 10 henggit daaa…

tukang gunting pun okeh juga cara nak cari duit nih… francise pun boleh buat… bukak cawangan seluruh negara… titan’s cut hair company’s … wakakakakaa…

abdfatah’s last blog post..miliki komputer dengan nilai yang rendah?
rina - 15 Apr 08 at 14:46:55
RM3? Oklah tu. kalua orang pempuan, tak dapat tau harga tu. Hoho..titan hair company? hehe, dasat tu.

Ehm..tak penah pergi jerantut. Macam KL ke macam pekan cowboy??

rina’s last blog post..Why not we talk about Backlink?
Afzai Afandi - 15 Apr 08 at 14:47:20
awek jerantut tak tangkap leleh ker ngan ko…??

Ko tak promosikan sekali ker blog kor ni kat pekan jerantut ataupun kat anak dara ketua kg kat situ :)

Afzai Afandi’s last blog post..Percuma Tapi Ada Kelass!!
samdaddycool - 15 Apr 08 at 14:50:17
…welcome back titan.. (pergh macam aku tuan umah plak)…. kikikiki.. gunting rambut?? dah lebih setahun aku tak gi gunting rambut .. trim ada ler kat salon sedara aku..

samdaddycool’s last blog post..E majalah percuma…
rina - 15 Apr 08 at 14:53:06
hehe..anak dara ketua kg? hehe..sempat ke titan wat semua tuh? Hoho :)

rina’s last blog post..Why not we talk about Backlink?
merahkatak - 15 Apr 08 at 15:03:27
sudah pulang kah? Haha. lagu pun ada kene-kene sket aa. Apapun. Selamat kembali dan kembali menulis posting2 maut pada keesokkan harinya. Aku menanti post ko yang penuh kontroversi tu lagi..

merahkatak’s last blog post..My best journey at Kinabalu Mount!
emme - 15 Apr 08 at 15:10:04
Selamat kembali Titan :)

emme’s last blog post..Buah Pelik Dari Thailand?
[…] bangganya akan melancarkan Ebook Panduan Download Rancangan Popular TV3. Dan dengan kembalinya Titan ke persada blogging ini, aku pun mendapat kembali semangat yang pernah hilang ketika ketiadaan […]
titan - 15 Apr 08 at 16:03:22
Ya. Aku sudah pulang dan kembali. Maafkan aku jika aku membuatkan korang tertunggu-tunggu :)

titan’s last blog post..Case Closed : Aku sudah Pulang!
Rafhz - 15 Apr 08 at 16:39:16
:lol: haha… ramai betul yang melepaskan rinsu kat titan… hehe.. aku pom x terkata, suma benda nak aku kata telah abdfatah katakan… hampir beku otak aku nak tambahkan komen nie hehe… pape pom komen korang suma kali nie mmg gempak la.. aku x habis2 gelak sorang2 nie… sampai mamat kat sebelah tegok aku semacam je.. dah la rambut x sikat nie… haha.. macam org baru terlepas dari hospotal la plak…. :lol:

Rafhz’s last blog post..Sunny Side Up Please?
Rafhz - 15 Apr 08 at 16:43:59
:lol: :cry: terharu aku titan dah pulang.. tapi disebalik terharu.. aku jugak sedih sebab aku kene serahkan suma barangan pejabat hari ni… x pe no hal… hoho.. gunting rambut rm 3 satu kepala… mmg murah… murah gler siot… even kg aku pom x de paling murah pom rm 5 satu kepala… hmm
mmg gunting rambut ntuk pempuan mahal skit.. sbb pempuan banyak feshen maa… lelaki senang aje… nak murah.. kasi botak kepala.. hahaha….

Rafhz’s last blog post..Sunny Side Up Please?
titan - 15 Apr 08 at 16:59:04
laptop tu pun ko bagi gak kat diorang ke? so, ni officially ko dah benti keje la nih? bila ko nak blah dari rumah sewa tu? esok kul bape nak jalan umah aku?

titan’s last blog post..Case Closed : Aku sudah Pulang!
Asharudin - 15 Apr 08 at 17:00:33
Titan dah balik dari Jerantut. Tak de bawak ole-ole ke utk kita orang ni..Hehe…gurau jer

Asharudin’s last blog post..Tag 5 Perkara Pertama Dalam Hidup!
abdfatah - 15 Apr 08 at 17:00:43
botak licin laa. kalo botak licin jawabnya 20 henggit laa sekali round. hahahaha…

abdfatah’s last blog post..miliki komputer dengan nilai yang rendah?
Rafhz - 15 Apr 08 at 17:04:22
:roll: yup… officially aku benti… tu la.. aku dok plan macam mane nak mengemas barang2 kat umah tu.. tp esok aku nk g mara dulu, nk tny pasal nk wat pinjaman.. hehe.. esok… hmm aku x pasti lagi.. nnt la aku bg msg kat ko.. klu dapat msg tu kompem la tu.. hehe… nie pom x tau kul bape aku jalan esok nie :razz:

Rafhz’s last blog post..Sunny Side Up Please?
Rafhz - 15 Apr 08 at 17:06:35
Asharudin…!!! cantik gambo tag tu hehe.. besau mata memandang… aku nk bace tag ko ek… hoho botak licin 20 hengget… seluruh badan kasi botak ka abd fatah… haha… :lol:

Rafhz’s last blog post..Sunny Side Up Please?
Rafhz - 15 Apr 08 at 17:17:54
Asharudin… menarik la ko nyer tag.. walaupom panjang.. tp bleh buat aku terbayang tu hehe.,.. :lol:

Rafhz’s last blog post..Sunny Side Up Please?
titan - 15 Apr 08 at 17:55:35
haha..so. gi la kemas weh. daripada ko main game jin aje. Hehe :)

So, hope ko dapatlah pinjaman mara tuh dan leh bukak stesen shell yang ko impikan tuh..

titan’s last blog post..Case Closed : Aku sudah Pulang!
abdfatah - 15 Apr 08 at 18:22:08
waaaaaaaaa… pinjaman mara. bagus tu untuk buat bisness… habis bayar boleh sambung pinjam lagi… balik modal habis licin semua hutang terbayau…

abdfatah’s last blog post..miliki komputer dengan nilai yang rendah?
Rafhz - 15 Apr 08 at 18:29:57
:mad: argh… boikot shell… tp aku tgk nape x de org boikot pom.. aku sorang je ke? :roll:

Rafhz’s last blog post..Sunny Side Up Please?
oktant - 15 Apr 08 at 20:25:35
Salam,

Alhamdulillah, Titan dah selamat kembali rupanya:)

Gunting rambut RM3 jer, memang berbaloi
betul;)
cikahmad - 15 Apr 08 at 21:17:42
3 hengget je ke?Murah siut!Aku kat sini,mesin tepi ngan potong atas ciput je dah RM35.kalau nak lebih sikit gunting2 mau jadik RM50.Lain lain style tayah kire.Aku rindu Malaysia weh!Titan hulurkan aku nasi kerabu..aku mengidam nihhhh

cikahmad’s last blog post..Ladang babi bakal dibuka di Sepang
merahkatak - 15 Apr 08 at 21:18:59
yap. Sudah kembali. Apapun, hope dapat tengok post-post yang menarik lepas nih. Yang penuh kontroversi tuh..

merahkatak’s last blog post..My best journey at Kinabalu Mount!
Din Beramboi - 15 Apr 08 at 21:38:44
Hoho…dah kembali rupanya mamat ni. mesti ko rindu sgt2 kat blog ni kan..heheh. Atau rindu kat pengomen2 blog ko ni? :D

Weh, RM3 satu kepala sama la ngan harga kat rumah aku. Mmg RM3 jer..sebab tu kalau rmbut aku panjang, aku simpan dulu pastu gunting masa blk kg..jimat siut. hehe.

Din Beramboi’s last blog post..Meet Uncle Hussain - Mahkota
abdfatah - 15 Apr 08 at 23:18:35
mak aih… cikahmad, rm50 sekali gunting… biasa laa duk luar negara. kos penyelenggaraan guntingan memang mahal. hehehe… servisnya sama je gunting rambut. esok lusa mungkin naik harga lagi…

eh eh cikahmad, ada ketemui dengan kedai kucing bonsai kat sana tak?

abdfatah’s last blog post..miliki komputer dengan nilai yang rendah?
cikahmad - 16 Apr 08 at 01:01:18
abdfatah,
aku ada jumpa satu kedai tu hari tuh.hhehehe..macam menarik.Tapi aku paling terkejut jumpe satu kedai saloon anjing.Peh!Gile aa

cikahmad’s last blog post..Ladang babi bakal dibuka di Sepang
ijamidayu - 16 Apr 08 at 02:10:55
ramai sayang kat ko titan! :) post ko menarik. memang la ramai rindu..

ijamidayu’s last blog post..Perniagaan Internet
ecaros - 16 Apr 08 at 02:43:57
welcome back bro…mcm celebriti plak disambut dengan meriahnya bila pulang…hagaga…

Apapun, Alhamdulillahlah bro selamat pergi n pulang.

ecaros’s last blog post..Apa yang dimiliki oleh orang yang berjaya?
abdfatah - 16 Apr 08 at 02:58:41
wahahaha… semuanya hepi sambut titan macam celebriti… tepok laa lagi gemuruh… horey… huhuu… takder kompang ke..?

abdfatah’s last blog post..miliki komputer dengan nilai yang rendah?
Din Beramboi - 16 Apr 08 at 03:17:14
Hoho…mana ko Titan? Kata ada post baru pasal wat duit…Giannya..dah lama xde post buat duit ni. Hehe.

Din Beramboi’s last blog post..Meet Uncle Hussain - Mahkota
Rafhz - 16 Apr 08 at 05:06:08
:grin: titan dah penat sangt la tu… tertido… xsedar2 kot… aku jamin dia tertido depan laptop dia hehe… :lol:

Rafhz’s last blog post..Sunny Side Up Please?
Rafhz - 16 Apr 08 at 05:08:35
hoho.. kedai saloon anjing n kucing mmg aku x heran la.. sbb kt kl nie pom ade.. area tempat aku keje nie pom ade… mule2 terkejut gak.. sebab jumpe kuching buat fesyen punk.. lepas aku siasat2 rupe2 kucing tu g saloon.. haha.. anjing colour purple pom ade.. ish2… mcm2 fesyen la bleh buat kat kedai tu.. mengalahkan manusia plak :lol: banyak sangat duit tuan punya kucing n anjing tu kan.. klu la dia sedekah kat aku sket.. hehe… :razz:

Rafhz’s last blog post..Sunny Side Up Please?
emme - 16 Apr 08 at 05:30:13
Murah gile titan, yang ko gunting rambut kat sane apsal? best ke? :)

Kalau kat banting gunting rambut rm3, tiap minggu aku gunting rambut… :D

emme’s last blog post..Ebook Panduan Download Rancangan Popular TV3 - PERCUMA
SaHe - 16 Apr 08 at 06:25:29
SaLam..Kengkawan..Just nak Tanya..Dlu aku ada google adsense tapi just click sendiri kat adsense skang ada la USD2.00(dlu still bodoh lagie) tapi aku dalam pembinaan laman web dan akunye program dapat sambutan daripada budak2 U walaupun xda blog..Tapi income jalan.. cume aku nak try la letak adsense aku nanti blog aku dah siap..Soalan aku… kalau aku letak…nanti dah sampai minimum payout??adakah akupunya akaun akan diblacklist sbab dlu aku clik sendiri.. Mohon pandangan kengkawan semua
Rafhz - 16 Apr 08 at 08:10:28
:!: klu ko nyer klick x jadi fraud.. boleh la… pasal kadang2 aku pom klik gak kat google adsense aku bila aku nampak iklan tu menarik.. tambah2 baru2 nie bila aku terjumpa ebook yg menrik hati aku.. hehe… tp jgn klik slalu la… nnt fraud… rugi saje.. ko gak kene banned… klu x silap aku google ade bg tau bape kali ko dibenarkan klik iklan ko tu… aku pom x henggat.. 4 kali kot… tp jangan la ko klik banyak2… klu klik banyak2 mmg la kene blacklist…

Rafhz’s last blog post..Sunny Side Up Please?
merahkatak - 16 Apr 08 at 09:46:25
hehe. SAHe dan rafhz. Better lepas nih jangan klik langsung. Berbahaya dan merbahaya. Tak pasal2 korang leh kene banned. Kantoi. Naya je kumpul banyak2 duit usd dalam adsense korang..

merahkatak’s last blog post..My best journey at Kinabalu Mount!
fino - 16 Apr 08 at 10:22:03
selamat kembali titan. Nice to knowing you come back today :)

Have a nice dah and always happy!

fino’s last blog post..Why its happen to us?
SaHe - 16 Apr 08 at 11:55:47
Okies..Thankz 4 Rahfz and merahkatak 4 d information
sweetladynad - 16 Apr 08 at 14:35:04
em.. da balik bagus la..
Lepas nih. selamat datang la…
abdfatah - 16 Apr 08 at 14:43:12
kalo dah gi saloon tentunya ikut peredaran zaman semasa.

yang kesiannya kucing yang hidup2 tu dbonsaikan… kalo yang dah mati apatah lagi… masuk dalam botol… jadi perhiasana pulak kucing tu..

cuba hangpa sumbat kucing tu dalam botol. camana depa nak idup…? haaaaa…? kesian kan?? eh ini dah lain citer dah nih…

abdfatah’s last blog post..berapa pantas cara menaip dengan lebih pantas?
fino - 16 Apr 08 at 15:09:02
boleh hidup fatah. tapi xhidup lama lah. tapi kalau semut. rasanya boleh tahan lama tuh. Hehe :)

fino’s last blog post..Why its happen to us?
SaHe - 16 Apr 08 at 15:32:30
Tol kate fino..Leh Hidup..Tapi care aku…Sumbat kucing dalam botol..tetapi bagie dia salur pernafasan!!! Mesti hidup lame..Kalau mati pown kena penangan ketut…
Rafhz - 16 Apr 08 at 16:10:00
:!: kecian kucing tu.. huhu… ape agak nyer klu kite dibuat bonsai.. huhu… mst tersiksa gler… kucing tu pom mst rase mm

Rafhz’s last blog post..Sunny Side Up Please?
SaHe - 16 Apr 08 at 16:29:28
Erk!!Rafhz memang berperikemanusiaan!! Wohoho!! Tabik!!
titan - 16 Apr 08 at 17:55:12
hehe. bukan ko pengemar kucing ke? hehe :)

Apalah nak jadi dengan korang nih semua ek. dari setat cite lain, bila kat tengah-tengah. Mesti dok masuk cite lain plak. Tak paham aku dibuatnya.

Kalau karangan Bahase melayu, memang potong dah separuh markah. Isi lari banding tajuk. Yang lagi best, post english, komen melayu. Hoho :(

titan’s last blog post..How many of you have Bicycles Engines?
SaHe - 16 Apr 08 at 18:30:36
Biasalah titan….Hidup nie mesti ditokok tambah barulah rasa manis manisannya..Haha.. Tentang Post tu..Kite mesti daulatkan BAHASA IBUNDA ( rasanya aku dapat G masa SPM dlu..wahaha)
labanon - 16 Apr 08 at 21:33:06
Hehe selamat berblogging… tertunggu2 post bro titan ni :)

labanon’s last blog post..Bagaimana Ingin Menjadi Pakar?
Rafhz - 19 Apr 08 at 04:32:19
:oops: aku mmg pengemar kucing.. tp x la sampai buat bonzai hehe… tp biasa la lari dari tajuk tu.. macam game smpaikan msg tu.. ala.. x kan ko x penah main game tu titan… org first je tau ape maklumat sbnr.. bile smpai kat org last jadi macam2 cite.. hehe…. :lol:

Rafhz’s last blog post..Sunny Side Up Please?
corneamelayu - 25 Apr 08 at 00:47:21
bro…dpt x YM aku mesej aku?…kalau dpt, sila la beri jawapan anda sekiranya anda ada kelapangan..email kat aku pun bleh..hehe..Patin?..perghh sedap gile…jgn makan sampai perut buncit x nampak ibu jari kaki?..bahaya tu…aku pun nak kena excersice balik ni..lama sgt bina badan, tapi still nampak la ibu jari kaki aku..hehe

corneamelayu’s last blog post..Kalau Tak Suka…Pulangkan
merahkatak - 25 Apr 08 at 13:18:10
cite pasal kucing plak. Hehe. tul tu cornea. rajin-rajinlah bersenam ek. Kang tak nampak kaki. Lagi teruk..

merahkatak’s last blog post..My best journey at Kinabalu Mount!
pligg.com - 25 Apr 08 at 19:14:28
Case Closed : Aku sudah Pulang! — EarnCent.com…

Kes titan telah ditutup setelah kepulangan. Soalan tentang Jerantut telah dijawab dengan baik di blog ini. Persoalan yang sukar kami tahu. Dari manakah nama Jerantut tercipta?…
Rafhz - 30 Apr 08 at 08:25:55
haha… semua soklan telah terjawab kecuali ym dari corneamelayu tu.. aku x dapat pom.. ko ym ngan titan ke ngan aku nie… aku kompius…

Rafhz’s last blog post..Sunny Side Up Please?
abdfatah - 28 May 08 at 16:03:50
kucing peliharaan zool banyak…. saya pulak kucing kat umah silih berganti… hahahaa…. kucing saya ikut arahan sikit kalo time suruh kuar… perkataan keluar tu dah biasa dengar. kalo sebut aje kuar dia akan terus menghala ke muka pintu untuk kuar… time degil nak kuar memang liat laa suruh kuar…. hahahaha….

sebagaimana kuda malaysia ngan kuda luar negara atau sang monyet yang naik kelapa berbeza bahasa ngan bahasa kelantan dan tganu… hahahahaa…



fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Toronto Flights Flights to Sydney
Flights to Melbourne Fare Search


Patek Philippe ETA-Patek Philippe Nautilus