TAG – 5 Perkara Pertama Dalam Hidup Aku | EarnCent.com

Aku terkena permainan Tag Afzai kali ini. So, demi maruah blogger Tanah Air. Aku menyahut jua cabaran Afzaiafandi kali ini. Sebab aritu aku dah attack Tag dia. Hehe. Balas dendam ek :twisted:



So, ini peraturan tak rasmi TAG terbaru dari AfzaiAfandi ini :


1. Bukan cerita rekaan dan tiada kena mengena dengan hidup orang lain.
2. Perlu mengetag 5 lagi rakan blogger pilihan anda setelah anda di tag.
3. Tempoh tag bermula hari ini dan berakhir 27 April 2008.

Ready, 1,2..3!

TAJUK TAG : 5 perkara Pertama Dalam Hidup Aku

  1. Handset Pertama yang aku beli menggunakan Duit Internet aku adalah pada tahun 2007. Sebelum ni aku pakai handset lama ihsan adik aku. Dan handset adik aku menjadi harta sah aku setelah aku belikan kamera Nikon untuk birthday adik aku. Kiranya cam trade dengan adik sendiri la hanset adik aku tu. Sony Ericsson W700i. Bolehlah function dia. Janji leh sms, call, dengar lagu dan sebagai senjata untuk baling anjing dan pencopet :XO:

  2. Perempuan pertama yang menjadi cinta monyet aku berlaku pada darjah satu. Mesti korang tak percaya kan? Setelah 20 tahun aku mengusha dan mengorat. Akhirnya aku berjaya dapat dia. Tapi in 1 month. Aku terpaksa untuk melepaskkannya kerana beberapa sebab yang aku takkan bagitau korang even korang sembelih aku. Kejam tak aku? Memang dia menangis dekat beberapa bulan. Tapi aku pedulik apa!

  3. Cermin mata pertama aku pecah disebabkan oleh adik aku sendiri. Kurang asam ko budak! Cerita bermula begini. Aku dengan family aku semua bercuti dekat Pangkor pada tahun 2002. Masa tu, aku dah pakai spek. Kalau korang jumpa aku, memang aku skema gila masa tu. Rambut sikat tepi punye. Sekarang, sikat sendiri pun aku tak ada. Nak dijadikan cerita, aku tertdo awal malam tu sambil terlentang depan TV shelley yang family aku sewa. Bila aku bangun pagi. Spek yang ada gambar badman kecik tu sudah hilang. Satu rumah sewa aku selongkar termasuk aku usha kat kedai ikan bakar malam tadi walaupun aku tahu peluang untuk jumpa dekat Kedai ikan bakar yang tak sedap tu memang tipis. Nasib baik aku ada spare spek lama aku yang memang blurr habis. Dan malam terakhir kitaorang nak blah dari Pangkor, adik aku membuat pengakuan dia telah memijak cermin mata tersebut. Habis aku terajang dan karate dia masa tu. Satu keluarga gelak. Buat pengetahuan korang, selepas kejadian itu semua cermin mata aku akan patah dua sebelum aku perlu beli yang baru. Cermin mata sekarang adalah cermin mata yang ke lima :!:

  4. Buat kali pertamanya aku berjaya menjadi wakil sekolah untuk permainan Badminton ketika aku di tingkatan Lima. Hampir 11 tahun aku menuggu untuk menjadi wakil sekolah. Siapa tak mahu kan? Dapat duit, dapat hadiah. Dapat glamour. Pempuan suka dan memacam lagila. Kene plak ranking aku antara Top 3 pemain badminton sekolah di Sam Bestari dulu. Sekolah aku jadi Johan Peringkat Sekolah, Peringkat Zon. Tapi untuk peringkat Negeri. Aku tak dapat wakil sebab aku main double kedua masa tu. Double pertama ketika itu merupakan single pertama dan single kedua sekolah aku ketika itu. Diorang dipasangkan untuk double pertama. Single ketiga bagi budak tingkatan 1. Haha. Pendek cerita, itu antara kenangan manis pertama. Dapat Johan plak tu. Balik je hostel, wa dapat surat cinta lebih 20 surat dan kad :eek:

  5. Satu Dollar Pertama dari internet yang aku dapat adalah dari hasil program Hyip. Aku dah tak ingat sangat apa nama program Hyip itu. Tapi memang dah lama. Aku main hyip sejak aku berusia 18 tahun dahulu. Sekarang, aku adalah belia yang benci hyip. Belia benci Hyip! Dan sekarang, Alhamdulillah. Hari-hari aku dapat satu usd dollar dan selalunya lebih la :razz:


Ok. Sebenarnya banyak lagi perkara pertama dalam hidup aku. Malam pertama pun belum lagi. Ciuman pertama dari pempuan pun belum cerita lagi. Bila aku botak kali pertama pun belum cerita lagi. Nantilah. Jangan korang tag aku lagi sudah. Tak pasal-pasal aku kene balas tag semula. Tidaaaakk…

So, 5 Mangsa ujikaji Afzai dan titan adalah seperti berikut :

  • Din beramboi - Antara pencabar terdekat fatah dalam Comment Master Duo

  •  Raftz - Budak baru dalam blog aku ini dan dalam erti kata lain, pengunjung setia bilik A2-2-14/B3 ketika aku di UMS.

  • emet - pengunjung setia dan antara commentator yang bernas sekali

  • khai - Tuan Punye Blog JustKhai yang suka pakai baju kaler pink..

  • Zaki - Seorang Enginner. Walaupun beliau agak sebok. Aku nak juga tag dia. Balik dari Perlis nanti, ko sahut cabaran tag ni ye.


Update : Aku dah update hadiah untuk Comment Master Duo. LEh usha kat post yang aku buat sebelum ni.


Iklan Istimewa
: Siapa-siapa yang benci Adobe Reader. Leh la pakai Foxit Reader ni ek. Download Percuma sahaja!








Popularity: 8% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 60 comments. Apa plak komen korang?
riku - 27 Mar 08 at 04:48:30
hehe..macam best je. tak sangka, titan ni suka wat orang pempuan nangis..

riku’s last blog post..How you Learn C after Marriage
hafifi - 27 Mar 08 at 05:19:36
kesian girl tu..menangis smpi berbulan2..

hafifi’s last blog post..Mengapa Girls Cepat Merajuk?
emet - 27 Mar 08 at 05:32:55
Ha !? kena lagi? ko ni Titan macam nak korek rahsia jer… :)

Aku akan sahut cabaran tu, nanti la ek. :D

Tapi ko ni suke sangat wat pompuan menangis ye… Tak baik, kesian diorang… :mad:

emet’s last blog post..Review : Personal Training (Harga Istimewa) bersama Syed Ikhwan aka Aston
akazuma - 27 Mar 08 at 06:04:39
huahua..titan memang giler. apala nak jadi dengan ko. dahla spek patah, suka wat pempuan nangis..

siap aku kalau ko wat adik aku menangis. nasib adek aku bukan awek ko. hoho :)

akazuma’s last blog post..System Mechanic 7 Professional
ijamidayu - 27 Mar 08 at 06:23:25
baca punya baca.. memang ganehj gila.. karate dato’ pasal spec patah.. :) dengan skema2 tue siap karate patut satu family gelak.. dalam pada skema pun dapat buat awek menangis tue.. :p

ijamidayu’s last blog post..Contest dan Menang Hadiah
Afzai Afandi - 27 Mar 08 at 07:14:52
Kan betul apa aku kata tentang ko…tak boleh hidup tanpa pompuan walaupun suatu masa dulu rambut ko belah tepi..

Thanks Titan..blogger pertama menglamourkan tag aku…. nak hadiah ker :)

Afzai Afandi’s last blog post..5 Perkara Pertama Dalam Hidup Anda
akazuma - 27 Mar 08 at 09:05:10
hadiah apa tu afzai?? best ke?

akazuma’s last blog post..System Mechanic 7 Professional
titan - 27 Mar 08 at 09:09:37
hehe. glamour ke? Takpe, buat aje. Win-win situation. Dua-dua dapat traffic.

Memangla. Dari perempuan juga aku muncul. Hidup tanpa pempuan itu rasa cam kurang sesuatu..

Umpama cam garam. Ya. Perempuan itu garam. Tanpa garam, masakan tidak bermakna dan tanpa pempuan, hidupku tidak selasa, seperti hidup ini kurang sesuatu..

Hehe. Apa aku merepenih weehhh :)

titan’s last blog post..Titan Review : BlogUpp will UP your Traffic!
Din Beramboi - 27 Mar 08 at 10:39:47
Wah3…bersajak plak ko yer..hehe.

Adoi la..aku pun kena tag gak ker? Huhu, nak nangis gak aaa ni. Apa2 pun, aku akan buat gak tag tu. Nak fikir dulu ni..

Din Beramboi’s last blog post..Alleycats - Suratan
abdfatah - 27 Mar 08 at 10:48:33
menangis tak berlagu jadinya… takper laa tambah garam dan gula lagi best setiap masakan yang disediakan oleh pompuan… pompuan yang pandai masak laaa…

takkan nak suruh pompuan nangis je… lelaki pun masak okeh apaa…?

eh eh eh masak laa pulok…

abdfatah’s last blog post..buat duit secara berterusan setiap hari
titan - 27 Mar 08 at 13:26:13
entah. Sejak akhir-akhir ini. jiwa ragaku sensitif dilanda badai sumatera dan angin barat daya. Adakah ini pertanda aku kene buat sesuatu yang diluar imaginasi seorang manusia? teda..

Garam tu kan penting. Cuba korang masak tanpa garam. Tanpa kicap masin. Kompem bini tobat tanak makan masakan korang tu..

titan’s last blog post..Titan Review : BlogUpp will UP your Traffic!
abdfatah - 27 Mar 08 at 23:25:16
wakil sekolah rendah yea…? okeh laa tu… saya pula punya wakil sekolah untuk lari lomba2 berganti2… kalah wooooo tak dapat nombor johan. dapat sagu hati aje…

kalah woooo… tapi seronok laa dapat lawan lomba2 lari2 keliling padang…

abdfatah’s last blog post..buat duit secara berterusan setiap hari
titan - 28 Mar 08 at 03:33:35
bukan sekolah rendahla. tingaktan 5 tu. jauh bezanya tu..

titan’s last blog post..Titan Review : BlogUpp will UP your Traffic!
Rafhz - 28 Mar 08 at 04:38:02
hmm…. macam mane nk sahut cabaran tag tu ek… aku baru je terbaca ni… huahuahua,…. owh titan wat kejam kat pempuan sblm nie…. patut laa selepas tu ade pempuan buat perkara yg kejam kat titan… x heran laa…. hehe.. mcm org tua-tua kate…. buat baik di balas baik, buat jahat jgn sekali…. klu buat jahat jugak buruk padahnyer….

Rafhz’s last blog post..Natural Skin Care Tips
5 pertama dalam hidup anda | afham - 28 Mar 08 at 04:57:50
[…] menggunakan HP dengan meminjam telefon ibu. Ketika itu, terpaksa guna untuk membantu ayah bagi menguruskan bengkel […]
Rafhz - 28 Mar 08 at 07:54:18
ish2… susah jugak nie… :halo: tp titan.. siap ko… nnt aku balas balik hahaha…

Rafhz’s last blog post..Tag - 5 Perkara Pertama Dalam Hidupku
Rafhz - 28 Mar 08 at 08:10:19
:vangry: hish… asyik x menjadi aje… tenet plak putus2,,, aduhaiiiiil…. :vangry: :mrgreen: pening….

Rafhz’s last blog post..Tag - 5 Perkara Pertama Dalam Hidupku
abdfatah - 28 Mar 08 at 08:43:51
wahahahaha… dah berbinau bijik mata agaknya…

tersebut sekolah rendah laa pulok… takper laa sekurang2nya dapat jugak jadi jagoan untuk wakil sekolah mengharumkan nama negara… eh nama sekolah yang popular…

hehhe… cermin mata tebal ke…?

abdfatah’s last blog post..dapatkan komisyen anda dengan mailing list
akazuma - 28 Mar 08 at 15:30:35
wawa..padan muka korang yang kene tag. selamat aku. lagipun, aku dah jarang posting kat blog. Hehe. nantilah kalau aku minat join posting. Sekarang aku prefer wat keje aku sendiri jaa..

akazuma’s last blog post..System Mechanic 7 Professional
Din Beramboi - 28 Mar 08 at 16:56:44
Klu ko nak, ganti tempat aku pun takpe akazuma..kesian kat ko x kena tag..hehe.

Xde la, just kidding lorrh.. :)

Din Beramboi’s last blog post..Alleycats - Suratan
silentleo - 28 Mar 08 at 17:27:29
hehe..nasib tak kene plak kali nih. huhu. selamat den..

silentleo’s last blog post..What you give to your wife for their Birthday?
rina - 28 Mar 08 at 18:37:35
sape2 yang kene tag. jawab ajelah tag tu. nak gak tau apa benda2 pertama dalam hidup korang..

rina’s last blog post..Why not we talk about Backlink?
Din Beramboi - 28 Mar 08 at 22:03:39
Hehe..aku akan jawab. Skang ni tengah launch produk baru kat blog. Tengok la esok lusa aku jawab. :)
[…] sekali lagi aku terkena permainan TAG. Dari siapa? tentu sekali dari En. TitanHijau yang kreatif dan rajin ni… Permainan ni dimulakan oleh saudara yang hensem sorang ni, nama […]
emet - 29 Mar 08 at 14:39:16
Kalau agak2 nak tengok TAG aku silakanlah :)

emet’s last blog post..TAG - 5 Perkara Pertama Dalam Hidup Aku l Rahsia terbongkar
titan - 29 Mar 08 at 15:04:06
haha..aku tengah baca la nih tag ko nih..awat semua orang kopi gambar tag afzai tu aa :)

titan’s last blog post..Open Case : Weh, Search Engine tu apa hah?
Afzai Afandi - 29 Mar 08 at 16:15:09
Takper copy jer…aku tak letak hakcipta kat situ :)

Afzai Afandi’s last blog post..5 Perkara Pertama Dalam Hidup Anda
merahkatak - 30 Mar 08 at 03:36:56
hehe..ramai gak kopi bila aku usha. hehe. boleh jadi trademark tu. sesape nak tag. kene pakai gambar nih..nanti semua orang tau..

merahkatak’s last blog post..My best journey at Kinabalu Mount!
Rafhz - 31 Mar 08 at 06:59:14
:XO: hehe..copy jangan x copy….. :halo:

Rafhz’s last blog post..Maths prodigy who won an Oxford place at 13 is now a £130-an-hour HOOKER
Din Beramboi - 31 Mar 08 at 19:20:49
Haha..dah jd trademark plak. Apesal la ko tak letak url blog ko kat situ afzai. Mana tau dpt traffik percuma. :)

Din Beramboi’s last blog post..Alleycats - Suratan
merahkatak - 31 Mar 08 at 22:07:02
hehe..betul tu. apapun. tak kesahlah. janji korang dah buat. Hehe. Kalau aku kene Tag, aku rasa macam aku tak nak wat..aku nih malas sket bab2 tag ni..

merahkatak’s last blog post..My best journey at Kinabalu Mount!
titan - 01 Apr 08 at 03:43:09
hehe. bila aku perasan. semua orang pakai tag gambar tu. pendek cite, ramai gak yang wat. Ni leh jadi trademark baru untuk edisi Tag yang akan datang.

Betul tu afzai. salah satu cara promosi ni..

titan’s last blog post..Open Case : Sufiah Genius dan Shilpa Lee Pelacur. Apa Beza?
Rafhz - 01 Apr 08 at 03:50:37
:razz: aku tgk gambar tag tu cantik la hehe… sbb tu aku taruk… nnt x perasan plak post aku tu cite pasal tag… anyway aku perhati ramai ske tgk gambo dr baca perkataan… macam aku jugak hehe… :razz:

Rafhz’s last blog post..Maths prodigy who won an Oxford place at 13 is now a £130-an-hour HOOKER
Din Beramboi - 01 Apr 08 at 07:00:14
Tapi gambar tu wane kelabu..aku x suka. aku suka warna biru or hijau..or merah pun suka. :)

Aku blom jawab tag hang ni Titan, ileks aaa..

Din Beramboi’s last blog post..Alleycats - Suratan
titan - 01 Apr 08 at 15:38:01
Hehe. gi l wat kalau ada masa. Aku tanak kaco ko ngorat awek. Hehe :)

titan’s last blog post..Adbizzy - Syarikat Pengiklanan Lokal Yang Ke 6
Din Beramboi - 01 Apr 08 at 19:24:43
Bila masa plak aku pegi ngorat awek ni. mcm tetau jer ko ni..muskil aku. :D Semalam ada la kuar ngan sorang awek, cuma ajar buat forum jer..pakai phpNuke.

xde buat apa2 pun titan..Hehe.

Din Beramboi’s last blog post..Peraduan : Siapa Paling Hensem dan menangi hadiah !
Rafhz - 02 Apr 08 at 00:57:19
titan, ish bahaya betull tau je dia kite buat ape ek… ko ade satelit ke titan? bak satu kat aku hehe… aku nk skodeng ko buat ape skunk :lol:

Rafhz’s last blog post..Promotion from Hostwaves
emet - 02 Apr 08 at 05:05:53
Aku rasa TAG tu takkan berhenti setakat 27hd April, mesti akan berterusan sampai bila2 sampai ke US, Europe, Africa, Australasia dan seluruh dunia :)

Aku letak gambar tu pasal menarik, lagi pun trademark tu… :halo:

emet’s last blog post..Somno Guard Untuk Anda Yang Kuat Berdengkur (Stop Snoring Devices)
SNSGhost - 02 Apr 08 at 05:54:08
hmm..looks like another TAG game. But honestly. Not all i can understand. :)

SNSGhost’s last blog post..We are SuperNetStation Team!
Rafhz - 02 Apr 08 at 06:31:14
haha… its just like another TAG game… but the language are diffrent.. here we use the local language… (hmm… i wonder how many visitor from oversea had been visit this blog)
Titan mmg hebat…

Rafhz’s last blog post..Promotion from Hostwaves
emet - 02 Apr 08 at 11:34:34
Orang Malaysia-kan Best! :up:

SNS cuba sebut Malaysia Boleh! :razz: hehe

emet’s last blog post..Siapa Nak Free 6000 SMS? - Pengguna Hotlink l Maxis Sahaja
Rafhz - 02 Apr 08 at 14:23:11
:lol: haha… x lame lagi ade la cikgu ngajo omputeh cakap melayu kat komen nie ek haha… teruskan usaha murni anda… :XO: hoho buat 4 kali dapat 6000 sms… bgs emet… nnt klu ade yg call free tu jgn lupekan kami ek.. aku dah rindu zaman dapat phone org free gune hotlink… :lol:

Rafhz’s last blog post..Promotion from Hostwaves
Din Beramboi - 02 Apr 08 at 14:30:42
Hahaha…SNS tak paham bahasa melayu la. Jom kita kutuk dia ramai2…Dia bkn paham pun..kakaka.

p/s - SNS, you should know and learn Bahasa Malaysia and can join us in this discussion. Happy to visit here. :D Welcome… mcm la ku ni owner earncent plak.hihi

Din Beramboi’s last blog post..Peraduan : Siapa Paling Hensem dan menangi hadiah !
emet - 02 Apr 08 at 14:45:51
Jgn risau, kalau benda baik ni takde masalah nak kongsi… Win2 la kata orang. :D

emet’s last blog post..Siapa Nak Free 6000 SMS? - Pengguna Hotlink l Maxis Sahaja
merahkatak - 02 Apr 08 at 18:55:48
haha..gila ah korang. kutuk sponsor lagi tu. Aku rasa dia faham kot apa korang cakap tu. Mana tau dia pakai kamus indonesia ke nak translate satu demi satu perkataan kat sini..

Hehe :)

merahkatak’s last blog post..My best journey at Kinabalu Mount!
Din Beramboi - 02 Apr 08 at 23:12:31
Haha…gurau jer lah… :D

Din Beramboi’s last blog post..Peraduan : Siapa Paling Hensem dan menangi hadiah !
Din Beramboi - 02 Apr 08 at 23:27:05
Titan, aku dah jwn tag ko tu..ada kat blog aku.

TQ sb tag aku..len kali aku nak tag ko plak..haha. win2 situation bro.. ;D

Din Beramboi’s last blog post..Peraduan : Siapa Paling Hensem dan menangi hadiah !
abdfatah - 02 Apr 08 at 23:43:35
hahaha… dah kena tag laa pulok. hutang tag dah dua generasi dah nih tak terjawab … dapat pulok yang baru… adesh…

takper laa tengah tunggu idea nih nak tulis apa…

abdfatah’s last blog post..kebangkitan penggiat bloggers
merahkatak - 04 Apr 08 at 09:25:12
hehe. mainla tag korang. aku dah sound titan. Jangan tag aku. Sure aku tak balas punye. Aku suka baca je dan komen je. Lagi satu aku suka cara dia bawa isu..

Biarpun kekadang remeh. Tapi layanzz :)

merahkatak’s last blog post..My best journey at Kinabalu Mount!
abdfatah - 04 Apr 08 at 14:00:12
ahahah… penat jugak nak jawab tag nih… nak tengah fikir nih… nak jawab ke tidak haaa….

isu berbangkit yang mengujakan ramai orang… cara yang santai…

abdfatah’s last blog post..Alasan tak nak kawin… kenapa?
titan - 05 Apr 08 at 02:32:47
jawab ajelah fatah oi. Suka-suki ko je tanak jawab. Biasa nih. Biasa..

cara yang santai? Apa maksud ko nih? kekadang, aku gagal untuk tangkat setiap komen ko :)

titan’s last blog post..I got paid from Chris Crompton!
Din Beramboi - 06 Apr 08 at 00:14:22
Ummm, jawab jgn tak jawab..kang aku pancung la kalau x jawab.

Eh, pernah x ada org buat tag syaratnya kalau x jawab kena pancung? kejam kan..huhu.

Din Beramboi’s last blog post..6ixth Sense - Tanpa
Rafhz - 07 Apr 08 at 08:17:34
:arrow: hoho.. lanun ade la kot.. bahayala mcm tu klu x jawab kene pancung.. kompen ade yg buat2 cite hehe…. :lol:

Rafhz’s last blog post..Promotion from Hostwaves
Din Beramboi - 07 Apr 08 at 09:10:35
Ummm, lanun main tag2 jgk ker Rafhz…dasyat tul. hehe.

Din Beramboi’s last blog post..Gita Gutawa feat Dafi - Dua Hati Menjadi Satu
Rafhz - 07 Apr 08 at 11:05:06
hehe… ade gak kot.. mcm cite p. ramlee tu.. tp tag dia lain la… men pangkah2 rumah… hehe….

Rafhz’s last blog post..Promotion from Hostwaves
Rafhz - 30 Apr 08 at 08:52:35
hehe.. silap pangkah terkene tempat paling glamour ntuk melabur iaitu tandas… muahahah

Rafhz’s last blog post..Sunny Side Up Please?
abdfatah - 30 Apr 08 at 12:12:58
kalo lanun pandai tag dah lama derang jadi orang kaya kat malaysia nih. cuma mreka boleh tag tengah laut aje laaa…

abdfatah’s last blog post..debat parlimen siaran secara langsung
SaHe - 30 Apr 08 at 12:21:04
Tag tu apekende????aku dak paham da..
pligg.com - 30 Apr 08 at 22:46:15
TAG - 5 Perkara Pertama Dalam Hidup Aku — EarnCent.com…

Jika kau orang sudah lama hidup, apakah 5 perkara pertama yang kau orang akan ingat samapai bila-bila dalam hidup kau orang?…
Raja Kamil - 13 Oct 08 at 00:46:25
teringat lagu nasyid cinta 5 perkara


Get cash from your website. Sign up as affiliate.



-----------------------------
The Best site and articles : New Adsense Alternative | Melayu Boleh | Berrybunch | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------