Ini post yang agak lambat. Tapi aku buat juga untuk memuaskan hati aku. Setiap hari aku mendapat mesej di Yahoo MEsengger dan aku tidak dapat nafikan ramai yang menanyakan beberapa soalan yang sukar untuk aku jawab dan kadang-kadang tak masuk akal langsung. So, di sini aku nak beritahu sedikit jika ada antara korang berminat nak bertanya pada aku di Yahoo Mesengger aku.
Peraturan tak rasmi ketika berYahoo Mesengger dengan aku:
1. Sila beri salam dan memperkenalkan diri masing-masing
2. Beritahu tujuan anda. Nak service VCC ke service buat forum atau blog ke atau nak tanya soalan tentang buat duit.
3. Soalan anda mesti jelas. Jangan terlalu luas skopnya.
4. Jangan kurang ajar..
Kenapa aku beritahu hal ini walhal sepatutnya korang semua tahu sepatutnya macam dah tahu kan. Aku nak beritahu yang kekadang aku bengang gak bila ada orang mesej aku kat YM main terjah aje. Sudahlah tak bagitau nama, lepas tu tak bagi salam. Lepas tu, direct to the point. Tolong ajarkan saya cara-cara nak buat duit dari internet. Boleh tak?? :vangry:
Honestly, kalau mood aku ok, atau aku baru je dapat duit dari mana-mana bayaran. Aku tak kesah. Kalau time aku tengah demam dan sakit kepala, kene plak baru kene marah dengan mak aku, kene lagi plak aku tak cukup tdo, lagi plak kalau aku tengah busy wat keje posting atau sambung naip e-book baru aku. Memang aku terasa macam ada yang nak kene makan kasut. So, harap boleh tanya elok-elok dan beri salam. Aku bukan AH LONG, tapi aku nak tolong. Nak aku tolong, buat cara elok-elok. Tu kekadang aku ilang mood nak jawab YM korang. Kalau yang perasan aku biar je lama YM bila korang mesej. Maknanya sama ada aku malas nak jawab atau aku bukan depan laptop atau PC aku. So, janganlah rasa yang bukan-bukan aa. Aku terus terang dah nih
So far, apapun, aku hargai dan ucapkan terima kasih kerana rajin sms dan juga YM aku. Ada juga yg sanggup sms aku sebab nak tanyakan sesuatu dan ada yang sms hanya untuk tahu email aku. Mungkin sedara tu lebih selesa tanya dengan email agaknya berbanding sms. Yelah, sms manala leh tanya banyak-banyak kan..
Mungkin ada segelintir dari korang tak tahu yang aku buat banyak service. Ini antara service yang aku jalankan dan jika berminat, bolehlah contact aku. Harga berpatutan dan yang penting, itu kerja yang terbaik aku mampu buat. Antara kerja-kerja yang berjaya berikan aku income sampingan yang agak lumayan.
- review berbayar untuk website dan produk samada lokal atau international
- service membuat blog atau forum
- service upload files ke blog atau forum
- service membuat posting di blog dan forum samada lokal atau international
- service mengaktifkan akaun paypal menggunakan VCC dalam 24 jam.
- service menjual forum signiture di forum international
- kelas mengajar IM, belajar buat blog dan buat duit di Internet
Dan sebenarnya macam-macam lagi service yang aku buat. Jika korang nak tahu, perkhidmatan atau service adalah penyumbang besar bagi IM lokal atau international. Tak percaya? Haha, setiap bulan paling teruk pun aku dapat RM600-RM1000 hanya daripada perkhidmatan yang aku tawarkan.
Ok. Berbalik kepada persoalan buat duit dari internet ni. Bukan aku tanak tolong atau bagitau korang macam mana aku buat duit. Tapi cara bertanya tu biarlah spesifik sikit. Kekadang aku tak faham soalan korang. Tanyalah soalan yang betul-betul tanya. Jangan terlalu umum. Mati kutu aku nak jawab bila korang tanya soalan subjektif macam tu. Kekadang aku kene tanya korang balik untuk membantu korang memahami konsep buat duit. Nak tahu gak? Join Contest Comment Master Duo dekat blog aku ni. Ada peluang apa nak dapat duit
Jawapan aku. Tak ada cara mudah untuk buat duit dari internet. So, jangan tanya aku cara nak buat duit hari ini. Esok dapat hasilnya. Bukan tak ada. Tapi aku tak gemar bagitau pada orang yang pertama kali ber YM dengan aku dan aku bocorkan segala lubuk-lubuk emas aku. Tidak pun, aktif di blog aku. Senang aku nak kenal korang dan kalau korang tanya, aku kenal korang dan dengan suka hatinya aku share lubuk-lubuk emas aku tu. So, untuk buat duit. Tak susah. Pendek kata kena usaha dan kene pandai cari port melepak. Tak semua orang akan share cara-cara diorang buat duit. Secret beb!
Insya-Allah, aku akan bocorkan sikit-sikit. So, kalau ada yang baca blog aku dari mula sampailah sekarang. Korang akan perasan teknik-teknik dan cara aku buat duit dari internet. Method aku lebih kurang. Tapi aku gunakannya setiap hari. Sebab tu duit masuk sentiasa sebab cara yg betul dan kita ulang benda yang sama. Memang jadi jika kita tahu caranya. Putus asa takde dalam kamus buat duit aku. So, jika korang tanya cara paling pantas buat duit. Aku takde jawapannya. Cara paling lama, pun aku takde jawapannya. Tapi untuk long term, aku ada caranya.
Nasihat aku, buat blog jika korang serius dengan perniagaan internet dan membuat duit dari internet. Jika betul-betul berminat, aku sedia membantu even aku tak pandai cam otai-otai Malaysia yang lain. Aku cuma pandai buat apa yang aku rasa berkesan sahaja. So, itu sahaja tips pada pagi Sabtu ini. Demam aku dah ok sket. Hope takde pape yang tak best berlaku hari ini
Ps: Saya tak tahu buat duitla.. Bagi aku itu alasan
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Aku Sakit Hati dengan Majalah IM! | Saya nak Dr House rawat saya.. »

























Ha kan Titan dah jadi “hijau” betul2…
Fuh! bukan senang orang nak bocorkan rahsia buat duit ni.
Aku rase titan, kalau ko bocorkan semua rahsia ko kat sini pon, belum tentu orang lain boleh ikut termasuk diri aku sendiri.
emet’s last blog post..Tazkirah Jumaat : Solat Dalam Sudut Pandangan Sains
nadzal’s last blog post..How To Treat Athsma?
long term dan short term…? apa benda sekalipun kena usaha laa mana yang patut…
rahsia apapun kena ada caranya… kalo banyak rahsia namun nak guna tak kena tempat memang bertrerabur jugak jadinya…
abdfatah’s last blog post..pelaburan dalam perniagaan penternakan lembu
bizmalaya’s last blog post..Mengapa Orang Lain Boleh?
merahkatak’s last blog post..My best journey at Kinabalu Mount!
http://www.tunshah.wordpress.com
aidilmujahid’s last blog post..aureliustjin.com
emet’s last blog post..oTAK Kiri ke Otak KaNAN?
Byk ko wat service yer..apa yg ko buat tu, ada yg aku dah buat, tp byk lg yg aku tak buat…patut la income ko masyuk..Hehe.
Kena explore lg ni. Titan, camne nak jd agent aktifkan paypal guna VCC? Leh bgtau?
p/s - aku adalah antara customer titan yg aktifkan paypal guna VCC.
Din Beramboi’s last blog post..Lagu Best : Cinta Tiga Segi @ Perangkap Cinta
Umm, nak tanya biarlah soalan yg logik. Ada sorng budak tu baru join Nuffnang. aku yg ajar dia..lepas 3 atau 4 hari, dia ckp, “apasal akaun dia baru ada RM4.00?”
Nak kata lemau kan sakit hati plak..huhu. Mmg la RM4.00 sebabnya baru buat..blog pun x ramai pelawat. Dia ingat, buat sehari dah dapat RM100? Huhu..Tu pun dah ok dpt RM4.00. Org lain ada yg dpt bape sen pun ada..
Din Beramboi’s last blog post..Lagu Best : Cinta Tiga Segi @ Perangkap Cinta
Aku pun gunakan service titan untuk aktifkan akaun paypal. Laju dan sekarang dah leh terima duit dari paypal. Hoho..memang banyak service dia. Aku ada pakai gak. So far, not bad aa.
merahkatak’s last blog post..My best journey at Kinabalu Mount!
Ko tau cara dia suruh org klik iklan nuffnang dia camne? Dia hantar email kat kwn2 dia mcm ni : “Di blog saya ada sesuatu yg bagus iaitu daripada mudah.com.my. Sila klik iklan itu utk maklumat lanjut”..keh3. Bagus jgk idea dia kan? He
p/s- service menjual forum signiture di forum international tu camne Titan?
Din Beramboi’s last blog post..Lagu Best : Cinta Tiga Segi @ Perangkap Cinta
aidilmujahid, senang je. You tiru apa yang orang lain yg dah berjaya buat.
emet : aku tak kesah sangat diorang sepam. Kalau aku rasa tak suka. Aku delete je..
bizmalaya : buat kuih pun susah tau. Lagi la wat kuih siput. Sakit tangan nak tenyeh..
nuffnang? Hoho..bilala aky punye nuffnang nak ratus-ratus cam orang lain ek. hehe
hehhe… bizmalaya kalo buat kuah bukan sebarangan nak buat. kena usaha jugak… nak makan pun kena usaha laa… takka nak tunggu tercongok gitu aje… hehehhe
abdfatah’s last blog post..pelaburan dalam perniagaan penternakan lembu
Suma benda aku nak tanya, nak tau… Last2 aku tersedar dari lamunan, aku tertanya2 pada diri aku sendiri… Sampai bila aku nak mcm ni?
So, aku buat keputusan cari sendiri maklumat yang aku perlukan, tak kisah la dari segi apa pon aku berusaha sendiri.
Rasenya lebih puas! Sebab aku belajar dari basic, kalau aku tanya orang maybe orang tu ajar aku dari atas tapi yang kat bawah tu aku tak tau…
So, kesimpulannya kita hanya bertanya orang apabila kita betul2 tak faham apa yang kita nak tu. Selagi boleh cari jawapan kita usaha dulu.
emet’s last blog post..oTAK Kiri ke Otak KaNAN?
Kalau ada rahsia lain leh kongsikan lagi
p.s. Fatah..ko ker yg tak bg salam kat Titan masa YM tu..hehehe
Afzai Afandi’s last blog post..Wordpress Theme:Options Theme
Din Beramboi’s last blog post..Lagu Best : Cinta Tiga Segi @ Perangkap Cinta
Aku plak sakit hati la hari ni. Motor aku rosak, pastu kena repair…abis RM300. Cerita pasal motor aku ni ada kat blog aku. Hihi..menyepam lak aku.
Hope leh tambah sedikit pendapatan harian nanti..
rina’s last blog post..Why not we talk about Backlink?
abdfatah’s last blog post..pelaburan dalam perniagaan penternakan lembu
nadzal’s last blog post..How To Treat Athsma?
“orang yang berjaya adalah orang yang cepat mengambil peluang”…?
Betul ke istilah ni?
Aku lagi suke kalau ayat ni mcm ni
“orang yang berjaya adalah orang yang kuat berusaha”…
betul tak? Bukannya aku suka2 cipta ayat pertama tu, tapi aku hangin bila ada orang memperdaya orang lain dengan menggunakan ayat yang pertama tu.
Biasanya program2 4D la duduk diam dapat duit, aku rasa mcm nak jotos je kepala orang tu…
emet’s last blog post..Funny : gamBAR-GAMbar Lawak Giler!
kalo yang dah sedia ada dan menguntungkan dan dilakukan dengan secara berterusan dengan penuh minat dan berusaha dengan kuat dah tentunya…
pastinya berjayak!
cepat mengambil peluang kalo takder tindakan yang sewajarnya mana nak dapat hasilnya…?
lebih2 lagi yang mengambil kesempatan memperdayakan ramai orang dengan dalang skim cepat kaya….
cepat2 peluang keemasan nih… rugi kalo kena tipooooooooooooo…….
abdfatah’s last blog post..dah kalah letak jawatan lah
Actually, aku suka gak ayat yang pertama tu banding yg kedua
silentleo’s last blog post..Study Case of JTGold.com
p.s : saya bisness… tetapi berkerja di internet
sahabat’s last blog post..9 Mimpi Nabi Kesayangan kita MUHAMAD S.A.W
riku’s last blog post..Why Revenge is Sweet?
“orang yang berjaya adalah orang yang cepat mengambil KESEMPATAN”…
Tapi aku tujukan ayat ni untuk orang2 yang mengamalkan skim piramid, @ program2 4D tu…
Benci aku tengok orang mcm ni.
emet888’s last blog post..Tazkirah Jumaat : Bersempena Maulidul Rasul 1429H/2008M - 13 wasiat Rasulullah kepada Ali
Cuma sekarang. Aku dah tak bape minat. Itu aje. Sekarang, internet marketing antara cara yan paling simple dan mudah untuk buat duit.
Kepada sesiapa yg selalu YM aku, memang aku suruh diorang rujuk blog ni. Boleh faham sikit2 la cara nak buat duit.
titan’s last blog post..Get 2 Dollar By Review Centriads at your Blog!
nampaknya hang memang pakar bab tarikan untuk skim piramid… otai jugak laa… dan sekarang dah kembali ke pangkal jalan…
skim derma tu dan bayar melalui akaun bank biasa laa tu… skang cara online ada jugak…
dulu cara offline terpaksa fotostat beli sampul surat dan beli setem… kat situ dah berapa banyak yang rugi… dapatnya belum tentu lagi…
sekali sekala teringat cara edaran program tersebut kelakar jugak… lepas duk kira2 berapa banyak yang habis… habis semua nama di hantar…
rugi memang kerugian sakan jugak laa…
dan sememangnya membuang karan anda yang berharga itu…
abdfatah’s last blog post..buat duit secara berterusan setiap hari
Last-last. Ramai yang potostat cerpen yg aku wat tu as bonus. Dan benda ini berterusan sehinggalah aku jumpa HYip dan benda2 yg yang lain. Amoi cina dekat rumah aku, dekat subang jaya, apek dekat negeri sembilan. Semua kenal aku. Hoho..rindu kat diorang sebab selalu belanja aku air coke masa tu..
bagi aku masa tu. Aku berusaha. Naik bas. Gi cari kedai potostat. Malu woo klu orang nampak aku wat keje nih. So, cari kedai yg tersorok sket…Dan walaupun keuntungan tak banyak. Tapi nilai duit masa tu besar. So, duit tu. Aku beli komik, buku rujukan dan spek mata..
titan’s last blog post..Titan Review : BlogUpp will UP your Traffic!
nasib laa tak buat karangan tambahan untuk testimoni tersebut… mungkin lebih sayu lagi ada kot…?
abdfatah’s last blog post..buat duit secara berterusan setiap hari
Jika kau orang beri aku alasan bahawa buat duit itu adalah perkara yang susah. Ini bermakna korang belum baca blog aku lagi bukan?…
So far casino on line roulette video poker eurobet internet casino craps casino o net winning at black jack…
Respirer casinos en ligne gratuites liste jeux casino jeux poker http www yachting casino poker spielen download…
http://www.binablog.makmalcyber.com/index.php?ref=asasindino
of monitors who report immediately when an hYIP stops paying, there are far too many HYIP monitor sites
that are either owned by the HYIP’s or are paid by the HYIP’s to say that they are paying when in fact they are not.